CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sAKuRa_204

uSTaZ yg XBlH dhArAP

[Copy link]
Post time 9-12-2009 04:43 PM | Show all posts
citer antara garisan ni dah lama dah...selalu diulang2 kat astro..tapi bagus la citer ni... yg pakai jubah putih berserban putih tu ibarat syaitan atau nafsu yg sentiasa menghasut manusia (ustaz dlm citer tu)... jadiknyer klu ada ilmu tapi tak diamalkan gituler jadiknyer... terlalu ikut bisikan nafsu... lagi satu jgn menilai org dari segi pekerjaan gro (dlm citer tu )... bawak la gro tu ke jln yg betul..jgn ingat kita ni dah sempurna semua ..kita boleh wat sesuka  hati kita... kdg2 org sakit mental kat tepi jln tu lagi mulia dari org bergelar ustaz tu (aku rujuk pd dlm citer ni)... ni cuma pendapat aku jer melalui mata aku dlm drama antara garisan ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2009 04:45 PM | Show all posts
21# molley444


ade jugak org yg tgk citer 2..
ade ke org yg mcm 2 kt dunia nih??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 04:47 PM | Show all posts
PC awak pun dah kena virus 3 key 1 button?
ibnur Post at 9-12-2009 15:31

betol.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 04:59 PM | Show all posts
21# molley444


ade jugak org yg tgk citer 2..
ade ke org yg mcm 2 kt dunia nih??
sAKuRa_204 Post at 9-12-2009 16:45


kan..tah la...ada gaknyer ... pengajaran tu mmg bermakna la pd aku... kita tak leh nilai org hanya dgn sekali jumpa jer.... kena lebih dekat mengenali apa sebenarnya mslh org tu kan...mana la tau org tu dpt hidayah dari Allah..tah2 org tu lagi bagus dari kita..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 05:33 PM | Show all posts
23# mlsnklyn
mcm Lah korang x penah type sms. Anywy I can type fast tnpa tgk keyboard guna semua jari tp now I guna phone so kira type sms Lah gak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 08:22 PM | Show all posts
wah .....  korang ni internet sambil berjalan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2009 08:23 AM | Show all posts
wah .....  korang ni internet sambil berjalan.
ibnur Post at 9-12-2009 20:22

dahsyat dia org punya sihir kan?
sampai berhala pun dia org buat blh berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 08:24 AM | Show all posts
23# mlsnklyn
mcm Lah korang x penah type sms. Anywy I can type fast tnpa tgk keyboard guna semua jari tp now I guna phone so kira type sms Lah gak
sunsuria3 Post at 9-12-2009 17:33

ada aku kesah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2009 09:10 AM | Show all posts
kan..tah la...ada gaknyer ... pengajaran tu mmg bermakna la pd aku... kita tak leh nilai org hanya dgn sekali jumpa jer.... kena lebih dekat mengenali apa sebenarnya mslh org tu kan...mana la tau  ...
molley444 Post at 9-12-2009 15:59

org zaman skrg nih ske nk jatuh kn hkmn tnpa soal selidik dlu..
alih2 ustz 2 jugak yg buat bnde yg xsenonoh...ish ish ishhmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 12:45 PM | Show all posts
dah agak dah.

bila taip guna henpon mesti kita nak shortcut.berbeza sangt ngan guna laptop atau pc.saya memang dah terfikir ni mesti guna handphone yg ada internet access.

bagusla kalau ada sesiapa yg tertarik dgn Islam ni.tak kisah lah dia tu budak sekolah atau orang tua.sentiasa sokong orang2 yg ingin tahu tentang Islam--->salah satu hidayah Allah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 12:54 PM | Show all posts
Sbb tu wahabi kuat di Mekah krn perkara2 syubahah ni la.X da hukum rasa2!Haram tetap haram & aku kekadang setuju dgn wahabi ni sbb dia tegas dlm hukum2 cuma tang kapiaq mengkapiaq tu aku x setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:04 PM | Show all posts
dah agak dah.

bila taip guna henpon mesti kita nak shortcut.berbeza sangt ngan guna laptop atau pc.saya memang dah terfikir ni mesti guna handphone yg ada internet access.

bagusla kalau ada sesi ...
sixret Post at 9-12-2009 20:45


erm, bUT iT's NoT anY EAsIeR TO tyPe LiKe thiS uSinG a cELLphOne.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:07 PM | Show all posts
erm, bUT iT's NoT anY EAsIeR TO tyPe LiKe thiS uSinG a cELLphOne.
kucingblue Post at 10-12-2009 13:04


saya maksudkan untuk post #25 oleh sunsuria.bukan post tuan rumah.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:10 PM | Show all posts
saya maksudkan untuk post #25 oleh sunsuria.bukan post tuan rumah.

