CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khyree

SNP PRESENTS: KONSERT SATU SUARA 12 - 14 FEB 2010 @ Istana Budaya

[Copy link]
Post time 23-1-2010 12:11 AM | Show all posts
ticket Konsert Satu Suara Aizat, Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza bersama dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan

START jual 21.10.2010

TICKET telah terjual pada 7.30 PM, 22 Januari 2010

12 Fe ...
santubung Post at 22-1-2010 21:22


bnyknye tiket jual??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2010 10:22 AM | Show all posts
Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat menghadiri Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Aizat & Faizal Tahir di Salasar Pualam, Tingkat 2, Istana Budaya. Konsert yang akan diadakan pada 12, 13 dan 14 Februari ini akan menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza.

Kali ini, Siti Nurhaliza dah jadi ‘tauke pentas’ di mana syarikat miliknya Siti Nurhaliza Productions selaku penerbit. Namun, konsep dan idea pementasan diserahkan kepada Aizat dan Faizal Tahir sendiri untuk menentukannya.

Konsert ini berdurasi 2 jam setengah ini akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan 7 orang pemuzik profesional di bawah pimpinan Pengarah Muzik Sze Wan serta 20 orang pemain strings (Orkestra Simfoni Kebangsaan).

Selaras dengan matlamat untuk meremajakan Istana Budaya, maka konsert ini mampu mengajak generasi muda menonton sambil menyuntik inspirasi dalam diri mereka.

Ramai pembaca yang tanya, boleh ke Faizal Tahir perform dalam keadaan dirinya tak berapa sihat tu? Yea, memang doktor Faizal tak berapa galakkan dia buat show dengan showmanship yang terlalu bebas ke sana sini. Kalau duk keras kejung atas pentas tu kira okay lagi. Macam AJL hari tu pun, doktor mengeleng kepala tengok. Tapi itulah Faizal Tahir, dia cuba mahu memberikan yang terbaik untuk kepuasan peminat.

Faizal Tahir kata, dia dalam proses pemulihan. Makan masa yang agak lama jugak, dalam 6 bulan cam tu untuk sembuh. Menurut Faizal Tahir, penyakit yang dihidapinya satu penyakit yang agak serius. Darah beku. Bahaya wooooo! Doktor larang Faizal Tahir driving tapi selama jek dia driving setiap hari.

Yang penting, Faizal Tahir tak leh perform secara agresif sangat. Pergerakan pun sangat terbatas, dah tentu dia takkan puas punya. Tapi risiko sangat besar, kalau ada-ada apa berlaku, proses pemulihan tu akan jadi terbantut.

Kemenangan Faizal Tahir dan Aizat menjadikan konsert ini bertambah ada POWER. Orang kata, aura AJL tu masih berbisa. Sehingga Pengarah Istana Budaya ada berkata, macam Siti guna bomoh Siam, tak semena-mena offer Faizal Tahir dan Aizat, terus diorang menang AJL. Kebetulan je kot, diorang kan hebat. Mana ada Siti nak guna bomoh Siam.

Dalam poster konsert ini, ketiga-tiga ikon ini memakai pakaian ala military hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Bagi Budiey, rasa sangat teruja untuk tonton konsert ini sebab dilatari dengan muzik orkestra, Memang best giler la jadiknya.

Lagi pula, sambil berhibur korang boleh beramal kerana dari sebahagian dari kutipan tiket akan dihulurkan kepada Yayasan AEON Malaysia.

credit : http://www.budiey.com/gambar-dat ... atu-suara/#comments
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 02:48 PM | Show all posts
Satu Suara di IB
Oleh FIRDAUS SAHAT
[email protected]
2010/01/24
metro

AURA Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah malap. Sepanjang 15 tahun berdiri di persada seni, terlalu banyak yang dilaluinya. Dengan arus perubahan yang mengubah industri seni, nama Siti masih kekal di bibir peminat.

AURA Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah malap. Sepanjang 15 tahun berdiri di persada seni, terlalu banyak yang dilaluinya. Dengan arus perubahan yang mengubah industri seni, nama Siti masih kekal di bibir peminat.


Meskipun lebih sedekad bergelumang dunia seni, anak jati Kuala Lipis ini sedar masih banyak yang perlu direncanakan.


Bagi Siti, sampai masanya untuk menyumbang di dalam industri yang semakin menampakkan sinarnya. Menerusi Siti Nurhaliza Productions (SNP), Siti cuba mengangkat anak seni berbakat besar untuk terus cemerlang di pentas nyanyian.


