CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Raja Lawak 5 [Man Juara!]

  [Copy link]
 Author| Post time 28-12-2010 05:06 PM | Show all posts
Senarai Nama 12 Finalis Raja Lawak Musim 5

Ganjaran RM100 000 Untuk Juara Raja Lawak 5




Pada 27 Disember 2010 lalu, Astro Prima telah mengadakan Sidang Media dan Pelancaran Raja Lawak Musim ke 5 di Pasar Seni.

Seramai 12 finalis terpilih untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak Astro bagi merangkul gelaran Juara Raja Lawak musim Kelima yang bermula pada 7 Januari, pukul 9 malam di saluran Astro Prima.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, sesi uji bakat Raja Lawak 5 menerima penyertaan lebih banyak, malah kebanyakan daripada peserta sudah membuat persediaan awal.

    “Setelah empat musim bersiaran, pastinya mereka sudah memahami peraturan dan kehendak program realiti ini. Mereka datang dengan kelengkapan tersendiri dan boleh dikatakan persiapan sudah dibuat sebelum melalui sesi uji bakat ini.”

Jelasnya 12 finalis yang terpilih merupakan yang terbaik yang mempunyai karakter tersendiri dan mampu bersaing di pentas Raja Lawak 5.

    “Kita buat pemilihan daripada 2000 peserta yang datang kepada 28 peserta. Setelah melihat dari beberapa sudut, kami memilih 12 yang terbaik. Mereka tidak dilihat daripada rupa paras dan penampilan tetapi bakat lawak semata-mata. Mereka juga mempunyai kekuatan lawak yang tersendiri,” jelasnya.

Gambar 12 Finalis Raja Lawak Musim 5

Peserta kali ini terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu Kumpulan Pukaw (Indran Putra Setia Negara(22), Abd Hadzir Abdullah(23), Nizam Solah (34) ), R2 (Rahim Mat Ali(40), Ridhuan Mat Ali(21)), BOBO(Mohd Hamizi Hashim(24), Mohd Azwan Sabri(24)), Kopi O(Syariwan Joir(28), Fakhruddin Mohd Azmi(19)), Balas(Fandi Muhammad(25), Mohd Shukri Mohd Safar (24)), Kami(Zarina Mohd Nor(34), Elly Sarimah (29)), Lucky(Mohd Zhafir Hilman Hassin (23), Mohd Hazwan Azani(23), Kahirul Nazmi Rodzy(23)), TBO(Ahmad Firdaus Misnan(24), Mohd Sufian Masri(25), Mohd Isa Razai(25))

Sementara peserta solo terdiri daripada Mohd Hanafi Rusmadi (18), Sulaiman Ibrahim (29), Abdul Rahman Kasim (33) dan Mohd Nazmi Md Isa (23).

Masih mengekalkan konsep dan format yang sama seperti sebelum ini, pemarkahan penuh masih terletak di tangan pengundi sistem pesanan ringkas (SMS).

Manakala tiga orang pengkritik tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria ditetapkan.

    “Pengkritik akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan. Bagaimanapun, kami hanya akan mengumumkan senarai baru barisan pengkritik tetap sewaktu minggu pertama Gelanggang Raja Lawak nanti,” katanya.

Hadiah utama bagi Juara Raja Lawak musim ini ialah wang tunai sebanyak RM100 000, sementara naib juara, RM50 000 manakala tempat ketiga RM 30 000.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi uji bakat melalui program Al Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 30 dan 31 Disember, 9 malam.

Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para peserta akan dipaparkan selama lima minit setiap siaran menerusi program Kapsul Raja Lawak Astro pada Isnin hingga Khamis, pukul 9 malam bermula 3 Januari.

Program Raja Lawak kali ini masih lagi mengekalkan gandingkan mantap pengacara Zizan dan Johan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2011 03:23 PM | Show all posts
Tiada hadiah kereta
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2011/01/04

Juara Raja Lawak musim kelima dijanjikan RM100,000

KALI ini tiada lagi kereta sebagai hadiah utama program Raja Lawak musim ke lima yang akan memulakan episod pertama pada 7 Januari nanti. Juara musim terbaru program itu menerima wang tunai RM100,000, manakala RM50,000 untuk hadiah naib juara dan tempat ketiga pula menerima RM30,000.
Ia turut disertakan dengan pelbagai hadiah iringan yang boleh dijadikan bekalan untuk membawa nama sebagai selebriti sebaik program ini menutup tirainya tiga bulan daripada episod pertama disiarkan.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, pemberian hadiah wang tunai adalah lebih bernilai buat peserta untuk memulakan karier barunya sebagai selebriti, khususnya dalam dunia komedi.

