CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dalmaz

Anak-anak kecil kita: bagaimanakah dia pada masa hadapan?

[Copy link]
 Author| Post time 3-10-2013 07:11 PM | Show all posts
macademia posted on 3-10-2013 07:08 PM
yes siput sedut... bila jadi bestfriend anak, bila anak ada problems, insyaAllah dia cari kita, da ...

alangkah beruntungnya anak2 yg ada ibubapa yg seperti ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 07:13 PM | Show all posts
dalmaz posted on 3-10-2013 06:56 PM
seperti pesanan Rasullulah, didik anak mengikut zaman. ibubapa mesti juga seiring dgn zaman, kalau ...

insyaAllah dalmaz, kita cuba buat yg terbaik kan.... and as human we are not perfect. Tapi as long as we give our best, harap2 betul la caranya....

Btw anak dalmaz berapa org and how old? Mine is 19, 17, 14 and 13    yg youngest tu the only boy.
Last edited by macademia on 3-10-2013 07:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:02 PM | Show all posts
dalmaz posted on 3-10-2013 07:11 PM
alangkah beruntungnya anak2 yg ada ibubapa yg seperti ini..

eh jangan dalmaz.... mac ni selalu jugak meroyan melayan kerenah anak2 huhu.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:07 PM | Show all posts
dalmaz posted on 3-10-2013 07:03 PM
hehehe... rupa2nya sama kita, hp selalu dekat sbb anak2 selau 'cari' ... hehehe, kadang2 mereka ca ...

haha kan.... kadang2 fenin benda kecik pun nak cakap. Mac ni if all kids at home, hp mmg letak merata, dah tak kisah sangat if tak dgr phone ringing sbb  dah semua anak depan mata kan LOL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 12:18 AM | Show all posts
macademia posted on 3-10-2013 07:13 PM
insyaAllah dalmaz, kita cuba buat yg terbaik kan.... and as human we are not perfect. Tapi as long ...

five of them, kak wan 18, abang nik 16, abang chik 12, kak chik 6, adik su(girl) 4. hehehe... masih ligat mengatur langkah dan strategi .. kongsi2 ya mac..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 12:24 AM | Show all posts
macademia posted on 3-10-2013 08:07 PM
haha kan.... kadang2 fenin benda kecik pun nak cakap. Mac ni if all kids at home, hp mmg letak mer ...

ye laaa, kalau diorang semua ada di rumah, hp tu dh tak kesah dah mana2 letak pun. diorg dh depan mata.. hati senang, lapang, tenang, tp kalau diorang jauh, usahkan hp.. setiap kali selepas solat dan saat teringatkan diorang mesti doakan minta Allah lindungi senantiasa. amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2013 10:09 AM | Show all posts
dalmaz posted on 4-10-2013 12:18 AM
five of them, kak wan 18, abang nik 16, abang chik 12, kak chik 6, adik su(girl) 4. hehehe... masi ...

wah bestnya 5 org... so dalmaz ada all the phases in the house, yg kecik, yg primary, yg secondary. Mesti meriahkan.

Sama2lah kita sharing n kongsi kan... yg 16 thn tu pun in mrsm ya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:56 PM | Show all posts
Wah mac...
sangat komited dengan anak2..Tahniah!
saya hampir menjadi ibu2 muda sekarang yang suka "online" lifestyle which is .berkepit gajet setiap masa...bukan setiap masa tapi saya rasa I should avoid from using it at home.

Waktu saya selepas balik dari tempat kerja 6.40 mcam tu sehingga 9.30 ke 10 malam sahaja.
Apa yang saya tekankan ialah..makan bersama, selepas solat MAgrib, lepas tu kalau rajin kami mengaji sama2..suami saya berkerja shift jadi waktu bersama suami dan anak2 bersama pd satu masa cuma 4-5 hari seminggu.

Saya pernah mengalami waktu paling struggle..2 bulan di tinggal suami berkursus dengan 3 minggu pertama kita tak boleh contact dia.
Sangat merundum jiwa..hidup bersama anak3 sahaja, but I did well...tak pernah ambik MC lansung pegi keje je..hehehe...takut dok umah kene hadap anak sorang setiap masa gamaknya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 01:06 PM | Show all posts
iye...setiap anak berlainan karakter mereka
My eldest girl 9yo - suka di manja,lambat atau suka melengah2, buat tak tau dalam banyak perkara, tak pandai menjaga diri lagi tapi dah pandai masak air,masak nasik,goreng2 sebab dia suka makan.Bab2 memasak dia cenderung sikit. Bab ulangkaji memang tidak sekali, tapi Alhamdulillah di sekolah dia kategori cemerlang dalam kelasnya. Saya sedang berusaha nak terapkan sikap bertanggungjawab dalam dirinya.
mungkin memang macam ni kot perangai anak sulung.

