CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chgchksg128

pro & kontra menyertai MLM

[Copy link]
Post time 3-6-2008 04:57 PM | Show all posts
topik mlm sudah ada utk umum, sila bincang di topik berkenaan ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 12:49 PM | Show all posts

Berjudi lebih menguntungkan berbanding MLM

Berjudi Lebih Menguntungkan Berbanding MLM

"Semua data ini dari sumber yang betul" kata seorang rakan baik saya dalam ruangan chatting di yahoo mesengger setelah saya meminta beliau untuk meneliti data yang sudah seminggu saya temui di ruangan internet.

Saya bertanya kepada beliau tentang hal ini kerana beliau adalah seorang yang layak dari segi akademi dan kelulusan untuk meneliti data seperti ini,  lagi pula beliau pernah bekerja di Khazanah Nasional di bahagian ini sebelum keluar untuk memulakan perniagaan sendiri bersama rakan-rakan lain yang pulang dari luar negara. (Aidan Group of Companies)

Menurut data ini, berjudi di Las Vegas adalah lebih menguntungkan berbanding dengan menyertai program Multi-Level Marketing atau MLM.

Malah data yang lebih mengejutkan adalah Skim Cepat Kaya yang menggunakan sistem piramid 2-4-8-12 adalah juga lebih menguntungkan berbanding MLM.

Mengikut data yang diperoleh dari syarikat-syarikat MLM sendiri, kadar kerugian dari menyertai MLM adalah 99.99%. Ini bermaksud 99.99% orang akan kerugian duit setelah menyertai MLM. Kerugian bermaksud perbelanjaan melebihi keuntungan yang diterima.

Perniagaan utama MLM adalah bukan untuk menjual barangan tetapi adalah untuk mendapatkan 'promoter' atau 'downline'. Lebih ramai 'downline' yang diperolehi, lebih menguntungkan perniagaan ini.

Secara tak langsung, ini bermaksud, lebih ramai orang yang mengalami kerugian.

Saya bukanlah mempromosikan judi atau skim piramid yang ternyata salah. Namun perbandingan seperti ini masih wajar dilakukan supaya kita tidak tertipu dengan impian mengunung dan janji-janji manis yang ditebarkan.




sumber : http://www.mlm-thetruth.com/ShockingMLMstats.htm


Shahabudeen Jalil
21 Januari 2009
Kuala Lumpur


www.shahabudeenjalil.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:06 PM | Show all posts
MLM ni barang terlalu mahal
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:14 PM | Show all posts
saya bersetuju dengan fakta - kerugian 99.99% apabila menyertai MLM - kerana perbelanjaan awalan.

sebenarnya - MLM "DIHALALKAN" oleh kementerian hal ehwal pengguna dgn beberapa syarat:- antaranya:-

mestilah ada produk utk dijual - dan syarat inilah yg banyak dimanupulasikan oleh MLM - ada barang, dah boleh recruit orang.

apa yg tidak dihebahkan kepada orang awam adalah CARA-CARA berniaga secara MLM - antara yg paling saya ingat ialah

TIDAK MENGGANGGU PEMBELI/PROSPEK PADA CUTI AWAM MEREKA!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:26 PM | Show all posts
wah.. cuti awam takleh ganggu ek..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:51 PM | Show all posts
pengalaman aku buat buat bebrapa MLM memang aku rugi....mungkin aku malas & tak pandai meniaga...
tapi member aku OK je.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 01:55 PM | Show all posts
member ko tu tergolong dalam golongan 0.01 % tu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:00 PM | Show all posts
tak terkata apa aku pasal nih....

dn skrng ada kompeni apa ntah PERKEKEL ke kat kelantan tu.. buat skim cepat kayap ke apa... tp pelaburan untung mcm didengari dlm paper tu la....

cuba cek.. betul ke tak skim yg dia buat tu...

golongan ustaz ramai sangat masuk dengarnye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 02:16 PM | Show all posts

Reply #1 Hiven's post

101% setuju!~

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:36 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MLM yang cari downline tu sebenarnya jadikan produk sebagai dummy je untuk kaut duit peserta. Dia pun sebenarnya skim cepat kaya piramid juga tapi dikaburi bila ada barang. Pengasasnya atau pemilik MLM ni untung tetapi yang ruginya yang bawah2.

Pemilik yang atas senang2 je dapat dana ribu-ribu. Contoh ada yang minta sampai 20K dan kena cari 4 org yang boleh sumbang lagi 80k.(20k setiap orang). Sekelip mata si tokei besar MLM dapat 100k daripada 5 orang dan boleh guna wang tu untuk pelaburan perniagaan lain. Komisen bayaran penajaan diambil daripada harga produk yang mahal.

Produk yang mungkin berharga cuma RM50 mungkin diupkan sampai 2000 semata2 nak tampung komisen peserta bawahan. Peserta biasa tak dapat membandingkan harga kerana produk yang biasanya diniagakan itu tak ada di dalam pasaran terbuka. Dan produk itu pula mungkin ada golongan yang benar-benar berminat dengan apa yang ditawarkan berbanding wang dilaburkan.

