CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] Bayi 8 bulan maut dipercayai disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh. Polis tahan pengasuh wanita.

[Copy link]
Post time 7-9-2024 02:47 PM | Show all posts
Moga makpaknya kuatlah. Kalau aku dah tekulai dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 7-9-2024 02:47 PM
34 tahun kira BBNU ke?

Bagi aku ye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 03:01 PM | Show all posts

gitu eh, Ingatkan BBNU ni dari belasan tahun hingga 25 gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Gini la jadinya kalau buat keje semata2 nak duit....habis melayang nyawa anak orang...semoga mak ayah Al-Fateh tabah mengharungi dugaan ni. Tak terkata rasanya anak yg ditunggu selama berbelas tahun mati di tangan betina ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 7-9-2024 03:01 PM
gitu eh, Ingatkan BBNU ni dari belasan tahun hingga 25 gituh.

Yang ko trigger sangat kenape??  Adekah engko pon terhegeh kat zantan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 03:45 PM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Semoga pasangan ini tabah dengan ujian ini.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2024 03:50 PM | Show all posts
Daku rasa, yang dera budak kat taska ni sebenarnya gagal dari segi ujian emosi, atau sejenis kalau stress je dengan perkara lain, tapi lepaskan kemarahan kat budak-budak.

Taska tak berdaftar pulak ni.

Mohon yang nak jadi pengasuh taska ni diwajibkan ambil ujian psikiatri dan emosi. Kalau rasa tak boleh dengar budak nangis atau geram nak pukul budak bila budak tu buas, tolong la jangan jadi pengasuh. Kesian kat anak-anak tak berdosa


Daku sedih, dahlah 13 tahun tunggu nak dapat cahaya mata, namun Allah lebih menyayanginya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2024 04:20 PM | Show all posts
NEGARA

Suspek ‘jaga’ Al Fateh pernah buat perangai

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

7 September 2024, 10:26 am



MUHAMMAD AL FATEH disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH – Pengasuh wanita yang diberkas polis petang semalam selepas dipercayai menyebabkan kematian, Muhammad Al Fateh Amri, 8 bulan, di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kelemak, dekat sini dikatakan mempunyai ‘kes’ lama sebelum ini.

Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts. Mohd.Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata, pihak pengurusan taska akhirnya membuka mulut selepas didesak oleh ahli keluarganya bagi mengetahui motif tindakan suspek.


Katanya, dia bagaimanapun hanya dimaklumkan suspek yang juga merupakan ibu tiga anak itu mempunyai masalah dan ‘kes’ sebelum ini.

“Bila saya sampai dari tempat bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi Kuala Lumpur, saya terus berjumpa dengan pengurus taska dan mendesaknya supaya menceritakan hal sebenar.

“Selepas itu barulah dia akui pengasuh yang menjaga anak saya itu ada masalah dan pernah buat kes sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Semalam Kosmo! melaporkan Muhammad Al Fateh meninggal dunia dipercayai selepas dibedung, disumbat botol susu sebelum ditekup dengan bantal oleh seorang pengasuh wanita.

Pihak taska kemudian menelefon ibu mangsa kira-kira pukul 9.05 pagi memaklumkan Muhammad Al Fateh menjadi biru dan tidak mengetahui punca kejadian sehinggalah Mohd. Fikry bersama pasukan polis memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis terbabit.

Mengulas lanjut Mohd. Fikri berkata, Muhammad Al Fateh baru sahaja lima hari dihantar ke taska tersebut sejak Isnin, namun dijaga oleh pengasuh lain sehingga Khamis lalu.

“Isnin sampai Khamis memang orang lain yang jaga Al Fateh dan pada hari kejadian suspek menggantikan pengasuh asal yang bercuti, terus jadi macam ni.

“Tak ada apa berlaku dari Isnin sehingga Khamis, pihak taska hantar video kepada isteri (kongsi keadaan Al Fateh) memang tak ada masalah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... rnah-buat-perangai/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2024 04:24 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 7-9-2024 04:33 PM

BERITA

Taska 'ragut' nyawa Al Fateh tidak daftar JKM

Oleh
NOR FARHANA YAACOB

07 September 2024
03:44pm



Pegawai JKM ketika membuat pemeriksaan di taska yang meragut nyawa bayi lelaki berusia lapan bulan di Taman Kelemak Utama di sini, pada Jumaat.


ALOR GAJAH - Taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini yang terbabit insiden bayi maut dalam jagaan pengasuhnya disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Kalsom Nordin berkata, meskipun telah lebih tiga tahun beroperasi, namun pusat jagaan itu masih dalam proses mendapatkan surat sokongan pendaftaran.

"Hasil semakan mendapati taska tersebut belum berdaftar dengan JKM.

"Namun pihak pengurusan taska sedang mendapatkan sokongan pendaftaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi aspek keselamatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Kalsom berkata, bagaimanapun taska berkenaan telah mendapat sokongan daripada agensi yang lain seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah.