Buktinya, SNP yang sering menganjurkan konsert untuk dirinya cuba beralih arah dengan menerbitkan konsert artis lain. Jelas Siti, 2010 bakal mencetuskan perubahan SNP apabila memilih Faizal Tahir dan Aizat sebagai artis yang bakal membuat persembahan di Istana Budaya (IB) menerusi Konsert Satu Suara.


“Rasanya industri seni tempatan perlu divariasikan. Jadi, Siti tidak mahu lagi menganjurkan konsert atas nama sendiri. Sebab itu Siti memilih dua artis yang menjadi ikon remaja ini untuk dipersembahkan di IB.

“Biasanya IB memberi ruang dan menghargai artis senior. Namun tahun ini dengan ‘tagline’ Meremajakan IB, persembahan Faizal dan Aizat pasti menarik.


“Tambah lagi, mereka berbakat besar. Selain menyanyi, mereka mencipta lagu dan lirik. Siti mengagumi karya mereka. Jadi, konsert ini akan menjadi tarikan golongan muda dan dalam masa sama akan mewarnai pentas seni tanah air.


“Selain itu, pentas IB menjadi landasan terbaik bagi Faizal dan Aizat. Bukan calang-calang artis berpeluang membuat persembahan di sana. Siti juga mahu mengucapkan terima kasih kepada IB dan penganjur, Yayasan Eon Malaysia kerana sudi bekerjasama,” katanya.


Merungkai perasaan pelantun lagu Kau Aku, Aizat tidak menafikan dia bertuah apabila dapat bekerjasama dengan dua individu yang dianggap sebagai sumber inspirasinya.


“Alhamdulillah. Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka dapat membuat persembahan di IB, lebih-lebih lagi dalam sebuah konsert besar seperti ini.


“Ketika diberi tawaran, saya bagai hilang kata-kata. Perasaan gembira dan teruja bercampur baur. Yalah, memandangkan usia saya masih muda, layakkah saya untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu? “Namun impian berkenaan menjadi nyata, malah dapat bergandingan dengan Faizal yang tidak pernah mengecewakan dengan persembahan bertenaga,” katanya.


Tambah Aizat, dalam perbincangannya bersama Faizal, kedua-duanya sudah merencana pilihan lagu. Malah, dengan susunan persembahan menarik akan menambah lagi kehebatan konsert malam itu.

“Berbeza dengan Faizal, saya perlu lebih bersedia kerana ia pengalaman pertama saya melakukan persembahan berskala besar. Saya perlu bersedia sepenuhnya daripada segi mental dan fizikal.


“Secara solo, saya dan Faizal masing-masing akan mendendangkan 10 lagu dan dua segmen duet. Manakala Siti turut sama menyanyi empat lagu medley dan dua lagu penuh dalam segmen trio. Saya dapat bayangkan konsert ini bakal menjadi persembahan menarik,” katanya.


Bagi Faizal pula, meskipun teruja dengan persembahan itu, kesakitan darah beku di kaki yang dialami membataskan pergerakannya. Jelas Faizal, meskipun masalah kesihatannya semakin pulih, dia masih perlu sentiasa berjaga-jaga.


“Menurut doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan. Kemudian, baru saya boleh kembali menyanyi. Namun, saya tidak mahu menghampakan Siti dan peminat yang menantikan konsert ini. Jadi, saya gagahkan jua untuk persembahan itu.


“Apapun, saya yakin dapat melakukan persembahan menarik. Saya cuba sebaik mungkin untuk menghiburkan penonton,” katanya.


Merungkai mengenai kepuasannya dalam persembahan, Faizal yang terkenal dengan persembahan bertenaga kecewa kerana peluang membuat konsert berkenaan hadir sewaktu dia terpaksa bertarung dengan kesakitan.


“Apa sekalipun, saya reda dan bersyukur kerana berpeluang membuat persembahan di IB. Walaupun saya pasti tidak akan puas dengan persembahan yang akan diadakan nanti, ia tidak akan menjejaskannya.


“Yang penting penghayatan lagu. Walaupun tidak dapat bergerak lincah, saya cuba sebaik mungkin,” katanya.