Wallahua'lam.
sixret Post at 9-12-2009 21:07


oH, Ok.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:22 PM | Show all posts
Sebagai iktibar untuk para ustaz/ahli agama dan saya ya.

Sedih saya membaca berita-berita ni.Allah cepat-cepat membuka pekung kejahatan yang dilakukan ustaz-ustaz di dunia mungkin supaya kesedaran itu timbul di hati ustaz dan cepat2 bertaubat.In a way,Allah nak “tolong” ustaz2 ni di dunia.Wallahualam.

Ustaz yang menjadi tempat berlindung,tempat mendapatkan ilmu sanggup buat kerja macam ni.

Kebanyakan perogolan,pencabulan yang dilakukan ini berlaku bermula dengan pandangan mata.Jagalah pandangan mata kita.

Pengalaman saya sendiri:Ustaz sekolah rendah saya yang bersikap “nakal” dgn pelajar2 perempuan.Masa dulu kami tidak mengerti ttg perbuatan ustaz itu,tetapi sekarang masing2 dah boleh fikir,barulah kami sedar rupa2nya, perbuatan dia tu tak kena.Tapi dah lama berlalu macamana nak report.

2)4 budak tuisyen saya sendiri menceritakan sikap ustaz dia yang lain macam.Selalu gesel2 dan dekat2 ngan pelajar2 perempuan.Mata ustaz tu asyik liar memerhatikan mereka sampai mereka berasa tidak selesa.4 budak tuisyen tu masih bersekolah rendah(darjah 6).Budak2 ni pun tahu nak bezakan kemesraan yang sebenar dan kemesraan yang berunsurkan seks.

Title ustaz dan ustazah sungguh mulia.Penyambung ilmu Allah.Dihormati orang.Janganlah rosakkan gelaran mulia itu.Pasti Allah “membuka” aib.Golongan ini lebih tinggi dugaan dan ujian Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:23 PM | Show all posts
oH, Ok.
kucingblue Post at 10-12-2009 13:10


It's ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 01:23 PM | Show all posts
Ustaz cabul dua murid - nauzubillah


PEKAN – Seorang guru bergelar Ustaz dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 selepas disabitkan kesalahan mencabul empat tahun lalu.

Tertuduh, Shaharudin Mat Hassan, 38, seorang guru agama dan bahasa Inggeris, disabitkan kesalahan mencabul kehormatan dua muridnya pada Ogos 2005, di Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Sri Makmur di Paloh Hinai, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai pendakwa, ASP Zawawee Ibrahim.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa mencabul kehormatan seorang muridnya yang ketika itu berusia sembilan tahun dengan mencium dada dan meletakkan suatu benda pada kemaluan mangsa, ketika berada di Bilik Komputer, kira-kira jam 5 petang hari kejadian.

Tertuduh yang mempunyai dua isteri dan lima anak itu juga disabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang lagi mangsa yang juga berusia sembilan tahun, pada bulan dan bilik sama, kira-kira jam 5 petang hari sama, dengan mencium mulut, memegang dada dan meraba kemaluan mangsa.

Berikutan laporan polis yang dibuat, polis telah menahan tertuduh yang berasal dari Terengganu pada 17 Oktober 2005, dan tertuduh kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 25 Oktober, tahun sama bagi sesi pendakwaan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Fakta kes dibacakan di hadapan Majistret Emma Shahriana Ali di Mahkamah Sesyen di sini, semalam dalam sesi jatuh hukum, selepas tertuduh didapati bersalah atas dakwaan yang dihadapkan kepadanya.

Terdahulu, tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang proses jatuh hukum diwakili peguam bela, Mohd Hisham Abdul Rahim, sempat mengemukakan rayuan pengurangan ke atas tempoh hukuman dan jumlah denda yang dikenakan terhadapnya di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman tersebut.

Dia kemudiannya dikenakan jaminan RM10,000 terhadap dua kesalahan yang disabitkan, sementara menunggu keputusan proses rayuan hukuman ke atasnya.


Ustaz mencabul murid ditahan

SEREMBAN 24 Okt. – Seorang ustaz sebuah sekolah rendah di Seremban 2 di sini ditahan polis hari ini kerana disyaki mencabul beberapa orang muridnya sejak dua tahun lalu.

