|
sbnrnya............
ada org yg kena panic attack yg sentiasa memikirkan mati nih
cubalah korang surfing psl panic attack
korang feel dying kan
rs mcm mati tuh esok jer
nak buat apa pun takut
tak ...
anj2208 Post at 22-10-2009 12:58 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
hampir jadi macam ni....![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dulu anak perempuan saya masa tu umur 8 tahun..kur..dia ni selalu dpt mimpi2 pelik lah..mimpi kiamat lah..mimpi mati lah mimpi org berjubah suruh dia amalkan surah al mulk..sekali tu soh amalkan surah apa tah lah tak ingat dah..
so masa umur dia mimpi mati saya pun tak ingat mcm mana mimpi tu lama sgt dah now she is 15..menangis2 lah hari2 dekat seminggu gak..takut nak tidur...dok baring dekat saya takut..takut memanjang...solat lama sambil menangis2...sampai rimas saya...kita muda lagi masa tu kan..tak ada lah pulak rasa mcm dia..berminggu gak nak cure kan dia tu..nasihat lah kalau takut bykkan amalan..ni peringatan aja..allah kasihkan dia...alhamdulillah she grows up as a good moslem...semoga jadi anak yg soleha...hidup dan mati dalam keimanan...
dia kerap dpt mimpi orang nasihatkan amalkan surah itu ini...tapi saya pesan jgn amalkan kerana di suruh oleh seseorang...amalkan secara istiqamah...msa dia mimpi org tu suruh amalkan surah al mulk tu dia baru hafal 10 ayat tu then saya bawa dia keluar dari sek agama..terus dia stopkan hafazan surah tu..mungkin peringatan utk dia gak..surah al mulk ni ramai tau kelebihannya kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi ada majlis yassin mingguan taman saya..kali ni rumah doktor harlina hj siraj pulak...lepas yassin aada tazkirah..antara isi kandungannya 'org yg bijak adalah org yg mengingati mati' sebaik2 kematian adalah kematian dlm keadaan baik..apa lagi dlm keadaan sedang beramal ibadat..so conclusionnya nak mati dlm keadaan baik maka buat baik lah sentiasa...bcos we never know when is our time...
pagi tadi pun kelas usuludin pensyarah bincang bab roh sikit..katanya bila dah habis soal siasat orang2 yg beriman akan dibukakan pintu syurga di pampangkan kepadanya di dalam kubur..orang yg mendapat balasan neraka pun sama..di paparkan keadaan neraka di dalam kubur tu...kita di galakkan memberi salam kpd ahli kubur bila lalu di kawasan perkuburan..mereka mendengar dan berebut2 nak ambil salam tu..
dlm satu hadith sahabat mendengar nabi saw berkata sendirian, lbh kurang gini...apa kah kau dpt apa yg tuhan kau janjikan dulu...kami memang akan mendapat apa yg tuhan kami janjikan...di tanya oleh sahabat kepada siapa dia berkata2...nabi berkata di depan tu ada sebuah telaga di mana di tanam orang2 kafir yg mati ketika berperang, dan telaga itu di timbus dgn tanah..kata nabi mereka mendengar apa yg kita katakan..
sebaik2 sedekah utk yg meninggal katanya bacakan ayat quran di tanah perkuburan..sbb katanya bila seseorang membaca quran rahmatnya akan turun bukan sahaja kpd pembaca, utk yg di baca dan utk kawasan sekitar tempat ayat quran itu dibaca..kalau baca di rumah dgn niat utk sampaikan pahala baccaan kpd si mati ( jgn kata sedekah utk si mati) rahmat hanya sekitar rumah kita sahaja dan si mati..so kalau betul nak sampaikan pahala bacaan al quran utk si mati buat lah di kubur agar ramai lagi akan mendapat rahmat dari bacaan tersebut...