Konsert Satu Suara diadakan pada 12 hingga 14 Februari ini bakal diarahkan oleh Jennifer Thompson berserta tujuh pemuzik profesional di bawah pimpinan Sze Wan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:50 PM | Show all posts
Konsert Satu Suara Aizat, Faizal Tahir
by Nor Aida Ismail | 25 Jan 2010
gua.com

   
               
       
       
               
       

Konsert Satu Suara menggabungkan dua ikon seni berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Mereka berdua akan berkongsi pentas di Istana Budaya bagi menjayakan persembahan selama tiga hari berturut-turut bermula 12 Februari depan.

Konsert ini merupakan cetusan idea kakak ipar merangkap pengurus Dato’ Siti Nurhaliza, Rozie Abdul Razak. Setelah hampir 15 tahun dalam industri hiburan tanahair, Siti memberitahu sudah sampai masa untuknya melakukan sesuatu buat industri hiburan tempatan dengan membuka ruang kepada bakat baru dalam konsert terbitan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP).

Justeru, tika dicadangkan oleh pengurusan SNP untuk menerbitkan konsert artis lain, nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran. Antara kriteria pemilihan mereka adalah bakat Aizat dan Faizal, bukan sahaja dalam nyanyian, malah dalam penciptaan lagu dan lirik di samping berkebolehan bermain alat muzik.

“Nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran Siti kerana mereka merupakan antara pelapis seni yang cemerlang dimana kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai,” ujar Siti.

Konsert Satu Suara memberi peluang kepada Aizat dan Faizal untuk muncul dalam segmen solo masing-masing, seterusnya bergabung untuk berduet. Kemudian mereka akan muncul dalam segmen trio bersama Siti.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan tujuh orang pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik Sze Wan serta 20 orang pemain string dari Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Untuk konsert pada 12 Februari ini, yang akan dijayakan dengan kerjasama AEON Co. (M) BHD, akan melihat 5% daripada hasil jualan tiket disumbangkan kepada Malaysian AEON Foundation. Tiket konsert pada 12 Februari dijual pada harga RM103, RM153, RM233, RM323 dan RM383, manakala harga tiket pada 13 dan 14 Februari dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 07:59 PM | Show all posts
dalam masa 5 hari, ticket dah hampir SOLD OUT :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 04:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 27-1-2010 16:02

Siti undur bertanding, anjur konsert

Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]
kosmo 26/1/10

(ambik part yg pasal konsert je...)

Anjur konsert Faizal Tahir dan Aizat

Sudah tersohor sebagai penghibur, Siti beranjak kini menjadi penganjur kepada Konsert Satu Suara menerusi syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ia diilhamkan Siti kerana keterujaannya terhadap dua bakat baru, Faizal Tahir dan Aizat yang pada persepsi Siti cukup menyerlah.

Kata Siti: "Harapan saya agar konsert ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mencontohi Faizal Tahir dan Aizat yang tidak pernah jemu untuk menonjolkan bakat nyanyian, bermain instrumen, menggubah dan menulis lagu."

Sementara itu, Faizal dan Aizat begitu teruja dengan peluang yang dibuka penyanyi tersohor tersebut kepada mereka.

"Ini rezeki datang bergolek kerana sejujurnya sudah lama saya idamkan sebuah konsert. Jika tidak besar, kecil pun jadilah. Jadi saya tak sangka dilamar Siti lebih-lebih lagi untuk beraksi di pentas Istana Budaya" ujar Faizal.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/ar ... iburan&pg=hi_01.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2010 09:31 PM | Show all posts



tolong letak
buat sicomel, copy link gambar ni kat properties, insert in between [img][img] (ko click gambar pokok tu)
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:38 PM | Show all posts
ok. tqvm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 10:47 PM | Show all posts
aku pun nk selit jugak lah......


Rezeki Bergolek Faizal Tahir
Ditulis oleh Nonie      Selasa, 26 Januari 2010



Bukan mudah untuk menapak sekiranya tiada bakat istimewa yang membezakan mereka daripada lambakan penyanyi yang ada. Atas tiket itulah, tanpa ragu-ragu Faizal Tahir 'dihadiahkan' sebuah konsert berskala besar yang jarang-jarang sekali diberikan walau kepada penyanyi senior sekalipun. Perlu diingatkan bukan semua penyanyi lebih-lebih lagi pendatang baru diberi peluang mengadakan konsert sebegini.

"Memang saya idamkan konsert sebegini. Tak sangka saya dan Aizat terpilih sebab ramai lagi artis baru berbakat. Umpama mimpi jadi kenyataan bila dapat bekerjasama dengan Aizat dan Datuk Siti.

