|
[Tempatan]
Projek Sultan T'ganu, adinda cetus kebimbangan alam sekitar
[Copy link]
|
|
monsterwife replied at 5-9-2024 02:58 AM
Kalau tak macam mana ibu penyu nak shopping
Patutnya anak2 payung kuning kena kerja ,dapatkan penda ...
Ada beberapa contoh raja yang berkerjaya dulu sebelum naik. Misalnya Raja Azlan Shah bekerja majistret dari bawah sampailah jadi Ketua Hakim Negara baru naik takhta. Raja Muda Kedah sekarang pun berkerjaya sebelum dilantik raja muda. Begitu juga Yamtuan Negeri Sembilan dan anak2. Tapi biasanya perkara disebabkan sistem beraja yang bukan direct inheritance macam Perak dan N9 to a certain extent atau mereka memang bukan in direct line of succession tapi akhirnya naik sebab pakcik takde anak lelaki atau pakcik meninggal awal. |
|
|
|
|
|
|
|
owner dia x boleh nak pikir ke?? hurmmm tau la rakyat x blh nak usik kannn klu melibatkan geng kuning ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang masih tak paham
Dah memang negeri tu milik sultan dan kerabat
Rakyat (staf) cuma pilih CEO (yakni MB)
Share holder adalah sultan dan kerabat
Takde istilah duit/harta rakyat
Yang ada cuma harta/duit ke-RAJA-an |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah mereka, hak mereka
Acik2 porem tak perlu la acah2 nak jaga alam sekitar, flora fauna bagai
Abis tu rumah yang korang duduk sekarang, sebelumnya dulu padang pasir ke?
Dah tentu la perumahan/kondo yang korang duduk sekarang ni pon asalnya hutan gak |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri ulang tak benarkan tanam sawit di kawasan hutan
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Sep 4, 2024
Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani sekali lagi menegaskan, kerajaan tetap tidak membenarkan pembukaan ladang kelapa sawit di kawasan hutan.
"Kita tandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dulu.
“Kita bagi komitmen bahawa (jumlah) peratusan hutan tidak kurang daripada 50 peratus. Sekarang kita ada 54 peratus.
"Sebab itu kita tak benarkan lagi pembangunan ladang kelapa sawit di kawasan hutan, orang pergi tebang hutan, tanam kelapa sawit," katanya kepada pemberita di Morib, Selangor hari ini.
Kata Johari, dasar pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang ditubuhkan selepas 31 Dis 2019 melarang pembelian bahan dari ladang kepala sawit yang dibuka hasil pembersihan hutan semula jadi.
Menurutnya, kerajaan boleh menarik balik sijil MSPO kepada mana-mana kilang yang masih membeli kelapa sawit dari ladang yang dibuka di kawasan hutan.
"Kalau dia nak buat juga, kelapa sawit itu tidak boleh dibeli oleh kilang. Kalau kilang beli juga dia (kilang itu) akan hilang MSPO," katanya.
Ahli Parlimen Titiwangsa itu tidak menyebut mana-mana projek secara khusus.
Bagaimanapun, Malaysiakini hari ini melaporkan syarikat Pure Green Development Sdn Bhd mengemukakan penilaian impak alam sekitar (EIA) dua bulan yang lalu untuk membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan hutan di daerah Kuala Nerus, Terengganu.
Baca: Projek Sultan T'ganu, adinda cetus kebimbangan alam sekitar
Projek itu menimbulkan kontroversi. Selain dijangka memberi kesan terhadap hutan, kebimbangan turut timbul terhadap risiko banjir dan gangguan bekalan air semasa musim kemarau.
Pure Green Development dimiliki oleh adinda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
EIA itu juga mendedahkan syarikat berbeza yang dimiliki oleh sultan sedang membersihkan hutan di kawasan bersebelahan.
Sementara itu, Johari berkata, kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mengkaji penggunaan teknologi RT-ECO iaitu Rawatan Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME) dalam memastikan kemampanan pengeluaran sawit negara.
Katanya, teknologi rawatan efluen dari Singapura itu sesuai dalam memenuhi permintaan pasaran berhubung pemeliharaan alam sekitar.