Mereka boleh berpendapatan tinggi dengan syarat line mereka berterusan bergerak tetapi setelah dikira masa, dan modal yang dilaburkan serta pendapatan yang diperolehi, tidak setimpal dengan apa yang dilaburkan. Ketua paling atas senyum memanjang kerana dia tidak terikat dengan mereka untuk membayar gaji kerana mereka adalah pelanggannya juga dan mereka juga telah membantunya menjual borong dengan mencari downline.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:49 PM | Show all posts
10 ekor aku jumpa
11 ekor org rugi meniaga MLM
penipu la sape ckp dia untung MLM
kdg kaki penipu ni beli keta mahal
pakai mahal2 just nk tarik org
padahal sengkek jeeee
jadi teruskan menipu n percaya mlm ni


regards
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by usahaone at 21-1-2009 02:36 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MLM yang cari downline tu sebenarnya jadikan produk sebagai dummy je untuk kaut duit peserta. Dia pun sebenarnya skim cepat kaya piramid juga tapi dikaburi ...


kalau kena kuar sampai 20 000 and barang beharga 2000++ aku mcm tau je mlm ape.. LAMPE BERGER ek?
haha kawan aku dok push aku konon2 dia dah bukak spa. "Jom la kita pergi tgk spa aku. nanti aku bagi diskaun kat ko"
sekali bila aku sampai je.. hangin aku satu badan. spa pebenda. lampe berger rupanya.
lepas tu yang paling sakit hati siap kejar aku..paksa aku masuk time tu jugak. call aku banyak kali.. sampai rasa bengang.

now, korang tau ape jadik dengan minah yang push aku tu?
kesian mmg kesian. business tak jalan. duit lesap. dia masuk bukan satu nama. satu family.
banyak aku rasa duit dia mengkayakan org atas.
org gaji pun dah tak mampu bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 03:02 PM | Show all posts
yg latest saya dgr.MLM diharamkan dlm Islam.sebab cari jer downline, dpt duit kat upline.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:16 PM | Show all posts
MECD tak berani nak haramkan bisnes MLM

KHEDP PUNG tak berani nak haramkan penyertaan MLM

yang herannya, masa register kat SSM, takkan SSM tak tanye apa tujuan bisnes...

dan lebih heran, takkan Bank Negara tak monitor transaction yg tetiba jer menjadi22

tu tak per,,, yang aku paling tak tahan nak heran - ORG YANG KASI DUIT TU TAK BACA SURAT KHABAR KE??? mana orang boleh kutip deposit sesuka hati.

dan partner aku yg nak cepat kaya ni sampai pinjam wang sykt 5k utk deposit dlm skim ni... .. i CRY FOR HIS STUPIDITY!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:17 PM | Show all posts
tapi yang menyertainya pun datang dari satu rumpun yang sama

NAK CEPAT KAYA TANPA BERUSAHA
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:34 PM | Show all posts
dalam korg dok mengata MLM ni korang kene jugak percaya bahawa MLM lah yg byk melahirkan jutawan2 melayu.. walaupun jutawan tu takde la seberkat mana hasilnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 21-1-2009 03:01 PM


kalau kena kuar sampai 20 000 and barang beharga 2000++ aku mcm tau je mlm ape.. LAMPE BERGER ek?
haha kawan aku dok push aku konon2 dia dah bukak spa. "Jom la kita pergi tgk spa aku. nanti  ...


LB ni pun 2k juga ke? Bukan LB, yang ni korset tu. Dengar2 juga LB tapi ingatkan 1k je. Tak sangka sama. Entah2 pengasasnya sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by myahakeem at 21-1-2009 03:02 PM
yg latest saya dgr.MLM diharamkan dlm Islam.sebab cari jer downline, dpt duit kat upline.


Ni ada masuk paper baru je beberapa hari lepas bahagian soal jawab metro rasanya. Ustaz tu jawab haram sebab dia skim piramid. Orang yang tanya tu bagitau pasal marketing plan yang ada bonus penajaan yang kebanyakan MLM buat.

tapi kena bezakan mlm sebenar dengan mlm piramid. Kalau kakak yang jual kuih dari rumah ke rumah tu pun dikira MLM. tapi dia tak masuk kategori MLM piramid di atas.

MLM sebahagian jualan langsung tapi tak semua jualan langsung MLM piramid.

tapi bila cakap kat org yang MLM piramid, ni skim piramid. Dia akan nafikan walaupun lukisan dia macam piramid.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by munkyG at 21-1-2009 05:34 PM
dalam korg dok mengata MLM ni korang kene jugak percaya bahawa MLM lah yg byk melahirkan jutawan2 melayu.. walaupun jutawan tu takde la seberkat mana hasilnya..


Tak dinafikan ada jutawan tapi akan ada papawan2 yang lebih ramai yang menanggung jutawan2 ni. Kita yang sedang berbincang ni masih belum join atau baru diminta join. Tapi mereka yang join tapi kedana...mana nak ada majlis besar-besaran dgn gambar kereta buruk yang masih belum bertukar walaupun dah bertahun masuk skim ni. Mana ada nak tunjuk ruang fail yang kosong untuk diisi bukti-bukti cek yang diterima. Entah2 dah hilangkan diri sebab takut ditanya member dan keluarga apa jadi dgn skim tu. Apa yang ada pun mungkin boleh buat blog macam anti LB tu je.

apa yang saya tengok modus operandi Tokei besar ni akan minta orang2 ni promosi kat orang2 terdekat. Macam ahli keluarga atau kawan2 kalau dia jatuh...mau tak mau ahli keluarga juga bantu. Contohnya membeli produk yang masih ada walaupun mahal agar kurang2nya balik modal. Walaupun mereka tak guna pun produk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:22 PM | Show all posts
setuju jugak kata2 kau ni. sebab melalui MLM lah yg byk bg pengalaman berharga kat usahawan2 ni utk pandai membawa diri, berketrampilan, pandai cari customer, menyusun strategi dsbnya.  tapi, pandai2 lah kita menilai yg mana baik dan buruk. yg haram tetap haram, dan janganlah dicampuri dgn perkara2 syubhat dlm kehidupan. just my opinion.
Originally posted by munkyG at 21-1-2009 05:34 PM
dalam korg dok mengata MLM ni korang kene jugak percaya bahawa MLM lah yg byk melahirkan jutawan2 melayu.. walaupun jutawan tu takde la seberkat mana hasilnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050340 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list