"Saya harapkan dapat buat yang terbaik walaupun kesihatan masih tidak mengizinkan. Keadaan sekarang memerlukan masa enam bulan untuk sembuh sepenuhnya. Saya tak mampu untuk agresif seperti biasa namun berjanji akan memberikan yang terbaik.

Harap Cepat Sembuh


“Saya dapat tawaran ini sebelum Juara Lagu lagi. Saya terima dengan rasa teruja kerana saya masih belum sakit lagi masa itu. Tebalkan telinga jugalah bila isteri marahkan saya sebab tak menjaga kesihatan kerana penyakit ini boleh membawa maut. Tapi even saya harus duduk sekalipun, saya masih akan menyanyi untuk konsert tersebut."

Meskipun terpaksa bertongkat, namun Faizal akur akan tanggungjawabnya. Berdoa agar tiada sebarang kecelakaan menimpa sepanjang konsert terbabit, namun Faizal mengharapkan pihak penganjur memahami keadaan kesihatannya.

“Untuk Juara Lagu saya terpaksa ambil painkiller untuk menahan sakit sewaktu persembahan. Namun saya berharap tidak perlu mengambilnya untuk konsert ini kerana ianya tak baik untuk darah, lebih-lebih lagi saya pernah ada sejarah jangkitan paru-paru sebelum ini.” ujarnya menjelaskan akan berimej military sepanjang tahun ini.

http://www.manggaonline.com.my/b ... -faizal-tahir-.html


p/s: buat si comel..."cair" aku avatar ko duk usha aku menaip..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 07:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 4-2-2010 19:27

dengarnya tickets dah sold out

sehari dua lepas ada beberapa VIP tickets telah dimenangi through Hotfm
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:49 AM | Show all posts
artikel ni kluar 31/1/2010, New Straits Times...lambat sket tp aku nk tepek gak...

Faizal and Aizat to rock Istana Budaya
By: Shuib Taib



THE concert is just 11 days away and most of the seats have been snapped up. The concert at Istana Budaya Kuala Lumpur from Feb 12 to 14 will feature two of the hottest talents in the music industry, Faizal Tahir and Aizat.

Faizal was the first runner-up of 8TV's One In A Million while Aizat was a contestant of Astro's Akademi Fantasia 5.

At the recently-concluded TV3's Anugerah Juara Lagu, Aizat came out tops, winning Best Song for Pergi (composed by Pete Teo with lyrics by Amran Omar) and Best Performance for his self-penned number Kau Aku.

Faizal did better at last year's AJL where his song Sampai Syurga won in the Best Ballad, Best Song and Best Performance categories. The two will be sharing the same stage at the upcoming concert which is organised by Siti Nurhaliza Production (SNP).

Yes, Siti Nurhaliza is now a towkay panggung folks. This is her first project and there will be many more to come.

However, since she is also the most talented towkay in the business, Siti Nurhaliza will also feature in the concert.

For Aizat and Faizal, they couldn't have asked for a better organiser.

"This is the first time I've had a press conference and I am so nervous! I am grateful to SNP and Istana Budaya for having faith in us. It's not every day that you get to perform at a prestigious venue like this. It's just unbelievable," said Aizat.

Faizal, who is suffering from deep vein thrombosis, now moves about with the aid of a walking stick. But as far as his spirits go, they're on a high.

"I have always dreamt of this, to perform at a great venue. I feel so blessed and thankful to have been given this opportunity.

"To be paired with Aizat in a concert is also a great honour for me for I have always regarded him as a very talented musician, composer and artiste," said Faizal.

Aizat and Faizal will perform for 45 minutes each before they are joined onstage by Siti Nurhaliza.

Although she is the "boss", she is letting the guys have a full say on what they want to do with their respective segments of the show.

"I think it's about time I did something for our younger generation. I know what it is like not to have many chances as I have been there before. I chose the two because they have proven over the last few years that they are serious about their craft. They are vocally talented and, most importantly, they both can write songs as well.

"I have great confidence in them," said Siti Nurhaliza.

"When I think of Aizat and Faizal, I think of "Rock-estra", a combination of rock music with the backing of an orchestra. I'm confident that the fans will enjoy the show."

Faizal hoped that he would recover in time for the concert.

"To be honest, my doctor had advised me against taking part in the last AJL finals but I went ahead as I didn't want to let my fans down. In a way, that had hampered the process of recovery.

