|
Setiap pelajar dapat 3 bag yang berisi macam macam jenis pakaian
Wahhh.. jelesnyeeeeeeeee![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best kan diari af8 ni...hope astro panjangkan diari ni jd 1jam |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best kan diari af8 ni...hope astro panjangkan diari ni jd 1jam
sizuka_18 Post at 19-3-2010 01:00 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
yup... aggree.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AlienGurlz at 30-3-2010 19:14
Adira
Lagu Dato'
Hari ni dapat lagu sudah. Saya dapat lagu Dato Siti. Tak berapa paham bah maksud ini lagu, then kenalah bah belajar. Pasal lagu yang saya dapat ok jak. Saya cube bawa lagu ni menjadi yang terbaik. Gementar nie. Lagu Dato lagi tu. Ok la semua, adira nak pegi practice dulu. Babai Semua
Practice make perfect
*24 Mac 2010*
Sama jak Adira rasa ni, happy je. Sedih pun ada siket kerana abang long sudah tiada ni. Rindu betul ni tengok sama dia. Shah je lah yang selalu buat lawak ngan Adira ni. Sekarang dia sudah tiada. Ermm sunyi betul rasanya.
Pasal lagu saya, boleh lah sikit sikit. Tapi perlu ada latihan lagi. Bagi saya, usaha tu sangat penting!. Kemahuan kena lah ada bah. Yang penting saya happy sangat berada disini. Tu saja mahu tulis untuk hari ini. Bai semua!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ain
23 Mac 2010
Tidak sihat
Harlooo, ain dah bergerak dari hospital ni. Tak sabar nak jumpa kawan kawan di akademi. Ain masih tak tau sapa yang terkeluar. Aku masih tak sihat, Cat farish pun datang sekali. Hei wait, mana ain punya baju. Dah hilang nape? Arghh tension. What, Abg Shah yang terkeluar? Kenapa dia yg terkeluar? Wish him luck!
Yeah, i got my new song! Happy by Amy Mastura. Asyik dapat lagu yang fast saje nieh. I will try to be over. Hahaha. I don’t care what people say to me. Flu lah pulak. Hidung tersumbat. Dugaan semuanya ni. Sampai jumpa lagi semua!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Aliff
23 Mac 2010
Sunyi
Bangun pagi je rasa sedih sebab tengok katil Abang Shah dah kosong. Sedih sangat. Tuhan je lah yang tahu. Alif tak dapat terima kenyataan yang Shah akan terkeluar. Sekarang dah sunyi sebab ketiadaan dia.
Cerita pasal akademi, harini dapat lagu baru dan masa tengok balik persembahan konsert, Cikgu cikgu semua komen. Takut sangat dia orang marah. Ok lah, tak banyak yang nak ditulis. Jumpa lagi esok ye semua. Love u all. Bye
24 Mac 2010
Lagu Bapa
Hari ni hari paling mengantuk sekali.
Dapat lagu English. Sedih sikit lagu ni. Ada kene mengena
siket dengan Alif masa kecil kecil dulu. Lagu bapa Alif ni. Hehehe. Alif akan cube buat yang tebaik untuk sampaikan lagu ni masa malam konsert tu nanti.
Alif kene yakin dan buktikan yang alif boleh bawa semua jenis lagu.
Kene buktikan pada family, yang Alif boleh. So sekarang alif nak sambung tranning menyanyi ni. Ok lah, sampai disinin sahaja dulu. Jumpa lagi besok. Bai bai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Anum
23 Mac 2010
Teringat akan Shah
Olaa, Anum dapat lagu Sekadar di pinggiran. Lagu slow, huhuh, Anum satu hari ni menangis je. Sebab teringatkam Shah masa tengok CD tu hari. Lepas la juga rindu kt family. Anum dapat lagu yang mak Anum minat sangat. Jadi anum akan buat yang terbaik untuk dia. Walaupun first time bawak lagu ballad.Apa apa pun, kena lah hadapi dengan senyuman. “Majulah rock untuk Negara”
24 Mac 2010
Rindu mama
Assalammualaikum...
Hari ini seperti biasa macam hari hari sebelum ni. Kelas cikgu Siti Hajar, dia suh Anum feel lagu sekadar dipinggiran tu. Anum terus ingat mama Anum.hahahah. Tapi sedihlah bah. Memang Anum kene kuat dan lebih berusaha lagi! Penat sudah mau menangis ni. Tapi kena ingat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sampai jumpa lagi ya semua!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Farina
23 Mac 2010
Sedih sangat
Fuh... A new day and new challange. Morning session with all the teachers. Comment to all our performance. Mine was bad.
