|
[Tempatan]
Anak orang kaya bayar RM7,520 belajar di Universiti Awam, kerajaan tanggung kos RM80,623
[Copy link]
|
|
masalahnya PN lembab nk mampos, cuba la ko fight pasal benda ni dalam parlimen. aku walopon sokong Madani buat masa sekarang tp aku nk jugak pembangkang yg kuat. kalau lemah macam sekarang main isu rasis je mampuih la bila MADANI melencong tak betui nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bang non anti beno dengan T20
|
|
|
|
|
|
|
|
AnBulisia replied at 2-10-2024 03:37 PM
kenapa bang non anti beno dengan T20
Ntah la tp mcm dgn t1 mcm okeh plak ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 2-10-2024 03:47 PM
80k je?? Okay. Hapuskan je subsidi tu..
80k tu takat ko menabung SSPN tetiap bulan tax exemption 8k setahun ok ko dpt.. 10 tahun ko menabung utk anak dah settle yuran pendidikan tu, siap dpt dividen lagj....
Tp biarlah kemasukan ke IPT tu adil.. B40 kalo tak layak, tak payah la sumbat demi kuota.. biar je laa B40 sambung tempat2 lain.. ikut kelayakan yg sebetul nya lah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 2-10-2024 03:47 PM
aku la anak B40 yg kerajaan tanggung tu. ye memang bapak aku ada menabung utk aku dari kecik. dulu2 kan ada duit emas rm1 tu, ha tulah tabungan bapak aku sampai umur aku 18thn nak masuk matriks masa tu. kalau ikutkan pmr aku cemerlang kot straight As tapi sebab masa tu ntah dasar kerajaan suka hantar students pegi asrama penuh jauh2, dahle aku punye level miskin family kitorang tak mampu beli kereta, aku fikir nnt aku masuk hostel mesti byk ongkosnye. nk sewa van lagi, bayar tol lagi. so aku mengalahla. nsb baik spm aku cemerlang jugak. tu pun aku tak tergamak nak pegi belajar oversea sbb fikir ongkos jugak. kereta pun tak mampu beli ni lagilah nak beli tiket flight. so aku bersyukurlah dapat masuk universiti awam, dpt belajar rajin2 sampai dpt la naikkan taraf hidup aku jadi M40. ko imagine mcm nilah, bukan bapak aku tak menyimpan, simpan je, tapi aku punya level miskin masa tu terpaksa tolak biasiswa JPA sbb JPA punye scholarship lagi skit dari PTPTN, aku taknak susahkan bapak aku nak kene support aku tiap2 sem. PTPTN aku pun dah settle dah ni. alhamdulillah la jugak hasil tabungan bapak aku tu tak penahla aku berlapar masa aku belajar.
korang yg bayar cukai ni jgn ingat korang tu dah susah, ramai je lagi yg lagi susah, cuma diorang taknak meminta2 je. yg ko nampak B40 yg konon meminta2 tu, ko yakin ke diorang tu B40? ramai je yang sebenarnya kategori M40 dan T20, tapi sebab takde syarikat, takde slip gaji, boleh menipu konon gaji bawah RM1500. contohla, yang memiliki tanah pertanian, cikgu-cikgu yang buat homestay, cikgu-cikgu yang buat part time jual itu ini yang jadi photographer, hagak-hagak golongan mcm ni nak declare ke berapa pendapatan sebenar diorang? kena ingat gak, yang keje gomen ni elaun-elaun yang korang dapat DIKECUALIKAN cukai pendapatan. so brape sen je sebenarnya cukai pendapatan yang dibayar kalau suma dok sorok pendapatan lain-lain tu.
kalau ko suruh B40 menyimpan, M40 T20 tak bleh ke menyimpan? takkan tak mampu kot. ko cakap pasal rokok, tu M40 T20 lagi banyak duit nak beli lebih daripada rokok. kalau kata M40 T20 ni banyak perbelanjaan, perbelanjaan dari segi ape? lifestyle ke? sebab tu M40 T20 ni kategori paling ramai bankrap kat Malaysia.
aku M40 bujang, makbapak dah takde, tak layak dapat potongan pun kecuali zakat, aku setuju sangat kalau duit cukai aku digunakan untuk bantu B40 yg btul2 B40, bukan M40 yang menyamar jadi B40. and believe me ramai sangat la M40 T20 menyamar B40 ni. pastu sangkut ngan LHDN tak declare pendapatan sebenar. diorang ni yg sebenarnya buat perangai peghak tu dok show off itu ini. Mohon facebook, tiktok, instagram beli laluan khas pada LHDN utk skodeng profile geng2 penyamar B40 yang nak lari dari cukai ni
FYI kategori B40 adalah pendapatan seisi rumah RM 5250 ke bawah tau. so cuba cek balik ntah2 dok kutuk B40 tu ntah2 korang pun B40 jugak sbnrnye kot
|
|
|
|
|
|
|
|
saya sokong subsidi kepada golongan tersasar sahaja. titik. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan pasal x bantu b40...
ni pasal ko nak susahkan selain b40.
sistem sedia ada, sapa income lebih, bayar lebih....
duit cukai untuk semua rakyat.
sekarang ni nak buat, sapa income lebih bayar lebih, tapi ko x boleh enjoy benda tu...
apa yang org bayar cukai tinggi2 rasa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa kempen, pendidikan percuma utk semua. Sekrg dh jd kerajaan, org kaya kn bayar full..elok laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 2-10-2024 02:54 PM
ala bpe kerat je ank2 T20 yg masuk uni awam tu bang non.. aku percaya ramai stdy obersi & swasta... ...