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
setiap org akan mati......
aku bukan takut mati....
sebab aku tahu semua org akan mati...
tp aku takut seksaan slps mati....
nak2 ada org kata pada aku....jasad aku tak diterima bumi...
s'rang aku takut sgt2....makan pun x selera....
jd aku baca buku Jgan bersedih....
mudah2an....aku dpt semangat baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
msa dia mimpi org tu suruh amalkan surah al mulk tu dia baru hafal 10 ayat tu then saya bawa dia keluar dari sek agama..terus dia stopkan hafazan surah tu..mungkin peringatan utk dia gak.....
sunsuria3 Post at 25-10-2009 21:10 ![](https://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
puan suria, may I know why your daughter stop her hafazan? and why you remove her from Sekolah agama? |
|
|
|
|
|
|
|
25# sisone[/
i]
oh soalan ni ke? dulu dia sma teluk kemang...jauh tu from kl 1 1/2 hour drive..then july 2008 husband saya dah keja di abu dhabi so saya ni kira patah tangan..nak hantar anak2 ada 3 dok asrama..so i have to take her out from sma tu..masuk my school. masa kat sma tu lah dia tengah hafal surah al mulk saya dha belikan buku kecil ayat2 yg byk fadilat utk di hafal dia baru hafal 10 ayat aja bila dah masuk sek biasa .....biasalah...
tu saya ckp environment byk menentukan corak hidup seseorang tu...mungkin sb tu kut dia dpt mimpi org tu suruh amalkan surah al mulk sbb dia dah tinggalkan hafazan nya..
insyallah next yr saya masukkan semula sek agama...yg sulung pun dah fly, no 2 ni pun insyallah nak masuk darul quran semalam baru interview insyallah dpt...so tinggal dia ajalah saya kena jaga dgn adik kecik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mati itu sudah pasti dan setiap yang bernyawa pasti akan merasainya. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum. saya dapat ni dari seorang rakan, diambil dari halaqah.net kalau tak silap. mungkin ada yg dah baca tapi saya letak jugak kat sini, mudah-mudahan ada manfaatnya.
file:///C:/DOCUME%7E1/Owner/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-4.pngAnda biasa mendengar berita kematian?
Biasanya, apabila kitamendengar berita kematian, maka secara tidak langsung kita akanmengirimkan ucapan takziah. Kita akan berusaha menzahirkan kesedihanyang teramat sangat semampu kita kepada keluarga si mati. Kalau yangmati itu ahli keluarga kita, tambahlah kita terasa akan kesedihannya.
Memang,kesedihan itu satu perkara yang normal. Maka bersedihlah seadanya,selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepadaALLAH SWT.
Tapi, setiap kali mendengar berita kematian, pernah tak kita terfikir satu perkara?
“ Kalaulah yang mati tu aku, macam mana?”
Apa perasan anda, kalau berita kematian itu bukan berita kematian orang lain, tetapi merupakan berita kematian anda?
Bagaimana?
Persoalan itu, dilontarkan oleh sahabat karib saya. Bila difikir balik, perntanyaan itu nyata menusuk kalbu.
Mati, bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya.
Manusiayang menganggap bahawa mati adalah penyelesai segala masalah, danpenamat bagi segala sengsara, merupakan manusia yang cetek akalnya.Mati, hanyalah sebuah pintu untuk kita menembusi sebuah alam lain.
Selepasmati, kita akan masuk ke alam barzakh. Di alam barzakh inilah, kitadisukat awal berdasarkan soalan-soalan yang akan disoal oleh MalaikatMunkar dan Nakir. Di alam barzakh inilah, beberapa amal kita, akanmenjadi peneman menjalani kehidupan di sini. Andai kita merupakanseorang yang beramal soleh, maka akan dibukakan untuk kita pintu-pintusyurga agar kita sentiasa rindu kepadanya dan berlapang dada untukmenunggu di alam barzakh. Andai kita merupakan seorang yang beramalburuk, maka akan dibukankan untuk kita lubang-lubang neraka, agar kitasentiasa resah dan rasa terseksa untuk menunggu datangnya harikebangkitan, hari perhitungan.