RT-ECO dikendalikan oleh syarikat Merujaya POME Solutions Sdn Bhd menggunakan teknologi elektrokimia dalam menapis efluen sawit dalam memastikan sisa yang dihasilkan ketika pengeluaran selamat dan boleh digunakan semula oleh kilang, sekali gus mematuhi standard kemampanan dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
monsterwife replied at 5-9-2024 02:58 AM
Kalau tak macam mana ibu penyu nak shopping
Patutnya anak2 payung kuning kena kerja ,dapatkan penda ...
Masuk tentera juga kerah jaga negara jaga sempadan. Baru kuat mental fizikal. Takpelah gemuk huduh mentekedarah duit rakyat. Zaman dulu anak raja semua berperang. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sape yg nak mencapub
yg blah selatan pulak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Payah la.. Klu libatkan raja2 ni.. Tgk la Negeri2 lain tu.. Sama je.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut je laaa nama adinda tu. lahabau laaaa pemberita punnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Nk komen pasal royal ganu di mata rakyat ganu tp kitenye suke hidup bebas lol |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 5-9-2024 08:44 AM
malas nak komen kang ke dalam
Weh btol hahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, bila dah cetus2 kebimbangan ni, anything positive happening? |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols wish Malaysia ni takda raja2.
Takda TMJ takda kerabat taik perasan suma tu.
Takda syed syarifah juga sebab Hanna lembam kata syed syarifah keturunan rosulluloh if nak tegur, kena tegur baik2. Sebegitu masyarakat Melayu (macam Hanna. Ai know uols porumer idok) angkat keturunan syet seripoh. |
|
|
|
|
|
|
|
NGO alam sekitar bantah keras projek sawit di Hutan Kuala Nerus
Shakira Buang
Diterbitkan: Sep 6, 2024 8:30 AM
Hafizudin Nasarudin
Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) membantah projek Pure Green Development Sdn Bhd untuk membangunkan ladang kelapa sawit baru di kawasan hutan di daerah Kuala Nerus, di Terengganu.
Pengerusi Kuasa, Hafizudin Nasarudin berkata projek tersebut jelas tidak mampan untuk alam sekitar.
“Kita membantah sekeras-kerasnya projek tersebut dan kalau boleh janganlah buat kerana kawasan yang ingin dibangunkan itu memang tak sesuai.
“Satu, dia merupakan kawasan hutan semulajadi dan yang kedua hutan itu adalah hutan paya gambut, iaitu hutan yang paling sensitif dalam negara kita.
“Yang ketiga, kita dekat Malaysia ini tak banyak dah hutan paya gambut ini, jadi kita perlu selamatkan hutan paya gambut ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Jelas Hafizudin, hutan paya gambut sangat penting kepada alam sekitar kerana ia bertindak sebagai ‘span’ karbon dioksida selain menjadi penebat kepada masalah banjir.
“Termasuklah isu-isu dia adalah habitat kepada hidupan liar dan ekosistem yang penting. Jadi, apabila ia digantikan dengan sawit memang ia tak boleh berlaku,” tegasnya.
Menurut Hafizudin, negara juga akan berdepan masalah besar sekiranya pelaksanaan ladang kelapa sawit di hutan paya gambut tersebut tidak diurus tadbir dengan baik.
“Kita tahu, kalau di Indonesia masalah terbesar industri sawit ini adalah apabila mereka buat di hutan paya gambut dan apabila hutan ini dibuka dan pokok-pokok asalnya tak ada kemudian ditanam dengan sawit satu hari nanti sampai tempoh matang mereka kena salin balik (tanaman sawit ini) dan kita bimbang mereka bakar sawit terbabit.
“Ada di kalangan peneroka-peneroka sawit ini akan ambil jalan mudah dengan membakar. Apabila dibakar kawasan bekas hutan gambut itu, ia memang susah untuk dipadam, dan ia akan mengakibatkan pembakaran hutan yang teruk dan juga jerebu yang teruk,” jelasnya.