Sedih sangat.
For this week, Farina dapat lagu ketentuan, hahah Ramlah Ram. I will try my best.
Now time to practice. I need to work hard! More to catch up, Good nite peeps. Bye bye all.
24 Mac 2010
Tolong menolong
2nd day of the week. Wah masa berlalu begitu pantas.tinggal satu hari je lagi nak present dekat cikgu cikgu. This week kene backup Ema, Ain and Adira. Hahaha rajin buat partime. Kelas Cikgu Adnan, tried to sing my song. Need to work more. Kelas Cikgu Siti hajar, she want me to focus more because i think too much to hit my low notes.
Kelas cikgu Que hari ni,tolong Nad untuk feel dia punya lagu. Kesian dekat Nad sampai nangis nangis menyanyi. Lepas tu buat Shahir punya song pulak. Hahahaha. Dapat pula lagu Alif Satar tu, hahaha. Siap dress up macam playboy and kasanova. Hahaha.
Kelas cikgu linda, clean up menuju puncak punya step. Sorang sorang kena buat. Lepas tu belajar lagu bonus punya step. That all for today. See what we have for tomorrow. Night all... Muahhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AlienGurlz at 30-3-2010 19:27
Iwan
23 Mac 2010
Hujan
Halooo. Apa khabar semua? Abg long kitaorang dah tinggal kan kitaorang, sedih sangat weh. Macam tak percaya je. Iwan rasa macam mimpi je Shah yang terkeluar. Sekarang dah tak dapat dengar suara Abang Shah nyanyi dalam toilet.
Hari ni hari baru, kene lupakan yang semalam. Today dapat lagu baru. Mencari konklusi. Hahahah. Iwan minat si hujan tu, tapi tak berapa pasti macam mana nak bawa lagu ni. Kene buat yang terbaik untuk lagu itu. Macam tekanan pun ada, alaaa EDEN PUN BOLE. Babai semua. Good night
24 Mac 2010
Hadiah dari abang
Kelas start pukul 1130am. Memula kelas Cikgu Adnan. Tertekan juga dapat lagu Hujan ni. Tak reti betul nak nyanyikan.
Harap harap boleh buat lah masa konsert nanti. Lepas kelas vocal, tetiba ada hadiah atas meja makan, Iwan wat tak tau
jelah sebab ingat bukan Iwan punya. Maulana buka, sekali dlm kotak tu ada kasut n buku Sin Chan. Kasut tu Iwan punya tuh, buat main skateboard! Hahaha, ni mesti keje Abang Iwan ni. Rindu nak main skate balik.
Hari ni kelas tak berapa penat sangat. Masa kelas Cikgu Que tadi, sian si Nad. Teruk betul dia menangis. Asal la kau menangis mcm tu skali Nad? Hahahahaah. Oklah, Iwan nak training lagu ni. Hahaha Bye bye.
==============================================
Maulana
23 Mac 2010
Sedih
Hari ini bermula dengan sedih sebab biasanya bangun tido pagi sama sama, tapi kali ini Cuma ada 5 orang sahaja. Sedih sangat. Memang tak boleh terima hakikat yang Shah terkeluar malam semalam. Kalu di ikutkan, dial ah yang paling mantap dan best. Bebudak lelaki memang down giler semalam.
Tapi kitaorang kene terima kenyataan. Sumpah saya rindukan si Shah. Senyap je akademi dan hostel ni. Actually banyak nak cerita, tapi dah mengantuk lah. Jumpa di lain masa. Bye bye
24 Mac 2010
Abang long
Harini kita orang semua bangun lambat. Badan penat. Bangun bangun suara hilang. Risau juga ni. Rindu la dekat si Abang Long ni. Sunyi je rasa, takda lagi org main gitar malam malam, menyayi menyanyi semua. Dia berbakat besar sangat si Shah ni. Mungkin rezeki dia sampai sini je. Orang yang kat luar tu, buka lah mata. Jangan tengok pada rupa saja, Shah berbakat besar. Itu la realitinya AF ni.
