CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: otakotak

soalan seorang hamba Allah

[Copy link]
Post time 12-4-2010 03:17 PM | Show all posts
Allah marah sebab kita wat apa yg DIA tak suh buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by wasntme at 12-4-2010 15:38
saya pown rasa macam tu

huhuhu saya memang xpandai nak explain

blh tlg?
otakotak Post at 12-4-2010 15:04


saya cuba.

situasi 1:
kita di lahirkan dlm keluarga islam dan menjadi islam secara automatic. makanya selepas itu kita membesar dan belajar, di beri peluang mengenali islam. so ini memberi peluang kita mengenali apa itu islam, siapa Allah, siapa nabi s.a.w. dsbgnya. peluang utk masuk syurga kemudian terletak pd amalan kita sendiri lah, tapi peluang tu wujud.

itu yg selalu kita sebut2: syukur aku lahir dlm Islam.


situasi 2:
seorang hamba Allah, yg sejak azali lahir dalam keluarga dan keturunan bukan islam, makanya dia tiada langsung peluang utk mengenali apa itu islam. tak kenal maka tak cinta. jadi bagaimana dia nak tau kebenaran islam sedang tiada langsung peluang ke arah itu - (kalau dia dpt hidayah masuk islam tu lain cerita). hamba yg sebegini tentu2 tidak akan menerima islam atau mau mendekatkan diri dlm islam, sama keadaannya kita yg lahir dlm islam, setelah mengetahui kebenaran islam mana mungkin kita nak terima agama lain. matinya hamba ini, pastinya mati dlm kafir. dlm hal ni, hamba Allah ni tiada peluang langsung.

jadi yg di tanya anak2 kita ni, mungkin juga sesetengah kita:

apakah adil dlm situasi yg kedua itu, hamba itu menjadi kekal di dlm neraka lantaran tidak mengenali islam kerana dia di takdirkan lahir dlm keadaan dan persekitaran bukan islam dan tiada peluang utk dia mengenali islam - kira bukan salah dia lah kan.

itulah persoalan yg cuba di sampaikan oleh otak2 dlm ayat dia di atas sinun.



(kdg2 saya pun keliru dgn hujah2 yg tidak menjawab persoalan - tapi raikan saja)
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 03:45 PM | Show all posts
" kenapa orang kafir terus masuk nereka? sedangkan selahirnya mereka didunia mereka sudah beragama lain, dan jika mereka tinggal di negara yang majoritynya bukan beragama Islam masakan mereka boleh mempelajari Islam? lahirnya mereka sebagai kafir bukan diminta"
otakotak Post at 11-4-2010 12:15



mereka tak minta di lahirkan sebagai kafir - dan mereka tidada pilihan pun, tapi takdir menentukannya begitu. jikalah dia lahir di negeri antah berantah yg sah2 sekelilingnya penganut agama majusi, atau hindu atau apa2lah selain islam, bagaimana dia mampu utk menghampirkan diri dia ke arah islam? dulu internet pun tarak.

jadi makpak adik beradik semua agama majusi. ok ambik contoh org asli dlm hutan afrika, mana ada ustat2 ni nak masuk berdakwah kat sinun kan? so dorang bukan tau internet, tak reti membaca. tak de apa2. akhirnya mati sebagai kafir. terus masuk neraka. so, persoalannya - adakah itu salah mereka? budak2 akan kata, kesian dorang kan, dorang tak tau!

isssyyy!! takut kalau dgr anak2 bertanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 03:48 PM | Show all posts
eh jiran sebelah rumah kita yg still kapir tu dah ajak lom masuk Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 03:52 PM | Show all posts
18# otakotak

terangkan kat dia the concept of choices.

Allah bagi kita choices maaaaaaaaaaaaaaa... by the end of the day, it's the choices that we've made is what being judged by Allah s.w.t.

Allah sudah bagitau maaaaaaaaaaaaaaa.. mau masuk syurga, itu solat kena buat, itu zakat kena bayar, itu mak bapak kene hormat, itu nabi s.a.w. kena sayang, itu Quran kena ikut etc...

ada orang tanak ikut maaaaaaaa... ada kaaa orang paksa itu orang2 yang nakal supaya jangan ikut itu arahan Allah? tada maaaaaaaaaaa.. itu orang sundirik2 pandai2 mau lawan itu Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 03:53 PM | Show all posts
24# mejik

jiran sebelah ambo dari segenap penjuru adalah muslim belako...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2010 04:00 PM | Show all posts
sebab one of my child neyh jenis curious melampau

dia akan tanya kenapa smpi dia puas hati

dia pernah tanya "kalau semua benda terjadi ats kehendak Allah, kenapa bila kita buat jahat Allah marah?"

