|
[TV Show] Rancangan Memasak Bersama Datuk Siti
[Copy link]
|
|
20# calmille
apa kes dgn masakan sardin ? |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes dgn masakan sardin ?
badai Post at 23-7-2009 20:26
dulu kan ade gossip psl siti hidangkan sardin utk krew2 kasi jamah bagai. reputz dok hentam siti kata kedekut bagai |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kan ade gossip psl siti hidangkan sardin utk krew2 kasi jamah bagai. reputz dok hentam siti kata kedekut bagai
calmille Post at 23-7-2009 21:32
kedekut?hahaahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
22# calmille
oh ok tq.. cam tu pun jadi isu |
|
|
|
|
|
|
|
Sempena puasa/ raya ker program nie???
Mesti ada resepi Kek Strawberry! |
|
|
|
|
|
|
|
coklat strawberi kot.kan siti famous ngan resipi ni time siti bercinta. |
|
|
|
|
|
|
|
rancangan ni ct yg mask ke.. ct jadi hos..
kalau ct yg masak.. byknye resipi dia |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu resepi ct ayam masak tempoyak...
tapi ct memang pandai masak macam mak dia gak....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase ct akan masak dan artis jemputan akan tolong2 die.. |
|
|
|
|
|
|
|
RTM? risaunye...takut nmpak mcm suam² jek nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
HAAHKAN..KALO PROGRAM2 KAT RTM SEMUANYA CAM BASI2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Program papar resipi kegemaran artis
CITARASA Bersama Datuk Siti Nurhaliza adalah program masakan kedua terbitan Global Station Sdn Bhd (Global Station) selepas Citarasa Selebriti yang dihoskan Sheila Rusly sebelum ini.
Penerbit program ini yang juga kakak ipar Siti, Zaiton Mohd Jiwa berkata, selepas bekerjasama dengan Sheila dan suaminya Jinggo dalam Citarasa Selebriti selama empat tahun, pihaknya tampil pula dengan program terbaru yang dihoskan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
"Selain Siti sebagai hos, pihak kami menampilkan Erma Fatima selaku pengarah program ini.
"Mungkin sebelum ini, Erma dikenali sebagai pengarah drama dan teater, kali ini, peminat berpeluang melihat sentuhan Erma dalam program masakan pula.
"Apa yang menarik, penggambaran program masakan ini diadakan di rumah Siti sendiri termasuk memaparkan keindahan kawasan persekitaran rumahnya yang dilengkapi taman, air terjun dan kolam ikan. Sambil memasak, Siti juga diiringi persembahan gamelan yang dipaparkan dari mula hingga akhir program ini," katanya.
Zaiton berkata, selain menampilkan air tangan Siti, program ini turut mengundang beberapa selebriti terkenal sebagai artis jemputan dengan resipi kegemaran masing-masing.
"Contohnya, penampilan Nabil dengan resipi kegemarannya, ayam masak kicap lu pikirlah sendiri. Kemunculan pelawak seperti Nabil dan Salih Yaakob dalam program ini memang menceriakan suasana kerana masing-masing sempat buat lawak.
"Selebriti lain yang terbabit dalam program ini ialah Umie Aida, Nabil Raja Lawak, Salih Yaakob dan Ezlynn. Tidak ketinggalan, kemunculan pelakon Vanidah Imran dan pelakon veteran Rubiah Suparman dalam rakaman sebelum ini.
"Pihak kami tampilkan juga personaliti terkenal tanah air sebagai tetamu undangan dalam program ini seperti pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwil, Datuk Shah Reza dan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor," katanya.
Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza yang membabitkan sebanyak 15 episod ini akan menemui penonton saluran RTM setiap Rabu, Khamis dan Jumaat jam 11.05 pagi iaitu pada hari pertama umat Islam menyambut Ramadan nanti (21 Ogos).
Manakala, dua lagi episod terakhir (episod 14 dan 15) ialah program masakan raya bersama Siti yang menemui penonton RTM pada sambutan hari raya pertama nanti (21 September).
- HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
Resipi ikan patin Siti pikat Datuk K
BERGELAR selebriti ternama tanah air bukan bermaksud Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak memasak untuk suami di rumah.
Malah,kata isteri kepada ahli perniagaan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk Kini, dia tetap meluangkan masa memasak untuk suaminya setiap kali adakelapangan.
"Sebenarnya, saya memasak memang mengikut mood.Tapi, selepas bergelar isteri, saya memang tidak ada masalah memasakuntuk suami kerana sudah biasa ke dapur sejak zaman anak dara lagi.
"Sebelumkami berpindah ke Bukit Antarabangsa, saya sering memasak untuk suami.Maklumlah, apabila sudah berkahwin, suami pasti ingin merasai airtangan isterinya sendiri. Secara kebetulan, pembantu rumah kami sebelumini memang tidak pandai memasak.
