CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: servantforever

Bersedekahlah wahai usahawan2

[Copy link]
Post time 27-3-2010 12:54 PM | Show all posts
harap mod leh sticky thread ni supaya senang forumner kat sini nk cari info umah anak yatim bila nak bersedekah. lagipun kat sini ramai gak usahawan2 yg dah berjaya dan nak menghulur sedikit sumbangan ...
Maisarah Post at 27-3-2010 09:15

okeh.. saya highlightkan dulu thread yang bagus ni..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 27-3-2010 01:59 PM | Show all posts
betol 2. kalau kita bersedekah nie terutama pada anak yatim rezeki mmg bertambah. baby pun pernah alami dlu. tapi nak sedekah pun tgk jugak. kalau orang buta n anak yatim ok ler. kalau yang sihat2 tapi dok minta sedekah tu geram gak aku, bukan xleh nak keja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 01:27 AM | Show all posts
3# pnut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 01:29 AM | Show all posts
23# servantforever

check their blog here:

http://pusatjagaanyatim.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 08:22 AM | Show all posts
betul klo bersedekah...keuntungan akan berlipat ganda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 01:04 PM | Show all posts
25# masuco
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2010 01:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by servantforever at 30-3-2010 13:13

14# pnut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 01:22 PM | Show all posts
14# pnut
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 3-4-2010 03:01 PM | Show all posts
Ingatlah Kematian Dari Nafas Ke Nafas

Ingatlah kematian berlaku dari nafas ke nafas
Berhenti nafas matilah kita
Apabila tarik nafas, tidak boleh mengeluarkannya kematian tiba
Jika mengeluarkan nafas tidak boleh tarik semula matilah kita

Kita hidup bukan sebab kaya
Tidak juga hidup adanya kereta
Juga hidup bukan kerana ada kuasa
Bukan kerana adanya ilmu yang luarbiasa

Hidup kita hanya ditentukan oleh udara
Udara yang Tuhan cipta, penyebab hidup
Tidak ada udara kematian pun tiba dengan izin-Nya
Takutkanlah Allah dari nafas ke nafas
Biarlah kita mati di waktu nafas tiada kita takut dengan-Nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2010 06:18 AM | Show all posts
Any other donation?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 07:01 AM | Show all posts
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)ini telah diberikan kelulusan di bawah no pendaftaran SA 0104424-D pada 17 November 2008 adalah sebuah pusat jagaan yang menaungi serta mengendalikan 2 buah rumah yang dijadikan asrama bagi anak-anak yatim,fakir,miskin serta remaja-remaja yang memerlukan bimbingan(diberi gelaran remaja harapan).
Anak-anak yatim,fakir miskin ini berumur antara 5 tahun hingga 10 tahun seramai 12 orang lelaki dan 9 orang perempuan dan 4 orang remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun dengan menyewa 2 buah rumah sebagai asrama mereka.
Pihak RUKESA menghantar anak anak yang berada di tahap persekolahan peringkat rendah di sekolah berhampiran dengan asrama,manakala anak anak yang ditahap umur para sekolah disediakan pembelajaran mereka di asrama kediaman mereka. Bagi anak anak remaja pihak RUKESA juga menyediakan kelas agama untuuk menyempurnakan tuntuan ilmu Fardhu Ain yang diwajibkan ke atas mereka serta menyediakan beberapa latihan kemahiran asas mengikut minat dan kecenderungan mereka.
Kami menanggung segala keperluan kebajikan anak-anak ini seperti menyediakan makan minum,pakaian,duit belanja serta keperluan harian mereka.
Anggaran perbelanjaan bagi pusat jagan/rumah amal serta pembelajaran pendidiakan anak-anak ini yang merangkumi sewaan 2 buah rumah, kos utility, sewaan kenderaan,barangan dapurduit belanja, elaun guru/pengasuh dsbnya menjangkau RM 15,000 sebulan.
Di atas inisiatif dan keperihatinan masyarakat maka Rumah Amal ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan keperluan keperluan anak-anak ini.
Bantuan dan sumbangan yang dihulurkan oleh pihak tuan,mudah mudahan Allah menilainya sebagai usaha untuk pembelaan ke atas golongan yang amat memerlukan,moga-moga Allah merahmati atas segala usaha yang dijalankan ini.
Moga Allah sudi membantu dan mempermudahkan niat dan usaha yang bakal kita lakukan ini. Akhirnya kita amati kata kata dari manusia paling agung iaitu Rasulullah SAW.
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 03:12 PM | Show all posts

 Author| Post time 24-4-2010 06:27 AM | Show all posts
Petua menolak bala dan dimurahkan REZEKI
IBNU al-Qayyim berkata bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menghindarkan seseorang daripada bermacam-macam bala dengan sebab bersedekah.