Selepas alam barzakh, akanberlaku saat kebangkitan. Manusia akan dipindahkan pula ke alamperhitungan, di padang mahsyar. Hari itu, adalah hari perhitungan atassegala amal yang dibuat oleh manusia. Tiada siapa yang akan mendapatnaungan, melainkan naungan yang dibenarkan oleh ALLAH SWT sahaja. Tiadasiapa yang selamat, melainkan yang datang kepada ALLAH dalam keadaanhatinya yang sempurna.
“ Hari yang tidak berguna harta dan anakpinak, kecuali yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera”Surah Asy-Syu’ara’ ayat 88-89.
Selepas saat perhitungan, manusiaakan bergerak ke salah satu dari dua tempat. Itulah dia Neraka danSyurga. Salah satunya akan menjadi tempat tinggal kita.
Nah, mati adalah pintu untuk kita memasuki alam-alam itu.
Kalaukita perhatikan, alam selepas mati amat berbeza sekali dengan alamsebelum mati. Pada alam selepas mati, sudah terpadam ikhtiar daripadamanusia. Manusia tidak lagi dibenarkan berusaha, beramal, jauh sekalihendak berbuat keburukan. Selepas melangkah pintu kematian, amal sahajayang menjadi teman. Seperti mana yang didendangkan oleh Opick di dalamlagunya:
“ Bila waktu memanggil, teman sejati hanyalah amal. Bila waktu telah terhenti, teman sejati
tinggal lah sepi”
Apayang dilakukan semasa di dunia itulah yang menemani perjalanan seorangHAMBA selepas melangkahi pintu kematian ini. Maka, tersedarlah manusiaketika itu betapa dia telah membazirkan satu-satunya peluang yang diaada untuk berusaha, iaitu semasa kehidupannya. Diceritakan di dalamAl-Quran, ada golongan yang merayu-rayu meminta untuk ALLAH memulangkanmereka semula ke dunia. Tetapi, semuanya sia-sia sahaja.
“ Danalangkah ngerinya jika sekiranya kamu melihat orang-orang yangmenderhaka itu menundukkan kepala mereka di hadapan RABB mereka, merekaberkata: Wahai RABB kammi, kami telah melihat danmendengar(siksaan-siksaan yang disediakan), maka kembalikanlah kami(kedunia), nescaya kammi akan mengerjakan kebaikan. Sungguh kami adalahorang-orang yang benar-benar yakin” Surah As-Sajdah ayat 12.
Bagaimana agaknya, kalau berita kematian yang kita dengar itu adalah berita kematian kita?
Bagaimana agaknya, kalau kematian orang yang kita dengar itu, adalah kematian kita?
Saya, terfikirkan perkara ini. “ Kalau waktu tu bukan dia yang mati, tapi aku, macam mana?”
Memangsatu sentapan keras terasa di dalam hati. Rasa takut yang menusukterasa di dalam diri ini. Bila mati, tertutuplah pintu amal,terkuncilah pintu taubat.
“ Maka pada hari ini tidak akanditerima tebusan(berupa amal dan taubat) daripada kamu, mahupundaripada orang-orang kafir. Tempat kamu adalah di neraka. Itulah tempatkamu berlindung, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” SurahAl-Hadid ayat 15.
Bagaimana agaknya kalau yang mati itu kita?
Tiadalahmati itu datang dengan amaran. Mati datang bila-bila masa sahaja. Tidakakan cepat sesaat, tidak akan lewat sesaat. Bila saat tiba, maka tanpaternanti-nanti, nyawa kita akan terus ditarik. Tiada notis semingguawal, atau pun tidak rayuan akhir yang boleh dibuat. Bila mati, makamati sahaja pilihan yang ada. Bagaimana segala dosa? Bagaimana denganamal yang tidak dilakukan selama ini dengan tidak bersungguh-sungguh?
“…Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu memintakelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” Surah An-Nahl ayat 61.