"Saya juga beruntung kerana suami tidak cerewet soal makan dan apa saja yang saya masak dia makan tanpa banyak soal," katanya.
Siti, 30, berkata, antara makanan kegemaran Datuk K ialah ialah ikan patin masak tempoyak.
"Sebelumini, suami tidak pernah makan ikan patin, tetapi sekarang, ikan patinmasak tempoyak adalah makanan kegemarannya. Suami juga suka sajianmakanan kampung seperti sambal petai dan sambal belacan.
"Selain masakan kampung, saya juga boleh memasak makanan barat seperti spageti dan lasagna.
Setakatini, makanan yang belum pernah saya cuba untuk membuatnya sendiri ialahkek, pai dan brownies," katanya. Namun, kata Siti, sejak tinggalbersama ibu mentua, urusan memasak diserahkan kepadanya yang memangcekap di dapur.
"Ibu mentua juga mempunyai pembantu rumah berpengalaman yang pandai memasak.
"Diajuga boleh memasak apa saja makanan kegemaran kami sekeluarga keranasudah lebih 10 tahun dia bekerja dengan keluarga suami serta sudahdianggap seperti keluarga sendiri.
"Sebagai isteri, saya tetap berusaha melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin.
"Padamasa sama, saya tidak mahu bergantung sepenuhnya urusan rumah tanggapada pembantu rumah semata-mata terutama soal makan dan pakai suamisetiap hari," katanya.
Siti ditemui ketika menjayakan rakamanprogram masakan Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza terbitan GlobalStation Sdn Bhd (Global Station) di kediamannya di Bukit Antarabangsa,baru-baru ini.
Mengenai program masakan sebanyak 15 episod itu, Siti berkata, ia juga julung kali menampilkannya sebagai hos program masakan.
"Apabiladitawarkan buat program masakan, saya bertanya pada diri sendiri samaada saya boleh buat atau sebaliknya? Maklumlah, buat program masakanini memang tidak sama seperti menyanyi ataupun berlakon.
"Punbegitu, selepas menjayakan beberapa episod rakaman program ini, barulahsaya mula berasa seronok pula buat rancangan ini kerana ia memberipengalaman baru buat saya," katanya.
Siti berkata, program masakan itu juga mempunyai cabaran tersendiri.
"Antaracabaran buat program ini ialah pihak kami (kru) perlu menyediakanbahan-bahan memasak lebih awal seperti ke pasar membeli bahan mentahdan mengisar bahan yang diperlukan mengikut resipi.
"Dalamsehari, pihak kami berjaya menyiapkan sebanyak tiga episod. Satu episodmembabitkan tiga resipi iaitu dua makanan dan satu pencuci mulut.
"Programini membabitkan sebanyak 15 episod. Dua lagi episod terakhir ialahuntuk hari raya yang memaparkan saya memasak bersama keluarga.
"Pada hari pertama rakaman, memang saya agak kekok sikit, tetapi masuk hari kedua semuanya bertambah baik.
"Mengikutperancangan asal, memang kami ingin buat penggambaran program ini didapur basah dalam rumah, tetapi atas sebab tidak dapat dielakkanrakaman program terpaksa dibuat di tengah halaman rumah," katanya.
Siti berkata, apa yang menarik, program itu menampilkan resipi yang juga sajian kegemarannya sejak dulu.
"Selainresipi saya, ia juga memaparkan resipi ahli keluarga terdekat saya dansajian tradisional Pahang sendiri. Contohnya, resipi sardin masak lemakyang dipaparkan dalam program ini adalah resipi kakak ipar, Rozi AbdRazak.
"Antara resipi yang ditampilkan dalam program ini ialahtempoyak ikan patin ku mahu, sup cendawan purnama merindu, ikan bawalcili padi kau kekasihku dan ayam tiram serai badarsila.
"Resipiini juga ringkas untuk dicuba untuk semua golongan sama ada dari orangbujang hinggalah yang sudah berkeluarga," katanya.
- HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
ayam tiram serai badarsila.. |
|
|
|
|
|
|
|
nama2 semua nak klaka jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe
NOW dato sedang buat rakaman and sedang masak.. asam pedas ayam Percayalah.. heheh
tak sabar ler... kuar kat RTM 1 nanti |
|
|
|
|
|
|
|
klakar & pelik nama-nama resipi..tak sesuaiiii
apepun best kali pertama Siti jadi hos rancangan memasak. tak sabar nak tengok nanti |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya x perlu letak tajuk lagu tu..
nampaknye x dapatla nak tengok sbb 11:05 am.. Youtube je laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
TT pn same.. TT akn berada d australia bln ramadhan ni.. hope ade la yg sudi upload kt utube |
|
|
|
|
|
|
|
x sabanye!!!
ko gi mane TT?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|