CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CauPandin

ANUM dah ada Single yang bertajuk Berakhir Sebelum Bermula

[Copy link]
Post time 16-4-2010 12:59 PM | Show all posts
af8 |  cerita Bapa Larang Anum Bercinta Dengan Shah?



Media Galeri


        Teks oleh Razif Rosdi
        Foto oleh Baung.com & Farid Nuzli
        Dandanan: C-Cut Salon Team (019-3939797)
        Solekan: Esma Azura
        Aksesori:
www.hanabelle.com
        KUALALUMPUR, 15 APRIL 2010: Selainhangat membicarakan tentang prestasi persembahan pelajar setiap minggu,program Akademi Fantasia 8 (AF8) turut menarik perhatian peminat dengankisah cinta sesama pelajar.
Percintaan ini bukan saja melibatkan pelajar yang masih ada dalamakademi tetapi ia turut diikuti pelajar yang telah tersingkir padaminggu awal konsert AF. Salah seorang daripadanya ialah Dayang Nor AnumAjuan Aharun, 19 atau Anum yang tersingkir pada konsert AF8 minggu ke-3.
Walaupun terkejut dengan penyingkirannya yang sama sekali tidakdijangka itu, namun Anum lebih terkejut apabila ramai orang di luarsana yang menyangka bahawa dia sedang memendam perasaan cinta bersamapelajar yang tersingkir pada konsert pertama iaitu Shah atau namasebenarnya Muhammed Shahri Mohd Saleh Hussein, 26 .
Semua ini gara-gara tindak-tanduk Anum sendiri yang kelihatanterlalu sedih sewaktu nama Shah diumumkan tersingkir pada konsertpertama. Apa kata ANum tentang isu ini?
“Anum masih lagi muda. Lagi pun, bapa Anum marah dan larang Anumbercinta. Dalam keadaan sekarang ini, tidak mungkin Anum bercinta. Anumpun tak pandai bercinta. Hubungan Anum dengan Shah tak lebih dariseorang kawan. Anum pun anggap dia macam abang saja.
“Anum tak nafikan, sebelum ni Shah memang pernah meluahkan perasaansayang dan sukanya pada Anum. Namun, pada waktu itu Anum tak hiraukanlangsung. Anum belum sedia untuk bercinta. Sungguh pun Anum menolakcinta Shah, jangan pula menganggap Anum ni memandang rupa tau.
“Terus-terang, Anum tak pandang rupa. Anum menyukai lelaki yangjujur, ikhlas dan boleh membimbing Anum sembahyang dan beribadat. Anummemang tak gemar lelaki perokok dan minum arak. Anum juga tak sukalelaki yang mewarnakan rambut,” jelas Anum.
Selain menjawab persoalan tentang gosip cintanya itu, Anum turutmenjelaskan tuduhan tentang dirinya yang suka menunjuk-nunjuk depankamera sehingga dalam episod diari AF8 setiap hari Anum nampak sepertiperempuan gedik.
“Itulah diri Anum. Setengah orang suka plastik dan berpura-puradepan kamera tapi Anum tidak. Anum ikut cakap cikgu Norman supaya jadidiri sendiri. Sebenarnya, Anum suka bermain dengan kamera tu sebab iacomel. Anum bukan gedik tapi Anum rockers,” ujarnya.
Dalam pada itu, bermula dengan persembahan pada konsert Tirai, Anumdilihat sebagai satu-satunya pelajar yang suka bermain dengan lantaipentas sewaktu menyanyi. Adakah Anum selesa digelar Ratu Lantaiberbanding Rock Star?
“Tentang gelaran ini Anum tak tahu nak cakap apa. Yang penting,itulah stail Anum menyanyi dan melakukan persembahan. Anum lebih selesaguna pentas secara menyeluruh. Bila Anum berguling di lantai, Anumdapat energi dan keyakinan yang lebih.
“Sekiranya peminat nak gelarkan Anum Ratu Lantai, Anum terimadengan hati terbuka. Apa boleh buat? Yang jelas, peminat ingat Anum.Tak ingat nama pun tak apa tapi ingat corak persembahan Anum,” katanya.
Sementara itu, berbanding pelajar lain yang telah tersingkir, Anumbertuah kerana memperoleh single dari komposer yang juga adik kepadapengetua AF8 iaitu Edry Abd Halim. Dengan rasa gembira dan syukur Anumjuga akan terus sambung pengajian di KLMU yang mana dia terpaksamenangguhkan pengajian dalam bidang farmasi disebabkan menyertai AF8.
“Cita-cita asal Anum adalah nak jadi polis. Tapi bapa Anum takbenarkan sebab tak mahu Anum jadi terlalu lasak.Senang cerita Tom Boy.Jadi Anum pun pilih aliran framasi. Bidang ini kan semua lemah-lembut.
“Anum terima apa saja jenis lagu yang diberikan kepada Anum.Walaupun Anum nyanyi lagu berentak balada...tapi akan kedengaran rocksebab suara Anum yang serak,” jelas Anum yang merasakan Iwan dan Adiraada peluang cerah jadi juara AF8.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082566 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list