|
ARIL LOVERS 84th BANGLO~JOM UNDI ARIL DI ABPBH 2009!!~updated xtvt pg 1~
[Copy link]
|
|
nite semuaaaaaa......![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 23-1-2010 13:58
up banglooooooooooooooo:pompom: ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum ALs![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 23-1-2010 15:06
Credit: mStar Online Sabtu Januari 23, 2010
Aril, Akim, Mila Bersatu Demi Peminat
![](http://www.mstar.com.my/archives/2010/1/23/mstar_hiburan/akimril.jpg)
SEBUAH majlis samputan untuk meraikan peminat drama bersiri Kau Dan Aku yang bertuah telah diadakan di perkarangan kolam renang yang bertempat di Sunway Hotel & Spa pada 16 Januari yang lalu.
Majlis tertutup yang diadakan secara eksklusif itu telah diadakan sempena meraikan seorang pemenang bertuah yang telah memenangi peraduan anjuran Radio Era FM.
Kehadiran barisan pelakon drama Kau Dan Aku seperti Mila, Akim, Aril, Amar (Anak Wayang), Zoey, Puteri Fateen, Anita Baharom, Nonie, Nurul dan Sabrina Ali yang turut hadir untuk meraikan Syarifah Syazana Ishak, 17 yang berasal dari Puchong beserta 50 rakan-rakannya ternyata menggamatkan lagi suasana majlis sambutan yang cukup meriah.
![](http://www.mstar.com.my/archives/2010/1/23/mstar_hiburan/b.jpg)
Barisan pelakon Drama Kau Dan Aku
Dalam peraduan itu, pemanggil dikehendaki menyanyikan rangkap lagu-lagu runut bunyi pilihan yang dipetik daripada drama Kau Dan Aku iaitu Jika Kau Ubah Fikiran dendangan Mila dan Menatap Wajahmu dendangan Aril.
Sebagai ganjaran, pemenang yang bertuah boleh menjemput 50 orang rakan untuk turut sama menghadiri sebuah majlis sambutan tertutup yang diadakan secara eksklusif khas untuk mereka. Pemenang juga turut menerima sebuah gitar elektrik istimewa yang ditanda tangani oleh barisan pelakon Kau Dan Aku.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Ami berkata: ”Kami sentiasa mementingkan para penonton yang telah banyak memberi sokongan kepada program-program terbitan Astro selama ini.
"Sehubungan dengan itu, kami berusaha untuk merapatkan jurang dengan mereka dan sanggup turun padang menerusi pelbagai pelan promosi yang telah dirangkakan.
Aktiviti seperti ini adalah salah satu usaha kami untuk mendekatkan diri dan mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni dengan mereka.
"Kami juga amat gembira dengan sambutan positif terhadap drama Kau Dan Aku yang menerapkan konsep drama muzikal yang mana ia turut menampilkan ramai pelakon dan bintang-bintang AF yang menari dan menyanyi yang ternyata merancakkan lagi jalan cerita untuk tontonan semua.”
Hadirin pada malam itu telah dihiburkan dengan persembahan istimewa yang telah dijayakan oleh barisan pelakon utama drama Kau Dan Aku sendiri iaitu Mila, Aril dan Akim.
Persembahan mantap bintang-bintang muda yang telah dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia terbitan Astro ini ternyata berjaya mencuri perhatian dan memikat hati ramai ketika tampil menyanyikan lagu-lagu yang dipetik daripada drama popular tersebut seperti Kau Dan Aku, Menatap Wajahmu dan Jika Kau Ubah Fikiran.
Bukan sekadar itu sahaja, pelbagai acara menarik yang telah disusun pada malam itu seperti persembahan fire-eater, permainan Limbo rock, Hula hoop dan Tarian Hawaiian yang mana peserta dikehendaki menyarungkan skirt rami ataupun grass skirt untuk melakukan tarian tersebut.
Pada akhir majlis, pemenang pakaian terbaik kategori lelaki dan perempuan turut diumumkan.
Azlin turut menambah: ”Selain itu, kami juga telah susunkan pelbagai acara dan aktiviti menarik seperti persembahan pentas di kolej dan universiti seperti Aswara, Universiti Malaya dan UiTM Shah Alam dan konsert mini yang akan menampilkan barisan pelakon Kau Dan Aku menyanyi dan beraksi untuk mempromosikan drama ini secara lebih meluas.
"Kami ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberi peluang kepada orang ramai berhibur di samping beramah mesra dengan barisan pelakon drama Kau Dan Aku.”
Kau Dan Aku dibintangi oleh bintang-bintang remaja Akademi Fantasia seperti Mila, Aril dan Akim selaku penggerak utama di samping Amar (Anak Wayang), Farish, Raja Farah, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom, Ika Nabila, Nonny, Zoey, Azizah Mahzan, Nurul Wahab, Sabrina Ali Khan, Riezman, Sharifah Saadah dan ramai lagi kombinasi pelakon baru dan lama.
Drama bersiri ini turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Hafiz, Stacy dan Dafi.
Drama hiburan bersiri 26 episod ini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni.
Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara persahabatan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja.
Namun segalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.
Ia juga akan diselang-selikan dengan persembahan muzikal melalui lagu-lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati dengan elemen romantis, sedih, geram dan lucu yang sudah menjadi asam garam kehidupan remaja bagi.
Para peminat juga boleh melayari laman web www.astro.com.my/kaudanaku untuk mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti termasuk foto di sebalik penggambaran, sinopsis mingguan, muat turun lagu dan wallpaper serta banyak lagi.