Tidak mampan dari segi ekonomi
Malah, Hafizudin menegaskan sekiranya projek terbabit diteruskan dia yakin hasil tanaman tersebut tidak akan dapat dieksport ke luar negara.
“Kerana ada SPO (program minyak sawit mampan) dengan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), dia tak akan certified sawit ini untuk dieksport ke luar negara.
“Jadi, memang projek sawit ini sangat tidak mampan kepada alam sekitar dan dari segi ekonomi. Jadi, kesimpulannya memang kita membantah sekeras-kerasnya projek ini dan gesa pihak kerajaan negeri Terengganu tidak meluluskan projek ini dan pihak pemaju yang didukung oleh kerabat Sultan Terengganu ini buatlah di kawasan yang lain.
“Banyak lagi tanah-tanah lapang dan tanah terbiar yang lain, khususnya yang di luar hutan simpan, luar daripada hutan paya gambut boleh dibuat projek ini,” katanya.
Malah, Hafizudin berkata kerajaan pusat menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi juga telah maklumkan dan berjanji bahawa tiada lagi pembukaan ladang baru bagi tanaman kelapa sawit di kawasan hutan, khususnya kawasan hutan simpan dan juga kawasan hutan semula jadi, termasuk hutan paya gambut.
“Itu janji menteri, jadi bagaimana boleh ada kelulusan di peringkat negeri?” soalnya.
Jangan salah guna kuasa
Tegas Hafizudin lagi, Jabatan Alam Sekitar juga sebenarnya tidak boleh luluskan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) projek itu.
“EIA ini tak boleh diberi kelulusan dan saya gesa kerabat Sultan Terengganu ini jangan salah gunakan kuasa dan posisi dia untuk menghalalkan projek ini.
“Projek ini memang tak mampan untuk alam sekitar dan sangat-sangat tak sesuai dan kita membantah sekeras-kerasnya projek tersebut,” tegasnya.
Tambahnya, dia juga hairan kenapa negeri Terengganu masih lagi mahu memusnahkan hutan bagi tujuan sumber ekonomi.
Sedangkan, katanya Terengganu mempunyai royalti petroleum.
“Tak cukup lagi ke (hasil) daripada royalti petroleum itu untuk menjana ekonomi negeri? Sampai bila nak kacau hutan ini sebab kalau Kelantan kita fahamlah sebab tidak ada royalti petroleum, dia masih mengharapkan sumber daripada pembalakan, perlombongan, perladangan dan sebagainya.
“Tetapi Terengganu ini duit dah banyak tapi masih lagi nak manipulasi hutan. Jadi, kita tak setujulah dan kita menyanggah keputusan kerajaan negeri dan juga syarikat ini sendiri,” katanya.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan syarikat Pure Green Development Sdn Bhd mengemukakan EIA dua bulan yang lalu untuk membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan hutan di daerah Kuala Nerus.
Projek itu menimbulkan kontroversi kerana selain dijangka memberi kesan terhadap hutan, kebimbangan turut timbul terhadap risiko banjir dan gangguan bekalan air semasa musim kemarau.
Pure Green Development dimiliki oleh adinda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
EIA itu juga mendedahkan syarikat berbeza yang dimiliki oleh sultan sedang membersihkan hutan di kawasan bersebelahan.
Merugikan negara
Mengulas lanjut, aktivis Alam Sekitar dan Naib Presiden EcoKnights Amlir Ayat berkata pelaksanaan projek terbabit hanya akan memberi dampak negatif yang amat besar akibat kehilangan kawasan hutan paya gambut dara seluas 2,229 hektar itu.
“Ini ialah gangguan terhadap bekalan air, banjir dan kebakaran hutan. Hutan paya gambut berfungsi sebagai penyimpan air atau ‘span’ yang sangat berkesan yang mampu meminimumkan risiko banjir.
“Ketiadaan ekosistem ini pasti meningkatkan risiko limpahan air yang akan membanjiri kawasan di sekitarnya yang pasti menyukarkan kehidupan rakyat tempatan untuk tempoh yang panjang. Fungsi pengimbuhan air bawah tanahnya (groundwater recharge) juga akan terjejas dan mengancam kestabilan kitaran hidrologi di kawasan tersebut,” jelasnya.