My boy 4yo - boy will be boys always..lasak,bersuara kecil,jarang marah atau menangis, pandai memujuk, suka berterima kasih, dan sangat caring pada emaknya. BIJAK....banyak perkara dia tahu walau tak pernah pergi sekolah...dia tahu apa itu INTEGRITI which I also don't know.
Dia tanya me apa maksud perkataan "demi"...apa itu "perpaduan"...hhuuuiiiii budak ni buat saya google banyak benda...hahaha

3rd one boy - 2yo masih kecil nak di bawa berbincang, tapi yang saya perasan..pandai jaga harta dia, will fight for food and his belonging . tak padan kecik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 10:58 PM | Show all posts
macademia posted on 4-10-2013 10:09 AM
wah bestnya 5 org... so dalmaz ada all the phases in the house, yg kecik, yg primary, yg secondary ...

ya mac, di mrsm pc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 11:00 PM | Show all posts
macademia posted on 4-10-2013 10:09 AM
wah bestnya 5 org... so dalmaz ada all the phases in the house, yg kecik, yg primary, yg secondary ...

hehehe.. memang betul meriah.. macam2 karenah dan telatah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 11:22 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 4-10-2013 01:06 PM
iye...setiap anak berlainan karakter mereka
My eldest girl 9yo - suka di manja,lambat atau suka mel ...

my eldest girl : tak manja, selalu mencari jalan penyelesaian sendiri terlebih dahulu, sgt komited dgn study( tak perlu disuruh), apa2 yg kita mahu dia buat, cukup sekali cakap saja., tidak mudah terpengaruh dgn gelagat rakan sekeliling, tp disukai kawan kerana suka menolong dalam study. dia tak pandai masak, kalu dia masak hanya dia saja yg makan.. hehehe. bercita-cita tinggi ingin belajar terus menerus hingga phd. bertanggungjawab sbg kakak sulung. tidak pandai bergaya, hehehe.. tidak bersolek (tidak berbedak pun..)sgt simple.
yg paling sebaknya( ketika dia menulis esei utk melayakkan diri dalam program SPCMRSM) dia menulis bahawa; dia berharap benar, dia akan terpilih ke program SPC luar negara utk menyambung cita2 ibubapa yg tidak kesampaian kerana tidak berpeluang atas keadaan ekonomi datuk2 dan nenek2nya.
masa tu mata saya bergenang dgn air mata. teringat masa susah dahulu, dan bersyukur kerana dia tidak berada ditempat saya dan ayahnya (masa dahulu)  terharu dan berbangga dgnnya. alhamdulillah dia diterima.

my second child: manja.. bijak, pandai masak dan pandai rasa. tak banyak cakap. pernah memenangi juara untuk murid cemerlang dalam bidang ko korikulum peringkat kebangsaan anjuran kementerian pendidikan malaysia. perasan hensem hehehe.sama seperti kakak, bertanggungjawab terhadap keluarga kerana selalu dia diingatkan yg dia adalah anak lelaki sulung, diamanahkan menjaga ibubapa, kakak dan adik2..

yg ke3, baru 12 tahun, sedang belajar ttg byk perkara baru. juga tidak byk cakap. mesti bersuruh selalu ttp mendengar kata. liat sikit belajar, minat dgn mengaji, nasyid , burdah dan kerja2 amal disurau. selalu menyakat adik2 (mmg perangai budak 12 thn  kot), tekun bila datang mood belajar . kurang berdaya saing sikit. mudah mengalah pd org.. ttp saya tak risau kerana dia masih belum faham ttg byk perkara dan kami sekarang menumpukan lebih perhatian kpdnya kerana dia sedang dalam proses alam kanak2 ke alam remaja.

ke4 dan ke5.. masih lg kecil, masih lg ikut ekor mak dan ayah... tp ketiga2 manja dan mudah terasa hati..hehehe
Last edited by dalmaz on 6-10-2013 11:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:49 PM | Show all posts
Dengan melihat keadaan sekeliling pun aku jadi takut.

