CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sinardaily

[Tempatan] Kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi golongan kaya

[Copy link]
Post time 1-10-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dari 16 September lg ssh nk percaya apa Bung Nuwar ni ckp...biasa ckp lain buat lain...sbb tu dia selalu gagap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Majlis pelancaran kaaa majlis peluncuran?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dia sebut maktab sains sbp etc bukan sekolah hari2 5u.  In a way betullah tu ramai t20 dr b40. Katanya ramai anak elite dr anak miskin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
apa maksud subsidies pendidikan utk golongan kaya? contoh ya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:15 PM | Show all posts
naina replied at 30-9-2024 07:10 PM
Orang berniaga takda slip gaji tu cmnelah nak detect kaya ke tak. Tahu2 dapat bantuan.

orang gini lah
selalunya kemain untung
masalahnya boleh plak
dia berlapang dada
duk cerita dengan kita
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:36 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 30-9-2024 07:06 PM
Boleh pmx definikan apa ke golongan kaya tersebut?

rasa income >rm100K/year wicis tak la banyak, esp kalo duk klang valley nehh
pmx lupa kut... income tax rate utk golonngan yg dia labelled as so called kaya ni pun dah increase to 25% , and dah takde income bracket rm250K-rm400K dah.. naik2 je rm100K udah kena 25 persenn ni...  tang situ pun udah dapat lebey yee

baik le semer jatuh golongan semekin.. banyak dapat bantuan sana sini sinun kekdahnya.. jadi orang kaya kat mesia ni mcm kena sumpahan pulak bidewai kut gaji rm9K/mo idok le kaya mana punnnnnn pmx uiii..kalo ada 2,3 org sesak juge ujung2 bulan tu




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 30-9-2024 07:06 PM
Boleh pmx definikan apa ke golongan kaya tersebut?

Yg pakai hilux
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 1-10-2024 09:10 AM
apa maksud subsidies pendidikan utk golongan kaya? contoh ya?

Mungkin anak orka yuran tahunan sekolah anak kena byr RM3k kot? Meja kerusi dlm kelas kena beli sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 02:47 PM | Show all posts
terlalu vague istilah kaya tu.. T20 kah?
apa je subsidi yg T20 terima?
anak2 depa gi private school.. bukan gi skolah gomen dapat buku teks pinjaman yang dah lunyai tu.

or SBP? MRSM? berapa kerat je kot.. ada tu kt Kolej Yayasan Saad.. kayo la kot..

udah2 la potong subsidi sampai ke pendidikan..
skrg ni.. usahkan subsidi.. nak apply loan belajar pon tengok tangga gaji mak bapak.
walhal loan tu.. kena bayar balik
anak aku apply PTPTN... kalau dapat pon.. 50% saje.. selebihnya kena tanggung sendiri. Ni nak potong lagi subsidi..

biasanya yg kena segala beban ni.. golong marhaen M40...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:49 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 1-10-2024 07:15 AM
Majlis pelancaran kaaa majlis peluncuran?

ada lagi satu.. bunyi dekat2 jugak sis


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:53 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 30-9-2024 05:58 PM
Nak reduce subsidi tu fahamlah. Tapi jgn la usik pendidikan. Inikn utk future juga. Skrg ni pon rama ...

asalkan b40 even malas nak belajar skang ni lg mudah dpt offer dr budak2 m40 t20 yg pandai dan nak belajar sis
dats y bila masuk uni, set2 ni la kadang yg sampai lecturer kena cari dekat dorm sbb membuter, atau yg submit assigment dapat 0 marks pun boleh tersenyum bangga sbb everything is so easy for them.. so take for granted saje



ni most.. bukan semua.. ada yg betul2 usaha.. ada yg kadang kita tengok.. hmm sedeyy la ko dhekkk, bantuan kiri kanan kut.. cuba bersyukur sikit



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 30-9-2024 10:41 PM
Contoh subsidi pendidikan pd orang kaya?


1 Yang paling obvious, yuran tahunan. Contoh - Orang miskin free. Tak miskin tak kaya rm150 setahun. Orka rm5000 setahun.

2 Biasiswa utk pelajar cemerlang. Contoh - anak Orka cemerlang, kalau nak biasiswa  kena cari biasiswa swasta eg Shell.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 03:40 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 1-10-2024 03:42 PM
imanjannah replied at 1-10-2024 09:10 AM
apa maksud subsidies pendidikan utk golongan kaya? contoh ya?
Ini petikan daripada Berita Harian:

"Sekadar yang saya dapat faham, majoriti memberi manfaat kepada golongan yang elit. Orang kanan penjawat awam, pimpinan politik, pengusaha-pengusaha terkenal.

"Itu semua (anak) dihantar sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai oleh kerajaan dengan kadar yang tinggi yang sebenarnya meletakkan kita dalam keadaan paling tidak munasabah, tidak adil," tegasnya.

Keadaan itu, katanya, tidak menggambarkan peratusan anak miskin ke pusat pendidikan terbaik dibantu kerajaan seperti sekolah menengah sains dan Maktab Rendah Sains MARA.

