CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CARI-MAL

Kerajaan Gagal Lucut Hak Barangan Berharga Najib Dan Rosmah

[Copy link]
Post time 9-11-2021 03:27 PM | Show all posts
alaaa sbrnya bkn stakat kat Msia ni jer, even kat luar negara pun sama jer!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 9-11-2021 03:35 PM

Malaysia ni kalo org kaya raya,ternama semua lepas.. aku tgk undang 2 Malaysia ni tah pe2.. anak Mat Sabu pun blh lepas .
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 03:46 PM | Show all posts
kemaruk replied at 9-11-2021 03:25 PM
setakat sembang kat kedai kopi boleh ler

realitinya kerajaan PH ada 22 bulan untuk belek barang2  ...

ironisnya pendakwaan imdb ni mmg dibuat mcm sembang kedai kopi..

Pendakwaan: 1MDB diurus macam 'kedai kopi Cina di Jalan Petaling'
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Nov 9, 2021 12:29 PM




Dikemaskini: 12:32 PM
KES 1MDB NAJIB | Pihak pendakwaan menyifatkan urusan korporat 1MDB seperti "dikendalikan seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling".

Timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram membuat perbandingan itu hari ini, ketika menyuarakan bantahan terhadap soalan-soalan yang diutarakan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed terhadap seorang saksi pendakwaan, yang didakwanya sebagai "tidak relevan".

Wan Aizuddin memeriksa balas bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman dalam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Wan Aizuddin antara lain bertanya Hazem berkenaan penggunaan pinjaman AS$975 juta oleh 1MDB untuk membeli semula saham syarikat itu daripada Aabar Investments PJS Limited, salah satu entiti antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

"Kami setuju...bahawa hal ehwal 1MDB dikendalikan lebih seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling.

"Kami katakan yang mereka ini (antaranya sejumlah pegawai 1MDB) bertindak atas arahan Jho Low, yang merupakan alter ego dan cerminan kepada tertuduh (Najib), dan kedua-duanya bertindak secara bersama.

"Kami setuju untuk bertoleransi dengan soalan-soalan ini dan ia sama sekali tidak relevan dengan hujah kami," kata Sri Ram kepada hakim Collin Lawrence Sequerah.



Wan Aizuddin kemudian memberitahu mahkamah yang soalan yang diutarakan pihak pembelaan dalam pemeriksaan balas adalah untuk menunjukkan salah laku dalam 1MDB adalah berpunca daripada komplot Jho Low dan tanpa penglibatan Najib.

"Mereka (pendakwaan) ada hujah mereka, tetapi kami ada hujah kami. Kami katakan ada salah urus (dalam 1MDB), tetapi ia dilakukan oleh Jho Low dan tidak melibatkan anak guam kami," katanya.

Wan Aizuddin berkata, soalan dalam pemeriksaan balas itu wajar memandangkan Hazem didakwa sering terlupa ketika disoal dalam perbicaraan.

Sequerah kemudian mengingatkan peguam itu yang saksi mungkin tidak dapat mengingat semula banyak perincian berhubung peristiwa-peristiwa tertentu memandangkan ia berlaku beberapa tahun lalu, dan meminta pihak pembelaan agar memendekkan soalan.

Perbicaraan bersambung tengah hari ini.

Pinjaman penyambung dan pinjaman facility

Ketika penyataan pembukaan pendakwaan di peringkat awal perbicaraan dua tahun lalu, tertuduh dikatakan meluluskan subsidiari 1MDB, iaitu 1MDB Energy Holdings Litd untuk mendapatkan dua pinjaman berjumlah US$1.225 bilion daripada Bank Deutsche Singapura.

Pinjaman itu didakwa diperolehi menerusi jaminan daripada 1MDB Energy dan 1MDB Langat.

Pendakwaan mengatakan ia merupakan pinjaman penyambung (bridging loan) berjumlah AS$250 juta dan pinjaman facility berjumlah AS$975 juta. Pinjaman yang pertama didakwa diperolehi pada 26 Mei 2014.

Daripada jumlah itu, sebanyak AS$239,939,970 didakwa dimasukkan ke akaun 1MDB Energy Holdings Ltd di Falcon Bank Hong Kong pada 28 Mei 2014. Daripada jumlah itu, 1MDB Energy Holdings Ltd didakwa membayar Aabar Investments PJS Ltd BVI sebanyak AS$175 juta ke dalam akaun entiti itu di BSI Lugano, Switzerland, dikatakan untuk menebus sebahagian pegangan (option) yang diberi sebagai sekuriti tambahan, seperti yang disebut sebelum ini.

Bagaimanapun, pasukan pembelaan kekal mengatakan Najib tidak tahu berkenaan salah laku dalam 1MDB dan apa yang berlaku adalah komplot Jho Low dan beberapa individu lain.