BACA BERKAITAN:
Pecahkan projek di hutan simpan: Bagaimana pemaju guna 'kelemahan peraturan'
Menurut Amlir, oleh kerana paya gambut terdiri daripada bahan organik yang telah mereput selama ribuan tahun, ia mudah terbakar dengan lama khususnya apabila terdedah kepada cuaca panas.
“Hutan paya gambut juga merupakan penyimpan atau ‘sinki’ karbon dalam jumlah yang sangat besar iaitu kira-kira 2,000 ton metrik karbon per hektar. Ini menyamai karbon yang dibebaskan oleh kira-kira 1,600 buah kenderaan setahun. Jika ekosistem ini dimusnahkan, ia akan meruncingkan lagi krisis perubahan iklim yang dialami di seluruh dunia kini,” katanya.
Jelasnya, kekurangan jumlah permukaan bumi yang dilitupi hutan juga menyukarkan negara mencapai komitmen di persada antarabangsa untuk mengekalkan 50 peratus permukaan bumi Malaysia sebagai kawasan hutan.
Difahamkan, Malaysia ketika ini mempunyai kira-kira 54.58 peratus permukaan muka bumi sebagai kawasan hutan.
“Kepelbagaian biologi ekosistem paya gambut yang sememangnya unik pasti akan terancam dan merugikan negara kita yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna yang banyak di antaranya tidak ditemui di tempat-tempat lain di dunia.
“Dengan prestasi sebegini, apakah pasaran minyak kelapa sawit Malaysia akan diterima di Eropah yang amat mementingkan kemampanan industri tersebut? Tidakkah projek merupakan sesuatu yang merugikan negara?”soalnya.
Ketetapan kerajaan pusat
Bagi Pegawai Lapangan, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman pula pihaknya jelas berpegang kepada prinsip tidak bersetuju sama ada Hutan Simpanan Kekal (HSK) atau lain-lain kawasan perlindungan dimansuhkan atau dieksplotasi bagi tujuan penanaman kelapa sawit.
“Ketetapan ini jelas telah diputuskan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi sejak 2008 lagi selaras dengan salah satu syarat pensijilan MPSO.
“Dari semasa ke semasa Malaysia masih mengekalkan ketetapan tersebut malah baru-baru ini Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani dengan tegas mengulangi ketetapan tersebut yang tidak membenarkan pembukaan dan penanaman kelapa sawit di kawasan hutan,” katanya.
Menurut Meor Razak, SAM juga dukacita terhadap beberapa negeri termasuk Terengganu yang tidak mahu mengguna pakai ketetapan yang diputuskan di peringkat persekutuan.
“Kita sedia maklum, hutan paya gambut merupakan jenis hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi yang semakin diancam kemusnahan.
“Kemusnahan hutan paya gambut akan menjejaskan ekosistem terutama perubahan suhu keliling apabila berlaku pelepasan karbon karbon dioksida yang tinggi.
“Kemusnahan hutan paya gambut juga secara langsung akan memusnahkan habitat kepelbagaian biologi flora dan fauna unik yang biasanya tidak ada atau tidak ada di jenis hutan yang lain,” katanya.
Pendek kata, Meor Razak berkata SAM tetap membantah cadangan untuk membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Belara dan lain-lain kawasan Hutan Simpan Kekal dalam negara.
Malah katanya, sepatutnya tidak timbul isu kerajaan negeri hendak memusnah dan mengeksploitasi kawasan hutan simpan kekal ini.
“Kerana negeri Terengganu setiap tahun menerima royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh demikian kerajaan negeri sepatutnya beransur-ansur beralih kepada sumber ekonomi lain yang tidak berasaskan eksploitasi sumber alam kepada sumber ekonomi mampan dan termaju,” tegasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tipikal negeri PAS...nak bangunkan negeri cara lain tak reti,tahu tebang hutan je lah utk jana ekonomi
semoga perosak alam dilaknat 10keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa hukumnya merosak alam sekitar? Lobai afganu takde nasihat kan ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|