erm....budak2 skrg mmg mengerikan

otakotak Post at 12-4-2010 14:31


Jika info yg diterima tentang terjadinya sesuatu berfahaman seperti Jabariah (warna merah), tidak hairanlah timbulnya pertanyaan (warna biru) bila manusia ini diumpamakan seperti robot yg diprogramkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 04:05 PM | Show all posts
saya hanya mampu berkata pada otak2 - sabar je lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 04:11 PM | Show all posts
soalan satu: berhenti

soalan dua: kalau alone dalam kereta mg terus je. kala berdua berhenti

erk adakah saya menjwb soalan encik?
otakotak Post at 12-4-2010 12:46


Kui kui kui kui kui.....

Jawaban 1: berhenti
Jawaban 2: berhenti

Itu sepatut nya ON PAPER.

Tetapi lumrahnya manusia............hanya mengikut undang undang sekira ada POLIS kat traffic light.
Kalau tak ada................pecut.

So, di mana kefahaman kita tentang undang undang negara?
Membawa maksud, kita GAGAL menjadi seorang rakyat yg taat dan patuh kpd undang undang negara.

Begitu jugalah kita dgn PERINTAH dari Allah swt.
Seoghang HAMBA akan mentaati segala perintah dari TUAN nya.
Tidak kira dier memahami or tidak.
Alasan apa pun..............KETAATAN adalah di UTAMAKAN.
Ini adalah UJIAN utk HAMBA nya.

KETAATAN = 100%
IMAN = 100%
REDHA = 100%

Tapi emas = 99.99% kui kui kui kui (mana ada ketulenan emas 100% maaaaa)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 05:03 PM | Show all posts
wasnt me: terima kasih banyak2 sebab dapat mengolah semula persoalan saya dengan lebih baik



rasanya...ada yang masih tidak faham....

encik mejik:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 05:05 PM | Show all posts
Kui kui kui kui kui.....

Jawaban 1: berhenti
Jawaban 2: berhenti

Itu sepatut nya ON PAPER.

Tetapi lumrahnya manusia............hanya mengikut undang undang sekira ada POLIS kat traffic l ...
niceghost2005 Post at 12-4-2010 16:11


maaf andai saya katakan saya rasa jawapan dan penerangan encik tiada kaitan dengan persoalan saya.

masakan seseorang boleh taat pada sesuatu yang dimana dia sendiri tidak mengetahui akannya? (sila rujuk pada post wasnt me.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 07:29 PM | Show all posts
Allah tidak menganiaya hamba nya atau menurukan sesuatu bala kepada mereka hinggalah datangnya utusan atau peringanat terlebih dahulu............atau ilmu tentang islam kepada mereka, jika dibandingkan dgn keadaan zaman sekarang ini sudah pasti semua org tahu tentang islam dan tidak dpt lari dari nya..............

.....dan kelebihan org kafir ialah apabila mereka memeluk islam segala amalam kebaikan mereka sebelum islam akan dihitung jua oleh Allah.........
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 09:44 PM | Show all posts
eh jiran sebelah rumah kita yg still kapir tu dah ajak lom masuk Islam?
mejik Post at 12-4-2010 15:48


agaknya...  jiran-jiran saya akan kerjakan saya diakhirat kot....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 12:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by wasntme at 12-4-2010 15:38

seorang hamba Allah, yg sejak azali lahir dalam keluarga dan keturunanbukan islam, makanya dia tiada langsung peluang utk mengenali apa ituislam. tak kenal maka tak cinta. jadi bagaimana dia nak tau kebenaranislam sedang tiada langsung peluang ke arah itu - (kalau dia dpthidayah masuk islam tu lain cerita). hamba yg sebegini tentu2 tidakakan menerima islam atau mau mendekatkan diri dlm islam, samakeadaannya kita yg lahir dlm islam, setelah mengetahui kebenaran islammana mungkin kita nak terima agama lain. matinya hamba ini, pastinyamati dlm kafir. dlm hal ni, hamba Allah ni tiada peluang langsung.

jadi yg di tanya anak2 kita ni, mungkin juga sesetengah kita:

apakah adil dlm situasi yg kedua itu, hamba itu menjadi kekal di dlmneraka lantaran tidak mengenali islam kerana dia di takdirkan lahir dlmkeadaan dan persekitaran bukan islam dan tiada peluang utk diamengenali islam - kira bukan salah dia lah kan.