Ustaz lelaki berusia 41 tahun itu yang pernah menerima anugerah cemerlang tahun lalu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari ini sebaik dia tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ustaz yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu diminta datang ke ibu pejabat polis di sini berhubung tiga laporan polis yang dibuat ke atasnya sejak lima hari lalu.


“Dua laporan itu dibuat oleh mangsa cabul yang ketika ini menduduki tingkatan satu, sementara satu laporan lagi oleh pihak sekolah Khamis lalu,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan seorang ustaz sebuah sekolah rendah di sini telah mencabul pelajarnya sejak setahun lalu tetapi perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak polis sehingga sekolah berkenaan ‘menyimpan’ lebih 10 aduan yang dibuat pelajar.



Guru agama didakwa rogol, cabul murid
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES


Noor Radzi Mohd. Yusof di mahkamah Seksyen, klang, semalam.

________________________________________
KLANG 18 April – Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas satu tuduhan merogol seorang murid berusia sembilan tahun lapan bulan dan dua tuduhan mencabul mangsa yang lain.
Noor Radzi Mohd. Yusof, 29, dari Kapar, didakwa merogol mangsa pada pukul 5.30 petang, 4 April lalu di dalam tandas perempuan Sekolah Rendah Agama, Kampung Delek di sini.
Tertuduh itu yang bertubuh kecil dan berkulit gelap didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan Noor Radzi dibebaskan dengan ikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin.
Selain ditegah menganggu mangsa, tertuduh juga diperintahkan supaya melaporkan diri di Balai Polis Klang pada hari Sabtu setiap minggu dan hendaklah menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.
Terdahulu, peguam bela, Ariff Azami Hussein dan Azizzul Shahriman Mat Yusof merayu supaya anak guam mereka dibebaskan dengan ikat jamin meskipun pendakwaan tidak mencadangkan jaminan.
Menurut Ariff Azami, tertuduh seorang guru sandaran dan gajinya dibayar oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diselenggara oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
“Pada 10 April lalu tertuduh yang sudah berkahwin telah dibuang kerja 24 jam,” kata peguam.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, Noor Radzi memohon supaya dibicarakan atas dua tuduhan mencabul kehormatan dua kanak-kanak berusia sembilan tahun dalam dua kejadian berasingan.
Noor Radzi didakwa mencabul mangsa pertama pada pukul 5.35 petang, 4 April di bilik sebelah tandas di tingkat satu sekolah berkenaan.
Manakala mangsa kedua pula didakwa dicabul pada pukul 5.30 petang, 8 April lalu di dalam tandas yang sama.
Majistret Zarifah Zainal Abidin membenarkan Noor Radzi dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM14,000 dengan dua penjamin.
Kes terhadap Noor Radzi akan disebut semula pada 15 Mei depan di mahkamah- mahkamah berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Penolong-Penolong Pendakwa Raya, Siti Syuhada Alwi dan Aimi Syazwani Sarmin.
ULASAN : Kita mengucapkan takziah kepada mangsa serta keluarga yang terpaksa mengharungi detik-detik mencabar. Beginilah ” harapkan pagar, pagar makan padi “, “harapkan sokong, sokong membawa rebah” peristiwa hitam yang berlaku di SRA Kg Delek. Saya masih ingat, dalam bulan puasa tahun lepas (2007), semasa jemaah sibuk betarawih pada malam Lailatul Qadar, bertempat di SRA Kg Delek, satu pesta mengacau dodol telah diadakan dan pesta nyanyi menyanyi telah berlangsung hingga ke pagi. Turut serta dalam majlis berkenaan ialah ADUN Selat Klang ketika itu, penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan Exco Agama ketika itu. Kes pencabulan juga telah mula dikesan pada bulan Oktober tahun lepas tetapi kononnya “selesai dalaman”. Kini kes ini telah dibawa ke tengah dan semua pihak terutama pihak Ustaz/ustazah amnya seperti “terconteng arang di muka” lantaran ” disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Nampaknya pihak berwajib harus melakukan ujian dan pemeriksaan mental terhadap guru-guru agama sebelum mereka diambil bertugas. Tidak cukup setakat melihat kelulusan akademik atau agama sahaja. Mungkin ada yang mengidap penyakit psikatri seperti “gangguan personaliti” dan sebagainya. Segala bentuk kegiatan luar mestilah dikelolakan oleh sekurang-kurangnya seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Segala bentuk hukuman hendaklah dijalankan semasa waktu sekolah dan bukan selepasnya. Dalam kes di atas, difahamkan bahawa mangsa telah dihukum selepas waktu sekolah. Pendek kata, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa hitam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:24 PM | Show all posts
Ustaz cabul budak

ALOR STAR: Seorang lelaki bergelar ustaz mengumpan rambutan untuk menarik perhatian seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun supaya singgah ke rumahnya sebelum mencabulnya, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 50-an itu sebelum ini pernah beberapa kali melakukan perbuatan sama terhadap kanak-kanak itu, tetapi mangsa tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa kerana takut dimarahi ibunya.

