CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Imam Muda S2 [Tahniah, IM Hassan - Juara!]

[Copy link]
Post time 19-4-2011 06:35 PM | Show all posts
tgk peserta IM2 kt paper..
kali banyak2 hensem-hensem dan bujang
mijot Post at 19-4-2011 16:45



    kalo x silap masa pelancaran kat tv.... katanye ahli gymnas pun ada .... cam pelik pulak aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 07:05 PM | Show all posts
tak sabar nak tengokk.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 11:30 PM | Show all posts
yg gimnas tu, aku baca dia belajar sek agama kt johor walupun dia duk singapore..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 10:00 AM | Show all posts
Mujahid, Zulfadli sedia beri cabaran
Oleh Norhayati Nordin
[email protected]      

SELEPAS kejayaan luar biasa yang dicipta musim pertama, program dakwah pencarian Imam Muda (IM) terbitan Astro Oasis (saluran 106) , musim kedua yang akan membuka tirainya, Jumaat ini, menyaksikan persaingan lebih sengit apabila turut disertai dua peserta dari negara jiran.

Mujahid Suhaimi, 20, dari Singapura dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei Darussalam) antara 10 peserta IM2 yang dipilih untuk berentap merebut gelaran juara bersama Ali Khairudin Abdul Marif, 26 , dari Sabah, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak) serta Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 (Johor).


Tidak ketinggalan bersaing ialah Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, dari Selangor, Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu), Ammar Wan Harun, 27 (Kedah), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21 (Negeri Sembilan). Mereka melepasi sesi ujian yang dibuat di enam lokasi seluruh negara beberapa bulan lalu.

Jika tahun lalu, takhta juara menjadi milik Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau Asyraf dan tempat kedua milik Hizbur Rahman Omar Zuhdi, siapakah pula juara yang dipilih kali ini? Apakah tuah dan rezeki juara akan menjadi milik Mujahid atau Zulfadli?



Ditemui selepas majlis pelancaran yang dilakukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Muktamar Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kelmarin, kedua-duanya mengakui cukup gembira.


Mujahid yang hadir temu duga di Johor Bahru berkata, dia berminat menyertai IM2 bukan disebabkan tawaran hadiah lumayan, tetapi mahu mencari pengalaman. Ujarnya, dia mengambil peluang itu untuk mendalami bidang agama dengan lebih luas.
“Saya mendapat tahu mengenai temu duga dibuat pun daripada ibu saudara yang menetap di Johor Bahru. Dia memaklumkan penyertaan musim ini dibuka kepada calon dari luar negara. Jadi, saya hadir sekadar untuk mencuba nasib dan rezeki.

“Tidak sangka pula berjaya melepasi semua tahap ujian bacaan yang dibuat dan saya sangat gembira menjadi salah seorang peserta terpilih. Kini, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab berat ini sebagai imam kepada masyarakat,” katanya.

Mujahid yang mempunyai kemahiran gimnastik adalah anak sulung dalam keluarganya. Dibesarkan dalam keluarga Melayu Singapura yang memiliki latar belakang agama kuat, Mujahid berharap dia sudah mampu berdakwah sendiri selepas IM2.

Bagi Zulfadli yang bertugas sebagai pengurus masjid di kampungnya berkata dia menghadiri temu duga IM2

di Sabah. Jelasnya, dia bercita-cita menyertai IM2 selepas menonton musim pertama lalu yang disifatkan cukup hebat, mantap dan terbaik.

“Sepanjang menonton musim dulu, saya dapati banyak ilmu yang diberikan untuk menjadi imam terbaik. Saya tidak fikir menang atau hadiah tetapi niat ikhlas. Apa yang diinginkan ialah menjadi imam yang berjaya untuk memimpin di tempat saya.

“Ditambah keluarga juga memberikan sokongan, jadi saya harus menyahut cabaran itu. Tanggungjawab imam adalah berat dan saya harus mempersiapkan diri dengan ilmu yang cukup. Saya harap semuanya berjalan lancar dan diredai Tuhan,” katanya.

Ditanya mengenai persediaannya, Zulfadli berkata untuk menjadi imam yang berjaya dia lebih selesa memperbanyakkan pembacaan memahami hukum-hakam agama. Bahkan, katanya ilmu sangat penting untuk jadi yang terbaik.

Gelanggang IM2 kali ini dibarisi mudir atau pengetua yang masih dikekalkan dari musim pertama iaitu Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz. Beliau dibantu empat tenaga pengajar atau mursyid iaitu Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, Ustaz Zulkefli Hamat (dari Jawi) serta Ustaz Ikmal Zaidi Hashim, pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim pensyarah fiqh dan ibadah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis pelancarannya bukan saja diserikan dengan kehadiran Asyraf dan Hizbur, malah persembahan dari peserta IM musim lalu dengan nyanyian selawat Burdah. Turut menyerikan majlis, persembahan kumpulan Al-Maulid dengan lagu Belaian Jiwa 1432 dan Cahaya Seluruh Alam kemudian berganding bersama peserta IM2 menyampaikan Selawat Badar.