Tp apa aku persiapkan adalah dr awal kandungan.
Ni kaedah akulah..sbb aku ni bukanya org yg baik,sbb tu nak anak aku jd yg tbaik.
Jd mcm dr awal kandungan aku lebihkan pada spiritual.solat,mengaji,dgrkan bayi muzik dan bacaan yg baik.
Jaga makanan.dan yg penting sejak tahu mengandung dan masa menyusukan..aku xbaca sbrg benda bkaitan dgn gosip,
Sbb takut jaga sibuk tntg org,kang anak kelak gitu plak,sbbnya bila dah bgosip mesti nak mengata.
Aku ngn suami mmg xtgk benda2 yg rosakan pandangan mata,walaupun sblum ni tgk.
Sbb bila isteri mgandung suami pun harus jaga perilaku.
Selain tu amalan ni bterusan hingga aku habis susukan anak.
Masa nak menyusukan aku mmg amik air sembahyang.mmg liat..tp bila baca ni antara amalan yg dilakukan ibu imam shafie
Aku pun cuba amalkan.

Skrg cuma risau,nak didik anak agar jgn mudah tpengaruh dgn psekitaran xbaik.
Coz seram budak sekolah rendah mcm2 dh pandai.
Jd mak bapak ni kena usahakan buat diri mereka lebih menarik dr kawan2.
Coz konsep ni aku tgk anak2 kwn suami aku mmg bagus.
Aku harap Allah pun akan mudahkan urusan aku kelak.
Sbb tggungjawab thadap anak ni besar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 12:39 AM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 4-10-2013 12:56 PM
Wah mac...
sangat komited dengan anak2..Tahniah!
saya hampir menjadi ibu2 muda sekarang yang suka  ...

I try Amni, dan selalu jer terbabas and meroyan.... adoi mmg menyesal lepas meroyan huhu.... I hope my kids tak ingat the bad things I did as a mom huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:31 AM | Show all posts
macademia posted on 18-10-2013 12:39 AM
I try Amni, dan selalu jer terbabas and meroyan.... adoi mmg menyesal lepas meroyan huhu.... I hop ...

Fenomena biasa mak mak meroyan dgn perangai anak2...
harap2 dia akan ada status macam ni "saya bersyukur kerana ibu saya yg garang telah menjadikan saya berjaya seperti hari ini"
Me tak pernah menyesal...kadang me rasa kalau nampak mak budak lain buat pada anak mereka tentu sangat annoyying tapi me tak tgk kalau me buat ntah macam mana lah org lain pikir agaknya.
buat=meroyan dgn anak2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:34 AM | Show all posts
fire_place posted on 17-10-2013 05:49 PM
Dengan melihat keadaan sekeliling pun aku jadi takut.

Tp apa aku persiapkan adalah dr awal kandun ...

Harap you terus komited dengan salah satu cara pilihan you mendidik anak2..
perkara yg baik tak patut kita tinggalkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 12:21 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 18-10-2013 09:34 AM
Harap you terus komited dengan salah satu cara pilihan you mendidik anak2..
perkara yg baik tak p ...

Insyaallah..
Tp tulah zaman skrg ni mcm2 takut.
Tp dari kecik aku nak dedahkan anak aku,cuba bentuk jd mcm bapak dia.
Mandangkan laki2 zaman skrg ni kdg2 ada yg agak 'xbguna'..ni mcm aku tgk kat bapak tiri,suami sepupu aku.
Mmg aku sedih sgt tgk pasangan mereka.
So aku nak jdkan anak aku laki2 bedikari dimasa hadapan,mcm bapak dia.

Tp tulah kdg2 nak didik anak ni bnk cabaran.
Aku ni cepat gak meroyan naik hangin,tp suami aku selalu tegur n ajar aku,
Jd mendidik dgn kekerasan mmg xlah..walau kdg2 rasa nak menjerit jd rimau.haha..
Tp tulah anak aku baru sorg,bnyak nak kena mgadap.


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 12:44 PM | Show all posts
Alah apa nak heran kan jerit2 kat anak..kadang kita ni stress la jugak dgn kerja dan peel anak2..
kalau lah ada mak mak yg jenis soft spoken setiap waktu dan ketika walau apapun yg berlaku, me memang respect org tu sehabis habisnya.

