Post Last Edit by catalina at 4-8-2010 10:45
Reply catalina
kak mila..biskut-biskut akak nampak menarik..meh laa share resepi kat thread bis ...
kodoklawa Post at 4-8-2010 07:23
aduhaii...resepinya byknya dr sini jugak
cuma yg x dek tu maybe Oren Coconut Macaroon tu...sbb itu resepi dr auntie kmila
dia amik dr buku...Insya-Allah sgt sedap & lain drp yg lain
nnt kmila balik kmila copy semula resepinya & paste sini
bahan2 pon x susah...yg x pnh wat beskut pon Insya-Allah jadi
BISKUT SARANG SEMUT -- CREDIT K.HANIELIZA
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaulrata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dansudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak(anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
SUJI BRUNEI -- CREDIT MAKLANG
BISKUTSUJI BRUNEI
200gm minyak sapi (gheeblend)
100gm Shortening
180gm gula kaster
100gm cornflakes - kisar halus
1 biji kuning telur
80gm tepung jagung
80gm tepung suji 1/2 st esen rose tepung gandum secukupnya - tak de sukatan - sampai jadi doh je Bahan sadur: susu tepung + Nestum Kisar + (gula aising)
Cara: - satukan minyak sapi, shortening dan gula. gaul hingga lembut - masuk kuning telur. pukul lagi. masuk bahan2 lain.
- akhir sekali masuk tepung jagung sedikit demi sedikit. uli hingga menjadidoh.
- terap dan bakar.
- dah sejuk salut dengan susu tepung + nestum kisar + (**gula aising) agak2kalau dah manis tak yah letak gula.
REVIEW : Biskut ni sgt sedap, kmila bg 5 bintang , even masa menggaul tu kmila rs skit mmg sedap, dh masak salut ngan susu + nestum makin terserlah kesedapannya.
COCO ZEBRA -- CREDIT CITASAWAN
Bahan-bahan
230gm mentega
200gm tepung ubi
100gm tepung jagung
100gm tepung gandum
80gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
50gm kelapa kering - di kisar halus
4 Tbsp santan KARA
Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hinggakembang.
2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering diikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser denganmajerin/shortening. Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.
4. Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.
5. Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.
*** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.
REVIEW ; Yg ni klu mkn begitu sahaja x dek rasa sedap sgt, tp once diletak white choc & dark choc dia rs sedap dah ...hehehe Biskut ni rapuh sbbkan dia menggunakan tepung ubi, jd kn handle dgn hati2.
|