|
theme song mesti lagu arora jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #21 rosewhite\ catat
takla motif lagu auurora tak sesuai okeh.. ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
tasilap lagu tema lagu ala2 indon sket mellow type |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 jac_diehard_fan's post
uuols mesti tgk kat blog eizlan yusop kann.. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #22 jac_diehard_fan\ catat
lagu tema Nitrus - Resah... mana lagu aurora... memula aku bajet aurora gak tapi.... tak kena kot rock sangat tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #23 beta_carotene\ catat
oops kantoi ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm x tgk....sbb ada c Memek tuuuu....![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Derita cinta dua kekasih
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0708/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg)
MEMEY (kiri) dan Iqram Dinzly.
BARU-BARU ini, Hits berkesempatan menyaksikan proses penggambaran drama bersiri Puteri Aurora Beradu arahan Fairuz Loy di sebuah banglo mewah di Bukit Rahman Putra, Kuang, Selangor.
Bakal mengisi slot Lagenda di TV3 tidak lama lagi, ia membariskan pelakon terkenal antaranya Memey Suhaiza, Iqram Dinzly, Eizlan Yusof, Norish Karman, Rozita Che Wan, Aida Aris, Enot dan Rashidah Jaafar.
Diadaptasi daripada kisah klasik Sleeping Beauty, ia merupakan gabungan kisah cinta dan dendam kesumat.
Puteri Aurora Beradu juga mengupas isu tekanan hidup yang dilalui Puteri Aurora lakonan Memey dan Hakimi (Iqram Dinzly).
Saling menyukai antara satu sama lain, malangnya, cinta mereka sukar diluahkan lantaran Puteri Aurora dikawal ketat oleh tiga penjaganya di rumah.
Bercakap mengenai Puteri Aurora Beradu, Iqram dan Memey yang ditemui di lokasi penggambaran berkongsi cerita mengenai karakter masing-masing.
Tidak hanya lakonan semata-mata, kedua-dua mereka juga tidak lokek bercerita mengenai perkembangan karier serta kehidupan peribadi sendiri.
Iqram pernah putus asa
Jejaka bernama Muhammad Iqram Dinzly atau popular dipanggil Iqram Dinzly ini diakui berbakat besar dalam bidang lakonan serta dilihat mampu menggantikan pelakon-pelakon senior ternama tanah air.
Laku membintangi banyak drama serta beberapa buah filem, rezekinya sebagai pelakon tidak pernah putus.
Biarpun sering menjadi pilihan penerbit drama dan filem, Iqram juga tidak terlepas daripada menerima tempias fitnah dan serangan peribadi terhadap perwatakannya.
"Dua kali saya pernah menghadapi situasi di mana saya tidak mahu lagi berlakon. Macam-macam yang diperkata orang mebgenai saya. Saya sendiri tidak faham apa salah saya pada mereka," katanya dalam nada kecewa.
Jelas Iqram, sampai ke satu tahap, tertekan dengan apa yang berlaku, dia akan pulang ke kampung halamannya di Ipoh dan berkongsi masalah bersama keluarga.
"Saya juga akan melawat kubur arwah kakak saya. Seperti berjumpa dengan arwah kakak, saya mengadu dan menangis tentang apa yang berlaku.
"Selepas memikirkan mengenai dan mendapatkan sokongan mereka, saya kembali nekad untuk meneruskan lapangan seni.
"Saya percaya, selagi saya tidak melakukan sebarang kesalahan, Allah pasti memberkati kehidupan," ujarnya yang pernah didakwa terlalu demand dalam soal bayaran termasuk meninggi suara terhadap seorang penerbit filem kerana tidak puas hati dengan bayaran khidmatnya selaku pelakon.
Kata Iqram, menghadapi apa yang telah dilaluinya, dia akan cuba untuk tidak menyimpan perasaan dendam malah menyerahkan segalanya kepada Allah.
Mengenai lakonannya di dalam Puteri Aurora Beradu, Iqram menjelaskan, sebagai Hakimi, wataknya memerlukan dia bermain dengan perasaan terutama tentang cintanya terhadap Puteri Aurora.
"Dalam drama ini, kami memang tidak pernah berjumpa. Bicara cinta antara Hakimi dan Puteri Aurora berlangsung dalam mimpi dan bicara hati ke hati sahaja.
