Daniel Craig kembali sebagai Bond dalam Skyfall
04/11/2011 3:08am
LONDON 4 Nov. – Siri terbaru filem francais James Bond, Skyfall, didedahkan semalam dengan pelakon Daniel Craig kembali memegang watak sebagai ejen 007.
Pemenang anugerah Oscar, Sam Mendes pula akan mengarahkan filem yang dijadual ditayangkan lewat 2012, lima dekad selepas Sean Connery buat pertama kalinya memegang watak sebagai ejen perisikan dalam siri pertama filem paling popular di dunia itu.
Pelakon Sepanyol, Javier Bardem akan melakonkan watak penjahat, manakala Judi Dench kekal sebagai ketua agensi perisikan M16 yang juga ketua kepada Bond.
Antara pelakon lain termasuklah Ralph Fiennes dan Albert Finney, sementara ‘gadis Bond’ dimainkan oleh pelakon Perancis, Berenice Marlohe dan pelakon Britain, Naomie Harris. – AFP
team for this latest James Bond adventure," said Wilson and Broccoli.In SKYFALL, Bond's loyalty to M is tested as her past comes back to haunt her. As MI6 comes under attack, 007 must track down and destroy the threat, no matter how personal the cost.
Berenice Marlohe dia ni pelakon france kan...wah nampaknya dah 6 kali actress dari france menjadi gadis bond......hebatlar gadis gadis france...mereka memang cantik....pecah rekod tu...gadis france yang pernah mejadi gadis bond
CLAUDINE AUGER (1965) THUNDERBALL
CORRINE CLERY (1979) MOONRAKER
CAROLE BOUQUET (1981) FOR YOUR EYES ONLY
SOPHIE MARCHEAU (1999) THE WORLD IS NOT ENOUGH
EVA GREEN (2006) CASINO ROYALE
BERENICE MARLOHE (2012) SKYFALL
Nama dia Ben Whishaw, dia pernah berlakon ngan Daniel Craig dlm filem Layer Cake... Selalunya watak Q ni pelakon nya orang tua, mungkin pihak EON nak buat kelainan misalnya watak M (wanita), felix leiter (kulit hitam) sama ngan Moneypenny