Kata Ibnu al-Qayyim lagi: “Perkara semacam ini sudah diketahui oleh ramai orang, sama ada orang awam atau pun orang alim. Semua manusia yang ada di bumi ini mengakui kebenarannya kerana mereka sudah pernah mencuba cara berkenaan.” Selama ini mungkin kita mengetahui ada penyakit boleh sembuh dengan sedekah. Bunyinya macam aneh, tetapi dengan izin Allah semua boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil atas dunia ini. Tiap penyakit ada ubatnya. Manusia berubat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyembuhkan penyakitnya. Satu kaedah berubat itu ialah dengan sedekah.

Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Apa yang jelas, di samping mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan.

Sebagai bukti kita boleh catatkan semula kisah yang disampaikan Ustaz Sayid Juail. Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi Hakimah.

“Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa. Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik kecemasan. “Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya, doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.

“Mendengar keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah. Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.

“Hari berikutnya anak lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.

“Melihat orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai ayahnya.

“Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: ‘Wahai anakku, Alhamdulillah, tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar. Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini.’ “Mendengar perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu dan rasa syukur kepada Allah.” Maka benar Allah dalam sabda Nabi-Nya yang bermaksud: “Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa.” Sebenarnya segala aturan kehidupan semua makhluk di dunia ini ditetapkan Allah. Justeru, setiap orang yang beriman sudah sepatutnya untuk tetap melakukan dan berusaha dengan berpegang teguh kepada Allah.

Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).” Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Dalam surah al-Syura ayat 49-50, Allah berfirman yang maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya: Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nyadan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan - dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah. Tapi kalau kita bakhil, tunggulah bala dan musibah dari Allah.

Abu Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala mencatat begini: “Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka. “Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 11:02 AM | Show all posts
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)ini telah diberikan kelulusan di bawah no pendaftaran SA 0104424-D pada 17 November 2008 adalah sebuah pusat jagaan yang menaungi serta mengendalikan 2 buah rumah yang dijadikan asrama bagi anak-anak yatim,fakir,miskin serta remaja-remaja yang memerlukan bimbingan(diberi gelaran remaja harapan).

servantforever Post at 23-4-2010 07:01

servant...

RUKESA ni kat mana...?

leh bagi alamat...tenkiu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2010 01:12 PM | Show all posts
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (SA0104424-D)
No.10, Jalan Aman 3/59, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
No tel/fax : 03-77857376
H/P : 014-7380930
: 017-3760277
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 07:09 AM | Show all posts
Camne? encik dah pergi ke tempat tu? dah call nombor tu?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 28-4-2010 12:45 PM | Show all posts
assalamualaikum

Sedekah ni satu amalan yang macam kita bila saham, keluar modal dapat untungnya. Tapi 'saham' ni takkan rugi punya la. Sedekah jugak boleh la dikira sebagai yang menjaga 'hablum minallah' dan 'hamlum minannas'. Bagi sedekah kat orang, kita dapat pahala dan orang yang dapat sedekah itu pun hepi.

Ada satu cerita daripada seorang kenalan saya tentang pengalamannya melawat Sabah tahun lepas. Dalam lawatannya itu Allah s.w.t nak tunjukkan kemurahan-Nya. Setiap kali kenalan saya ni singgah ke surau atau masjid untuk bersembahyang, mesti dia akan masukkan RM1 dalam tabung derma. Dan dengan izin Allah setiap kali beliau sedekahkan duitnya, ayah kenalan saya itu akan hulurkan RM100. Setiap kali cam tu.

Sepanjang lawatannya tu, dia jumpa dengan 4 buah masjid. Satu masjid RM1, so dia derma RM4. Dia dapat dari ayahnya RM400 (keseluruhannya) lepas tu. masyaAllah

Hebat Allah s.w.t yang Maha Pemurah. Allah perintahkan untuk bersedekah bukan untuk diri-Nya, tapi untuk kita gak.. Sama2lah kita bersedekah ye.. Dengan satu senyuman pun tak pe.. insyaAllah

Wasalam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:46 PM | Show all posts
Camne? encik dah pergi ke tempat tu? dah call nombor tu?
servantforever Post at 25-4-2010 07:09

belum lagi...

inshaAllah, nanti bila diizin oleh-Nya, aku teringin nak pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:50 PM | Show all posts
assalamualaikum

Sedekah ni satu amalan yang macam kita bila saham, keluar modal dapat untungnya. Tapi 'saham' ni takkan rugi punya la. Sedekah jugak boleh la dikira sebagai yang menjaga 'hablum minallah' dan 'hamlum minannas'. Bagi sedekah kat orang, kita dapat pahala dan orang yang dapat sedekah itu pun hepi.

servantforever Post at 28-4-2010 12:45

Waalaikumussalam...

harta yang kita sedekah itulah sebenarnya harta kita...

duit kita kat dalam akaun bank tu, harta waris kita...

bila kita dah meninggal, harta yang kita sedekah itulah yang akan ikut kita...

duit kita dalam akaun bank, akan dapat kepada waris...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 07:48 PM | Show all posts
Encik dah ziarah mereka? Niat yang baik tu elokla diteruskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.200031 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list