Bagaimanaagaknya itu?, bagaimana agaknya ini? Kita akan terfikir segala perkara.Mati yang menyakitkan tambah mengingatkan kita segala kesilapan dankesalahan kita selama hidup, baik yang kita ingat mahupun yang kitalupa.
Bagaimana agaknya, kalau bukan orang lain yang kita dengar beritanya itu mati, tetapi kitalah yang mati? Bagaimana agaknya?
Sesak. Memang sesak. Takut. Memang menakutkan.
Maka, bersyukurlah dengan kehidupan yang masih bersambung ini.
Bersyukurlah nyawa kita yang masih banyak kesilapan ini tidak ditarik.
Maka, dengan ‘bonus’ hayat yang masih disambungkan ALLAH ini, apakah yang anda hendak lakukan?
Apakah anda hendak mempersiakan?
~soalan untuk kita semua, termasuk saya~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hayatilah…
Utk Renungan Bersama ...
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'
'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kematian itu pasti tiba sama ada kita bersedia ataupun tidak..
Ya Allah, matikanlah kami dalam keimanan kepada-MU.. Amiin |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak sedang kan nabi tahan sakit sebab mati, apa lagi aku yang banyak dosa ni..Ya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
lepas mati tu satu hal....tapi yg aku ngeri ialah masa mati tu. bila tengok gambar2 kematian yg gory, gambar accident ke.....mmmmmm tahan ke tak bila time aku nanti? time aku nanti macamana? lemas ke, accident pecah kepala ke, jatuh bangunan ke, kena tembak kat kepala ke........ |
|
|
|
|
|
|
|
lepas mati tu satu hal....tapi yg aku ngeri ialah masa mati tu. bila tengok gambar2 kematian yg gory, gambar accident ke.....mmmmmm tahan ke tak bila time aku nanti? time aku nanti macamana? lemas ke, ...
saden Post at 7-11-2009 02:34 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
just woke up....hmm... well imagine yg kena guillotine tu masa French Revolution - would you ? kena hukum an yg tak adil sepasal, dipaksa letak kepala atas guillotine board tu eeee lagi ngeri... ya ALLAH.....tu
dari satu aspek,
tapi kan mereka yg pergi syahid lain pulak , yer? they are approaching death , but the sweetest thing is the reward / ganjaran.... ganjaran tu kan? but then they are not dead, they are just "sleeping".
pasal mati jugak,
how about this
a brother of few ladies, went to his in - law house, the wife tried to wake her husband up for fajr then later discovered the husband she had just "passed away?" . Mahu tak pengsan dia, > 7 times , masa mandi, kafan etc etc. He left three sweet kids. That person who had pased away was just 32 years old in 1993...he was my youngest uncle.so what happened to his sisters ( my aunt and mom) ? depa terduduk...hmm...tak payah cerita lah air mata semua tu , kan? tak payah cerita lah anak anak yg dah faham ayah mak, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
sy pun salah seorg dr kalian.. perasaan mati hampir tiba ni b'mula lps balik dr Umrah pd bln mei yg lps.. b'mcm2 andaian dlm hati ni.. mungkin sbb trauma.. kerna adik lelaki sy dah setahun meninggalkan kami.. pd pukul 2 pg.. d sebelah katil sy.. kerna jantung bengkak.. saban hari.. mati aje yg t'lintas.. paling teruk sekali.. 1 hari sampai 3 kali sy ke ER.. doktor siap bgtahu.. sekali lg sy dtg.. dier akan reffer mental hospital.. jantung ni kencang je slalu.. dah penah uat ECG & Stress Test.. doktor kata xde papeh.. penah juga b'jumpa ngan Imam masjid besar singapura.. dier kata xde papeh yg sakit kat bdn ni.. cuma hati yg amat risau sgt.. xtahu la.. bila agaknye semua ni akan b'akhir.. Minta Yg Esa berkati kehidupan kita seharian.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya MeanOne... mcm mana nak menghadapi hidup seharian kalau asyik terfikir pasal mati nih kan!!! cubalah berikhtiar, solat mlm ke atau baca doa penenang hati mgkn perasaan tu akan hilang slowly... Hanya Allah SWT yg dpt membantu kita kan... |
|
|
|
|
|
|
|
sy pun salah seorg dr kalian.. perasaan mati hampir tiba ni b'mula lps balik dr Umrah pd bln mei yg lps.. b'mcm2 andaian dlm hati ni.. mungkin sbb trauma.. kerna adik lelaki sy dah setahun meninggalka ...
