CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

LAGENDA : SAKTI DELIMA [TV3 4.30PM ISNIN-KHAMIS]

[Copy link]
Post time 6-1-2011 04:43 PM | Show all posts
uniform diaorang familiar lahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 03:25 PM | Show all posts
tu la aku bru layan cite ni mase cuti ri tu
ingatkan mlm kt tv9 dpt la tgk sbb siang keje
aleh2 hampeh dh xder ulangan cam dulo
citer ni best gak layan..tensen aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 06:22 PM | Show all posts
TV3MALAYSIA

Untuk pengetahuan semua peminat drama Sakti Delima, drama ini akan dihentikan buat sementara waktu akibat kesilapan teknikal, walaubagaimanapun Drama Akukah Tanggang akan ditayangkan di dalam Slot Lagenda mulai Isnin hadapan pada pukul 4.30 petang.

7 minutes ago · 2835 · LikeUnlike · Comment
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 05:29 PM | Show all posts
oh... patutlah tadi bila buka - tenguk cerita 'akulah tanggang'. Confuis juga. Thanks for the explaination.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 07:18 AM | Show all posts
Sheila menangis
Oleh Ramlah Zainal

KECEWA...Sheila terkejut dengan arahan LPF.

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam.

Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu.

“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.


Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.


“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 09:06 AM | Show all posts
Pelik kenapa TV9 tak ulang tayang citer nie mcm2 yg lepas2??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2011 01:35 PM | Show all posts
kesian kat sheila rusly walopun aku mmg x tgk citer nie..... patutnya kena ada garis panduan yg betul dr pihak LPF..... x la jd macam nie.... peliknya aku tgk ada gak drama yg boleh lepas..... camner tu...x standard peraturannya..... dah la si sheila nie niat die dah baik dah nak tolong bagi rezeki kat pelakon yg bertudung tp jd camnie la plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 02:44 PM | Show all posts
isyh x boleh la naya orang lepas orang dah buat keje....
patutnya masa sesi script dah boleh bgtau boleh atau tak citer macam tu....

aku x tgk citer nie tapi rasa tak patut tetiba tarik citer keluar camtu.... citer nie citer islamic ke citer lagenda nk tau bunian tu islam ke x?
ke sebab semua pelakon bertudung terus specifikasikan citer nie citer islamik ke apa? kalo cmtu citer nie masuk slot zehra bukan lagenda...
Nama pun citer lagenda.... citer rekaan....
kalo camtu baik tutupkan jer slot lagenda nie kalo nk diisukan pasal syirik dan akidah...sebab kebanyakan citer kat slot seram and lagenda nie pun citer merapu...
x membangunkan minda dn akidah manusia pun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 08:49 PM | Show all posts
padanla aku tgk mlm smlm citer delaila tu tayang awal..pelik jugak...rupe2nyer....hmm..sabo la sheila...

klu nk diikutkan citer dongeng indonesia yg tayang kt tv3 tu pon ade unsur2 tahyul..syirik...seme adela...buleh pulak tayang ye?!!!

donia...donia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 05:27 AM | Show all posts
cerita ni akan disiarkan semula setelah diteliti oleh LPF...tak silap bulan 4...adaptasi dr cerita lama tp 30% je....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply 21# kawankau
agak nye sebab pakai baju cam sister kristian kot kene henti sementara
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 10:55 AM | Show all posts
ape la... dorang nie.... nak tengok jugak..... baru nak hiburkan hati setelah penat bekerja di siang hari..... senggggggggalll laa diorg nie... :@
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 06:40 PM | Show all posts
citer bawang merah bawang putih indon tu yang ada pari2 bratus2 episod,,leh je lepas,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 09:17 PM | Show all posts
tak penah tengok citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 05:16 PM | Show all posts
ader link donlod citer ni tak? dulu kat u tube leh donlod.. already donlod putera katak, ct kelembai..
skg ni tak taw nk donlod kat mana...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.265596 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list