T20 yg takat parat2 hidung melambak je hantar anak kt uni gomen..kalau gaji 20k tp anak 5,6 ..T20 mahakaya kepala hotak dia la |
|
|
|
|
|
|
|
mayaHD replied at 2-10-2024 03:18 PM
masalahnya PN lembab nk mampos, cuba la ko fight pasal benda ni dalam parlimen. aku walopon sokong M ...
Yg lain semua takleh hrp dah uols |
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 2-10-2024 03:05 PM
dulu geng2 ni la dok fight untuk pendidikan percuma.... suh hapus ptptn bagai..
hujung2 nak stop ban ...
Mcm siel kan..kwn iols yg walanon guling2 pendidikan percuma skrg tetibahhh redha yach..MELUAT dgn geng taksub |
|
|
|
|
|
|
|
dia nie mcm bg hint je nk tarik subsidi pendidikan... ckp jela direct kan sng.. tak payh libatkan taraf kehidupan org lain... masalahnye ank2 biforti ramai yg tak nak smbung stdy... tak kan nk biarkan uni awam jd rumah hantu?
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk la tanggungan jgk. kalau T20, anak berderet, takkan tak de subsidi langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
aikk dulu kata nak bagi pendidikan preeee... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia macam ni la..dah tak pandai nak bawak masuk pelaburan...jadi cari je benda2 yang boleh jimat. Bagi menampakkan rezab negara makin bertambah... |
|
|
|
|
|
|
|
Copy comment kt fb
Yang bayar cukai utk kemakmuran negara tu kebanyakannya golongan mana..
T20 sekarang ni pun asalnya dari orang susah, jerih payah masa belajar dulu demi nak ubah ekonomi keluarga.
Kalau pun mereka menerima gaji /pendapatan dan upah yang tinggi, itu adalah hak mereka. Menerima gaji atas tugas dan tanggungjawab. Golongan T20 tak rompak duit negara atau menekan orang susah untuk dapat gaji sampai nak menerima hukuman begini..salah kah mereka ditakdirkan dapat rezeki lebih sampai disekat begini. Mereka juga berusaha. Duit tak turun sendiri dari langit tanpa kerja keras dan usaha.
Anak orang berada atau anak orang susah, kedua-duanya adalah warganegara Malaysia yang satu masa kepakaran mereka diperlukan oleh negara. Jangan hanya kerana dia lahir dari mak ayah yang T20, anak yang nak belajar baik-baik ni menerima hukuman begini.
So jangan wujudkan sentimen kebencian antara yang kaya dan miskin atau menafikan hak rakyat seluruhnya hanya kerana nak dipandang sebagai "pemimpin pejuang orang-orang susah". Sebab T20 di negara ini dah banyak membantu dari segi percukaian dan menyumbang kewangan negara. Mereka bukan perompak atau menindas orang susah. Mereka dapat rezeki yang lebih atas usaha dan jerih payah.
Dah nak naik haji pun berkasta, ni dlm pendidikan pun nak dikasta juga. Last2 nanti T20 tak boleh ke hospital kerajaan, tak boleh dapat minyak subsidi, beras dan barang makan pun dikasta utk golongan yang bersubsidi dan tak subsidi. Apa lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
exactly my sentiment, chegu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka aku baca acik2 forum ramai yang dah rasional.
Aku dah lama cakap even untuk hantar bebudak pandai pi overseas tu ko abaikan status sosial mak bapak budak tu sebab yang nak belajar berhempas pulas tu bukan mak bapak. Mujur juga penaja2 ni dengar cakap aku.
Cuma sekarang tinggal gomen madani ni ja yang perlu disekolahkan. Orang2 kaya please flex your muscles tak susah pun gegar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beranak ramai tu pilihan. Di China satu masa dahulu siapa beranak ramai akan di'hukum' oleh dasar2 yang sangat tidak memihak kepada mereka. Sorrylah nak minta lebih.
|
|
|
|
|
|
|
|
AnBulisia replied at 2-10-2024 03:37 PM
kenapa bang non anti beno dengan T20
Bukan anti... dia ambil pendekatan sosialis dan populist utk kuatkan sokongan |
|
|
|
|
|
|
| |
|