Kejadian berlaku di Taman Pertama, Pokok Sena, dekat sini, apabila mangsa diajak singgah oleh ustaz itu ketika dalam perjalanan ke kedai bersama adiknya berusia tujuh tahun.

Ibu mangsa, Norliza Awaludin, 44, berkata ustaz berkenaan mempelawa anaknya makan rambutan di anjung rumahnya, tetapi kemudian memasukkan tangan ke dalam baju mangsa lalu meraba dan meramas buah dada kanak-kanak itu.

Norliza berkata, ustaz berkenaan memberi alasan baju yang dipakai kanak-kanak itu kotor.

“Sepatutnya lelaki yang berstatus ustaz itu tidak melakukan perbuatan itu kerana perbuatan itu mencabul. Saya bimbang,” katanya di pejabat Harian Metro, semalam.

Norliza berkata, disebabkan perbuatan lelaki itu anaknya sering sakit pada bahagian buah dada selain sering mengigau pada waktu malam.

“Saya hanya mengetahui perbuatan ustaz itu apabila anak saya yang dulunya periang kini menjadi murung dan mengasingkan diri selain mengigau malam,” katanya.

Norliza mendakwa, ustaz berkenaan melakukan perbuatan itu beberapa kali sebelum ini, malah penduduk di situ juga mengetahui perangai buruk lelaki yang pernah menjadi guru agama di taman itu.

“Kami takut lelaki itu melakukan perkara yang lebih buruk termasuk merogol kanak-kanak di sekitar taman itu,” katanya.

Katanya, perbuatan lelaki itu turut menjejaskan imej orang lain yang bergelar ustaz dan dia kini tidak lagi mempercayai lelaki seperti itu.

Berikutan itu, Norliza membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kassim, mengesahkan menerima laporan ibu kanak-kanak itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebat,” katanya.

Ustaz berkenaan melakukan perbuatan itu beberapa kali sebelum ini, malah penduduk di situ juga mengetahui perangai buruk lelaki itu.
__________________

Ustaz warga emas ditahan
BACHOK: Seorang lelaki warga emas bergelar ustaz berusia 60-anditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dan cakera padat video (VCD) lucah di rumahnya di Kampung Beris Kubor Besar, dekat sini, baru-baru ini.
Lelaki berkenaan diberkas ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan ceramah agama di sebuah surau di kampung berkenaan, kira-kira jam 9 malam.
Sebaik ditahan, suspek membawa sepasukan polis ke rumahnya dan hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemui beberapa bungkusan mengandungi dadah.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh, berkata ketika pemeriksaan di rumah lelaki berkenaan, anggotanya menemui puluhan VCD lucah yang disusun rapi dalam bilik tidur selain beberapa bungkusan dadah di beberapa tempat.
Beliau berkata, lelaki terbabit mulanya enggan mengaku menyimpan VCD lucah, namun selepas polis memaklumkan mahu menunjukkan VCD lucah di tempat dia menyampaikan kuliah sekiranya dijumpai, ustaz terbabit membuat pengakuan memiliki bahan terlarang itu.
Selain itu, polis terpaksa memaklumkan akan memanggil wartawan bagi melaporkan penahanannya jika suspek terus berkeras tidak mahu bekerjasama menunjukkan tempat dadah itu disembunyikan.
“Dia dikesan menjadikan periuk nasi di bahagian dapur untuk menyimpan dadah berkenaan bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Dadah itu sukar ditemui jika polis tidak diberitahu tempatnya disembunyikan,” katanya.
Beliau berkata, polis yakin ustaz terbabit sudah lama menjalankan kegiatan itu, tetapi statusnya sebagai guru agama membuatkan orang ramai tidak mengetahui kegiatannya.
Ustaz terbabit kini direman di Penjara Pengkalan Chepa.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1959 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan dikenakan sebatan.
Polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia berhubung kes itu sebelum suspek didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Ustaz mencabul murid
SEREMBAN: Tindakan dua pelajar tingkatan satu membuat laporan polis mendakwa dicabul seorang ustaz sekolah rendah membawa kepada pendedahan mengejutkan apabila ada lebih 10 aduan mengenai perbuatannya dibuat kepada guru besar sejak setahun lalu.