Asyraf berkata, selaku juara IM musim lalu, dia melihat persaingan IM2 kali ini juga sengit. Katanya apatah lagi, program IM itu sendiri kini sudah berada pada satu tanda aras yang tinggi. Semestinya, kualiti yang sudah dihasilkan itu dijaga.

“Dalam soal ini, ia bukan perkara mudah. Jadi, saya yang sudah bertemu dengan peserta IM2, akan sentiasa membantu mereka pada setiap masa. Selagi bantuan diperlukan, saya sentiasa bersedia memberikan bantuan secara sukarela.

“Saya akan bagi sokongan yang termampu. Cuma, nasihat saya supaya mereka menjadi diri sendiri yang semula jadi dan biarlah semua itu dinilai masyarakat,” katanya akan bergelar bapa tidak lama lagi serta sibuk dengan undangan ceramah di seluruh negara.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata kira-kira enam peratus calon yang datang ke sesi temu duga IM2 adalah dari luar negara merangkumi Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Ujarnya, beliau juga bersyukur IM2 dapat direalisasikan.

“Maklum balas diterima �daripada IM musim lalu saja mencatatkan 1.7 juta pengunjung di laman web popular, Google. Terdapat 300,000 pengunjung di laman sosial Facebook dan seramai 3.3 juta penonton menyaksikannya. Begitu juga kerjasama liputan media �tempatan dan antarabangsa.

“Kami berjaya memecahkan tradisi dan 10 peserta IM2 yang dipilih kali ini kesemuanya menepati kriteria untuk bergelar seorang imam. Sekiranya mereka tersingkir atau terus mara dalam IM2, mereka sudah boleh menjadi imam untuk memimpin makmum,” katanya.

Sehubungan itu, antara insentif menarik yang menanti juara IM2 ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, wang tunai RM30,000, sebuah kereta, pakej menunaikan haji dan umrah, berserta hadiah sampingan lain. Justeru, jumlah keseluruhan nilai hadiah dimenangi lebih RM350,000.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2011 05:45 PM | Show all posts
Imam Muda
via FB

AsSalam, jangan lupa jam 7.55mlm, 8.55mlm dan 9.55mlm KAPSUL IMAM MUDA keudara buat pertama kali hari ini dan setiap Isnin hingga Khamis. Saksikan kisah kisah menarik Imam Muda dibelakang

tabir. Juga ikuti kelas kelas yang di pelajari agar kita sama sama mendapat pengajaran dari Imam Muda, Insyallah.

4 minutes ago · LikeUnlike ·
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2011 05:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2011 12:08 PM | Show all posts
aku rasa ok je kot- culture derang pon lain mungkin nnt variety skit cara persembahan mereka
saingan pon mesti hebat- harap berjaya cam Imam Muda 1
xsabar nye nk nengokkkkkk;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2011 08:42 AM | Show all posts
Imam Muda 2: Tiada Penyingkiran di Minggu Pertama

Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])



Tiga peserta Imam Muda 2 yang berada pada kedudukan terbawah pada minggu pertama iaitu (dari kiri) Mujahid, Fadli dan Ali. - Foto ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Minggu pertama program Imam Muda musim kedua (IM2) yang bersiaran pada pukul 10 malam Jumaat di Astro Oasis (saluran 106) menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.

Walaupun tiga peserta IM2 iaitu Mujahid, Ali dan Fadli berada pada kedudukan terbawah selepas pengumuman dilakukan, mereka terselamat demi memberikan peluang untuk terus berusaha pada minggu seterusnya.

Menceritakan tentang kedudukan rapuh mereka pada minggu pertama, Mujahid Suhaimi (Mujahid), 20, berkata: "Jadual kami sangat padat dan saya hanya tidur sekitar 3 jam sehari kerana banyak perkara yang perlu kami pelajari.

"Saya rasa faktor utama yang menyebabkan saya berada pada kedudukan terbawah minggu ini adalah kerana markah ujian teori yang rendah. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih berpeluang untuk belajar lagi."

Seorang lagi peserta Ali Khairudin Haji Abdul Marif (Ali), 26, pula berpendapat: "Punca utama saya berada pada kedudukan terbawah adalah disebabkan oleh masalah kesihatan dan tidak fokus pada pelajaran.

"Sejak mula-mula masuk IM, saya memang demam dan tidak begitu fokus pada tugasan dan kelas. Peluang kedua ini akan saya gunakan untuk memperbaiki kelemahan."