"Ini kerana Puteri Aurora sukar untuk didekati kerana dia dijaga oleh tiga wanita," jelasnya lagi.
Isu peribadi Memey
Sementara itu, berlainan pula apa yang dihadapi oleh pelakon berperwatakan lembut, Memey Suhaiza yang kini berhadapan dengan tuduhan khalwat bersama pelakon Norman Hakim, tahun lalu.
Sedikit sebanyak mengganggu kariernya sebagai pelakon, Memey sejujurnya mengharapkan agar semuanya selesai dengan baik.
Bukan hanya terpaksa turun naik ke mahkamah, seperkara lagi yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Memey adalah soal perkahwinan.
Ramai yang bertanya dan menyuruh dirinya berkahwin sahaja dengan Norman agar kes itu dapat diselesaikan segera.
"Ketika mula-mula didakwa di mahkamah, karier saya sedikit terganggu. Tetapi ia tidaklah teruk sangat.
"Saya pernah lalui perkara yang lebih teruk daripada hal berkenaan. Ia membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran.
"Namun saya bersyukur kerana tawaran berlakon yang saya terima tidak pernah putus. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk berlakon,'' ujar Memey yang tidak lokek dengan senyuman.
Mengenai kata-kata orang yang menyuruhnya berkahwin dengan Norman, Memey berkali-kali mengulangi kata-katanya sebelum ini bahawa ia bukanlah jalan penyelesaian dalam menutup kes terbabit.
Katanya, antara dia dan Norman tidak pernah membincangkan soal perkahwinan biarpun persahabatan kedua-dua mereka cukup rapat.
"Biarlah kes ini selesai dahulu. Masing-masing pun sibuk dengan kerja. Biarlah masa yang menentukan,'' tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
mlm nie kan start cite nie...x tau la nk tgk ke x?bile pkirkn die punye pelakon cam nk xnk je tgk dah la bertindih ngan gourmet baik aku tgk gourmet lg...{:2_69:} |
|
|
|
|
|
|
|
dah start kan??? best tak citernyaa![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk smlm cite pasal NK, RCW n EY dulu....memey x kuar lg...ok gak la citenye...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
boikot crita ni. :@
wakakakakakakaka. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun boikot tgk cite nih, sbb ada sememeh nih, mencikkkkk![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
x suka kat heroin ....![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
anyway...best citer ni...
lain sikit dr drama yg biasa2 tonton...
tk kisah lah hal peribadi pelakonnya...
lagipun ...kita nak menonton lakonannya serta berhibur dgn jalan cerita yg menarik..
awatlah hampa susah payah nak sakit hati bagai ngan si memey tu...
belum tentu dia kenal hangpa pun...
dia belum lagi disah kan salah atas apa yg berlaku..
kalau betul pun salah..itu hal dia ngan Tuhan...
(sy bukan peminat dia mahupun norman)..
tp sapalah kita ni utk menghukum org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pun, kalu aku, kalu best2 pelakonnya tp kalu cerita hampeh aku layan jgk. Tapi yg ni dah terang2 pelakonnya aku tak suka, peduli apa, mmg aku tak nak tgk la, dlm erti kata lain, boikot crita ni. byk lgi crta best yg bleh d tgk. better lgi e-toyol.com drpd crita ni.
wakakakakakakakakakakakakakakakakakaakakkaakkakakakakakakakakakakakakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pun, kalu aku, kalu best2 pelakonnya tp kalu cerita hampeh aku layan jgk. Tapi yg ni dah terang2 pelakonnya aku tak suka, peduli apa, mmg aku tak nak tgk la, dlm erti kata lain, boikot crita ni. byk lgi crta best yg bleh d tgk. better lgi e-toyol.com drpd crita ni.
wakakakakakakakakakakakakakakakakakaakakkaakkakakakakakakakakakakakakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau watak heroin si sari yanti..lagi best kut |
|
|
|
|
|
|
|
muka si memey tue tak layak langsung jd muka puteri.. |
|
|
|
|
|
|
|
NK pulak jadi watak org jahat...macam citer dongeng ala2 sleeping beauty plak la citer ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|