|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
20# ayahjoe
apa pakej menarik tu? bulan bila next yr? mimi pun nak survey jugak for next yr..semoga dipermudahkan segalanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
wah dah pindah rumah baru....tahniah...yg bakal mengerjakan haji..selamat berangkat..doakan kami jadi tetamu allah soon...sampaikan salam pada junjungan mulia kita..
kalau negara lain batal jemaah dia negara kita ada chance tambah lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
kawan saya pegi haji buat kali ke 2 tahun ni guna andalusia..tak perlu qoata apa pun tak perlu beratur tunggu giliran walau pun baru 2 years ago dia buat haji dgn tabung haji..dia pergi tahun ni sbb kebetulan cuti sekolah yg panjang so tak perlu ambil cuti tanpa gaji..kakitangan gomen blh pegi sekali je yg kira tak tolak gaji..cuti berbayar gaji gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
20# ayahjoe
apa pakej menarik tu? bulan bila next yr? mimi pun nak survey jugak for next yr..semoga dipermudahkan segalanya..
mimi_19 Post at 13-10-2009 14:48
Yg nih bukan promosi yer...sekadar berkongsi info utk semua...
Irna Yakin - Pakej Promosi RM4990 (Quad) RM5390 (Triple) RM5790 (Twin), 12H/10M Penerbangan MAS. Hotel Madinah: Fayroz Al-Shatta, Hotel Makkah:Mawadah.
Syarat : Kena booking sebelum 31/12/09. Bayaran booking RM2000 seorang
website : http://www.irna.com.my/page.php?name=umrah_ziarah
Andalusia - Pakej 20 pertama RM4590 (Quad) RM4790 (Triple) RM5090 (Twin), 13H/11M. Penerbangan GULF. Hotel Madinah: Fayroz Al-Shatta/Jawaharat Fayroz, Makkah: Royal Sultan / Abeer Garden.
Website : http://www.umrah-ziarah.com/pakejumrah.php?action=plist&pid=32&pakej=Promosi-20-Terawal&pyear=2010
http://www.andalusia2u.com/
Zahafiz : RM4500 (Quad) Twin +400 12H/10M. Penerbangan PIA or BIMAN. Hotel Madinah: Safwa Mawaddah, Makkah : Rawasi.
Website : http://www.zahafiz.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
saya chek irna utk umrah pertengahan-akhir ramadhan mak ai rm9999 |
|
|
|
|
|
|
|
saya chek irna utk umrah pertengahan-akhir ramadhan mak ai rm9999
sunsuria3 Post at 13-10-2009 15:39
Ler...sori yer akak sun..........................yg saya carik tuh utk April/Mei nx year |
|
|
|
|
|
|
|
salam
makcik aziefa
fuuh angin glasgow tiup smpai bangi ye...nice weather around 6 this morning
ibu,
thanks for the special invitation
hanni,
tahniah n thanks for your kind help in opening this thread
ayahjoe.
Selamat bersiap......amboi nak pi umrah awal tahun ke?
Hope everything went smoothly
mimi
pi umrah tahun depan?
Good insyaallah may Allah grant you the oppurtinity to visit HIS House |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum... berpeluang jugak masuk umah ni...saya budak baru...dengar pengalaman semua,rasa hati nak ke tanah suci jugak... nak jugak merasa panggilan KAABAH... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum... berpeluang jugak masuk umah ni...saya budak baru...dengar pengalaman semua,rasa hati nak ke tanah suci jugak... nak jugak merasa panggilan KAABAH... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
makcik aziefa
fuuh angin glasgow tiup smpai bangi ye...nice weather around 6 this morning
ibu,
thanks for the special invitation
hanni,
tahniah n thanks for your kind help in openi ...
HUSSAINTAHIR Post at 13-10-2009 16:24
Hmmm...insyaAllah...nak penuhi hajat mrs nih......persiapan alhamdulillah...pengalaman umrah bersama anta mac haritu byk membantu.... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum... berpeluang jugak masuk umah ni...saya budak baru...dengar pengalaman semua,rasa hati nak ke tanah suci jugak... nak jugak merasa panggilan KAABAH...
wulan_cinta Post at 13-10-2009 16:47
silakan wulan..insyaAllah saya doakan hasrat anda tercapai..kalu perlu apa2 maklumat jgn malu dan segan nak bertanya kat sini...insyaAllah Asst. Mutawwif Ustaz Hussain dan yg lain2 bole tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
27# HUSSAINTAHIR
AMinn..insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua..
