|
Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah (Mayat Orang Islam)
[Copy link]
|
|
Kan Tt dh ckap nk bagi pyedap cite spaya korg x boring bace,ape yg plik![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by siawraet at 27-1-2010 01:43
Kan Tt dh ckap nk bagi pyedap cite spaya korg x boring bace,ape yg plik
hepycutey Post at 26-1-2010 22:22
tima acih cutey kerna back up kan saya...hehe. Nak belanja minum kang orang kata makan suap..hahahaha
heran gak kan....camana penulis boleh tau apa yang di katakan olehpihak hospital tu semasa pebualan telepon tu... petik sikit apa ygditulis...
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.
“Hello, ustaz M ye?”... satu suara bertanya.
“Ya, ustaz M bercakap”.
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta
kepastian.
“Imam...imam....yanng mana satu....ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat...”, ustaz M memberi kepastian dalam
monorail Post at 26-1-2010 18:38
Bagus soalan nih. Nasib baik en mono tak tanya lebih2 tentang isi ceritanya. Bab yang di'quote' di atas ni boleh lah saya jawab. Kalau ditanya bab berapa umo ustaz M tu, ustaz M dah kawin belum, brapa umo arwah imam tu, ustaz M pergi hospital naik keta apa, penulis pulak umo brapa, masjid mana arwah jadi imam, polis kat spital tu berapa orang, pegawai hospital tu lelaki ke perempuan...sure saya tak akan layan punya.
Oleh kerana soalan ni hanya berkaitan dengan bidang kesusasteraan dengan corak serta cara penulisannya sahaja, maka saya akan cuba jawab agar ke'hairanan' encik mono dan en. bintang berkurangan..mudah-mudahanlah, insya-Allah.
Dalam bidang penulisan, ada pelbagai bentuk penyampaian yang boleh diketengahkan kepada pihak pembaca.
Secara umumnya, corak penulisan ini bolehlah dipecahkan kepada dua .
Pertama, penulisan secara Berteori (pernyataan) dan kedua, cara Penulisan Makalah atau Cereka.
Penulisan berteori atau pernyataan adalah penulisan seperti yang apa yang anda baca dan apa yang saya tulis sekarang.
Penulisan begini nampak formal. Penulis novel dan cereka kurang menggerami tulisan berbentuk begini.
Penulisan Makalah atau berbentuk cereka. Kekadang penulisan begini agak panjang. Orang yang suka pada tulisan berbentuk formal tidak menggemari tulisan berbentuk cereka ini. Amat tidak sesuai bagi mereka.
Di dalam al-Quran, penulisan dan gaya kedua-dua penulisan ini hakikatnya ada diguna-pakai. Mari kita perhatikan kepada surah Al-Baqarah ayat 2-4:
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadipetunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepadaperkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyangserta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kamiberikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepadaKitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), danKitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan(adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). "
Ayat al-Quran di atas dinyatakan dalam bentuk pernyataan. Manakala ayat dari surah Luqman (ayat 14) di bawah pula dinyatakan secara bercereka.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,semasa ia memberi nasihat kepadanya:
" Wahai anak kesayanganku,janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Ayat di atas bukan dalam bentuk pernyataan. Ayat ini solah-olah membawa kita terus kepada watak utamanya, dan bukan diklasifikasikan sebagai sumber ketiga. Ia semacam 'filem' yang terdapat di dalam al-Quran. Kita seolah-olah menjadi 'tuan yang becakap'...Namun kahikatnya bukan. Cuma disebakan cara penulisannya begitu kita merasai seolah-olah ia kita lafazkan.
Contoh lain, Surah Yusof, ayat 10-14:
Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamumembunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungutoleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulahkamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".
Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapamereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percayakepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulusikhlas mengambil berat kepadanya?
Biarkan dia pergi bersama-sama kamiesok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main denganbebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
Bapa mereka menjawab: "Permergian kamumembawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbangia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya ".
Mereka berkata: "Kalau dia dimakan olehserigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentumenjadilah orang-orang yang rugi".
Apa beza antara penulisan pernyataan dengan bercereka?...Kedua-duanya adalah relevan. Ia akan menarik golongan pembaca yang berbeza. Ada yang berminat dengan cara begini. Ada yang berminat dengan cara penulisan begitu.
Cuba perhatikan apa yang cuba saya nak sampaikan. Pada babak pertama, saya cuba penulisan corak cereka. Sebab di sini sebenarnya tiada fakta. Saya boleh abaikan.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.
“Hello, ustaz M ye?”... satu suara bertanya.
“Ya, ustaz M bercakap”.
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta
kepastian.
“Imam...imam....yanng mana satu....ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat...”, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.
“Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ”, balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'.
Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Tetapi bila masuk kepada babak kedua. Saya balik semula kepada penulisan bercorak pernyataan. Dan begitulah seterusnya sehingga pengakhiran cerita. Rujuk posting ke-13. Semua ini mengandungi fakta yang tak boleh diubah.
Jadi en. mono tak boleh kata saya menipu dalam cerita ini. Mana mungkin dalam babak pertama saya menulis begini:
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M. <----relevan dengan cerita
Saya tukar jadi begini:
"Weiii..leman! Ko nak ke mana tue?" Jerit ustaz M <-- Irrelevant
“Hello, ustaz M ye?”... satu suara bertanya. <---relevan dengan percakapan dan tidak lari dari isi cerita
"Machaaa....lama tak nampak?....satu suara menyapa. <--- irrelevant
“Ya, ustaz M bercakap”. <---- relevan dengan cerita
Pegi dahhhhh kau, omak kau!" <------ irrelevant jadi begini
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta
kepastian. <---- ayat ini, memang ustaz M sebut, tapi saya ubah pendekatan.