Heppy sangat sebab dapat lagu mak. Hahaha. Mula mula tak sedar lagu tu lagu mak, sebab tengah mamai. Dengar je skali lagi, ahahah eh
macam kenal je lagu ni. Tapi Cikgu Adnan nak tukar arrangement lagu tu kepada jazz. Memang teramat suka lah. Harap sangat, lepas nyanyi lagu mak, mak akan dapat tawaran nyanyi balik. Dedicate lagu ni kat mak.So maulana nak pi minum air, then nak tido. Good night!
======================================================================================
Nad
23 Mac 2010
Lagu sedih
Haloo, im listening to my new song which is Aku wanita biasa by Kris Dayanti. Lagu ini tersangat lah touching. I tujukan lagu ni kat my best
friend.
Tekak pula dah bertambah sakit. Harap esok lusa ok lah tu hendaknya. Hurmm petang tadi cat farish datang sini. Cool la bro..
Lagu debaran yang kitaorang dapat ialah Andai kau pergi dulu.Lagu sedih lagi. For sure ada lagi yang terkeluar ni.Thats all for tonight. Dah mengantuk ni. Take care people. Besok tulis lagi yer. Dear Shah, akademi dah strart sunyi.
24 Mac 2010
Keluarkan emosi
Hello. Masa kelas vocal, Cikgu adnan dan Cikgu Siti Hajar Nad try menyanyi lagu baru. Masalah breathing lagi. Tak cukup bekerja organ-organ dalam perut ni. Kena praktis banyak-banyak kali ni. Baru style. Masa kelas Cikgu Fatimah kitaorg kena buat macam mini dialog. Seperti biasalah partner dengan Iwan. Masa kelas Cikgu Que, mataku pecah. Cikgu suruh keluarkan emosi for the song. Sudah lah lagu ni kena betul-betul dengan diri sendiri. Kelas Cikgu Linda kena dance sorang-sorang. Mine was not so good. Kena improve lagi. Besok dah hari Rabu. Satu hari lagi nak perform depan semua cikgu. Sumpah cuak weh.
Hopefully by tomorrow dapatlah clearkan mana-mana yang tak betul tu. Lagu ni mencabar because Cikgu adnan naikkan key dia sikit. Come on Nad, u can do it. Ok guys. Nak pergi mandi and praktis lagu. Gonna write soon. Take care people. Nad is signing out.Bye-bye.
===============================================================
Shahir
24 Mac 2010
Jangan nakal
Ni bukan lirik lagu semata mata. Tapi apa yang sedang berlaku padaku. Dugaan betul hidup ini. Ya allah, kau berikanlah kekuatan padaku untuk aku mainkan watak dalam lagu Jangan Nakal ini.
Rasa rasanya, Shahir ni nakal lah juga, tapi kenapa tak boleh nak keluarkan benda tu heh depan orang? Huh nampak je senang lagu macam ni, tapi bukan mudah orang macam Shahir ni nak mainkan watak dalam lagu tu. Kene jadi kasanova ni. Perghh... Mencabar betul. Yakin boleh SHAHIR!
==================================================
Daus
23 Mac 2010
Sakit hati
Hari ini adalah hari yang paling menyakitkan hati Daus. Teruk di komen oleh cikgu cikgu semua. Waaa, tapi ada sedikit pujian. Daus nampak cute dalam persembahan tu. Dan yang paling kelakar ialah dapat lagu dari Aril, Menatap matamu. Hahaha
Padan muka kau Daus, waaaaa, mereka sahaja nak kena kan aku nie. Ok lah, dah takda mood, sampai disini sahaja ok? Baiiiii!
Tebabooo
Assalammualaikum...
Hahaha hari hari penat.
Kalau dapat escape kelas kan best.. ahahaha. Gurau je lah.
Minta minta lah Daus dapat bertahan sampai final nanti. Ermm doakan Daus ye semua? Dalam
kelas Cikgu Adnan, enjoy sangat. Bila kelas dance, pun sama happy sangat. Tapi penat lah siket kan. Hahaha. Daus rindu dengan Shah. Dialah sahabat dunia dan akhirat. Sory dah mengantuk ni. Dah pukul 2 pagi dah. Daus tido dulu ya.
Babai semua. Tebabooo. |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat btol dorang update diari![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
obvious sgt budak2 lelaki x suka lagu menatap matamu...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Adira
25 Mac 2010
Hari ni perasaan Adira ada lain sikit. Sebab Adira hafal sudah ni lagu. Terima kasih lah dekat cikgu cikgu yang membantu Adira. Love you alls. Hari ni juga, saya buat kerja yang sama sahaja. Adira dapat kawan baru iaitu B-Bot. Hahahaha, happy betul dapat bersembang dengan dia. Terima kasih krew krew di astro. Akan ku jaga B-Bot baik baik ok.. Hurmm tu je lah. Babai!
