wah bagus nya siap dah try lagi...resepi biskut kulinari daisy bersama chef liza punmcm best tau,biskut pakai udang kering...kata ada kat web rtm...carik2 tak de pun,kiranya chef tu gantikan butter ngan minyak jagung..info plez..
Rancangan mulai Jumaat lepas, ada 3 bahagian... cuma setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad aje.
1st day tu hari Jumaat, sedang bckp dgn Chef... di ...
~SwEeTMuM~ Post at 24-8-2009 00:59
pengacara dia ozlyn wati...tak best langsung....napa lah dia pilih minah ni...
KEK NANAS TERBALIK
Bahan-bahan:
Topping
1 tin nanas (bulat)-toskan, jusnya simpan untuk kek
3 sudu besar gula perang
Beberapa biji buah ceri
1 sudu makan butter
Kek
2 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sk soda bikarbonat - ayak bersama-sama
1 3/4 cawan gula kastor
230gm butter/marjerin
4 biji telur
3/4 cawan jus nenas(dalam tin tadi)
50gm badam kisar
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Toppingnya:-
Lengserkan acuan 8in(saya guna acuan 4 segi 9x9) dengan butter.
Kemudian taburkan gula perang dan susunkan kepingan nenas.
Letakkan buah ceri ke dalam lubang kepingan nanas tadi.Saya belah dua buah ceri tu....jimat,hehehe. Ketepikan dulu loyang.
Untuk kek:-
Pukul butter dan gula kastor hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap kali masukkan telur, pukul 1 minit untuk memastikan ia sebati.
Kemudian masukkan serbuk badam dan vanila, sebatikan.
Masukkan tepung berselang-seli dengan jus nanas,adun hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disusun nenas tadi.
Bakar dalam oven bersuhu 170 celcius yang telah dipanaskan terlebih dahulu, hingga masak( lebih kurang 50 minit). Suhu oven ni bergantung pada oven memasing ye.
Bila dah masak, sejukkan dalam 15 minit, baru diterbalikkan kek tadi.
kek ni lembut + moist+ moist ..rasa masam tu klu kita tergigit nenas laa...hehehe..try laa buat..akak buat sbb ada nak perabiskan nenas dlm tin...lagi satu sbb anak dara dok desak umi dia suruh ajar buat kek.Bila dah siap dia tak makan pun