ehh..adik aku pun baru nmpk mlm smlm..mlm smlm lalu h'way NKVE dr shah alam,so lalu la h'way Dengkil, KLIA,Sepang,sbb nak menuju keluar ke h'way PLUS Nilai..kami satu family dlm keta.masa dlm keta tu,adik aku ckp dia nmpk satu cahaya di sebalik awan bergerak dr satu titik ke satu titik.mulanya adik aku ingt tu bintang,tp dia agak pelik sbb 'bintang' tu boleh bergerak.time adik aku nmpk ni,kat area2 susur keluar ke KLIA-Sepang.nak kata kapal terbang,dia yakin itu bukan kapal terbang,sbb kapal terbang bentuknya lain.kelip2 lampunya pun lain,kita boleh kenal.yg adik aku nmpk mlm smlm bentuknya bulat,bercahaya dan bergerak dr satu titik ke satu titik.dan dia yakin itu bukan bulan...
so ape yg adik aku nmpk mlm smlm ye??UFO ke??
Kawan Kak Lista ada juga ternampak. Kat area situ kat highway pada bulan lepas . Dia naik motor masa tu nak balik keja. Waktu tu nak masuk Maghrib..Dia nampak ada cahaya warna hijau di balik awan menerjah sampai ke bawah. Besar juga cahaya tu. Tapi tak nampaklah pulak ada benda objek yang terbang..Sebenarnya kawan kak Lista tu dah nampak 2 kali dah cahaya kat kaki langit tu...
Tanjung Sepat ni dalam tahun 1996 rasanya, ada keluar muka surat depan The Star, masa tu takde lagi The Star Online. kalau selak kat arkib negara boleh jumpa rasanya
yg aku ingat pakcik2 aku dok cerita berapa byk untung derang dpt masa isu tu sbb bisnes jual air, burger etc... org dok tunggu la kalau2 nampak ufo ke, alien ke... biawak ada la.... wakakaka
p/s: tak salah aku, gomen claim cahaya tu lampu spotlight fun fair.
welcome. sapa2 yg pernah tgk 'misteri' kt sepang tu boleh cuba tgk video ni.. mana tahu same dgn apa yg korang nmpk tu.. kalu same, kemungkinan bluebeam la tu..
welcome. sapa2 yg pernah tgk 'misteri' kt sepang tu boleh cuba tgk video ni.. mana tahu same dgn apa yg korang nmpk tu.. kalu same, kemungkinan bluebeam ...
morpheus Post at 6-4-2010 21:32
ok, i make it simple here.. maybe sebab ni gov keep its secret?
morpheus Post at 6-4-2010 07:26 PM
Oh my... tgk kat paragraph kedua.... bukan ke itu yang ramai bebudak sekolah agama tengok kat langit tak lama dulu? Yang objek2 start daripada lahir sehinggalah mati ditayangkan kat langit 3-4 malam berturut-turut dulu tu?
My oh my... Morpheus, adakah berdasarkan ini, ko berteori KERAJAAN KITA dan KERAJAAN2 lain kat dunia ini yang terima surat ini (Chop kepala surat PBB ke tu?) will do the same thing kat rakyat negara mereka BERDASARKAN agama-agama masing-masing?
My oh my..... Macamana aku boleh tak terperasankan ini sejak dulu lagi.....
ehh..adik aku pun baru nmpk mlm smlm..mlm smlm lalu h'way NKVE dr shah alam,so lalu la h'way Dengkil, KLIA,Sepang,sbb nak menuju keluar ke h'way PLUS Nilai..kami satu family dlm keta.masa dlm keta tu, ...
izzreen Post at 5-4-2010 14:14
aku rasa itu adalah kilat yang terhasil bila
terdapat banyak gumpalan awan tebal yang besar...
so pergerakan cas2 positif n negatif dalam awan tu telah menghasilkan kilat
lalu mengeluarkan cahaya...
mungkin yang ko nampak tu adalah kilat yang bergerak dari awan ke awan...
aku dulu 1st time nampak rase takjub gak...
cahaya terang tu bergerak dengan laju dari satu awan ke awan yang laen..
bile tanye akak aku yang ajar fizik, baru la aku paham hehehe...
ade sekali tu siap amek kerusi duduk depan umah pas magrib sebab nak tengok
kilat antara awan ni...
cantik sangat
ni ada petikan yang aku amek dari www.kjc.gov.my
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.