![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
=========================================
Ain
25 Mac 2010
Tersusuk mic atena
Many things yang berlaku 2-3 hari ni. Pinggang tertusuk mic atena, adusss. Sakit nye lah. Selama 7 tahun AF ni, tak penah ada kejadian macam tu berlaku. Hahaha. Kelas with cikgu Fathi best tau. Kreatif betul. Buat cipta benda dari tin Old Town.
Daus yang menang. Dia buat gitar. Hahahaha.
About my song, takda masalah dah. Cikgu Que kata, Ain hyper sangat. Kene kurangkan sedikit step lagu tu. Banyak sangat movement. Esok dah kene perform dah depan cikgu cikgu. Minta minta dapat la feel lagu tu dengan baik. Ok semua.. baiiiii.
========================================
Aliff
25 Mac 2010
Permintaan Alif
Hari ni Alif paling hyper sekali. Mula naik akademi first sekali trus kelas cikgu Siti Hajar. Kelas dia macam biasa lah Alif akan belajar benda baru.Lepas itu kelas cikgu Que.
Alif pendapat dia, ok ke tak?
Alif request nak perform sambil duduk je. Yes, permintaan ALif diterima pakai.
========================================
Daus
25 Mac 2010
Daus menang
Hari yang cukup indah bagi aku hari ni. Bangun jer tido dan terus mandi. Daus dapat tahu yang hari ini ialah hari untuk perform di depan cikgu cikgu semua. Yeahh. Kepada semua pengundi pengundi Daus dan fan club Daus, terima kasih banyak banyak dan jasamu tetap ku kenang!
Paling best harini ialah saya menang cipta benda paling kreatif. Hahaha dapat hadiah percutian 6 hari 5 malam di Sydney. Hehehe tidak lah, memain sahaja. Cuma dapat air kopi saje. Huhuhu. Sampai disini sahaja ok? Jumpa lagi... Tebabooooo
=========================================
Farina
25 Mac 2010
Feel
Wah, masa berlalu sangat pantas. Tinggal hari ni je nak practice. Esok dah nak present. 1st session with Cikgu Siti Hajar, we learn a lot from her. I love the way she teach me. Give us her knowledge and motivate us at the same time. Somehow, it really held the way i think.
Kelas cikgu Que, susah nak keluarkan feel. Little bit worried before i present depan derang nanti. Takut mereka tidak puas hati.Takut dia tak puas hati. Hari ini juga dapat task kreatif. Hahaha. Saya buat yang simple je. Daus yang menang. Dia buat gitar, and sangat comel okey!
Dance class dengan cikgu linda. Buat menuju puncak. Thats all for today. Nanti Farina tulis lagi ye?babai semua!
=========================================
Anum
25 Mac 2010
Happy sangat
Hari ni Anum sangat Happy. Tak tau pasal apa. Si uztaz tu lucu lah, ahahhha. Pasal nyanyian pulak, Anum dah improve sikit. Just kene feel lagi je. Dia suruh Anum ingtkan Shah untuk dapat feel. Ahahah. Lucu pun ada, sedih pun ada. Anum akan buat yang terbaik untuk minggu untuk mama n untuk semua. Lagu ni hadiah dari Anum kepada mama. Love u all..
=========================================
Iwan
25 Mac 2010
B-Bot tak suka Iwan
Hari ini bangun macam biasa. Kelas Cikgu Adnan dan Cikgu SIti Hajar, kene nyanyi depan diaorang. Rasa macam tak best je... mereka suruh Iwan cari sendri caranya macam mana, tapi still tak paham juga. Nanti dah nak perform depan cikgu cikgu ni. Risau betul la. Cikgu Que pesan kat Iwan “ kau kene selamba, tapi nampah penuh dengan energy, jangan banyak movement, tangan kurangkan gerak” ahahah harap2 semua nya ok la nanti masa konsert.
Ada motosikal nama dia B-Bot. Dia pandai cakap. Tapi moto tu suka Adira je. Bole pulak dia cakap dia tak suka Iwan. Hahahaha. Jahat heh ko B-Bot. Kau suka perempuan je. Besok aku pancitkan tayar ko. Hahaha. Kelas dance hari ni sumpah penat. Tapi enjoy giler. Suka sangat. Iwan takut je ni sebenarnya. Takut
masa konsert nanti Audience tapi tak boleh accept cara lagu aku tu. Ok je lah, sampai disini sahaja k. Jumpa esok!