Najib dihadapkan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Ia didakwa berlaku ketika dia menjadi menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 03:49 PM | Show all posts
dah berkulat dah henbeg Datin Sri... nak jual seken pun tak berapa nak laku kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 06:06 PM | Show all posts
rikiruj replied at 9-11-2021 03:49 PM
dah berkulat dah henbeg Datin Sri... nak jual seken pun tak berapa nak laku kot

kalau dah berkulat, memanglah tak laku...
tapi mungkin boleh saman mereka2 yg menyebabkan ianya berkulat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 9-11-2021 02:54 PM
sistem apa? hilang keyakinan sebab apa?

dah sah2 najib tak bersalah dan barang2 tu bukannya baran ...

Aku nak gelakkan je dorang yg bersorak kata harta benda najib/rosmah hasil rompakan....haha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2021 10:25 AM | Show all posts
zamzam replied at 9-11-2021 08:08 PM
Aku nak gelakkan je dorang yg bersorak kata harta benda najib/rosmah hasil rompakan....haha.

Aku pulak, kesian kepada mereka2 yg menbuat, menyokong dan bersubahat buat fitnah....


yg untung mangsa fitnah, sebab pernah dengar, pahala yg buat fitnah akan dapat pada mangsa fitnah dan jika yg buat fitnah tak ada pahala, maka dosa2 mangsa fitnah pula diambil oleh pembuat fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 12:18 PM | Show all posts
sebab tu lar dia asik dok delay case

kalau case ni prosecute time PH rasanya jadi lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 01:54 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 10-11-2021 12:18 PM
sebab tu lar dia asik dok delay case

kalau case ni prosecute time PH rasanya jadi lain


rasanya sama aje keputusannya, dan seperti kata Najib sepatutnya tidak perlu diteruskan untuk saman kerana macam susah utk menang seperti yg dikatakan 'Sendiri kata hadiah. Sendiri pula kata barang itu dibeli dengan duit haram/1MDB.", mungkin sebab itu kes sita ini sepatutnya diselesaikan dlm tempoh setahun tapi tidak dapat diselesaikan dalam 22 bln pentadbiran PH.
cuma mungkin dengan pendakwaan ini, walaupun rasa boleh tahu tidak akan berjaya tapi boleh menang dari segi untuk menyakinkan rakyat utk terus dapat sokongan dengan memperkuatkan lagi fitnah2 yang dibuat. lagi pun guna duit rakyat utk pendakwaan ini.


Najib Razak :

Jika berpeluang, saya akan tuntut penjelasan dari Tun Mahathir dan si Tommy itu kenapa dia teruskan untuk saman lucut hak terhadap barang-barang saya biarpun affidavit sendiri yang digunakan untuk saman tersebut sudahpun mengaku barang-barang itu adalah hadiah.
Perkara ini saya pun dah jelaskan banyak kali.
https://www.facebook.com/.../a.2947874.../10156086908235952/[/url]
(Dalam afidavit kerajaan itu juga tertulis bukti bahawa saya tidak pernah lari dari membayar cukai LHDN tiap-tiap tahun. Sebab itu, jangan fitnah saya bahawa saya pengkhianat yang tidak bayar cukai.)
Sendiri kata hadiah. Sendiri pula kata barang itu dibeli dengan duit haram/1MDB.
Lalu diteruskan saman terhadap saya.
Hari ini, hakim pun tegur perkara ini.
Dikatakaan pendakwaan cuma mendakwa berdasarakan anggapan.
Langsung tiada bukti. "Anggapan" sahaja.
Tapi yang kena bayar kos guaman dan naik turun mahkamah banyak kali selama 3 tahun pula ialah saya oleh sebab kamu buat anggapan.
Tun Mahathir dan si-Tommy tak rugi satu sen pun sebab kesemua kos pendakwaan dan penghakiman ditanggung kerajaan dan duit Rakyat.
Nilai barang-barang pun tidaklah sampai RM700 juta atau RM1 bilion seperti dimainkan propaganda PH masa itu.
Jauh lebih rendah dari itu.
Dia nak letak nilai RM2 bilion atau 1 trilion, itu suka hati mereka masa itu.
Hutang negara RM600b, dia kata RM1 trilion (lalu sendiri naikkan dengan laju ke RM1 trilion).
Satu sen tidak dirompak dari duit GST, dia kata pula RM18 bilion duit GST dirompak BN.
Bayaran sebanyak RM220 juta terbukti sudah dibayar untuk laporan kebolehlaksanaan projek terowong ajaib, berpuluh kenyataan pula dibuat pihak PH bahawa satu sen pun tidak pernah dibayar.
Penipu.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079557 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list