"Bentuk ketirisan ini, termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan disubsidi tinggi oleh kerajaan, harus dihentikan.

+ + +

PMX mention secara jelas dalam ayatnya tentang: "sekolah-sekolah menengah sains". Maksudnya, PMX merujuk kepada SM Sains.

Semua SM Sains berada dalam kategori Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Jadi, PMX merujuk kepada SBP.

+ + +

Di SBP ada tiga kategori subsidi. Semua pelajar akan menerima ketiga-tiga subsidi ini kerana ini adalah policy yang diamalkan untuk berpuluh tahun.

Subsidi 1: Subsidi pendidikan. Ini adalah sama seperti apa yang diberi di SK / SMK / SRJK / SMJK.

Subsidi 2 : Subsidi dewan makan. Subsidi ini tidak diterima oleh pelajar-pelajar di sekolah harian. Subsidi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tidak mempunyai standard seperti 'subsidi dewan makan' yang diterima oleh pelajar SBP.

Subsidi 3 : Subsidi asrama. Subsidi ini juga tidak diterima oleh pelajar-pelajar di sekolah harian.

+ + +

Kita tolak tepi subsidi pendidikan. Kerana, subsidi pendidikan wajar diberi kepada semua rakyat.

Kita fokus kepada subsidi dewan makanan. Ketika PH memerintah pada kali pertama, ini adalah kos subsidi dewan makan: RM 18 / sehari / seorang pelajar. Maksudnya, subsidi makanan yang diberikan kepada seorang pelajar adalah RM 18 sehari.

Kita bundarkan kepada RM 20 sehari untuk tujuan pengiraan. Sebulan, subsidi dewan makan berjumlah RM 600 / seorang pelajar. RM 20 sehari x 30 hari.

Setahun, subsidi dewan makan berjumlah RM 6,000 / seorang pelajar. RM 600 sebulan x 10 bulan. Assuming 2 bulan ditolak kerana cuti.

Lima tahun pelajar belajar di SBP, jumlah keseluruhan subsidi dewan makan adalah RM 30,000 / seorang pelajar.

Untuk 10 pelajar kaya, jumlah subsidi dewan makan = RM 300,000 untuk 5 tahun.

Untuk 100 pelajar kaya, jumlah subsidi dewan makan = RM 3 juta untuk 5 tahun.

Jumlah keseluruhan pelajar SBP dan MRSM adalah sekitar 100 ribu orang. Katakan 1% adalah pelajar kaya. Jumlah pelajar kaya di SBP dan MRSM adalah 1,000 orang.

Untuk 1% pelajar kaya (sekitar 1,000 orang), jumlah subsidi dewan makan = RM 30 juta untuk 5 tahun.

Untuk 2% pelajar kaya (sekitar 2,000 orang), jumlah subsidi dewan makan = RM 60 juta untuk 5 tahun.

Untuk 3% pelajar kaya (sekitar 3,000 orang), jumlah subsidi dewan makan = RM 90 juta untuk 5 tahun.

Rate RM 18 / day / student adalah rate beberapa tahun lepas. Selepas Covid, harga barang telah meningkat. Berkemungkinan besar rate sekarang sudah meningkat juga.

Persoalannya sekarang: Apa justification untuk kita gunakan taxpayer money bagi membayar puluhan juta ringgit untuk kos makanan anak orang kaya?

Kita buat selama 10 tahun ... kos ini menjadi ratusan juta ringgit. Seolah-olah ratusan juta ringgit ini tidak perlu digunakan untuk selesaikan banyak masalah lain dalam bidang pendidikan.

Wahai rakyat Malaysia, kita bercakap tentang kos yang berjumlah RATUSAN JUTA RINGGIT. Bukannya ratusan ringgit. Tolonglah berfikir dengan waras sama ada ambil UPSR atau tidak.

+ + +

Ini baru tentang kos makanan. Belum lagi kira kos air dan electricity untuk keperluan diri. Serta kos perabot untuk setiap pelajar. Dan pelbagai kos lain berkaitan asrama seperti kos maintenance, kos security, kos pembersihan, etc.

Anak Melayu lain boleh pergi sekolah naik bas sekolah. Anak Cina dan anak India boleh pergi sekolah naik bas sekolah. Pelajar Sabah dan pelajar Sarawak boleh usaha pergi sekolah sendiri. Pelajar PPRT boleh pergi sekolah naik bas Rapid atau naik motor bapa. Pelajar pedalaman dan pelajar kampung boleh pergi sekolah jalan kaki, lalu jambatan gantung, naik bot, naik motor bapa.

Persoalan utama: Apa sebab utama anak orang kaya Melayu PERLU duduk di asrama?

Asrama dan sekolah adalah dua perkara yang berbeza. Kita tak persoalkan anak orang kaya Melayu belajar di sekolah kerajaan. Yang kita persoalkan sekarang: Kenapa anak orang kaya Melayu perlu duduk di asrama?