![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
=========================================
Maulana
25 Mac 2010
Stress
Tengah pening kepala memikirkan showmanship sendiri ni. Tadi Maulana stress sekejap sebab tak tau nak buat apa dah. Stress punya pasal sampai Maulana makan chocolate Ain. Hilang sedikit stress itu. Cikgu Linda banyak membantu saya minggu ni. Tadi ada tgk video gambar masa kecil. Best juga tengok muka masing masing. Hahahah
Now dalam kepala ni tengah fikir pasal step pula. Pening kepala, adehhh. Mata dah berat ni. Penat sangat kot. Urat urat semua macam nak putus dah. Oklah. Niteeee
=========================================
Nad
25 Mac 2010
Kena kawal pernafasan
Just come back from akademi about 30 min. Penatnye... Ni semua sebab lagu JUARA punya step la ni. Kelas dimulakan dengan latihan vocal dan drama.
Cikgu Que cakap, mine was good. Yang Nad risau sekarang takut masa nyanyi part yang tinggi tu, tak kesampaian.Now saya dah tau dah apa yang Iwan rasa bila tak sampai nak nyanyi part yang tinggi tu. Sekarang ni nak tau sangat pasal control my breathing .
Harini juga kene buat something dari tin Old Town tu. Dorang bagi masa 30 min saje. Last last si Daus yang menang. Dia buat
guitar, cool. So tunggu la this week punya performance ok! Got to go dah ni. Nak makan
kejap. Good night people!
=========================================
Shahir
25 Mac 2010
Jadi lelaki nakal
Hari ini agak suspen dan tertekan sedikit dengan lagu jangan nakal yang Shahir kene bawa untuk konsert hujung minggu ini. Dari segi nyanyian. Lagu tu takdalah masalah sangat tapi risau tk dapat bawa watak dalam lagu itu. Dah la kene jadi lelaki nakal. Hahahha. Macam mana nak keluarkan benda tu masa depan orang ramai nanti dengan sikap pemalu Shahir ni?
Memang mencabar sungguh. Arghh tertekannya. Shahir nak buat sehabis baik tapi kenapalah masih tak dapat nak keluarkan diri dari kepompong yang membelenggu diri ku ini. Esok dah kene perform dah, tengah konfius mana satu cara terbaik nak present depan cikgu cikgu nanti. Cikgu Que suruh Shahir buat muka gatal bukan nakal. Hahahah. Pening pening. Ok lah semua, babai... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AlienGurlz at 5-4-2010 16:37
Adira
Tidak sangka
Adira memang tak sangka yang kakak akan terkeluar. Sedih betul ni. Rasa tak biasa ni kakak tiada.Macam selalu, dia ada jak hari hari, tetiba tiada ni. Tapi macam mana pun aku kene terima hakikat yang kakak sudah terkeluar. Adira pun belum tahu lagi dapat stay berapa lama disini. Yang penting Adira belajar betul betul disini dan itulah tujuannya.
Adira sayang kan Ema, rindu kan dia. Sekarang memang tengah sedih betul ni. Minta minta esok ok sudah. Dapat lagu yang Adira tak pernah dengar ni yang bertajuk “Kini”. Yang penting kene yakin saja. Buat yang termampu. Babai semua.
=================================
Ain
Ada peningkatan rasanya
Hai semua... tadi tengok replay konsert,Bila tengok replay konsert hari tu, funny juga. Tengok muka sendiri yang senget tu. Lucunya. Starting lagu, step tak berapa kemas dengan dancer. Memang problem. Tapi vocal, Ain rasa ada lah sikit perubahan.
Lagu baru ingat dapat lagu bulan cinta, sekali dapat lagu Arni Nazira. Lagu tu sangat best, tapi tak tau lah if Ain yang nyanyi jadi best or not? Ahahah. Kita tengok je la nanti k. Now Ain nak start menghafal lagu dah ni. Jumpa lagi nanti ya? Babai semua
=================================
Anum
Lagu baru
Ehem ehem. Harini aku dapat lagu Main Tarik Tali. Walaupun tak penah terfikir nyanyi lagu lagu Elyana tapi bila dalam AF tiada alasan you know! Pastu kiraorang semua, semua kene bahagi bahagi kumpulan oleh Cikgu Norman. Anum termasuk dalam group Daus, Iwan , Anum. Ahahahaha. Kumpulan mesti sama sama. Pasal lagu Anum pasti boleh buat punya.
