pastu fonen arisa suruh hafiz naynayi pakai underwear, pakai stokin net pastu gesel2 kat penari..
aiyoh hazab sgt...nyanyi takde sgt pun sbb lagu very the hazab
Originally posted by ashna at 5-4-2009 13:59
harus la astro bagi lagu britney spears yg paling choii kat hafiz kann?
very the nak sabo hafiz everyweek wajib bagi lagu choiii..
Originally posted by kecikgurl at 5-4-2009 14:15
wajakakkaak..
x beragak korg nih..
lagu yazid???
yazid wajib dpt lagu yg paling ngetop hokay!!
apa eh lagu english yg paling top sgt skang??
whatever song yg paling top..itu la lagu yg yazid akan dpt...
tak perlu pikir sgt noks...
yazid wajib dpt lagu yg paling ngetop hokay!!
apa eh lagu english yg paling top sgt skang??
whatever song yg paling top..itu la lagu yg yazid akan dpt...
tak perlu pikir sgt noks...
KL, 7 APRIL 2009: Selepas 4 minggu menyanyikan lagu Melayu dan Indonesia, ramai juga peminat dan penonton bertanya, bilakah konsert mingguan Akademi Fantasia 7 (AF7) akan memperlihatkan barisan pelajarnya menyanyikan lagu Bahasa Inggeris pula?
Maklumlah untuk jadi penyanyi versatile, ramai penghibur terkenal di negara kita seperti Arwah Sudir, Datuk Sharifah Aini, Dato' Siti Nurhaliza, Jacyln Victor, Misha Omar, Dato' Yusni Hamid dan pengkritik tetap AF7 sendiri, Dato' Khaty, berpendapat seseorang artis itu kena tahu menyanyikan lagu pelbagai bahasa terutama lagu Inggeris.
Bukan apa, kalau ada kelebihan menyanyikan lagu Inggeris, nanti artis itu sendiri senang cari makan dalam dinner show sebab penonton Malaysia adalah masyarakat majmuk. Tengoklah Biduanita Allahyarham Saloma dulu yang cukup versatile sampai Orang Putih tabik apabila mendengar dia menyanyikan lagu Inggeris walaupun lagu asli dan langgam adalah makanan utamanya di pentas.
Difahamkan pihak produksi AF7 telah terfikir untuk menetapkan tema Minggu Lagu Inggeris dalam konsert musim ini tetapi Murai Batu pun belum pasti bila.
Bagus juga sebab dengan cara itu sebab semua dapat layanan sama rata. Kalau pilih-pilih pelajar nanti tidak adil. Nampaknya pada minggu berkenaan banyaklah kerja Cikgu Fati untuk memastikan diction anak muridnya tepat dan tidak dengar macam Bahasa Perancis atau Jerman! Ingat kalau salah sebut, nanti Cikgu Fati akan rampas mikrofon dan marah korang atas stage!
Jadi sesuai dengan hasrat pihak produksi Astro itu, anda semua boleh memberikan pandangan membina di murai.com.my sekarang. Mana tahu kalau-kalau anda sendiri ada idea atau terfikir lagu yang sesuai untuk dinyanyikan oleh peljar favourite anda itu, sila juga cadangkan.
MURAI BATU: Tersenyum tengok Mawi nyanyi lagu Beautiful Maria dulu sebab ingat dia nyanyi lagu Sepanyol!