singgah sebentar di kedai cik aini
sambil minum kita berehat
dengan adanya rumah pantun ini
semoga persahabatan bertambah erat........
ayushuhada04 Post at 2-4-2010 09:03
sungguh manis buah ceri
dihidang oleh makcik rini
persahabatan sejati sukar dicari
semoga ketemu di rumah ini
makanan semua telah TERhidang
untuk menjamu tetamu yang datang
selagi hayat dikandung badan
insyaallah kita akan TERus BERkawan........
ayushuhada04 Post at 2-4-2010 09:31
aduh!! sakitnyer gigi ,
sebab makn cklet cabry,
rase sronok dlm hati,
coz,,,kekawan baik dan hapy…
dari Johor ke tanjong bidara
singgah sebentar berhenti makan
sentiasa rasa suka dan gembira
mmg itu yang kita harapkan........
ayushuhada04 Post at 2-4-2010 11:05
Menonton tv cerita puaka
Menakutkan hingga menutup mata
Adakah mungkin akan xsuka
Bila berpeluang bertentang mata?
andai ditakdir bertentang mata
jgn ditengok paras dan rupa
teliti hati dan iman didada
kawan yg baik kawan yg xpernah lupa
dekesugi Post at 2-4-2010 14:31
pegi ke sekolah bersama rakan-rakan
sblm sampai terpaksa melintas titi
mmg kawan baik takkan dilupakan
itu tandanya sahabat sejati.........