|
update: tuanku muhammad faris petra - Sultan Muhammad V!!
[Copy link]
|
|
Ada betulnya kata gasing...
Thread ni pasal isu yg belum sahih, hearsay aka fitnah yg dikutip ...
Cakkkk....aaaa Post at 19-5-2010 14:58
mod ada baiknya thread berbentuk speku gini ditutup demi menjaga hati rakyat kelantan...
saya hanya mengutarakan cadangan (bukan anak utara).... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk speku gak la
doremon bakal dimasyur sebagai maharaja jepun |
|
|
|
|
|
|
|
PRK kena pakai bullet proof vest 24 jam utk 4-5 hari yg akan datang....
bodyguard dia pun dah men ...
Cakkkk....aaaa Post at 19-5-2010 15:00
yg prihatin smua bimbangkan PRK....betul tu.....baru 19hb....mcm2 blh jd.....moga PRK dilindungi Allah selalu...
Kalu pakai kalis peluru pun cuma selamat kt badan je....camne kalu sasaran tu ditarget ke muka??? |
|
|
|
|
|
|
|
makin tak tentu arahlah org itu, hari dah makin dekat..countdown...huhu..semoga ALLAH swt melindungi keselamatan PRK..dari ambo yg bukan kelantanese.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Faris Sultan Kelantan?
KOTA BHARU 9 Sept. – Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu.
Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.
Terdahulu, Utusan Malaysia telah dimaklumkan satu program khas akan diadakan pada hari tersebut di Istana Balai Besar dan meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi.
Bagaimanapun pegawai terbabit tidak mendedahkan secara terperinci mengenai program itu dan maklumat lengkap akan hanya disampaikan kepada media pada hari berkenaan.
Sementara itu sumber lain memberitahu, istiadat pemasyhuran tersebut akan dilangsungkan selepas mesyuarat penuh kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah pagi.
“Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga diminta hadir pada istiadat tersebut dengan berpakaian lengkap mengikut istiadat istana.
“ Pihak polis juga diarah supaya meningkatkan kawalan keselamatan pada hari berkenaan malah cuti anggota polis sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa unit tertentu turut ditarik balik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Spekulasi mengenai pertabalan Sultan Kelantan yang baru bertiup kencang sejak seminggu lalu dan beberapa petunjuk seperti yang dinyatakan sebelum ini seolah-olah mengesahkannya.
Sebelum ini, Institusi Diraja Kelantan dilanda krisis yang berpanjangan sejak Tuanku Ismail Petra gering dan mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 14 Mei 2009.
Ekoran itu, Tengku Muhammad Faris yang juga anakanda sulung baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja sebelum baginda berangkat ke Hospital Mount Elizabeth.
Sementara itu, seorang ADUN yang enggan identitinya didedahkan mengesahkan beliau telah menerima jemputan ke Istana Balai Besar dengan pakaian istiadat tetapi beliau tidak dimaklumkan mengenai majlis tersebut.
“Ya saya menerima jemputan untuk ke Istana Balai Besar pada hari raya keempat tetapi saya tidak diberitahu majlis apa. Kami cuma diarahkan supaya memakai baju Melayu hitam mengikut istiadat rasmi diraja,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berangkat menziarahi
keluarga Mohd Yusof Awang Besar di Kampung Pulau Kerbau, Tumpat atas kehilangan
isteri Allahyarham Norliza Ishak dan anaknya Amirul Ayman yang mati dibunuh
di Port Dickson baru-baru ini. 9 Sept 2010. - Utusan/Hafiz Johari |
|
|
|
|
|
|
|
dumoh ambo,ku yeh x sey mari ko... |
|
|
|
|
|
|
|
well....saya ni mals nak ambil kisah hal hal orang yang bila breakfast jer makanan tersedia dah...
okay so is it good news or ... bad news? what? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by along3746 at 10-9-2010 19:18
*kenapa paper utusan keluar berita yg tak de kesahihan ni.. tak takut kena saman ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
MB K'tan tak terima surat rasmi istiadat pemasyhuran
Sep 10, 10
5:00pm
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum menerima surat rasmi dari istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini.
Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak.
"Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber bahawa pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu.
Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.
Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu.
"Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
raya ke 3 ni kan dia akan ditabalkan klu tak silap ar |
|
|
|
|
|
|
|
berita hari ni pun ade pasal ni lg..
tp everytime pun yg bg statement mesti tengku temenggong tu..
naik menyampah plak aku |
|
|
|
|
|
|
|
berita hari ni pun ade pasal ni lg..
tp everytime pun yg bg statement mesti tengku temenggong tu..
naik menyampah plak aku
c_chubby Post at 12-9-2010 09:29 AM
TV kita ni menyebelahkan dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# Babai
kt paper la.. ntah.. bosan plak aku ni.. asyik statement by t.temenggong.. gile kuase kowt.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca paper ari ni, pagawai istana ckp diorg mana ada keluarkan surat jemputan..
tp tengku temenggong ada komen yg istana derhaka jika buat pemasyhuran time sultan masih hidup...
apa2 pun kita tunggu jer lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam berita dunia sekarang ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|