Kesian Anum...![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
=================================
Farina
Not my wish list again
New day, new beginning. Again! Was hoping for my wish list but AGAIN!!! I got Cantik from Nikki. Never heard about this song. Will try my best to sing this song. Really need to work hard. Dah 3 weeks konsert, still tak bagus bagus lagi performance i.
Just being my self. This is me. Takda pun lemah lembut sangat. Just tak biasa cakap kasar kasar or jerit jerit. Im not use to that. Sedih sangat bila orang cakap Farina ala ala Dato’ Siti. Tapi takpelah. Go Farina, buat sehabis baik ok!! Good nite people!
=================================
Iwan
Slow slow happy
Hari permulaan untuk minggu ketiga ni. Apalah lagu yang Iwan kena bawa untuk minggu ketiga ni. Sampai je time penilaian cikgu cikgu, mereka cakap voice projection kene improve lagi. Showmanship bagus tapi tak berapa cukup. Tapi keseluruhannya bangga la. Hehehe. But kene buat lagi yang terbaik!
Untuk minggu ni, Iwan dapat lagu slow slow happy. Oklah kena lah juga dengan Iwan ni. So amat yakin yang Iwan boleh buat yang terbaik minggu ini. Tadi pengetua ada bagi bagi group kat Iwan. Dapat satu group dengan Anum dan Daus. Yeah best best. Hurm ok lah untuk hari ni, nanti Iwan tulis lagi ok?
![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Adira
Dah hafal
*4 April 2010*
Hello!!! Ermm nothing interesting today. Ginilah bah kalau mahu belajar English. Tunggang langgang ni. Hari ni macam biasalah. Menari, masuk kelas, makan makan, dan yang penting dah hafal lagu. Tarian pun boleh la siket siket. Hehhehe. Ok la semua, nanti Adira tulis lagi ye? Babai semua!!
============================
Aliff
Brain wash
*4 April 2010*
Hari ini dapat lagu. Alif dapat lagu Hanya di Radio. Hari ni mood pun kurang sebab kena brain wash dengan tenaga pengajar based on last konsert. So no story to share... Bye bye all. Doakan Alif dapat bawa lagu itu dengan baik ya!!!
============================
Daus
Lagu indie
*4 April 2010*
Alhamdullillah... Dapat juga Daus nyanyi lagu indie. Yeahh pesawat dari Mirage. Happy sangat sangat. Akan buat persembahan yang meletup untuk konsert akan datang. Salah satunya sebab family Daus datang. Mak dan bapak datang tengok performance Daus. Daus mesti bersemangat malam konsert itu kelak!!! Bye bye semua!!!
============================
Farina
Kak long miss you
*6 April 2010*
Jadi pelajar Af ni bukan that easy. Really need to workhard. Untuk minggu lepas, Farina rasa seronok sangat kerana i can do something that i never think i can do. And now i actually done it. Go Farina, you are on the right track. Keep on moving babe!
For debaran, Anum left us. Insyaallah Anum, ada rezeki diluar sana. We will always pray for you Anum. Kak long miss you sangat sangat Anum. Moga cepat sembuh ya! Today seperti biasa, ada evaluation dengan trainers. Kene basuh dengan cikgu cikgu. Even ada yang dapat pujian, but overall kitaorang failed. We need to do lot of things to prove that all of us deserved to be here. Dapat pula lagu Agnes Monica. Teruskanlah... Wish me luck! Bye bye semua!!!
============================
Iwan
Free ke genting
*4 April 2010*
Hi semua, apa khabar anda disana? Semalam adalah hari yang paling indah dan sedih buat kumpulan Iwan dan semua pelajar AF8 ni. Kumpulan Iwan dapat pegi Genting Highland. Itupun sebab Daus dan ANum dapat lampu hijau masa konsert tempoh hari. Thanks sangat sangat dekat Daus dan Anum, sebab korang lah Iwan dapat jalan kat atas tu. Yang pentingnya semua nya FREE hehehehehe. Merasalah jadi superman. Huhuhu.
2-3 hari sebelum tu, Anum asik sakit je. Iwan nak tengok dia happy. Tapi masa jalan jalan tu, dia sangat happy. Sampai masa nak balik tu, dia tetido dalam kereta. Kali terakhir tengok dia happy and ceria sebelum dia tersingkir di minggu ke 3. Terasa sangat kehilangan si Anum tu.