Bulan haji dah hampir tiba kan.. kat RTM pun da mula dgr lagu haji tu..emmm saya memang berharap sangat2 tahun ni dimurahkan rezeki untuk menunaikan Haji.. untuk pegetahuan sy tinggal di Saudi.. soooo daftar pun tak lagi..tu yang risau sgt2.. kursus haji pun tak de lagi..
Alangkah baiknya kalau ada yg sudi share, especially yg ada pengalaman, apa yang kalian pelajari semasa hadiri kursus haji tu kan.. tak pun boleh juga bagitau kalau2 ada link2 untuk saya baca yang berkaitan dengan amalan, pengalaman ibadat haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
28# wulan_cinta
InsyaAllah, semoga dimurahkan rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
26# ayahjoe
saya rasa syok lah pi bulan ramadhan..hari tu pi seminggu syaaban dan seminggu ramadhan...so dah rasa 2 masa berlainan indah lagi di bulan ramadhan...
tak pe nanti cari pelan2..
eh bila lak hussain dah pi glasgow ni...jauhnya berjalan |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bro ayahjoe.
Many countries plan to prohibit their citizen from performing hajj this year esspecially countries with strict health concern like australia
they are carrying eradication programme and then dont want further introduction of the pathogen
so expected to be not so crowded this year but dont know yet bcoz saudi still issuing visa for hajj this year
brother hope you take yr vitamin continously to boost up immune sys |
|
|
|
|
|
|
|
kak sun
saya kt glasgow sejak sunday
samapai uk last wednesday
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bro ayahjoe.
Many countries plan to prohibit their citizen from performing hajj this year esspecially countries with strict health concern like australia
they are carrying eradication p ...
HUSSAINTAHIR Post at 14-10-2009 09:20
InsyaAllah bro..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 14-10-2009 10:41
Petikan dari Utusan Malaysia14 Oktober 2009
Ziarah Madinah
Oleh MOHD. RAZALI ZAKARIA
| Antara tempat mustajab berdoa di Masjid Nabawi adalah Raudah yang menjadi tumpuan setiap umatIslam untuk solat dan berdoa di situ. - Gambar hiasan
|
JABAL Uhud atau Bukit Uhud berwarna kemerah-merahan terletak lima kilometer (km) ke utara Kota Madinah. Ia memanjang membatasi kawasan syuhada Uhud.
Terdapat satu bulatan besar atau roundabout besar dibina disekeliling perkuburan syuhada Uhud. Di belakangnyalah terletak bukit yang kemerah-merahan di kenali sebagai Jabal Uhud manakala di dalam bulatan besar itu terletak perkuburan syuhada, Bukit Rumah iaitu bukit yang ditempatkan 50 orang pemanah dan sebuah masjid yang dinamakan Masjid Uhud.
Di kawasan masjid inilah Saidina Hamzah terbunuh dan gugur syahid.Beliau dikebumikan di tempat jasadnya terbunuh. Selain Saidina Hamzah dua kibarul muslimin antaranya Abdullah ibn Jubair al-Ansari (ketua barisan pemanah) dan Mus'ab ibn Umair (pemegang panji-panji Islam).
Hampir 70 orang sahabat terbunuh, enam di kalangan mereka dari Muhajirin dan bakinya dari al-Ansar.
Ketika pasukan pemanah turun dari Bukit Rumah kerana menyangkakan perang sudah tamat, pasukan berkuda yang dipimpin Khalid ibn Walid dan Ikrimah ibn Jahal telah membunuh baki tentera pemanah di atas bukit rumah. Lantaran itu, tentera muslimin terkepung dari sebelah depan dan belakang (barat daya).
Ketika perang berkecamuk inilah, sahabat Rasulullah merapatkan barisan, membentengi Rasullullah. Saidina Hamzah telah dilembing oleh tentera musuh. Abdullah ibn Zubair telah dibunuh di atas bukit Rumat mempertahankan amanat baginda SAW.
Pada ketika itulah, Mus'ab ibn Umair mempertahankan Rasulullah.Tangan kanannya terputus akibat ditetak oleh musuh. Beliau menggunakan tangan kirinya untuk berlawan. Terputus tangan kirinya, beliau menggunakan kedua-dua lengannya untuk memegang panji-panji Islam.
Tatkala Rasulullah terperosok akibat tentangan musuh dan hampir-hampir dipenggal oleh tentera musyrikin, Mus'ab membantingkan badannya untuk melindungi Rasulullah daripada dibunuh. Maka terbunuhlah Mus'ab ibn Umair, syahid mempertahankan nyawa semulia-mulia makhluk. Lalu panji-panji itu disambutlah oleh Ali Karamallahhuwajhah.
Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud. Bukit Uhud bergoyang kerana malu tubuhnya dinaiki makhluk yang paling mulia. Bersabdalah Nabi SAW: "Isbat ya Uhud".Tetaplah engkau wahai uhud. Bukankah makhluk yang paling mulia berada di atasmu bersama shahidain (dua sahabat yang akan syahid iaitu Umar dan Uthman).
Setelah berundur di atas Bukit Uhud, Rasulullah di tempatkan disebuah gua yang kecil yang hanya menempatkan empat orang di dalamnya. Rasulullah saw terbaring tidak sedarkan diri manakala para sahabat berkubu di bawah bukit bagi menyekat serangan kaum musyrikin. Setelah peperangan reda tentera Muslimin balik ke Kota Madinah danpada awal paginya mereka menghalau tentera Musyrikin hingga ke Hamra'al-Asad.
Masjid Al-Qiblatain
Masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah terletak kira-kira di barat laut Kota Madinah. Masjid ini diberi nama Qiblatain sempena peristiwa turunnya wahyu dari Allah swt agar Rasulullah saw menukarkan kiblatnya dari Baitul Maqdis ke MasjidilHaram.
Peristiwa turunnya ayat wahyu Allah saw ketika Baginda sedang solat zohor pada rakaat yang kedua. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat144 "Maka sesungguhnya kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke aras Masjidil Haram..."
Rasulullah saw segera mengubah arah kiblat dengan berpusing kebelakang (180 darjah) lalu mengadap ke baitullah berbetulan dengan al-Mizan(Pancur Emas). Lantaran itu, pada waktu Asar semasa di Masjid Nabawi, Rasullah SAW membetulkan kiblatnya setentang dengan Masjidil Haram.
Masjid Tujuh atau Khanda'
Salah satu tempat yang perlu dilawati oleh jemaah haji ialah masjid tujuh atau tempat berlakunya perang khanda'. Masjid tujuh ini terletak di atas Bukit Sila'. Tujuh Masjid ini dibina di atas tujuh khemah perkubuan sahabat.
Perang Khanda' ini berlaku pada bulan Syawal tahun ke lima hijrah. Rasulullah SAW menerima pandangan Salman al-Farisi untuk membina parit besar. Panjangnya lebih kurang 2.5 km, lebarnya empat meter dan dalamnya tiga meter.
Musyrikin Mekah datang dari arah selatan Kota Madinah tetapi terpaksa menuju ke utara kota ini kerana bahagian selatan dipenuhi oleh bukit-bukau. Strategi Khanda' inilah yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menentang tentera Ahzab.
Ketika saat genting inilah Yahudi Bani Quraizah mengkhianati Nabi.Nabi memerintahkan sekumpulan sahabat memerangi mereka. Seramai 600 sahabat diketuai oleh Saidina Ali mengepung dan menawan mereka.
Ketika tiada perubahan dan saat semakin genting, tiada apa-apa perubahan beberapa sahabat termasuk Salman dan seorang sahabat lagi yang baru masuk Islam memohon keizinan Rasulullah SAW untuk memecah-belahkan musuh dengan meniupkan perasaan curiga mencurigai.
Apakah jaminan engkau bahawa kaum musyrikin tidak akan meninggalkan engkau jika mereka kalah memerangi Muhammad kata sahabat ini. Pemimpin Bani Quraizah pantas meminta jaminan kepada Abu Sufian. Sebelum itu,Abu Sufian telah dihasut bahawa Bani Quraizah telah belot kepada Rasulullah dan akan datang meminta jaminan. Maka sahlah khabar dari sahabat nabi ini maka mulalah terpecahnya benteng kepercayaan tentera Ahzab.
Sementara itu, Rasulullah berulang-alik ke tempatnya bermunajat. Kali ketiga baginda SAW bermunajat lalu baginda bersembahyang dua rakaat memohon pertolongan Allah.
Lantaran itu, Allah kabulkan permintaan baginda lalu dikirimkan ribut pasir sehingga kaum musyrikin ketakutan dan bertempiaran lari keMekah.
Rumusan
Demikianlah, kisah-kisah tempat bersejarah yang boleh dilawati oleh bakal-bakal haji. Terdapat banyak lagi tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati dan dihayati kisahnya oleh bakal-bakal hajidi antaranya perigi Uthman yang berhampiran dengan Masjid Quba' dan Khal'ah berhampiran masjid Jumuah.
Semoga menziarahi Madinah ini menepati hadis Nabi yang bermaksud:"Kembalinya iman di Madinah itu seperti kembalinya ular ke sarang."Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|