|
tak nak bg harta kpd waris belah bapak...boleh x
[Copy link]
|
|
20# Acong
ala chong dlm sistem faraid ada bahagian utk mereka itu pun jika si ayah tu tak ada anak lelaki....tapi hari ni ada ramai gak adik beradik sepakat..mcm kawan saya ust dan ustazah ...bila ayah dia meninggal..anak2 lelaki pakat setuju bagi sama banyak tak ikut faraid pun among adik beradik...
so bila ada lah adik perempuan ust ni nk jual tanah dia ust tu threatened kau jual tanah tu aku bagi ikut faraid kau takkan dpt sebanyak tu tanah..tak jadi lah adik perempuan dia jual.....dia orang baru bagi gitu aja blm tukar nama lagi sbb ibu masih ada lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
pi tanya amanah raya tu or wasiah shoppe dia org blh nasihatkan bab ni ...
sunsuria3 Post at 7-11-2009 21:49
ya. contact jer wakil wasiah shoppe utk dptkan nasihat. kita boleh buat hibah semasa kita hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
20# Acong
ade posting cakap EPF kene faraid gak?,,, even dah ade pename..... ke aku yg konpius? |
|
|
|
|
|
|
|
ala chong dlm sistem faraid ada bahagian utk mereka itu pun jika si ayah tu tak ada anak lelaki....
sunsuria3 Post at 8-11-2009 01:10 sumber mana? blh bagi utk rujukan tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Acong at 8-11-2009 03:38
20# Acong
ade posting cakap EPF kene faraid gak?,,, even dah ade pename..... ke aku yg konpius?
True-X Post at 8-11-2009 01:56 haah........ ada org kata penama EPF tu cuma pihak yg mengagihkan. tapi apa logik nak bagi adik beradik si mati jika si mati meninggalkan waris isteri & anak?
bukan epf je...wang simpanan pun mcm tu, penama hanya sebagai pemegang amanah atau wasi. Ayah aku pun baru gak tiada, duit yg ada penama cepat sket urusan keluar nya, tapi kami dah beri pada yg hak.
Kalau ada org yg berhak, walaupn kau tak suka, selesaikan lah dulu hak untuk mereka... aku bukan apa, pada aku, aku tak nak susahkan ayah aku kat alam sana.
bayumentari Post at 7-11-2009 23:31
btw, kan borang penamaan tu blh letak lebih dr satu nama & setiap nama blh diberi bahagian mengikut peratusan. |
|
|
|
|
|
|
|
ayah saya meninggal 10 tahun yg lalu ada lah harta sikit berupa wang simpanan..abang yg sulung letak kat amanah raya siap tulis waris2 yg berhak..anak2 dari 2 isteri lah..anak angkat dia tak masukkan ...
sunsuria3 Post at 8-11-2009 00:26 anak angkat pun berhak kat harta sptmana anak kandung laa...... camne blh tak bagik? dah buang kaa anak angkat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
atas dalil apakah harta si mati perlu bagi pada abg adik si mati sedangkan si mati mempunyai waris biarpun hanya seorang isteri atau anak perempuan sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
20# Acong
ade posting cakap EPF kene faraid gak?,,, even dah ade pename..... ke aku yg konpius?
True-X Post at 8-11-2009 01:56
Acong bewrcakap tanpa melalui kuliah atau kelas pengajuan faraid.
berhati-hati dengan hujah yang seperti betul dan ngam dengan naluri kita. mungkin ia tidak selari dengan hukum islam. |
|
|
|
|
|
|
|
atas dalil apakah harta si mati perlu bagi pada abg adik si mati sedangkan si mati mempunyai waris biarpun hanya seorang isteri atau anak perempuan sahaja?
Acong Post at 8-11-2009 03:58
Acong, kau kena belajar banyak lagi. bukan di internet tapi dari sumber yang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
bapak aku hidup lagi...aku x nak la seandainye aku mati belum sempat ade anak...isteri..dan mak aku masih hidup...harta atas nama aku , die orang (bapak dan adk beradik) mari tuntut gunakan hukum faraid....nyebuk je.....xde kene mengenepun dgn aku.... kalau ikut hukum agama ye la...ade kene mengene....tp kalau ikut hukum adat dan hubungan sesama manusia...x de ape2........ |
|
|
|
|
|
|
|
bapak aku hidup lagi...aku x nak la seandainye aku mati belum sempat ade anak...isteri..dan mak aku masih hidup...harta atas nama aku , die orang (bapak dan adk beradik) mari tuntut gunakan hukum far ...
akubaik3 Post at 8-11-2009 11:03
antara hukum agama dan hukum adat istiadat hubungan manusia, hukuman agama lebih dahulu dan lebih utama, jika tidak mahu harta di bahagi kepada yang tidak perlu, buatlah wasiat terlebih dahulu dan hadiahkannya sebelum kita mati. Ini kita nakannya sebagai hadiah atau hibah. jika si mati ada harta, hartanya perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. jika simati mati meninggalkan harta, dan meningalkan ayah, ibu dan adik-beradik, maka adik beradik ayah tidak dapat sebab ayah akan mewarisi harta tersebut. Hubungan anak dengan ayah tidak boleh diputuskan sama sekali walau dengan apa keadaan sekalipun. walau bagaimanan kita benci dan tidak suka akan ayah kita. |
|
|
|
|
|
|
|
26# Acong
ikut sistem faraid anak angkat tak ada hak mewarisi harta kecuali harta yang telah dihadiahkan kpd nya sblm orang tua tu meninggal...nak tau lebih lanjut eloklah pi belajark.. |
|
|
|
|
|
|
|
erkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
alan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa. |
|
|
|
|
|
|
|
ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11)
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12)
Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. |
|
|
|
|
|
|
|
LLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176)
Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(an-Nisa : 176) |
|
|
|
|
|
|
|
i try buat kiraan...saja je..so anak sedara my husband tak layak dpt lah kan..adik lelaki dia pun tak layak sbb saya ada anak lelaki...
WARIS PMBHGN ASAL TASH-HIEH
1 Isteri 1/8 18/144
Bapa 1/6 24/144
Ibu 1/6 24/144
2 Anak Perempuan 13/72 26/144
2 Anak Lelaki 13/36 52/144
3 Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung 0/1 0/144
1 Saudara Lelaki Kandung kepada Bapa 0/1 0/144 |
|
|
|
|
|
|
| |
|