Mulanya polis menerima dua laporan mendakwa ustaz berkenaan mencabul kedua-dua mangsa ketika mereka di tahun enam.

Siasatan lanjut mendapati sejak setahun lalu, ramai lagi murid lelaki membuat aduan kepada guru besar mendakwa dicabul di pelbagai lokasi.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh, berkata sebelum ini, tiada seorangpun membuat laporan polis sehingga kedua-dua mangsa tampil baru-baru ini.

“Kami mendapati ramai lagi murid membuat laporan kepada pihak sekolah, tetapi tidak dipanjangkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, polis akan merekodkan kenyataan daripada ustaz, mangsa serta beberapa rakan mangsa yang mendakwa dicabul.

“Siasatan turut mendapati ada murid mendakwa dipaksa melakukan seks oral, tetapi kami belum dapat pastikan sama ada ada mangsa diserang secara seksual,” katanya.

Beliau berkata, sesetengah mangsa terlalu muda sehingga tidak sedar mereka dicabul.

“Kami meminta mereka yang menjadi mangsa tampil membantu siasatan. Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci,” katanya yang mengesahkan ustaz itu sudah ditahan.

Difahamkan, ustaz terbabit sudah bertugas selama lima tahun di sekolah berkenaan dan memegang tanggungjawab sebagai penolong kanan kokurikulum serta jurulatih hoki sekolah.

Sementara itu, seorang guru yang enggan dikenali mendakwa kebanyakan tenaga pengajar di sekolah itu sedar perbuatan ustaz terbabit, termasuk bekas guru besar.

“Tetapi kerana sebab tertentu, mereka menutup mulut. Ada juga murid mendakwa ustaz itu memberi duit untuk merahsiakan perbuatannya. Dia juga ada menghadiahkan telefon bimbit kepada seorang murid,” katanya.

Guru itu mendakwa suspek juga mencabul muridnya ketika rombongan sekolah, tetapi kebanyakan berlaku ketika pendidikan kokurikulum.

“Kami dimaklumkan ada sesetengah murid pergi ke rumahnya selepas waktu sekolah dengan alasan mengikuti tuisyen,” katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Mohammad pula berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat hari ini untuk menentukan tindakan disiplin yang boleh dikenakan terhadap ustaz terbabit.

“Siasatan kes itu kami serahkan kepada polis, tetapi kami turut menjalankan siasatan dalaman serta menyoal bekas guru besar serta mereka yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, dakwaan itu amat serius dan tindakan tegas perlu diambil bagi keadilan semua pihak.

Isss....teruk btl perangai manusia skrg. Budak umur 10 tahun pun nk rogol. Mmg mcm binatang je perangai....apalah dgn dunia skrg...nk kiamat dah kot.

Ustaz ditahan mencabul kehormatan murid

PETALING JAYA 12 Jun - Seorang ustaz bakal berhadapan dengan hukuman penjara berjumlah 30 tahun seandainya Mahkamah Majistret di sini mendapati dirinya bersalah atas tiga tuduhan mencabul kehormatan anak muridnya yang berusia 10 tahun.

Mohd. Ruzaidi Bahari, 38, dari Seksyen U5 Shah Alam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan ketika didakwa di hadapan Majistret Aishah Hijriah Mohd. Arshad hari ini.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul mangsa antara pukul 2 dan 4 petang, 16 Mei 2006 di sebuah rumah di Jalan PJU 3/28D, Sunway Damansara di sini.

Dia juga didakwa mengulangi perbuatan tersebut 11 bulan kemudian, pada pukul 10.15 pagi, 3 April 2007 di perpustakaan sekolah tersebut ketika mangsa berusia 11 tahun.