“Seperti musim sebelum ini, mereka yang masih berminat di dalam dunia seni ini kita ambil, dan serapkan ke dalam beberapa program terbitan Astro. Ini secara tidak langsung mereka memperoleh karier baru seperti dalam bidang pengacara dan pelakon.

“Pemberian wang tunai membolehkan mereka mengatur sendiri perjalanan karier selepas program ini berakhir. Di Astro kita memiliki banyak saluran yang boleh diserapkan bagi mereka yang betul-betul berbakat,” katanya yang ditemui pada sidang media memperkenalkan 12 peserta Raja Lawak musim kelima di Pasar Seni Isnin lalu.

Program Raja Lawak diwujudkan bagi mengisi kekosongan pelakon komedi atau pelawak yang dilihat semakin berkurangan, apabila generasi muda lebih memilih nyanyian dan lakonan.
“Objektif asal program ini 100 peratus adalah untuk melahirkan bakat pelawak tanah air dan disebabkan itu juga kita tidak memikirkan pakej lengkap yang harus ada pada setiap peserta seperti paras rupa.

“Bagi kami paras rupa itu adalah bonus sekiranya bakatnya lebih menonjol. Daripada lebih 2,000 mereka yang hadir pada uji bakat di seluruh negara, kita mendapat lapan kumpulan dan empat individu yang begitu berbakat.

“Peserta kali ini cukup unik dan berbakat bagi pemerhatian saya begitu juga dengan pandangan juri-juri yang memilih semasa sesi uji bakat dulu. Kadang-kadang saya terfikir, ke mana mereka sebelum ini dan kenapa sudah musim kelima baru kita menjumpai mereka.

“Apa-apa pun saya berharap peserta kali ini lebih dapat melahirkan kreativiti dalam mewarnai industri pelawak tanah air,” katanya.

Menurut Nizam lagi, program ini masih mengekalkan konsep seperti mana musim sebelum ini dan pemarkahan bergantung kepada 100 peratus undian SMS daripada penonton.

“Konsepnya kita tidak perlu lagi ubah kerana penonton sudah selesa dan faham dengan konsep sebelum ini, cuma juri saja yang berubah. Kita juga tidak akan mengumumkan siapakah juri untuk musim ini kerana ia akan diketahui pada episod pertama nanti 7 Januari nanti setiap Jumaat bermula jam 9 malam menerusi Astro Prima,” katanya.

Peserta musim kali ini terdiri daripada empat peserta solo dan lapan berkumpulan. Mereka terdiri daripada kumpulan Pukaw, R2, Bobo, Kopi O, Balas, Kami, Lucky dan TBO, manakala peserta solo pula ialah Nazmi, Man, Epy dan Leman.

Sanggup lepaskan kerja

BAGI peserta solo, Abd Rahman Kasim, 33 atau Man berkata, kerana minat yang mendalam dalam bidang seni, dia sanggup melepaskan kerjanya di Pos Malaysia biarpun sudah 13 tahun bekerja di situ.

“Sebenarnya sejak musim pertama lagi saya sudah menghadiri sesi uji bakat tetapi rezeki tidak berpihak. Ini adalah kali kelima saya mencuba dan alhamdulillah berjaya. Pada mulanya ada minta cuti tanpa gaji tetapi tidak diluluskan oleh majikan. Saya nekad berhenti walaupun sudah 13 tahun saya bekerja dan menyara keluarga.

“Saya tahu rezeki itu ada di mana-mana dan ambil risiko ini kerana ingin mengubah cara hidup saya sekarang dan isteri saya merestuinya. Saya berharap sangat saya dapat kekal sehingga ke peringkat akhir program ini dan ingin meneruskan bidang lawak ini sebagai karier baru,” katanya yang tidak dapat menahan air mata sebaik diumumkan layak sebagai 12 peserta yang bersaing dalam Raja Lawak 5.

