|
SEPARUH AKHIR MUZIK2 25 - 3 LAGU FT (HANYUT / ADRENALIN / SELAMAT MALAM)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sicomel at 3-11-2010 23:39
30 Lagu Bersaing Separuh Akhir Muzik-Muzik Isnin Depan
OHBULAN! hadir sebagai wakil media untuk sidang media pertandingan paling meletup di kalangan penyanyi kita, iaitu Anugerah Juara Lagu, Muzik-Muzik 25. Tanpa kita sedar, Muzik-Muzik dianggap program melayu yang paling berjaya dan paling lama bertahan dalam sejarah industri hiburan kita, lebih istimewa Muzik-Muzik meraikan ulang tahun jubli perak sempena 25 tahun penubuhan program sebegini. Tahniah Tv3!
Acara dimulakan dengan gabungan 3 penyanyi popular iaitu pemenang Anugerah Juara Lagu 24, iaitu Aizat, Yuna & Faizal Tahir. Uniknya, Aizat menyanyikan lagu Bencinta, Yuna membawa lagu Pergi, manakala Faizal Tahir kelihatan seronok membawa lagu Dan Sebenarnya. Paling menarik, lagu Dan Sebenarnya diolah dalam melodi Don’t Cry – Guns N’ Roses, namun lirik masih kekal seperti biasa. Mungkin untuk mengekalkan imej rockstar Faizal Tahir.
![](http://www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2010/11/DSC005271.jpg)
Acara seterus diikuti dengan cabutan giliran oleh setiap band atau penyanyi yang terlibat bagi 3 hari berlangsungnya separuh akhir Muzik-Muzik. Al-kisahnya, Faizal Tahir berjaya ke separuh akhir dengan membawa 3 lagu, iaitu Hanyut, Adrenalin & Selamat Malam. Macam disumpah, kesemua lagunya akan dipersembahkan untuk giliran terakhir bagi ketiga-tiga hari tersebut, iaitu pada 8, 15 & 22 November 2010, mulai pukul 10 – 11.30 malam.
Kesemua 30 lagu daripada pelbagai genre akan dinilai oleh juri profesional berdasarkan format-format tertentu, dan 12 lagu terbaik akan layak ke final Anugerah Juara Lagu 25.
"macam disumpah..." ciss.. ohbulan ni kdg2 ayat2 dia mmg jenis x hengat punya... ![](static/image/smiley/default/3doh.gif) ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
akan ke PAS menyokong FT
=) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sicomel at 3-11-2010 23:56
from manggaonline
![](http://dev2.ad1.perfisio.com/openx/www/delivery/lg.php?bannerid=637&campaignid=490&zoneid=74&loc=1&referer=http%3A%2F%2Fwww.manggaonline.com.my%2Fberita-selebriti%2F2667-faizal-tahir-tak-percaya-kebetulan.html&cb=ce78ffe2a6)
Faizal Tahir Tak Percaya Kebetulan
![](http://www.manggaonline.com.my/images/stories/klc000616277.jpg)
Seakan ditakdirkan, Faizal Tahir terpaksa membuat persembahan terakhir pada tiga malam saringan Separuh Akhir Muzik-Muzik. Cabutan undi yang dilakukan tidak memihak padanya malah Faizal menambah, keadaan tersebut hanya menambah tekanan kepada dirinya.
"Tak sangka masa cabut undi tadi, untuk ketiga-tiga minggu saya dapat tempat yang terakhir. Saya tak percayakan kebetulan atau perkara mistik meskipun mungkin ada yang katakan ia seakan petanda malang untuk karier saya pada Juara Lagu tahun ini.
"Mesti ada sebab kenapa saya ditakdirkan dapat tempat terakhir. Harus diakui saya rasa tertekan kerana saya lebih rela membuat persembahan awal. Rasa tergugat dengan diri sendiri bila terpaksa menunggu lama menanti giliran. Penantian itu satu seksaan," ujar Faizal yakin salah satu lagunya pasti mendapat tempat dalam Juara Lagu 25.
Pencapaian Terbaik
![](http://www.manggaonline.com.my/images/stories/lib000368306.jpg)
Tiga lagu tercalon dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 25 merupakan pencapaian terbaik Faizal Tahir sepanjang bergelar anak seni. Menaruh harapan agar Hanyut, Adrenalin dan Selamat Malam mendapat tempat pada pertandingan akhir majlis berprestij itu nanti.