"By the time this concert is staged, I will not be fully recovered but I can still sing. I do love to run around, do stunts and all that. Not being fully mobile might affect my performance a little.

"But we are going to have great music with orchestra. How can I turn down an invitation to perform at Istana Budaya, right?" said Faizal.

FAIZAL TAHIR TRIVIA

* Dream holiday destination?
New Zealand. I want to see the place where Lord Of The Rings was shot. Also the Swiss Alps!

* Dream car?
Ford Mustang GT.

* Manchester United, Chelsea, Arsenal or Liverpool?
Liverpool all the way!

* Favourite male artistes?
The late Freddie Mercury and Steven Tyler of Aerosmith.

* Favourite movie of all time?
I have three: LOTR, Transformers and Avatar.

* Cappuccino or kopitiam?
It depends on my mood because I love coffee!

* Italian, Japanese, Chinese or Thai?
I like it hot, so Thai.

* Most performed song?
Gemuruh.

* Awie (Wings) or Amy (Search)?
Amy Search hands down! I still get star-struck when I see him. He’s got great style.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 10:21 AM | Show all posts
here's another one...

Faizal Tahir, Aizat & Dato' Siti Nurhaliza Fesyen Military Ala Micheal Jackson







credit to: http://www.budiey.com/faizal-tah ... la-michael-jackson/
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 12:44 PM | Show all posts
32# snowey_dey

alahai... yg first pic tu nmpak mcm abang dan adik. aizat si abang dan FT si adik yang comel...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:37 PM | Show all posts
rendah la plak FT dok ngan si ejat ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:43 PM | Show all posts
BB  muda sentiasa ;)
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:44 PM | Show all posts
32# snowey_dey

tq snow... catz dah post kat bunglow RC nun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 06:27 PM | Show all posts
wife FT pergi Friday dan Sunday, FT's tickets
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 07:48 PM | Show all posts
NEWS ALERT!

You can get FT's merchandises at Konsert Satu Suara, Istana Budaya starting from this Friday, 12th February 2010. The merchandises can exclusively be purchased there and they are in LIMITED quantities. So it's like having a FT memorabilia from this concert. So don't forget to bring your cash to buy these not-to-be-missed items. Remember, they are EXCLUSIVES AND CAN NEVER BE FOUND ANYWHERE ELSE.

credit to FT fan page FB & Rockensteiners
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 02:09 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 02:57 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2010:   Peluang keemasan yang diberikan Dato` Siti Nurhaliza kepada 2 bintang muda, Aizat dan Faizal Tahir menerusi konsert Satu Suara di Istana Budaya yang berakhir malam semalam, jelas membuahkan satu natijah di luar jangkaan.

Bukan sekadar pada sambutan daripada peminat 2 bintang berkenaan, malah kewibawaan mereka memberikan persembahan hebat dan bertenaga untuk 3 malam berturut-turut, nyata cukup membanggakan ramai pihak terutama penerbit konsert itu, Siti Nurhaliza Productions (M) sdn Bhd (SNP).

Dominasi Aizat dan Faizal yang turut mendapat sokongan padu daripada kelab peminat masing-masing, Aizoners dan Rockersteiners, telah mencatat sejarah tersendiri meskipun ini adalah pertama kali mereka digabungkan bersama.

Lebih mengejutkan lagi apabila Faizal berjaya mengotakan janjinya untuk langsung tidak bertongkat sepanjang konsert berkenaan selepas hampir beransur pulih daripada penyakit di kaki sebelah kanan yang dialaminya sejak 3 bulan lalu.

"Semua ubat sudahpun habis saya telan hari ini. Alhamdulillah berkat doa daripada semua, saya masih gagah berdiri meskipun ada ketikanya saya hampir tak berdaya, tetapi saya gagahkan juga.

"Salah saya juga kerana tidak berjumpa doktor. Kerana saya sepatutnya membuat pemeriksaan doktor selepas hari pertama persembahan, tapi saya gagal. Apapun esok saya akan berjumpa doktor. Tapia apa yang pasti saya telah mencapai matlamat untuk tidak bertongkat dalam konsert ini," katanya yang dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 2 bulan.

Sama ada Faizal mahupun Aizat, masing-masing tidak menjangkakan sambutan luar biasa peminat muzik di luar sana yang sanggup mengorbankan waktu mereka terutama pada persembahan malam semalam yang  jatuh pada cuti umum Tahun Baru Cina.