Jangan lupa untuk menonton drama hiburan bersiri Kau Dan Aku pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam hanya di Astro RIA (saluran 104). |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs158.snc3/18546_1341996274836_1379075715_946541_6173398_n.jpg)
Credit: kak Fieza |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum Semua Warga Als![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Apa khabar![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yang ada tgk Shuffle Milikku tolong la citer kat sini![](static/image/smiley/default/sad.gif)
saya tak dapat nak tgk laaaaaaaaa![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
assaalamualaikummmmmmm ALS.... |
|
|
|
|
|
|
|
http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs158.snc3/18546_1341996274836_1379075715_946541_6173398_n.jpg
Credit: kak Fieza
srisaujana Post at 23-1-2010 09:54 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif) SALAM SRIII...KEJE KE CUTI...![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sriii..ko da bertwitter kah...aku dr td lgk dok menkaji dan mengali..but stilll x dpt dpt konsepnyeee ....nek fenin daaaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu ade yg xpert kt sini..tulun la bg tau...apakah fungsi twiter... maap la ku sekolah x abis...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 23-1-2010 12:35
Hiburkan pembaca HM/MA
Credit: myMetro Sabtu, 23 Januari 2010
BUAT julung kali pengunjung Bukit Gambang Water Park, Kuantan dihiburkan dengan persembahan Konsert Gempak Santai Harian Metro/Metro Ahad (HM/ MA) bermula jam 5 petang ini.
BUAT julung kali pengunjung Bukit Gambang Water Park, Kuantan dihiburkan dengan persembahan Konsert Gempak Santai Harian Metro/Metro Ahad (HM/ MA) bermula jam 5 petang ini.
Konsert anjuran akhbar nombor satu HM/MA menampilkan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Dafi, Aril, Isma AF7, kumpulan indie, Ditchi Mitchi dan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL24), Hujan. Turut menghiburkan pengunjung, telatah dua penyampai radio Hot FM, Kieran dan AG yang popular dengan gelaran Jawa Rangers sebagai pengacara program.
Penyanyi yang mendapat jolokan 'Beyonce Malaysia', Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih mesra disapa Dayang berasa bertuah kerana disenarai dalam kelompok artis yang menghiburkan pengunjung sempena konsert itu. Kunjungan pertama kali di lokasi itu bukan hanya menghiburkan peminat malah memberi peluang kepada pembaca bertuah Harian Metro pelbagai lapisan masyarakat menikmati kemudahan ditawarkan di taman tema itu.
"Sebelum ini tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan taman tema ini. Secara tidak langsung ia dapat mempromosi lokasi berkenaan. Lokasinya istimewa kerana kebanyakan konsert sebelum ini diadakan di kawasan peranginan popular atau di kawasan bandar seperti Kuantan. "Justeru, penganjuran konsert ini juga memberi kesempatan kepada masyarakat atau peminat dari kawasan luar bandar untuk mengenali dengan lebih dekat artis pujaan mereka," katanya.
Dayang yang popular dengan lagu Dayang Sayang Kamu, berharap konsert berkenaan dapat berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
Sementara itu bintang realiti, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi turut memaklumkan berasa teruja untuk menghiburkan peminat di negeri kelahiran bapanya itu. Malah dia seperti rakan artis antara yang tidak sabar menantikan saat untuk menghiburkan pengunjung di daerah Pantai Timur.
"Insya Allah jika semuanya berjalan lancar, saya akan melakukan persembahan terbaik menghiburkan peminat di Gambang. eluang berkerja sama dengan akhbar nombor satu, sememangnya cukup dinantikan. Sebagai artis baru dan masih belajar dalam dunia seni, kesempatan menjayakan konsert ini adalah peluang yang seharusnya dimanfaat sepenuhnya," kata Dafi ketika dihubungi. Penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini baru saja selesai menjalani penggambaran drama Muzikal KRU Studio berjudul Hotel Mania.
Seorang lagi bintang Akademi Fantasia dari musim ketujuh, Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus yang kini popular dengan lagu Menatap Matamu berkata, peluang disenarai dalam kelompok artis yang menjayakan konsert itu adalah saat terbaik baginya. "Saya bersyukur diberi peluang menghiburkan pengunjung sempena konsert itu. Persediaan menjelang konsert itu adalah seperti biasa. Saya sentiasa mengikuti latihan di bawah bimbingan cikgu vokal. Menjaga tenaga supaya dapat menjayakan persembahan dengan baik. "Mengenai pemilihan lagu, saya sudah bersedia dengan beberapa lagu. Begitupun, sudah pasti saya memilih lagu hits dan sesuai untuk hiburan pengunjung.
"Saya bangga dan seronok dapat berkerja sama dengan nama-nama besar dalam dunia hiburan dan artis yang mempunyai pengalaman mengadakan konsert besar serta pernah tampil dalam persembahan di AJL," katanya.
Selain konsert, pelbagai aktiviti dan program menarik diatur penganjur sejak awal pagi bermula dengan Pertandingan Mewarna membabitkan kanak-kanak, pertunjukan fesyen pakaian Islam, Pertandingan Karaoke yang menawarkan hadiah lumayan serta persembahan Tarian Kebudayaan oleh penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Pengunjung yang hadir berpeluang memenangi hadiah ekslusif dan menarik. Masuk adalah percuma. Program Gempak Santai adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan HM/MA dalam menghargai sokongan pembaca hingga menjadi akhbar nombor satu Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|