Sementara itu, peserta ketiga yang berada pada kedudukan terbawah iaitu Zulfadli Haji Awang (Fadli), 24, juga mengakui sikap kurang fokus dan tidak bersungguh-sungguh menjadi faktor kepada kedudukannya minggu ini.

"Saya perlu lebih serius dan fokus pada minggu akan datang. Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk terus berada dalam program ini," katanya yang berasal dari Brunei Darussalam.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar

Mengupas tentang persembahan peserta pada minggu pertama, Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar berkata, secara keselurahannya para peserta telah melakukan tugasan dengan baik untuk minggu pengenalan ini.

"Masih banyak aspek yang perlu mereka perbaiki dan terus pelajari. Apa juga teguran yang diberikan oleh mudir dan mursyid perlu mereka ambil perhatian dan amalkan.

"Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan kesungguhan mereka untuk tugasan minggu pertama iaitu mendekati wanita-wanita yang hamil tanpa perkahwinan di Kem Modal Insan (Kewaja).

"Apa yang paling penting, kita ingin lahirkan pemimpin masyarakat yang serba boleh dan mudah untuk didekati. Jadi, mereka perlu belajar dan berusaha untuk mencapai perkara itu di minggu-minggu seterusnya," katanya.

Tugasan minggu pertama IM2 yang sepatutnya berkisar pada topik kelahiran ditukarkan pada saat-saat akhir apabila pasukan IM2 dimaklumkan oleh pihak berkuasa tentang kes pembuangan bayi, minggu lalu.

Susulan itu, 10 peserta telah diarahkan untuk mendekati wanita-wanita muda yang hamil tanpa perkahwinan di Kem Modal Insan (Kewaja) di Taman Seri Gombak, Selangor.

Para peserta dipimpin oleh Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz selaku mudir atau pengetua dengan dibantu empat orang mursyid atau guru iaitu Ikmal Zaidi Hashim, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Tuan Asmawi Tuan Umar dan Zulkefli Hamat.

IM2 masih mengekalkan pengacara musim pertama iaitu Haji Dzulkarnain Daud.

Kapsul IM2 bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang) dan Medan IM2 (Jumaat, 9 malam) di Astro Oasis (saluran 106).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2011 08:46 AM | Show all posts
bersaing ngan Maharaja Lawak... (waktu siarannya laaa....)

uwaaa...tak sempat tengok lagi IM2
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 08:54 AM | Show all posts
Reply 29# Syd


sy takde warna.. lagipun ML tengok kat youtube jer.
boleh je layan IM.
op kos la sokong IM Hassan, org negeri teman...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:56 PM | Show all posts
Peserta2 IM2 tak baper best la.. IM1 kalu menjwp soklan ustaz Zul siap ngan hadis2nye skali, siap ngan mengaji skali. Peserta IM2 jwp gitu2 je. Nampak ketara la.. yg di atas masih top ranking macam takde saingan. Aku ingat kalu Hizbur masuk IM2 tentu2 dia juara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 01:30 PM | Show all posts
Reply 31# Ucu

setuju....mcm kurenggg skit...
(padahal dok ralit-ralit tengok maharajalawak sblm tuhh.....)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2011 12:56 PM | Show all posts
Fahrin pengacara Imam Muda
Oleh Rozdan Mazalan

2011/06/24


Fahrin bersama lima peserta yang layak ke peringkat separuh akhir Imam Muda musim kedua.

Program realiti Astro Oasis dapat sambutan golongan profesional

FAHRIN Ahmad menggantikan Dzulkarnain Hamzah sebagai pengacara untuk program Imam Muda musim kedua pada peringkat separuh yang disiarkan malam ini.

Program yang disiarkan menerusi Astro Oasis saluran 106 mengambil Fahrin di saat akhir kerana Dzulkarnain atau Ustaz Dzul terbabit di dalam kemalangan. Bagaimanapun, keadaan Ustaz Dzul dilaporkan stabil. Pada peringkat separuh akhir, lima Imam Muda bersaing sesama sendiri bagi melayakkan ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 1 Julai di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur. Mereka ialah Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), Nazarul Izwan Zolkiflee (Nazrul), Mohd Fakhrurrazi Hussin, Ammar Wan Harun dan Mohd Azlan Zulkarnain.
Bagi episod ke sembilan, lima Imam Muda ini diberi tugasan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan di Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bahru bertemakan Warga Emas.

Sebelum itu, mereka sudah diberikan teori untuk ujian bertulis yang memperuntukkan markah sebanyak 50 peratus dan selebihnya berdasarkan markah praktikal mereka di Rumah Ehsan.

Sepanjang program ini berlangsung bagi musim kedua, impaknya dapat dirasai masyarakat apabila semakin ramai remaja menerima keterbukaan untuk menyertai program itu.
Ditemui Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, program itu mendapat reaksi positif daripada golongan profesional yang tergerak hati untuk menyertainya.