Lantas peluang itu diberikan sehabis baik buat 2 sahabat itu dengan genre muzik muzik mereka yang nyata berbeza,  namun diselenggarakan dengan cukup gah oleh pengarah konsert itu, Jennifer Thompson.

Dibuka dengan persembahan duet ringkas bersama lagu  Saya Anak Malaysia, dominasi Aizat seterusnya menyerlah bersama susunan  lagu-lagu popularnya, seperti Kau Dan Aku, Kau Fikirlah dan lagu tuahnya di Anugerah Juara Lagu berjudul Pergi.

Lebih istimewa lagi apabila Aizat berkongsi rahsia 2 ikon muzik kegemarannya sedari kecil lagi iaitu kumpulan The Beatles dan Raihan dengan mendendangkan lagu-lagu terbaik mereka seperti Yesterday dan Thank You Allah.

"Sejak saya kecil lagi sehinggalah berusi 21 tahun iaitu, saya sudah dibiasakan oleh mak saya untuk mendengar lagu Thank You Allah, tiap-tiap kali balik dari sekolah. Lagu ini sudah serasi dalam telinga dan jiwa saya. Sebab itulah saya persembahkan kepada anda hari ini," katanya kepada penonton.

Melengkapi persembahan solonya, Aizat menunjukkan kemahirannya bermain piano sambil mengalunkan lagu yang telah berjaya membawa namanya sebagai penyanyi hebat, Hanya Kau Yang Mampu.

Ruang Panggung Sari sekali lagi bergema, tapi kali ini lebih menyerlah, sebaik saja Faizal yang tampil cukup bergaya bersama pakaian rekaaan Hazwani Osman dengan lagu permulaan solonya Sampai Syurga.

Begitu terserlah taring Faizal lebih-lebih lagi apabila kedengaran semaraknya sorak- sorai peminat Raja Rock Alaf baru itu.

Entah mengapa, seperti yang dimaklumkan oleh mereka yang telah menonton konsert itu di malam pertama dan ke-2, Faizal pada malam terakhir nampaknya telah terbawa-bawa dengan jenaka meleretnya sampai mengundang sedikit kebosanan.

Tiap ruang, diisi penyanyi itu dengan riak dan penuh bersahaja bagaikan alpa dengan masa yang sentiasa mencumburui."Bukan niat saya untuk cakap kosong. Tapi malam terakhir ini suara saya banyak hilang. Tambah pula dengan keadaan  saya yang kurang sihat, saya cuba meredakannya dengan cara berinteraksi dengan penonton sebelum saya menyanyikan lagu seterusnya.

"Pada persembahan malam pertama, Dato' Siti ada usik-usik saya supaya jangan terlalu banyak bercakap. Begitu juga untuk malam ke-2. Tapi untuk malam ini, dia memberikan saya kebebasan. Tambahan pula, dalam mana-mana persembahan hiburan sekalipun, memang sukar untuk menetapkan masa dengan tepat,”  jelas Faizal sebagai alasan.

Jenaka Faizal berterusan selari dengan sorakkan peminatnya yang menginginkan dia hadir dengan lagu hitnya seperti Cuba, Bencinta, Batu & Golek, Selamat Malam dan juga tidak ketinggalan 3 lagu dari idolanya Queen.

Bersempena Hari Memperingati Kekasih, gabungan Faizal dan Aizat dimantapkan lagi dengan kemunculan Siti bersama lagu Sejati yang dinyanyikan mereka bertiga dengan lenggok serta alunan muzik lebih segar.

Bagaikan suara sang dewi turun dari kayangan, Siti lemah gemalai mendahului persembahan dengan madley lagu cinta seperti  Sekuntum Mawar Merah dan Relaku Pujuk yang turut mendapat paduan suara Faizal dan Aizat.

"Syukur Alhamdulillah, sebagai penerbit, Siti nampaknya telah berjaya merealisaikan harapan peminat untuk melihat mereka berdua membuat persembahan di atas pentas berprestij ini.

"Meskipun kali ini Siti tidaklah memberi komitmen sepenuhnya sebagaimana konsert solo Siti sebelum ini, tapi selama 3 malam ini, Siti berpuas hati dengan komitmen yang mereka berikan kerana apa yang kita mahu terjemahkan dalam konsert ini, matlamatnya sudah pun tercapai," katanya yang mengidamkan peluang membawa penyanyi tempatan ke Esplanade, Singapura suatu hari nanti.

*credit to Murai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062402 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list