itulah persoalan yg cuba di sampaikan oleh otak2 dlm ayat dia di atas sinun.
wasntme Post at 12-4-2010 15:35



pernah ke Allah hukum sesuatu bangsa sebelum sampai peringatan kepada bangsa tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:39 AM | Show all posts
maaf andai saya katakan saya rasa jawapan dan penerangan encik tiada kaitan dengan persoalan saya.

masakan seseorang boleh taat pada sesuatu yang dimana dia sendiri tidak mengetahui akannya? (s ...
otakotak Post at 12-4-2010 17:05



Sila jawab soklan teman ini.

Miker percayer ker akan wujud nya :
1. Padang Masyhar
2. syurga n neraka
3. Hari Kiamat
4. siksa kubur
5. pahala n doser

Yes or No.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:08 AM | Show all posts
agaknya...  jiran-jiran saya akan kerjakan saya diakhirat kot....


tuan MOD... saya pun khuatir akan perkara tersebut...

apa pun usaha kena terus... dakwah yeah yeah.....

anyway... benang ini mencuba untuk kita berfikir ttg 'kerja Allah' samada dihukum atau tidak.

hukum atau tidak adalah hak Allah semata. kita hanya dikehendaki utk bersangka baik. jawapan yg mungkin kita boleh beri pada level budak:

jika baik perbuatannya baik akan dibalas baik. jika jahat akan dibalas jahat. kalau nak selit ngan dalil quran lagi marvelous. "faman ya'mal......"

persoalan samada dia terima perkhabaran keimanan (sampai atau tidak) itu juga merupakan hak Allah. DIA boleh beri tiap-tiap jiwa petunjuk (hidayah) jika DIA berkehendak, akan tetapi telah tetap perkataan Allah : "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama." (Sajdah - 13)

utk jawap kepada budak berkaitan persoalan itu. mungkin boleh guna pendekatan ini (jika bersesuaian):
Jika Allah suka, DIA bagi syurga, jika Allah tak suka, DIA humban ke neraka. So, kita kena buat apa yg Allah suka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 02:17 PM | Show all posts
Dulu masa anak2 kecik pun selalu akak dpt soalan cepumas nie. Kita kena berfikiran seperti mereka juga kat anak2 yg macam nie...Akak selalu bagi jawapan yg mudah dan simple je...

.........lahirnya mereka sebagai kafir bukan diminta"....akak akan jawab...mmg betul semasa di alam roh Allah dah buat perjanjian dgn roh2 nie sprt..siapa ibu/bapa, bila ajal dan maut, dan lain2 lg. Roh2 itu sendiri yg berjanji dgn Allah nak jadi siapa,apa dan  bila ajal dan maut tiba. Bila roh2 tadi setuju barulah roh itu di tiupkan kedalam rahim2 ibu, dan lahir dan membesar menjadi manusia samada Islam atau Kapir. Jadi tak boleh lah kata kesian sebab dia dilahirkan kafir bukan di minta. dah mmg sejak di alam roh lagi dia dah ada perjanjian dgn Allah nak jadi cam tu......haaa.... maka sebab tu le ada orang mati masih muda dan ada yg mati tua, dan ada mati dgn berbagai2 cara..... Wallahualam....so far my kids boleh terima pendapat nie....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:16 PM | Show all posts
waah.. memang mencabar akal dan logik. Ntahlaa.. my son pun suka tanya macam2... pendekatan mom so far, bagitau jek straight to the point. i pun dok risau kot2 jawapan tuh tak capai level logik dia.. tapi almost 90% jawapan yang straight to the point dia boley terima plaks. yang 10% i suruh tanya ustaz and bagitau dia, ada 'pelajaran' hanya boleh paham pada umur2 tertentu (heheh... mengelat). dia baru 7 tahun and dah start tanya hal2 mcm nih since 4 yrs old.

dia ada tanya soklan lebih kurang... kenapa ada org kafir (masa tuh tengah dalam mode boikot, dia sedih nampak gambar budak2 palestin dibunuh dgn kejam)
- I told him semua kanak-kanak Allah sayang (nampak dia lega dengar nih)
- semakin hari awak semakin membesar, bertambah tinggi mcm dady. Kalau nak Allah terus sayang, awak kena belajar. Bila rajin belajar, awak pandai berfikir. Contoh pandai fikir, awak tahu Allah Maha Berkuasa ? (dia angguk faham) Awak solat.. wash hands... jaga adik.. etc. Orang Kafir yang dah besar, tidak suka nak belajar macam yang Allah suruh. Walaupun Allah juga dah minta they-all belajar, tapi dia tak mau dengar. Tapi takpe, kita boleh tinggal dan berkawan dengan they-all. Allah pun suruh jangan gaduh2... sebab Allah yang akan balas nanti kesalahan semua orang. Adam rileks je... jangan panggil they all macam2 pula, ok.