MeanOne Post at 23-11-2009 17:24 ![](https://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
dekati diri dengan tuhan..insyaallah semua tenang.. wat yang terbaik kat dunia ni..kompem mati pun baik..tul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
sbnrnya............
ada org yg kena panic attack yg sentiasa memikirkan mati nih
cubalah korang surfing psl panic attack
korang feel dying kan
rs mcm mati tuh esok jer
nak buat apa pun takut
tak ...
anj2208 Post at 22-10-2009 12:58 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif) tq kerana bagi info mengenai panic attack ni. Saya pun mengalami perkara yang sama...sudah hampir 2 bulan. Saya mengalami satu pengalaman dimana saya tiba-tiba merasa berdebar tak tentu pasal walaupun telah disahkan tdk mempunyai masalah jantung....saya selalu memikirkan mengenai kematian. Saya berusaha mendapatkan bantuan dan saya diberitahu bahawa saya diganggu oleh jin...... |
|
|
|
|
|
|
|
25# sisone[/
i]
oh soalan ni ke? dulu dia sma teluk kemang...jauh tu from kl 1 1/2 hour drive..then july 2008 husband saya dah keja di abu dhabi so saya ni kira patah tangan..nak hantar anak2 ad ...
sunsuria3 Post at 30-10-2009 12:16 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Assalamualaikum Pn Sunsuria,
Di antara ayat yg amat di tuntuti utk di hafal ialah:
1. Yassin
2. Al Mulk
3. As Sajdah
Especially As Sajdah setiap pagi.
Walaupun hanya 30 ayat, amat sedikit yg dapat meluangkan masa utk membaca/hafalkan nya.
Surat khabar 35 muka abis depan belakang deme bacer termasuk iklan dan Pemberitahuan oghang yg meninggalkan duniya ini.
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya MeanOne... mcm mana nak menghadapi hidup seharian kalau asyik terfikir pasal mati nih kan!!! cubalah berikhtiar, solat mlm ke atau baca doa penenang hati mgkn perasaan tu akan hilang slowly. ...
zamnie Post at 24-11-2009 15:04 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Isk isk isk miker nie...............
Haper masaalah nyer biler setiap masa fikir perihal MATI??
Teman tak ada masaalah aper aper pung.
Setiap hari dan setiap kali solat, teman fikir perihal mati.
Ini yang dapat teman menjauhi diri dari maksiat dan perkara yg merugikan.
Bukan lah fikirkan perihal mati sehingga muka berkerut kerut dan tidak senyum langsung.
Jadikanlah para sahabat r.a. sebagai tauladan sekiranya tidak dapat mengikuti Rasulullah saw.
Mereka ketawa, mereka menangis, mereka bersenda gurau dgn isteri dan anak anak.
Mereka berniaga, mereka memerintah negara/negeri...........
Sekiranya kita bijak, bahagikan lah MASA itu 1/3 kpd Allah, 1/3 kpd diri dan 1/3 kpd keluarga. (8jam, 8jam, 8jam)
Lagi bijak.........segala sesuatu itu kita lakukan kerana ALLAH swt.
Tiada di pinta balasan ataupun pujian.
Hanya oghang yg BIJAK sahaja SENANTIASA mengingati akan mati.
MATI itu berada di mana mana sahaja.
Amat dekat sekali utk anak Adam.
Salam |
|
|
|
|
|
|
| |
|