karim...yg takdak gambaq federer tak dak ka? haihh...karim minat federer???
MrFed Post at 25-9-2009 07:14
Tak minat Federer tapi salute. Lagipun semua opponent bila lawan Federer akan main high risk game == lagi syiok. Sebab tu aku focus match semua yang lawan Federer.
Esok qualifying weh, mari kita turun ramai2. Match bermula pukul 10 pagi. Masuk adalah percuma untuk pusingan kelayakan.
hahahahaaa... baghdatis pakai baju melayu.... mesti dia heran orang m'sia dok pakai kain polyster cuaca panas2 gini.... sayang takde pakai songkok pastu dia tu pakai baju melayu dgn seluar pendek ke? muaahahahaaa
KUALA LUMPUR - Peminat tenis tanah air sudahpun melupakan isu pengagihan tiket wild card, sebaliknya bersedia untuk menyaksikan pertarungan tenis terhebat apabila kejohanan Proton Terbuka Malaysia membuka tirainya di Stadium Putra, Bukit Jalil, hari ini.
Walaupun tiada wakil tuan rumah akan beraksi dalam undian utama perseorangan, namun kelibat bintang tenis dunia diketuai pemain No. 8 dunia, Nikolay Davydenko (Rusia), pemain No. 10 dunia, Fernando Verdasco (Sepanyol) serta juara Grand Slam dua kali, Lleyton Hewitt dari Australia cukup untuk menghangatkan kejohanan Jelajah ATP itu.
Malah, kejohanan bernilai AS$947,750 (RM3.3 juta) itu turut dihangatkan dengan kehadiran nama besar seperti naib juara Terbuka Perancis, Robin Soderling (Sweden), Fernando Gonzalez (Chile), Gael Monfils (Perancis), Tomas Berdych (Republik Czech) serta David Ferrer dari Sepanyol.
Turut beraksi bekas pemain No. 9 dunia dari Sweden, Joachim Johanson atau lebih dikenali sebagai "im Pim", yang baru kembali daripada kecederaan dan berikrar untuk memberi impak di Kuala Lumpur.
Davydenko, yang tumpas kepada Soderling di pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat, awal bulan ini berpeluang menebus kekalahannya kepada jaguh Sweden itu jika kedua-dua mereka mara ke separuh akhir.
Kesemua pemain pilihan hanya akan memulakan aksi esok, di mana tumpuan awal pastinya kepada pertembungan bekas pemain No. 1 dunia, Hewitt dan Johansson.
Pada ketika pemain-pemain utama hanya akan beraksi esok, tumpuan hari ini sudah tentu kepada kemunculan naib juara Terbuka Australia 2006, Marcos Baghdatis menentang Lu Yen Hsun dari Taiwan, selain pertemuan bekas bintang Amerika Syarikat, Taylor Dent dan Andrey Golubev dari Kazakhstan.
Penampilan pemain Malaysia, Si Yew Ming yang akan berganding dengan Johansson dalam acara beregu merupakan satu lagi tarikan kejohanan. Pasangan itu yang mendapat wild card akan berdepan beregu Brazil, Marcelo Melo-Jean Julien Rojer.
wildcard tak dak seeding dlm mesia pon masok hahah, terok betol organize...
aku klo x dak aral melintang, semi baru pi kot...dok ejas dgn gang . klo kami nak pi, hang la ...
MrFed Post at 28-9-2009 09:49
Aku tak tahu la sapa yang comment tu, tapi, apa yang aku nampak.. lepa nak promo dua budak ni, Kevan Somasundram, yang baru 15 tahun, dan Nazim Khan 16 tahun. Nazim Khan pi training kat Spain, dan baru balik Malaysia. Bagus jugak budak ni... 1st match sampai tie break, tapi bila masuk 2nd set, dia lost focus.
Yang lain, sepert biasa Yew Meng, Aboi dan Adam Jaya. Terkejut jugak aku, Jai Omi dapat, mungkin last minit wildcard kut.. Mungkin yang komen tu, komen pasal Jai kut.
Petang semalam yang sessi bertemu peminat kat Starbuck KLCC tu Fernando Gonzalez kan? Akak yg kebetulan lalu situ rasa tertanya2 juga motiff ramai sangat orang berkerumun kat starbuck sambil amik2 gambar? Selebriti mana kah? Tenis player rupanya .... Sayang akak tak join sama amik gamba beliau yg tasty ittuu
aku ni bukan la peminat tenis tp selalu gak tgk game ni kat astro..ni sume gara2 adik aku yg minat sgt ngan roger federer..smlm jumpa fernando gonzalez kat starbucks KLCC..ensem jugak mamat ni...
sama mcm kak oyen..masa lalu kat situ dok tertanya2 ada artis ke kat starbucks tu?
saje dtg menjenguk rupa2nya tennis player ada kat situ tp tak tau saper nama dia..
kebetulan masa tu aku mmg bwk camera..dpt gak aku snap 3 pics..:pompom:
igt nak amik signature dia sekali tp tak tau camne nk participate..
lgpun ramai sgt org..malas aku nk menunggu lama2..
balik umah terus aku google carik sapa nama mamat ni..rupa2nya fernando gonzalez..hehehe..
ekceli kat astro takde live ker.....? bila cek thai open ada plak kat espn..... kat 816 tengok info cam ader tp asyik tunjuk bola u20 yg tak popular tuh 24 jam.........
ekceli kat astro takde live ker.....? bila cek thai open ada plak kat espn..... kat 816 tengok info cam ader tp asyik tunjuk bola u20 yg tak popular tuh 24 jam.........
cmf_rambutan Post at 30-9-2009 08:51
Kalau duduk 50km radius dari Stadium Putra, pergi je ramaikan majlis.