dan panjang lagi actually.. hehehe. My son dengar nih diam jek dan jawab pendek 'kiamat nanti Allah balas' (dia refer kes Palestin).. lepas tuh dia angguk2. (ntah lerr faham ke tidak). Rasanya... dia dapat jugak lerr few points. After tuh dia tak tanya lagi.

hmmm... all the best.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:54 PM | Show all posts
tuan MOD... saya pun khuatir akan perkara tersebut...

apa pun usaha kena terus... dakwah yeah yeah.....

anyway... benang ini mencuba untuk kita berfikir ttg 'kerja Allah' samada dihukum atau ...
mejik Post at 13-4-2010 10:08


Assalamualaikum semuer,

Teman jawab macam ini................

Di katakan kamu membela 30 ekor ayam.
Ada ayam jantan, ada ayam betiner, ada anak dagher.......

Satu hari , kamu nak makan daging ayam.

So, kamu pilih laaa ayam dagher....
Lalu kamu sembelih akan ia....

Kalau ayam ayam tu bley berkata kata.
Adakan mereka akan menyoal tuan ayam tadi?
Naper pilih ayam dagher dan tidak ayam tuer or ayam jantan etc???
Ayam itu masih muda......biar lah dier menikmati kehidupan ini dulu.

Begitu juga lah dgn seoang yg memiliki 20 oghang hamba.
Satu hari dier tiada $$$
Lalu dier pilih seorang hamba yg berkulit cerah utk di jual kat pasar.

Bolih ker hamba2 yang lain menyoal TUAN mereka akan tindakan dier utk menjual hamba yg berkulit cerah tadi??
Mengatakan TIDAK ADIL or KEJAM bagainya.....

Surely TIDAK BOLEH.
Kenapa?
Kerana mereka adalah HAMBA sahaja tarafnya.
TUAN mereka bley melakukan apa sahaja terhadap hambaNYA.

Ia adalah HAK Allah utk memasukkan sesiapa ke dalam neraka or syurga.
Ia adalah HAK Allah utk menjadikan seseorang itu lahir di dalam keluarga kafir or Islam.
Ia adalah HAK Allah utk memberi TAUFIQ n HIDAYAH kpd sesiapa ia kehendaki.

TETAPI Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana menyembunyikan LAST EPISODE.(spt siapa masuk neraka, masuk syurga....)
Agar kita(hambaNYA) senantiasa berdoa dan bersangka baik terhadap NYA.
Berusaha utk menjadi seoghang hamba yg di REDHAI olih Allah.

Sebab itu Mufti pun selalu berdoa...
Alim Ulama pung selalu berdoa...............
TIADA siapa yg bley mendabik dada menyatakan diri nya adalah Ahli Syurga!!

Waallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 05:21 PM | Show all posts
Hidup ialah papan catur
petak-petaknya siang &malam
buahnya manusia
di tolak &di tarik Kuasa
di tangkap &dibunuh satu demi satu
akhirnya di taruh kembali di kotak Nya


Tangan yg bergerak &menulis
bergerak lagi pada yg lain
apa guna mencumbu rayu
tak mungkin ia surut pada mu
kerana apa yg sudah bertulis
sebaris takkan di kikis
membanjir air mata mu merendam
sepatah kata haram tak padam


Itu mangkuk telungkup di panggil langit
dan kita di bawahnya merangkak berserah hidup dan menyerah mati
kenapa kau menadah tangan kpd langit?
ia juga bagai kita
di arak pergi &tak punya kuasa diri


Oh Tuhan
yg telah menyediakan ranjau maksiat
merintang setiap liku jalanku yg mesti ku lalu
mungkinkah bila telah tersurat
aku di rengkuh di runtuh ranjau
lalu di kira org berdosa?


OH Tuhan
yg telah menjadikan manusia dari tanah yg di pijak-pijak
yg telah menyediakan ular pd jannatul-'adn
dan manusia mesti menerima segala dosa yg menghitam mukanya

YA Tuhan
ampunkanlah kami &terimalah!




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.661878 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list