“Maklum balas yang cukup positif, ramai golongan profesional kini mula mendekati agama. Ia dibuktikan sejak sesi uji bakat lagi apabila ramai yang datang sudah mempunyai kerjaya yang sangat bagus, namun tetap ingin mencuba dan mengetahui apakah yang dimaksudkan pencarian Imam Muda itu.

“Jika masyarakat pula, kita melihat mereka semakin bersikap positif terhadap peranan imam. Dulu mereka hanya mengetahui peranan imam dalam skop yang kecil saja, sebaliknya imam berperanan sebagai pemimpin dan lebih besar daripada apa yang kita sangkakan,” katanya.

Perolehi ilmu berharga

SEPERTI musim pertama, peringkat akhir Imam Muda kali ini tidak berubah iaitu menyaksikan kehandalan dua peserta terpilih. Sebelum itu mereka akan diberikan tugasan terakhir dan diberikan tempoh empat hari pulang ke kampung halaman masing-masing melakukan apa saja tugasan kemasyarakatan bersama penduduk setempat.

Markah diberikan berdasarkan pengurusan yang sempurna, kreativiti pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat dan kesannya kepada masyarakat serta penonton.

Pelbagai ilmu dan pengetahuan sudah diperoleh 10 Imam Muda sejak mengikut program itu, pastinya pengalaman itu tidak boleh didapati di mana-mana kecuali ilmu saja.

Ilmu dimiliki Imam Muda ini pasti akan dikongsi bersama seluruh umat Islam selepas mereka melangkah keluar daripada program itu.

Bagi Nazrul, antara peserta dalam program Imam Muda ini, berkata tidak dinafikan banyak ilmu dan pengetahuan baru diperolehi dan berharap semua itu boleh dikongsi kepada masyarakat selepas meninggalkan rancangan itu kelak.

“Menang atau kalah ia ketentuan Ilahi, saya harus mempersiapkan diri dari sudut ilmu akhlak sahsiah untuk berhadapan dengan masyarakat selepas ini, sudah tentu masyarakat mengharapkan suatu yang tinggi daripada kita, jika kita tidak bersedia dari sekarang apa yang akan kita berikan kepada mereka,” katanya yang cukup bersyukur selepas terpilih ke peringkat akhir.

Bagi Hassan, pengalaman menyertai program tv sebelum ini cukup memberi pengajaran berguna untuk diguna pakai di dalam Imam Muda. Melayakkan diri ke peringkat akhir dianggap sebagai bonus untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, siapakah dua antara lima Imam Muda yang akan melayakkan diri ke peringkat akhir akan ditentukan pada siaran malam ini jam 9 malam di saluran Astro Oasis 106.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 01:55 PM | Show all posts
uwaaaa....sekali 3 kuar kan mlm ni, dh nk smpi ke penghujung cepatnya masa berlalu....
tiap2 jumaat iolls nengok tau pastu smbung kt ML lak hhihihiihi........
apa2 pun selamat berjaya to Imam2 Muda sekalian.....
next week final IM2 iolls dpt tiket, insyaallah pegi kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:07 PM | Show all posts
tahniah IM Hassan & IM Nazrul.
sejak mula lg sy sokong IM Hassan.. org negeri teman, beb.

apapun... Fahrin Ahmad mmg hensem tadi
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 07:20 PM | Show all posts
harap2 IM Hassan menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 10:52 PM | Show all posts
IM Hassan..harap2 dia menang
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 10:46 PM | Show all posts
tahniah IM Hassan & IM Nazrul.
sejak mula lg sy sokong IM Hassan.. org negeri teman, beb.
buahcinta Post at 24-6-2011 22:07


Betullah telahan sy.

Tahniah! Imam Muda Hassan Adli
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by airuszzdy at 1-7-2011 23:21

Tahniah Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul (tp sy lebih berkira2 dia sbg Juara..tkpe kedua2nya pon hebat) syahdu sgt bila diorg recite quranic verses tu .. masya allah
part bg sermon tu pon part kena uji dgn ustaz el muhammady tu..teringat zaman sekolah ngan zaman study dlu ..time2 kena hafal quranic verse n hadith2 nih..
skang ni langsung tkde mase ... nk hafal2kan benda2 tu..sbb bidang keje bkn bab2 itu dah..hanya sekadar 4 the seek of knowledge+exam :cry:
ya allah..jgn Kau biarkan aku jauh drMU ..
semoga makin ramai generasi muda yg berilmu spt Imam2 Muda td..insya allah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 01:11 AM | Show all posts
c0ngrats IM Hassan

kagum sgt masa IM hassan n nazrul baca ayat al-Quran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.365752 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list