"Saya tak mahu pilih kasih lagu mana yang layak untuk ke Juara Lagu nanti. Bagi saya ketiga-tiga lagu itu mempunyai kekuatan tersendiri. Namun saya yakin tak mungkin tak ada satu pun lagu saya yang akan ke final nanti.
"Impian saya nak semua lagu saya masuk Juara Lagu. Jika ianya terjadi maka inilah rekod paling banyak lagu saya berada dalam anugerah itu nanti dan akan menjadi pencapaian tertinggi dalam karier," tambahnya.
Menyedari pertandingan ini didominasi bakat-bakat besar, Faizal tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Baginya, walaupun sebilangan besarnya adalah muka baru dalam industri, namun impak muzik mereka kepada industri muzik cukup hebat.
"Tahun ini banyak nama besar yang turut bertanding antaranya Aizat, Shahir, Yuna dan Stacy. Pada pandangan saya lagu Drama King (Meet Uncle Hussein) layak muncul juara bagi tahun ini. Saya beri pandangan sebagai seorang komposer dan Drama King bagus daripada segi arrangement. Potensi Taja sangat besar dan harus diberi perhatian," katanya.
p/s ni under article lain dlm manggaonline gak.....
"Tak dapat dinafikan Faizal Tahir antara yang terhebat dan saingan Yuna. Malah emak Yuna sendiri sukakan lagu Selamat Malam dan yakin Faizal Tahir akan menang," ujarnya yang akan muncul dengan iringan cello dan piano pada malam separuh akhir nanti.
x kisah la last ke apa ke, janji FT sihat walafiat dan dpt buat persembahan yg terbaik dan mantap... hope yuna pun akan ke final nnti..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir Pertaruh Tuah Tiga Lagu - mstaronline
Oleh KEMALIA OTHMAN
![](http://mstar.com.my/archives/2010/11/4/mstar_hiburan/ft.jpg)
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Faizal Tahir yakin tiga lagunya yang tercalon ke separuh akhir Muzik Muzik 25 kali ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk ke peringkat Anugerah Juara Lagu.
Tiga lagu tersebut ialah i>Selamat Malam, Hanyut dan Adernalin.
Kata Faizal, impiannya menjadi kenyataan apabila lagu-lagu itu terpilih untuk bersaing dalam rancangan berkenaan yang akan bermula 8 November ini.
"Kali ini merupakan paling banyak pencalonan untuk lagu saya. Saya merasakan ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan.
"Memang sukar untuk sampai ke peringkat akhir namun saya yakin ketiga-tiga lagu itu mempunyai kekuatannya tersendiri," katanya.
Bagaimanapun, menurut Faizal, dia mengakui persaingan kali ini sangat sengit kerana semua lagu yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri.
"Saya juga akui kali ini lagu-lagu yang dipertandingkan hebat-hebat belaka. Malah lagu yang saya rasa paling kuat ialah Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain.
"Saya sendiri merasakan ia bakal menjadi juara Anugerah Juara Lagu kali ini, lagi pula pada pemerhatian saya Taja seorang komposer yang boleh pergi jauh," katanya.
Namun begitu, Faizal turut memberitahu dia agak tertekan apabila memperolehi giliran terakhir pada ketiga-tiga pusinganseparuh akhir tersebut.
Ia disebabkan Faizal perlu membuat persembahan lebih baik daripada peserta sebelumnya.
"Sudah tentu saya tertekan apabila mendapat giliran terakhir bagi ketiga-tiga lagu ini. Terutamanya apabila melihat penyanyi lain buat persembahan dengan baik di atas pentas dan kita akan memikirkan untuk beri lebih baik," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka lagu tolong ingatkan aku - ana raffali....strong contender but underdog |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya..
lagu sixth sense nape xtercalon. khatimah cinta dh masuk ek thn lepas? lagu2 lain?
biasanye, tiap2 tahun ada wpun xmenang.. |
|
|
|
|
|
|
|
AKU SKE LAGU HANYUT n SELAMAT MALAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!HOPE BLEH MENANG AJL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nk tgk psembahan hujan |
|
|
|
|
|
|
|
style ooo FT nyanyi lagu Yuna...
intro lagu tuh bukankah lagu Gun n Roses? Dont Cry ke tajuk dia |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong FT dgn stacy je....go baby go!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya..
lagu sixth sense nape xtercalon. khatimah cinta dh masuk ek thn lepas? lagu2 lain?
bi ...
jihah Post at 4-11-2010 06:37 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
dik, sini bod FT. lg elok klu tnya kt bod muzik & selebriti : malaysia, thread muzik2 2010.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sicomel at 4-11-2010 21:03
30 lagu berentap - metro
Oleh Elrafaei Sapi
PENGANJURAN Anugerah Juara Lagu (AJL) anjuran TV3 sudah menjadi tradisi dalam kalendar industri muzik tanah air. Penyanyi popular seperti Francissca Peter, Zaiton Sameon, Aishah, Fauziah Latiff dan Datuk Siti Nurhaliza antara bekas juara yang pernah mengukir nama menerusi pertandingan berprestij ini.