Ujarnya, susulan kejadian itu, dua kakitangan JKM telah melakukan pemeriksaan di premis terbabit pada jam 3.30 petang pada Jumaat selain turut dihadiri pasukan forensik polis.

"Unit kanak-kanak (taska) dan Unit Penguatkuasaan JKM pada hari ini sekali lagi telah melakukan pemeriksaan dan menemuduga pengusaha taska.



Artikel Berkaitan:

Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas

Pengasuh taska disyaki bunuh bayi direman seminggu

'13 tahun tunggu zuriat, baru lima hari hantar taska bayi maut'

Suspek bunuh bayi di taska direman pagi ini

Bayi maut di taska: Polis tahan pengasuh wanita



"Setakat ini pemeriksaan yang dilakukan, kita tidak pernah menerima sebarang aduan kes di taska ini yang merekodkan kehadiran 10 orang kanak-kanak termasuk mangsa bayi yang meninggal dunia," katanya lagi.

Tambahnya, JKM akan melakukan tindakan Penguatkuasaan LAK (tutup) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) selain akan mengenakan tindakan pendakwaan selepas siasatan lanjut dijalankan.


Sinar Harian pada Jumaat melaporkan bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri meninggal dunia di taska itu.

Sinar Harian turut melaporkan bapa kepada kanak-kanak itu Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal oleh suspek.

Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.


https://www.sinarharian.com.my/a ... eh-tidak-daftar-jkm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2024 04:28 PM | Show all posts
TERKINI

Al Fateh disahkan maut kerana lemas

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

7 September 2024, 3:43 pm



ASHARI (tengah)


ALOR GAJAH – Bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri disahkan meninggal dunia kerana lemas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil laporan bedah siasat yang diperolehi daripada Unit Forensik Hospital Alor Gajah mengesahkan punca kematian mangsa adalah kerana lemas.


“Proses bedah dilakukan malam tadi bermula pukul 7.30 malam sehingga 10.45 malam dan punca kematian disahkan kerana lemas.

“Tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh badan bayi berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan seorang pengasuh wanita direman tujuh hari sehingga Jumaat ini selepas disyaki menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 34 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak Hospital Alor Gajah memaklumkan telah menerima seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa telah dihantar ke taska oleh datuk dan ibunya pada pukul 7.05 pagi tadi (semalam), namun pada pukul 9.05 pagi, pihak taman asuhan itu menelefon si ibu memberitahu bahawa tubuh badan bayi berkenaan dalam keadaan biru,” katanya.

Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts, Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, berkata, kejadian menimpa anaknya itu dipercayai berpunca daripada perbuatan suspek yang membedung mangsa, menyumbat botol susu dan menekupnya dengan bantal.

Tindakan tidak berhati perut itu terbongkar selepas dia bersama-sama pihak polis melakukan pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... -maut-kerana-lemas/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2024 04:28 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya betina! Aku harap kau ke tali gantung. Aku harap mahkamah rayuan ke, mahkamah persekutuan ke jangan mengada2 nak tukar ke penjara seumur hidup. Celaka punya betina! Budak tu buat dosa apa dengan kau, sial? Eh la celaka betul!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 7-9-2024 01:24 PM
NASIONAL

Pengasuh direman 7 hari, bantu siasatan kematian bayi lelaki di taska

Betina celaka! Kau sendiri pun ada 3 anak. Cuba orang buat macam tu kat anak kau apa perasaan kau? Ehh la celaka sial punya betina. Aku harap kau ke tali gantung. Kisah pulak aku anak2 kau hilang kasih sayang kau sebagai mak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada ibu bapa Al Fateh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bod ni ada masalah tred lama2 naik entah sape duk post kosong
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah arwah ni base dekat kem sg besi duk ulang alik ke melaka ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2024 08:46 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 7-9-2024 03:11 PM
Yang ko trigger sangat kenape??  Adekah engko pon terhegeh kat zantan?

macam mana ayat aku punya gentle boleh dilabel trigger ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 10:29 PM | Show all posts
salam takziah. semoga mudah urusan keluarga mangsa dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurul8001 at 8-9-2024 09:40 AM
dagusengett replied at 7-9-2024 06:16 PM
Ayah arwah ni base dekat kem sg besi duk ulang alik ke melaka ke


Kat berita kata, PJJ. Weekend baru balik Melaka

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
aku spill tea sikit ea

owner taska ni ustazah dan suaminya polis, pangkat apa aku x sure
ada 3 cawangan
ada 1 cawangan tu dia buat dari rumah dia sendiri sebab tak lepas bomba ke apa aku x faham sgt....
ustazah ni baik, mudah bincang. dan di senangi la swnang ckp
jd dia ni jenis bg peluang, silap besar dia di sini

pekerja pon btukar2, aku tak rasa isu gaji, sbb dia bukan jenis desak parents tak. bayar ke apa ke... memg ramai dia ambil dan bayaran boleh bincang.

al-fatihah
moga kedua ibu bapa ni kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.044114 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list