"Perfghh fiutttt........argh...mana pensil aku nie?" <----jadi begini
“Imam...imam....yanng mana satu....ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat...”, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya. <------ relevan dengan ayat pada pertanyaan sebelumnya.
"Ha..ha...ha....tiauewwww!"... <----- irrelevant jadi begini
“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas. <---relevan dgn cerita yang ustaz M sampaikan dalam kursus jenazah.
"Yaleeeee...yaleee...yale.........yaaaaa le!" <--- irrelelevant
“Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ”, balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'.
Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
(relevan dengan ayat dan cerita ustaz M)
"Ok..ok....siap, roti canai banjirrrrrrr satu! Bla.bla...bla.....bung ngan ezzati...bla..bla.....!" <------ irrelevant jadi begini.
"Prrrrrrffffgggggghhhhhhhttttttttthhhh!!!!" <------ lagi tak relevant langsung dalam citer nih. Ntah kat mana dapat!
Tulisan 'bold' = Tulisan asal saya berbentuk cereka.
Tulisan berwarna biru = Penulisan Cereka yang diubah dan sudah lari daripada konsep cerita ustaz M, walaupun hakikat sebenar dia taklah bercakap sedemikian! Apa jadi cerita yang saya nak sampaikan muslimin-muslimat sekalian?..................
amcam?...muslimin-muslimat sekalian boleh faham?...
Kesimpulannya, tiada apa yang nak diherankan dalam penulisan corak sebegini. Di dalamnya ada seni kesusasteraan dan ada value serta tidak lari pun daripada etika.
Yang paling penting, mesejnya sampai. Lain lah kalau mesejnya tak sampai. Tapi, tiada orang mahu membuang masa bercerita pada menda2 yang tak ada pekdoh! Termasuklah saya di sini!
Kehkehkeh! |
|
|
|
|
|
|
|
13# siawraet
Bila nak sambung dgn ceta baru.
aikee04 Post at 26-1-2010 19:02 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak sabar yer..bagi lah saya bernafas dulu...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm x sabo gak nih!!!! citer lah lagikkk....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
satu bentuk explanation yang memuaskan hati... lagi pon soklan tu remeh je... dan terjawap dengan penoh hikmah... syabas |
|
|
|
|
|
|
|
bkn kompiter tp kampiuter
gigitbite Post at 26-1-2010 16:16 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bukan kompiuter tp komputer |
|
|
|
|
|
|
|
kamputer pun boleh... asal maksud sampai |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kompiuter tp komputer
elyn25 Post at 27-1-2010 11:27 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ada member sebut...kempewter...terlalu mat saleh la konon |
|
|
|
|
|
|
|
mak aiii!!! citer pasal compuder lah pulokkkk.....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kan tengah tgu story... sesambil tu iklan la jap... |
|
|
|
|
|
|
|
wow... satu perkataan baru... kompuder.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe..
Suka saya dengan korang nie...sambil2 nunggu tue, teruskanlah chitchat. Takpe.
Thread yang saya bukak ni pun tidak terlalu formal. Takde straight sangat. Biar santai begitu...
Ok.
Saya sambung kisah seterusnya. Kisah kali ini, saya tak tulis terlalu panjang, sebab dah
dekat nak waktu Asar. Saya ringkas kan aje....
MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna.
Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa........................". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.....
Alamak......Dah masuk Asar lah muslimin-muslimat sekalian....nampaknya kena sambung lagi lerrrr......
nak wat camner...ni je masa yang saya ada.....heheehe jangan mareee.....
Kalau saya tak sambung petang ni, malam nanti lah pulak yer saya sambung.....
HARAP MAAF ~ |
|
|
|
|
|
|
|
mmg terdiam saye baca........ |
|
|
|
|
|
|
|
Hadooiii ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Petikan episod yang lepas.....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanyamemerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.....
sambungannya:
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib. Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun...".
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini....... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by siawraet at 28-1-2010 01:42
Ustaz M meneruskan cerita:
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?....
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,
Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah.............
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.
Ada dua lagi kisah tentang mayat yang dikategorikan 'bermasalah' semasa ustaz M nak menguruskannya yang saya nak ceritakan di sini, tapi mungkin di lain hari dan waktu lah yer muslimin muslimat sekalian. Dua jenis mayat ni berlawananlah sikit dengan dua jenazah imam yang dimuliakan ALlah SWT sebelum ini. Kisah pun taklah panjang sangat. Saya akan pendekkan seberapa yang boleh. Penat dah malam nie, tak larat dah. Sakit pinggang belakang aku nie. Nak suruh urut, takde sapa nak urut. Lainlah kalau mejik ke, bintang ke gigabyte ke, zamnie ke ada kat sini dan lain2 (sekadar menyebut beberapa nama), boleh juga tolong picitkan..kekhkkehkekee
Jumpa lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by siawraet at 28-1-2010 01:42
Jumpa lagi.....siawraet Post at 28-1-2010 01:27 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bila?nak jumpa kt mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, bagi kami ilham dan kekuatan utk istiqamah beribadah kepadaMu, agar Engkau redha ke atas kami tatkala Engkau menjemput kami kembali kepadaMu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|