Namun, sejak beberapa tahun lalu, senario acara ini membawa pembaharuan apabila penyertaan lagu ke final dimonopoli artis muda.
Untuk edisi ke-25, acara ini masih menganjurkan kategori terbuka untuk semua artis bertanding. Sebanyak 30 lagu dipilih peminat menerusi undian di laman sesawang dan semua ini akan berentap untuk tiga episod pada saingan separuh akhir bermula 8 November ini jam 10 malam.
Bekas pemenang tempat ketiga AJL tahun lalu, Faizal Tahir mengungguli tiga lagu layak ke peringkat separuh akhir menerusi Hanyut, Adrenalin dan Selamat Malam. Penyanyi Stacy, Ana Raffali bersama kumpulan Mirwana dan Hujan mempertaruhkan dua lagu.
Selepas cabut undi diadakan kelmarin, separuh akhir pertama menyaksikan 12 lagu bertanding iaitu Gerak Hati nyanyian Azlan & The Typewriter, Inikah Cinta (Akim), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Cinta (Mohd), Noktah Cinta (Hafiz), Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Ana), Bersamamu (Joe Flizzow), Cinta Sempurna (Yuna), Oh Juwita (Nubhan), Sejujur Hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal).
Minggu kedua pada 15 November pula menyaksikan saingan antara Tika Masanya nyanyian duet Hujan dan Mirwana, Manifestasi Cinta (Fiq bersama Mirwana), Kau Harus Ada (Hujan), Drama King (Meet Uncle Hussain), Menggegar Dunia (Adam dan Stacy), Tolong Ingatkan Aku (Ana), Jahat (Stacy), Susun Silang Kata (Aizat), Cinta Kosmik (Fabulous Cats), Ku Ada Kamu (Adira), Sofea Jane (Black) dan Adrenalin (Faizal).
Hanya baki enam lagu bersaing di minggu ketiga separuh akhir pada 22 November iaitu Realiti Dewi (Alyah), Pelita (API), Berlari (Tomok), Extravaganza (Bunkface), Nadiku (Sabhi Sadhi) dan Selamat Malam (Faizal). Produser, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata sebanyak 80 pencalonan lagu diterima untuk AJL25 kali ini. Namun, pemilihan lagu ini berdasarkan faktor mesra pendengar di kalangan peminat yang mengundi dan kekerapan dimainkan di enam stesen radio utama.
"Undian ini dilakukan peminat sepenuhnya. Mereka mengundi selama enam hari yang mencatatkan 25 undian diterima pada setiap hari.
"Untuk saingan separuh akhir nanti, persembahan artis ini akan diadili lima juri profesional. Dua juri bertanggungjawab menilai melodi, dua untuk lirik manakala seorang bertindak sebagai ketua juri.
"Dijangka mungkin 10 hingga 14 lagu akan dipilih bertanding ke final. Hanya enam lagu bertanding pada separuh akhir minggu ketiga kerana kami mahu memberi debaran pada keputusan ke final nanti.
"Namun, enam lagu pilihan juri diumumkan pada dua pusingan separuh akhir. Apapun, lagu pilihan ini belum tentu layak ke final dan begitu juga lagu lain masih mempunyai peluang.
"Bagi TV3, AJL25 masih relevan untuk diteruskan walaupun menampilkan artis sama yang pernah bertanding sebelum ini," katanya.
Bagi Faizal, dia tidak mahu terlalu yakin dengan pencalonan tiga lagunya yang bersaing kali ini. Dia melihat lagu lain yang terpilih mempunyai kekuatan tersendiri.
"Secara peribadi, saya memilih Drama King dan Pelita untuk layak ke peringkat akhir kerana dua lagu itu menampilkan karya segar dan mempunyai kekuatan.
"Saya percaya peminat mempunyai pilihan sendiri. Kita harus faham lagu dijangka menang adalah lagu mendapat tempat di hati penonton.
"Saya tidak ragu terhadap juri. Mereka individu profesional yang tidak hanya menilai mengikut kata hati.