Jika musim ketiga lalu, program ini mendapat tarikan kerana disertai oleh peserta wanita yang terdiri daripada Jihan dan Yan, kali ini juga peserta wanita diwakili oleh kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai KAMI.

Ia terdiri daripada Zarina Mohd Nor, 34 dan Elly Sarimah, 29 yang baru setahun mengenali sesama sendiri pada suatu sesi uji bakat.

Menurut Zarina, perkenalannya dengan Elly adalah seperti diatur dan kebetulan mereka mempunyai keserasian.

“Saya mengenali Elly ketika kami sama-sama menghadiri uji bakat MayFair di ibu negara. Dari situ kami berkenalan dan akhirnya keserasian itu ada dalam diri kami.

“Memang kami meminati bidang seni dan pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa drama. Dari situ kami berbincang untuk bergabung menghadiri uji bakat Raja Lawak.

“Alhamdulillah juri memilih kami untuk diserapkan ke dalam program ini dan kami berjanji akan mencari satu kelainan bagi mengisi kekosongan pelawak wanita yang di negara ini,” katanya.

Info

# Program ini masih mengekalkan pengacara tetapnya iaitu Zizan dan Johan kerana kredibiliti mereka masih mampu mengekalkan momentum program ini.

# Kali ini ia diperkenalkan dalam tiga segmen iaitu Alkisah yang akan disiarkan pada 30 dan 31 Disember ini dalam dua episod selama sejam bermula jam 9 malam. Ia akan memaparkan suka duka peserta memasuki program ini.

# Segmen Kapsul akan bermula 3 Januari hingga 17 Mac selama 44 episod yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis selama lima minit. Ia menyiarkan aktiviti peserta melakukan persiapan sebelum membuat persembahan.

# Segmen utama iaitu Gelanggang Raja Lawak akan bermula pada 7 Januari hingga 18 Mac setiap Jumaat bermula jam 9 malam. Ini adalah episod kemuncak bagi setiap minggu di mana mereka akan membuat persembahan secara langsung serta akan menyaksikan penyingkiran bagi mereka yang lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 03:39 PM | Show all posts
hoyeh, jumaat ni dah boleh layan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:10 PM | Show all posts
hoyeh, jumaat ni dah boleh layan
mijot Post at 4-1-2011 15:39

Tentu bullleh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 09:21 PM | Show all posts
ok RL sudah bermula...
setelah setahun, baru nampak muka kump kecik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 09:23 PM | Show all posts
abg boroi ala ponen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2011 09:30 PM | Show all posts
afdlin dgn bob jadi juri...
suka2...
tapi gimik jer...
memang sathia dgn DT jadi jurinya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 09:31 PM | Show all posts
johan nehh
bila dah shave lawa2 mcm tuhh
licin jah muka dia
nampak comey
selama ari nehh
serabai giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2011 09:32 PM | Show all posts
sathiya nehh mmg celaka kelakar
hahaahahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 09:37 PM | Show all posts
bangangnyer lawak group yang nomot 2 nehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 09:38 PM | Show all posts
cilaka lagi sekali si sathiya...kekekekek
hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 09:49 PM | Show all posts
lawak gile grup dak santa klaus 2 eko nih....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 09:50 PM | Show all posts
x paham langsung komen si david teo nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 09:52 PM | Show all posts
Reply 33# epal_ijau

tang yang romance
romantik tu kan
dia nak buat slang mcm budak2 santa tuh
tapi dia punye slang pung haremmmmm ntah apa2

terus tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 09:57 PM | Show all posts
Reply  epal_ijau

tang yang romance
romantik tu kan
dia nak buat slang mcm budak2 santa tuh
t ...
Syd Post at 7-1-2011 21:52


tau x pe... selame ni die ckp ape pon ssh ak nak paham...tp bdk2 RL 5 ni cam okey2 je semua... gelak la gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 10:01 PM | Show all posts
ai tetap suka sathiya
haha kelakar laa dia nehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 10:40 PM | Show all posts
best r RL kali nieh.......semua ader talent...pe2 pn suker giler ngn johan eh...luuupeeer jozan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:57 PM | Show all posts
nsb baik x de penyingkiran... ak suke santa klaus 2 org tu.. lawak x hengat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 03:21 AM | Show all posts
aku suka yang pelupa tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2011 08:13 AM | Show all posts
kawan-kawan pung ckp
dorang suka yang pelupa tuhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.086078 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list