Untuk persembahan last week pula, Iwan ialah yang paling teruk sekali. Ntah la, dah down sangat rasanya. Kena ceramah dengan semua cikgu cikgu. Tapi bila dapat lagu tugasan yang baru tu, Iwan berjanji akan tebus balik kesilapan Iwan masa konsert ketiga minggu lepas.Iwan berjanji ok! Tidak akan menghampakan semua peminat Iwan. Ok lah, Iwan nak pegi belatih dulu. Babai semua.
Panjangnye diari Iwan kali ni![](static/image/smiley/default/shy.gif)
============================
Maulana
Pagi yang suram
*4 April 2010*
Hari ini bermula dengan pagi yang suram. Semua kene basuh dengan tenaga pengajar. Maulana kene lebih lagi pasal Anum jatuh. Down sekejap pasal benda tu. Memang tidak disengajakan, Maulana tak nampak pun dia masa itu. Blank kejap otak ni. Tapi tu semua dugaan tuhan nak kasi kat Maulana. Hurmm biarlah, malas nak fikir fikir. Lagipun dah mengantok ni. Jumpa di lain masa.. ok babai semua..Good Night..
============================
Shahir
Mesti sayang lagu kita
*4 April 2010*
Aduhaii, hari ini teruk kitaorang kene basuh dengan cikgu cikgu. Semuanya naik angin dengan persembahan minggu lalu. Shahir sendiri akui yang persembahan pada konsert ke 3 itu mendukacitakan. Tetap atas sebab sebab tertentu yang terjadi sedikit sebanyak member kesan pada mood dan semangat kami pada hari itu. TIADA ALASAN BUKTIKAN KEHEBATAN bak kata pengetua.
Lupakan episode yang lalu, dah teruskan melangkah dan berjuang untuk pertempuran akan datang. Minggu ni dapat lagu English, Always be my baby. Tak dapat nak gambarkan perasaan Shahir buat masa ini. Ingat pesan Cikgu Linda “ Mesti sayang lagu kita”. Sampai jumpa lagi semua! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gogo at 26-4-2010 16:01
Adira
Terkejut
*21 April 2010*
Hari ini Adira dapat lagu My All. Terkejut ni.. Biasalah kan Adira manalah tau mau nyanyi BI ni. Tapi tidak apalah Adira nyanyi jak bah.. hehe
Lagipun Adira jak yang belum dapat lagu BI ni kan. Jadi apa buleh buat lah.. hehe.. Tapi Adira suka lagu ni.. Terima kasih sebab bagi Adira lagu ni.. Tapi Adira kurang pasti nak berterima kasih pada siapa.. hehe.. Ok bye..
Ain
Demam sikit
Assalamualaikum..
Ain demam sikit. Tapi ok je. Adalah curi masa tido tadi. Time Kak Farina practice dance, Ain tido lah.. Kepala sakit ni.. Tadi ada segmen masak-masak kat akademi. Wahh ada gas.. kitorang masak Mi Sedap.. Sedappp 'Soal Rasa Tak Boleh Tipu..' Cewahh..
Anak Cikgu Que dan Cikgu Linda... Ratu, ada kat akademi.. Gemuknya.. Geramm.. Matanya sebijik macam mata Cikgu Que.. Paha dia besar... Cute..
Hari ni Ain tak berapa practice lagu Ain.. Coz Ain dah hafal tapi lagu bonus ja laa.. Ain concentrate lagu Si Maulana je. Ain main gitar untuk lagu dia.. Have to practice also kan.. nanti performance dia teruk kitorang yang akan di blame. So kena buat yang terbaik jugalah for him. Esok presentation harap tiada masalh.. Aminnn..
Daus
Kena marah!
*21 April 2010*
Assalamualaikum...
Daus suka hari ini, Sebab Daus dah hafal semua step dan lirik lagu Daus. Huhu!! Daus ank berlakon dan feel tahap dewa untuk minggu ini. Tak sabarlah!! Daus tak fikir lain cuma nak perform better than last week!! Hahaha..
Hari ini Daus kena marah dengan Cikgu siti Hajar lah!! Memang garang Cikgu tu.. Tapi Cikgu Siti Hajar cikgu kesayangann Daus dalam AF. Tulaa cuma dia tegas sebab tu laa dia macam tu.. Hehe
Tak sabarlaa nak perform Sabtu ni!! Selamat malam sayang!! Tidurlaa.. Siangkan tiba bercahaya!! Bermula baru semua untukmu!!.... Jom tidur mataku ngantuk suda!!