"Jika saya menjadi juri, saya memilih lagu yang boleh membawa industri muzik ke hadapan. Karya itu harus segar dan menjadi inspirasi anak muda.
"Bukan soal pilihan peminat mempengaruhi juri tetapi lagu itu menambat hati juri. Saya tidak beranggapan tiga lagu saya pergi ke final mahupun tidak mustahil satu lagu yang berjaya.
"Saingan antara lagu yang bertanding kali ini sama rata. Namun, saya berharap agar lagu saya berjaya dan ini menjadi pencapaian peribadi," katanya.
Faizal yang pernah menang tempat ketiga pada AJL tahun lalu dan menang kategori Balada, Persembahan dan Vokal Terbaik menerusi Sampai Syurga (2008), menyokong kehadiran artis baru memberi perkembangan positif.
"Merujuk 10 tahun lalu, industri muzik kita berdepan masalah kerana hanya artis sama bertanding, tetapi sejak dua hingga tiga tahun lalu, senario ini berubah dan menunjukkan peningkatan artis baru," katanya.
Ana pula, kekuatan dua lagunya yang bertanding adalah atas sokongan komposer berpengalaman, Aidit Alfian yang bertanggungjawab sebagai mentor dan produser albumnya, Ketika Aku Kecil.
Katanya, sejak awal rakaman lagu ini dibuat mereka sudah membayangkan lagu yang mempunyai potensi masuk ke final. Menerusi pencalonan ini, ia menjadikan impian mereka berdua tercapai.
"Jika ada rezeki, kami berharap untuk menang kali ini. Untuk separuh akhir, saya akan membuat persembahan seperti biasa. Jika layak ke final, saya akan lebih memberi fokus pada aspek teknikal untuk memberi kelainan.
"Antara lagu lain, saya tidak mahu fikir lagu mana yang memberi saingan kuat kerana takut hilang fokus dan membuat saya lebih gemuruh.
"Apa yang penting, saya berharap persembahan semua peserta nanti bukan sekadar memikirkan pertandingan, tetapi berusaha memberikan yang terbaik," katanya.
Wakil Mirwana, Muhammad Akmaluddin Samsudin berkata, antara dua lagu mereka yang terpilih memberi kekuatan berbeza. Walaupun menampilkan duet bersama penyanyi lain, ia dianggap strategi menang-menang antara dua pihak.
"Memang kami tampil lagu secara duet untuk mencipta kelainan. Kami juga tidak lagi memperkenal diri sebagai kumpulan nasyid.
"Menerusi perubahan pada aspek pakaian dan genre muzik terbuka merujuk pada fusion dan eksperimental, soal duet sudah menjadi trend artis antarabangsa.
"Tidak timbul siapa menumpang populariti siapa, tetapi seperti Hujan dan Fiq, mereka juga mahu bawa pembaharuan kerana kami.
"Tidak dinafikan kami masih dilabel kumpulan nasyid, tetapi adanya dua lagu ini, kami cuba mengubah identiti kami secara berperingkat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edry, Audi kuasai Muzik Muzik 25 - BH
Oleh Hanisah Selamat
Separuh akhir musim kali ini terus tampilkan karyawan muzik generasi muda
MELIHAT senarai 30 lagu yang terpilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 25 kali ini, boleh dikatakan sebahagian besar pencalonan terdiri daripada mereka yang pernah menguasai pada pentas peringkat sama di pertandingan musim lalu.
Bukan hanya sekadar penyanyi, barisan pencipta lagu serta komposer juga tidak banyak berbeza sekali gus membuktikan industri muzik tempatan masih dikuasai ‘orang muda’ seiring kehendak semasa.
Antara wajah biasa termasuk Faizal Tahir yang setia dengan nukilan Audi Mok dan Hujan (masing-masing mempertaruhkan tiga lagu) selain Yuna, Stacy, Hafiz, Alyah, Nubhan, Black, Adam, Akim, Tomok, Bunkface serta The Fabulous Cat.
Meet Uncle Hussein yang mencetuskan kontroversi apabila menarik diri tahun lalu dicalonkan lagi namun kali ini berpadu suara dengan Black sekali gus bermakna mereka juga akan berentap dengan bekas vokalisnya, Azlan & The Typewriter (Gerak Hati).
Bakat baru pula terdiri daripada Ana Raffali bersama dua lagu yang juga ciptaan sendiri, Mohamad, Shahir, Adira, Sabhi Saddi manakala penyanyi lama sekadar diwakili Adibah Noor serta Joe Flizzow.