My mom pun dulu jerit2 gak kat me masa kami adik beradik kecik2...takkan nak diam jer kan....ambik ikan dia main masak2 belakang rumah.

tapi mmg ada wanita/ibu yang jenis lemah lembut gemalai....sopan jer...
sejujurnya saya telah mendidik anak2 cara yg agak extreme mungkin...iaitu jenis tak pandai cakap perlahan.
So kami akan ada keturunan yang jenis cakap kuat2 agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 04:20 PM | Show all posts
Kadang2 kita nie jgn terlalu memikirkan sgt aper akan jadi pada masa hadapan...itu bukan urusan kita.... Kita serahkan pada Allah swt... sbb kdg2 bila kita terlalu memikir, takut kita terlari dari landasan... Apa yg penting masa skrg... kalau nak masa depan terjamin, masa skrg nie laa kita usaha... Sama jugak dgn anak2... Kalau nak anak2 kita jadi anak yg berguna, sayang pada ibu bapanya, masa skrg nie kita terapkan nilai2 murni itu...

Tapi, andai satu masa nanti, mereka tidak seperti yg kita harapkan... jgn berputus asa...Itu ujian Allah nak tgk sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana keredhoaan kita kepada ujian yg diturunkan.  Dan di sini pentingnya doa .. Jgn bila anak2 tidak seperti diharapkan mula laa kita doakan yg bukan2... mula laa charge anak tu anak derhaka bagai... jgn sekali2 dibuat seperti itu... Mereka darah daging keturunan kita...  Doh dan acuan di tangan kita...kita bentuklah mereka sebaik-baiknya...

Cara kita tunjukkan kasih sayang pada anak2 kita juga berbeza dengan orang lain... Ada org mengasuh anak langsung tak boleh dipukul, diherdik... ada sesetengah tu pulak, suara serupa petir tingginya dengan anak2...tapi, jgn pulak kita kata, yg berlemah lembut itu paling berjaya mendidik anak2.... dan suara tinggi menjerit2 tadi gagal... JANGAN... Ingat, itu semua bukan ditentukan oleh lembut or kerasnya didikan... tapi cara didikan dan penerimaan masing2... lagi satu ingat jugak, aper2pun Allah Maha Mengetahui...

HOnestly mama nie tidak laa lembut sgt dengan anak2.. jenis suara macam petir jugak kalau nak marah... aku tempik jugak tak kira laa kalau dah marah sgt.... Jadi, jgn kita mudah judge org sesuka hati kita, tak semestinya ibu bapa yg bersuara lantang itu tidak sayang anak2... who knows depa lagi sayang anak2 depa daripada kita... alaa...cam rimau dan singa laa...kan nampak garang dan gagah tu?? tapi pada anak2 kan sayang jerk, peluk cium jerk...comel kan???

Anyway, ditekankan sekali lagi... hal masa depan anak2, kita serahkan pada Allah, t.jwb kita jalankan sebaik mungkin sebagai ibu dan bapa... jgn nanti dipersoal di sana sudahkah kita tunaikan t.jwab pada anak2 kelak?? Hal anak2...biarlah mereka pulak jalankan t.jwb bila mereka besar, sbb nanti mereka jua akan disoal seperti kita sudahkah menjalankan t.jwb mereka pada kita sbg ibu bapa mereka??

Aper2pun doa pada anak2 jgn putus... Only my 2 cents....Mama nasihatkan diri mama jugak nieh.... Wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 08:45 PM | Show all posts
Mamason posted on 20-10-2013 04:20 PM
Kadang2 kita nie jgn terlalu memikirkan sgt aper akan jadi pada masa hadapan...itu bukan urusan kita ...

baca berkali2 supaya tidak terlepas pandang. alhamdulillah nasihat yg diberi boleh dijadikan panduan dan teladan. betul kata mamason, berusaha, berikhtiar sebaiknya dan sungguh2, berdoa, bertawakal, dan berdoa lagi tanpa kurangnya usaha lagi dan lagi. semoga dan harapnya saya dan semua mom dibekalkan dgn ilmu, sabar yg berterusan sehingga akhirnya kita tutup mata nanti dgn meninggalkan anak2 yg soleh dan solehah.


p.s; kik kik kik, dalam cakap sabr2 tu sya juga meroyan sampai merah2 mata.. (tp alhamdulillah bukan selalu marah2) tp pernah marah meroyan-royan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063628 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list