Farina
Tekeluar this week
*20 April 2010*
Oupsss, sory to all, dah lama tak tulis kan? Been bz sangat lately ni so no time for Farina nak tulis kat diari ni. Lots of thing happens lately ni. Konsert ke 5 was not so bad. Semua student did their best accept me! Mine was the weakest ok! Cikgu Linda pun cakap camtu juga.
For this week, Farina dapat lagu Rini, Mainan Jiwa. Tak penah dengar la lagu ni. Tapi best lagu ni. Now tengah nak buat something WOW before terkeluar this week.
Rasanya macam Farina yang akan terkeluar this week. Hahah. Dah takda rezeki, tapi apa yang penting kea buat yang terbaik la. Now nak sambung practice lagi ni. Dah takda banyak masa ni. Bye bye semua...
Iwan
Mahu celebrate birthday bersama family
*19 April 2010*
Hello, hmm... First nak say thanks so much. Sebab semalam on Debaran tak ada penyingkiran. Iwan rasa bersyukur teramat sangat. Tapi apa yang Iwan rasa kemungkinan besar, pada minggu ini, ada dua orang yang tersingkir. Mungkin! So Iwan betul-betul kena bersedia nak menghadapi semua tu pada minggu ini.
For this week Iwan dapat lagu 'Aku Cinta Kau Dan Dia' dari kumpulan DEWA. Lagu ni berentak rancak so Iwan rasa Iwan boleh buat. Sekarang Iwan kena fikirkan showmanship macam mana je. Harap-harap la suara Iwan ni tak jadi masalah. Takut juga masa konsert nanti.
Lagi satu tinggal 2 hari je lagi nak 21 April.. Hari jadi Iwan yang ke 20. Iwan nak sangat celebrate burfday dengan family. Tapi Iwan kat sini pulak kan.. But It's ok sebab tahun-tahun lalu pun Iwan jarang celebrate burfday. So tak kesah sangat laa..
Maulana
Bila Rindu
*19 April 2010*
Hari ini kitorang semua dapat lagu. Mau dapat lagu Bila Rindu. Mau buat versi akustik. Tengah fikir ni macam mana nak buat persembahan tu jadi best. Syukur sangat tak de penyingkiran hari Ahad. Happy gak. Tapi Mau dapat rasakan minggu depan mesti dua orang tersingkir. Tak tau laa sape. Hanya mampu berserah je. Malas nak fikir-fikir sangat. Buat pening kepala je. Lebih baik fokus pada persembahan Sabtu ni.
Nad
Kena cari sendiri
*21 April 2010*
I'm still struggling to find steps for my showmanship. For intro and ending, Cikgu Linda ada ajar. Yang lain kena cari sendiri. Haih.. pening sudah. Tapi yang best tadi dapat jugak jumpa baby Cikgu Que dan Cikgu Linda, Si Ratu. Tapi Nad panggil dia Si Gemuk sebab terlampau comel. Tembam gila. Comel siot. Mata sebijik ikut cikgu Que. After dinner kitorang ada belajar step for lagu bonus dan lagu Debaran. Best gila you guys kena tunggu this wekend. Sure bikin kecoh. Okayla gotta go. Nak prepare untuk presentation. Goodnight.
Shahir
X-Factor
*13 April 2010*
Ahggg, Shahir semakin terasa bahang tekanan untuk konsert minggu ke 5 ni. Dimanalah X factor Shahir ni. Macam mana nak tonjolkan diri? Kadang kadang rasa macam bingung dengan diri sendiri. Shahir tahu Shahir boleh buat lebih dari jangkaan korang semua, tapi kenapa depan orang Shahir macam tak dpt nak keluar dari kepompong. Malu sangat ke???
Malu memang tak berapa bagus untuk Shahir kalau nak berjaya dalam bidang seni ini. Must be professional la kan. Tapi takut orangsalah anggap pulak dengan perubahan tu nanti. Seolah olah terikat dengan sesuatu la. Lagu pun tak berapa pasti lagi. Takut nak ubah ubah kerana peminat Kak ZIana tu bukannya sikit. Hurmm ok la semua, nak sambung fikir fikir tentang performance Shahir nanti. Selamat malam semua |
|
|
|
|
|
|
|
sedih baca diari farina ![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|