Bagi komposer, dua nama agak menyerlah berbanding penggubah lain iaitu Edry Abdul Halim dan Audi Mok yang juga bukan nama asing dalam Muzik Muzik kali ini menyandarkan empat lagu sebagai percaturan ke peringkat seterusnya.
Memasuki tahun ke-25 penganjurannya, seperti tahun lalu TV3 menggunakan format baru dengan memansuhkan pembahagian genre muzik dan penyenaraian pula merujuk carta lagu popular di enam stesen radio tempatan selain kajian kekerapan diputarkan sebelum dipilih pendengar menerusi sistem undian di laman web.
Penerbitnya, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, penggunaan format baru menggalakkan penyertaan lebih ramai penggubah lagu muda sekali gus memberi saingan terhadap komposer lebih pengalaman hingga menampakkan impak pemuzik muda terus mengambil alih ruang.
“Kita mengikut aliran semasa yang mengkehendaki lagu mesra telinga kerana Muzik Muzik sendiri adalah carta lagu. Walaupun memberikan kuasa 100 peratus kepada orang ramai memilih dendangan digemari pada masa sama TV3 sendiri masih menetapkan markah tertentu untuk membolehkan ia sampai ke separuh akhir final.
“Pada peringkat ini pula, tiada lagi campur tangan pendengar sebaliknya semua lagu akan diadili oleh lima juri profesional yang menilai setiap aspek sebelum melayakkan mereka mara untuk pertarungan akhir di Anugerah Juara Lagu,” katanya pada majlis pengumuman calon Separuh Akhir Muzik Muzik 25, kelmarin.
Secara tidak langsung, pemilihan awal berdasarkan populariti dendangan dikatakan menggalakkan penyertaan lebih banyak lagu dengan tapisan awal mencecah 80 gubahan hingga akhirnya hanya 30 lagu layak beradu nasib di semi final.
Mengulas mengenai pemilihan populariti berbanding kualiti, kata Ahmad Shaifullizam, apabila ia mampu memancing perhatian pendengar, bermakna sesebuah gubahan itu mempunyai melodi serta lirik yang bagus malah biar penyanyi atau penciptanya orang baru, itulah kehendak pasaran.
“Memang boleh nampak individu sama. Ya... mereka muda, segar tetapi merekalah yang sedang hangat ketika ini. Contoh kumpulan A.P.I yang menggabungkan vokalis daripada beberapa kumpulan. Bagi saya Muzik Muzik tetap relevan kerana kita mengikuti perkembangan muzik tanah air.
“Senario muzik tempatan juga tidak sebesar mana dan kerana itu orang luar melihat hanya individu sama berentap setiap tahun. Segala yang anda nampak adalah mereka yang sedang hangat,” katanya.
Ditanya sekiranya undian peminat memungkinkan berlaku ketidakadilan, katanya lagi setiap pengundi perlu memasukkan data peribadi lengkap malah dalam sehari seseorang hanya boleh memangkah lagu kegemaran tidak lebih daripada 25 kali.
“Bagi sesebuah lagu di dalam carta, peluang undian dibuka sama rata di antara lima hingga enam hari sebelum undian ditutup. Kita tetap teliti biarpun menggunakan kaedah pengundian awal di tangan peminat bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kekeliruan,” katanya.
Pertandingan yang menyaksikan 30 lagu popular pilihan pendengar itu juga akan dibahagikan kepada tiga bahagian, selama tiga minggu bermula 8 November disusuli 10 November dan 17 November yang turut menyaksikan
pengumuman finalis pada minggu terakhir.
Ia juga akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, mulai jam 10 malam hingga 11.30 malam.
Pertandingan berprestij yang sudah memasuki tahun ke-25 penganjuran itu bermatlamat memartabatkan industri muzik tanah air dengan memberi pengiktirafan terhadap hasil kerja komposer, penulis lirik dan tidak ketinggalan penyanyi. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagu Slmt Mlm & Adrenalin mask final! ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagu Slmt Mlm & Adrenalin mask final!
Nadia90 Post at 5-11-2010 10:39 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
setuju setuju........ |
|
|
|
|
|
|
|
setuju setuju........
masterdyanna91 Post at 5-11-2010 14:17 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
lagu hanyut iols kurang berkenan.. x tau nape ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Rhyno pun kurang berkenan ngan Hanyut....Rhyno nak Adrenalin & Selamat Malam masuk AJL25!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|