Tindakan dua lelaki berlakon sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan parkir khas OKU di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur menimbulkan kemarahan senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Kredit foto: IG
Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) itu terkilan apabila warga OKU dipersendakan sedemikian rupa.
"Kamu berdua biadab! Pohon minta maaf pada komuniti OKU," tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Kredit foto: IG
Bersama-sama hantaran itu, Ras turut memuat naik video memberi amaran kepada dua lelaki terbabit, Iswan dan Ajim.
"Sudahlah kami susah! Orang semua selalu memandang rendah terhadap kami dan menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk kami," ujarnya tegas.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Iswan dan Ajim, minta maaf pada komuniti OKU cepat! - CARI |