Ketika umur mangsa mencecah 12 tahun kira-kira 13 bulan berikutnya, Mohd. Ruzaidi didakwa sekali lagi mengulanginya pada 10.15 pagi, 14 Mei 2008 di bilik muzik sekolah yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Aishah Hijriah membenarkan Mohd. Ruzaidi yang diwakili peguam Goh Kim Lian dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 25 Ogos ini. - Utusan

p/s: Kes rogol makin mjadi2 mcm barah pula merebak. Entah apa silapnya. Nak salahkan perempuan seratus peratus pun tk adil. Yelah budak 10 thn yg tk seksi mn pun kena rogol. Aduh aduh...apa nk jd ye???? Apa pula tindakan kerajaan utk mbendung gejala ni ye????
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:24 PM | Show all posts
Ustaz Nodai Murid Sendiri
Posted on 25 April 2008 by mujahidin
Baru beberapa hari lepas seluruh Malaysia heboh pasal bekas menteri cabul pelayan hotel, belum pun reda isu itu hari ini setelah aku belek2 akbar hari ini satu lagi kes rogol berlaku iaitu seorang guru sekolah menengah merogol pelajarnya sendiri yang berusia 15 tahun.
Mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya yang juga ustaz di sekolah sama, kelmarin, selepas didapati sering murung.
Dia bersama kakaknya membuat laproan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, kira-kira jam 4 petang.
Dalam laporannya, pelajar tingkatan tiga itu mendakwa dia dua kali dinodai ustaz berusia 40 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak di kuarters guru dan bilik darjah pada 26 dan 29 Mac tahun lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik, berkata kakak mangsa mengesan perubahan sikap adiknya itu yang murung sejak beberapa bulan lalu.
Selepas didesak, katanya, pelajar itu menceritakan perkara sebenar kepada kakaknya.
Mangsa mendakwa dia dirogol ustaz berkenaan yang bertugas menjaga hal ehwal pelajar sekolah itu menyebabkan kakaknya terkejut.
Katanya, susulan laporan mangsa, sepasukan anggota polis menahan ustaz terbabit yang ketika itu sedang mengajar dalam sebuah kelas.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Hasil pemeriksaan mengesahkan dia pernah dirogol.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan keluarga kerana bimbang berlaku kejadian buruk terhadapnya.
“Malah, sebelum laporan dibuat, kakak mangsa menyedari perubahan sikap mangsa yang sering murung.
“Suspek kini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta sebatan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:24 PM | Show all posts
Imam terlampau: arah lelaki bogel

TAMPIN: Sukar untuk dipercayai apabila seorang imam sebuah masjid ditahan selepas dipercayai melakukan kelucahan melampau terhadap pesakit lelakinya ketika menjalankan proses rawatan tradisional di sebuah hotel di bandar ini.
Lelaki berusia 58 tahun itu dikatakan melakukan rawatan pelik apabila mangsa berusia 22 tahun itu diarah berbogel ketika menjalani rawatan.
Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk warga emas berkenaan hanya mengikut arahan dengan harapan penyakit dialaminya akan sembuh.
Sumber berkata, sebelum itu, lelaki berkenaan yang tinggal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dikatakan datang berjumpa lelaki berkenaan untuk mengubati penyakitnya.

Menurutnya, mangsa yang tiba di stesen bas di Pulau Sebang, dekat sini, dijemput lelaki terbabit dengan sebuah kereta dan dibawa ke sebuah hotel untuk menjalani proses rawatan.

“Sebaik berada dalam bilik, mangsa diarahkan supaya berbogel untuk menjalani rawatan mengubati penyakitnya secara tradisional.
“Selepas mangsa membuka pakaian, imam berkenaan melakukan urutan di seluruh badan,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, lelaki itu bagaimanapun terperanjat apabila mendapati imam itu melakukan tindakan di luar dugaan dengan meramas buah dada, memegang kemaluan, mengusap telinga dan mencium bibirnya.
Menurutnya, mangsa yang terkejut segera memakai semula pakaiannya lalu melarikan diri dari situ bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Tampin sejurus kemudian. Sepasukan anggota polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke hotel berkenaan dan menahan imam itu.
“Berikutan itu, imam terbabit kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya.
Imam berkenaan dikatakan mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai ustazah sebuah sekolah dan mempunyai tiga anak serta beberapa cucu. Dia juga penceramah bebas dan pendakwah di seluruh negara.
Difahamkan, lelaki itu sebelum ini didakwa pernah melakukan beberapa kes merangsang seks terhadap kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk mengaji al-Quran.
Menurut seorang bapa yang enggan dikenali, anaknya yang berusia sembilan tahun pernah menjadi mangsa imam terbabit pada November 1989.
Namun, katanya, atas dasar menghormatinya sebagai seorang tok guru dan isterinya sebagai seorang ustazah, perkara itu diselesaikan secara baik.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang ketika dihubungi mengesahkan polis menahan lelaki terbabit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.792210 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list