Kalau kita bercakap tentang keadilan... Anak orang kaya Melayu duduk di asrama. Apa adilnya apabila berjuta-juta pelajar lain tidak menerima subsidi seperti ini?

Kalau kita bercakap tentang keadilan... Anak orang kaya Melayu duduk di asrama. Apa adilnya apabila berjuta-juta pelajar miskin menghadapi pelbagai masalah untuk belajar?

Rumah jauh daripada sekolah. Perjalanan ke sekolah yang perlu melalui jalan tanah yang berselut apabila hujan. Rumah yang sempit. Tiada ruang untuk belajar di rumah PPRT. Apa adilnya untuk pelajar-pelajar seperti ini?

Mohon sesiapa jawab semua persoalan yang diketengahkan dalam posting ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:04 PM | Show all posts
Jangan Non,

nanti timbalan menteri sukan berguling atas jalanraya depan dataran.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 05:54 PM | Show all posts
Nfir replied at 1-10-2024 03:40 PM
Ini petikan daripada Berita Harian:

"Sekadar yang saya dapat faham, majoriti memberi manfaat kepada ...

tp kan yuran asrama utk M40/T20 berbeza dgn yuran asrama B40...so mesti subsidi pun dikurangkan utk M40/T20.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 1-10-2024 02:36 PM
rasa income >rm100K/year wicis tak la banyak, esp kalo duk klang valley nehh
pmx lupa kut... incom ...

Rm9k tolak tax n kwsp tinggal tinggal dlm rm7k...tolak rumah n kereta/pengangkutan?tolak ke parents?so baper tinggal for 30days?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan kaya tu T20?
Kalau takat T20 takde la kaya mana
Ko patut cri T5 yg super kaya
Tp logik nya yg super kayo tak hantar anak skolah gomen...ipta...
Kalau T20 ape la sgt
Cukai kena bayau, privilege tarakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 1-10-2024 05:54 PM
tp kan yuran asrama utk M40/T20 berbeza dgn yuran asrama B40...so mesti subsidi pun dikurangkan ut ...

Setahu aku, yuran sbp sama utk semua org. Cuma yuran pibg yg berbeza ikut pendapatan. Mrsm tak tahu la pulak.

Imo, dasar menyekat pelajar anak2 T20 dari masuk SBP & MRSM mcm sekrg ni maybe kena kaji semula. Utk golongan ini, mungkin subsidi boleh ditarik. Cuma mereka dibenarkan belajar kat SBP tersebut sekiranya layak at full cost ditanggung penjaga. Konsep mcm di KYS maybe.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
#teamFA
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:56 PM | Show all posts
mejaputih replied at 1-10-2024 05:54 PM
tp kan yuran asrama utk M40/T20 berbeza dgn yuran asrama B40...so mesti subsidi pun dikurangkan ut ...

Yuran pelajar T20 dan M40 tak sama dengan yuran B40. Tapi kerajaan masih perlu absorb sebahagian besar kos.

Kenapa kita assume kerajaan absorb sebahagian besar kos untuk pelajar T20 dan M40?

Pertama, kalau T20 dan M40 perlu bayar kos makan dan kos asrama sebenar yang hampir atau lebih RM 1K sebulan ... secara logiknya adakah mereka mahu letak anak mereka di asrama?

Of course, mereka akan suruh anak belajar di sekolah harian. Makan apa yang ada di rumah. Dan tidur di rumah.

Kedua, jika betul T20 dan M40 perlu bayar kos makan dan kos asrama sebenar ... secara logiknya, adakah PMX akan bercakap tentang subsidi orang kaya di SM Sains?

The fact that PMX bercakap tentang subsidi orang kaya di SM Sains menunjukkan ketirisan benar-benar berlaku selama ini, i.e. memberi subsidi makanan dan subsidi asrama kepada orang yang tak perlu.

+ + +

Apabila pelajar T20 dan M40 yang tinggal di asrama menerima ribuan ringgit dalam bentuk subsidi asrama dan subsidi makanan, apa pula subsidi yang perlu diberikan kepada pelajar sekolah harian?

Tak kan pelajar T20 dan M40 asrama saja menerima subsidi tinggi? Habis tu ... pelajar sekolah harian tak perlu menerima subsidi yang sama banyak?

Apa adilnya di sini?

Bukankah rakyat kata subsidi perlu diberikan sama adil?

+ + +

Finally, pergi angkut anak T20 dan M40 masuk asrama. Duit makan kita bayar. Duit berak pun kita bayar.

In the end, bodoh. Add Maths bodoh. Physics bodoh. English bodoh. Lower form pun dah failed.

Kalau bercakap tentang kebodohan sebab perangai yang tak reti nak hargai subsidi yang diberikan ... memang rasa menyampah.

Kalau letak B40 di asrama dan mereka jadi pelajar lemah tak de la kita rasa sakit hati sangat kan... Nak sedapkan hati, boleh guna alasan mereka B40. Mereka susah nak cemerlang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.550901 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list