CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: btm09me

Perang Buku

[Copy link]
Post time 21-6-2011 09:25 PM | Show all posts
Reply 12# btm09me


owh.
btm09me, same la. saya juga orang2 biasa.

sebenarnye, pada pendapat saya la,
hikayat hang tuah ni ada byk versi.
then, untuk mendapat rujukan tentang hang tuah, kite kene khatam hikayat2 hang tuah tersebut.
selain itu, kite kene tengok manuskrip2 dan hikayat2 yg berkaitan dengan perkara tersebut.
then, kite kene melihat dari sudut buku2 yg dikaji oleh para pengkaji sama ada Malaysia sendiri, Indonesia sendiri dan juga barat.
baru la kite boleh 'nampak' jalan2 sejarah tersebut.

pada pendapat saya juge, saya bercakap terus terang ok, tapi saya tidak ada niat apa2 pun, ok?just akademik.
sebenarnya, orang2 akademik di Indonesia, khususnya Jawa, saya melihat, mereka mengarang buku hanya berdasarkan satu pihak saja, iaitu dari pihak orang jawa tersebut. (tapi tidak semua)
then, melakukan research secara mentah2, iaitu dgn menggunakan buku atau bahan yg sedia ada.
(sorry kalu saya silap, ini pandangan saya, sebab rata2 saya tengok, buku karangan Indonesia, memang macam ni, kalau yang berkaitan dengan alam Nusantara)
semuanya nak menunjukkan jawa la bangsa hebat, bangsa bertamadun. bagi pendapat saya, itu pandangan anda masing2, tapi tidak perlu nak 'Kondem' org2 Melayu Malaysia.

macam, para pengkaji Sejarah Malaysia di sini, kalau sejarah yang berkaitan dengan sejarah Indonesia, or konfrontasi or ape2 isu, kebanyakan mereka akan turun padang, turun ke Indonesia, UK, Belanda, Amerika dll.(kalau yg diberi geran dan berkemampuan, tengok juga, tajuk kajian mereka, sama ada mengkaji sejarah indonesia, mesti mereka akan turun ke Indonesia dan cari bahan2 yangberkaitan, misalnya surat2, mereka akan pergi ke Leiden, sekiranya mereka berkemampuan.)

contoh nye, mengenai Hang Tuah, pengkaji Malaysia turut bekerjasama dgn pengkaji Sulawesi Selatan. kenapa mereka bekerjasama?
sebabnye, pengkaji Sulawesi Selatan menyatakan, Hang Tuah adalah dari kerabat diraja Bugis. then, pengkaji Malaysia dan Sulawesi Selatan akan bekerjasama mengenai perkara tersebut.
mengenai Opu Bugis Lima Bersaudara, pun sama, mereka bekerjasama utk mengkaji, turun padang, ke Luwu, Bone, Makassar, Mandar dan lain2, untuk mengumpul maklumat.

contohnye lagi, mengenai kerajaan Melaka Melayu atau Kesultanan Melayu Melaka, para pengkaji Malaysia, turun padang ke seluruh Indonesia, jawa, sulawesi selatan, kalimantan, dan yang paling utama sekali adalah di Sumatra serta kepulauaan Riau-Lingga.
then, di Malaysia, mestilah para pengkaji Malaysia, dah turun padang di negara sendiri.
then, ekoran daripada itu, di sini, mereka mendapat kerajaan Melayu Melaka di asaskan pada 1262.

then, mengenai patih gajah mada, ia adalah gelaran yang bermaksud seperti perdana menteri.
di dalam kerajaan majapahit, gelaran ini digunakan dalam setiap pemerintahan raja2 majapahit.
then, sebelum ni, btm09me kate Hang Tuah x lawan patih gajah mada, tapi pastu plak, btm09me kate, hang tuah lawan patih gaja mada,
kalu kite tengok kat sini, perang buku ni, org2 jawa la yang mengagung2kan kerajaan majapahit, sebabnye, org2 jawa tidak dapat menerima bahawa, Hang Tuah berjaya mengalahkan patih gaja mada majapahit ataupun apa2 yang dikatakan oleh org2 jawa. ok, kalau la hang tuah tidak lawan majapahit, tetapi, hang tuah turut dikatakan melawaan juge kerajaan majapahit.
dan daripada kemenangan tersebut, hang tuah dapat sebilah keris bernama taming sari dan pulau yg dianugerah sendiri oleh org yang dikalahkan oleh majapahit.
tapi, disebabkan orang2 jawa tersebut tidak berpuas hati terhadap fakta ini dan menyatakan bahawa hang tuah ni adalah macam seolah2 mitos, sebabnya nak menutup kekalahan pergaduhan tersebut.
bukan stakat di sejarah Malaysia Indonesia dulu je pun, sejarah Malaysia Indonesia Moden pun, orang2 jawa tetap, membuat peperangan melalui akademik, melalui blog2, n semua2 la.
(contohnye, peristiwa ambalat, kalu bace buku2 indonesia, mereka menyatakan, seolah2, org malaysia la yang bersalah dalam hal ni. masuk sempadan negara Indonesia.
tp kalu nak merujuk fakta yang betol, isu sempadan ambalat ini kan masih dalam pertikaian, org2 malaysia yg dikatakan menceroboh adalah hanya di dalam lingkungan sempadan ambalat yang masih dalam pertikaian lagi. tapi, org2 jawa, ini lah, yang memburukan keadaan, kata org Malaysia ceroboh, masuk kawasan sempadan Indonesia, mati2 kate org Malaysia la jahat.
walhal, rata2 kite, tahu bahawa sempadan itu masih di dalam pertikaian lagi. then, contohnye la, kalu lah masuk sempadan pun Indonesia pun, adakah wajar tindakan Indonesia yang dikatakan berbaik2 dengan Malaysia, buat macam tu, mengheboh2kan sluruh dunia, untuk menunjukkan orang Malaysia ni memang jahat.
benda ini pun sama seperti isu konfrontasi malaysia indonesia, mahonara dan lain2.
sebabnya, orang2 jawa di Indonesia, kebanyakan mengkaji dari perspektif sendiri.)

begitu juge dengan Malaysia,
ok, saya ambil kerajaan Melaka, mereka memakai gelaran sebagai bendahara yang bermaksud seperti perdana menteri.
tahukan anda, btm09me, bahawa bendahara dan patih gaja mada merupakan pangkat yang lebih kurang sama?
then, pangkat bendahara sentiasa di lantik dalam kerajaan Melaka, begitu la juge dengan kerajaan Majapahit, mestilah nak melantik patih gaja mada yang lain untuk menggantikan yang lain.
(mengenai patih gaja mada yang merupakan pangkat dan ada lagi org jawa lain yang menjawat jawatan tersebut, saya sendiri pun, mengetahui dari penulis kerajaan2 jawa)

kami, di malaysia, rata2 tahu juge sedikit sebanyak mengenai sejarah Indonesia, kerana ia ada berkaitan dengan kerajaan Melaka dan Johor (kedua2 kerajaan ni yang paling uttama).
kalau di Indonesia, saya tidak pasti, sama ada mereka mengamalkan sistem pembelajaran sejarah seperti kami, mahupun di peringkat skolah atau universiti.
tapi, dari mengikut pengalaman saya, rata2, orang indonesia tidak tahu pasal sejarah kerajaan2 di Melayu di Malaysia.
kalu ada pun sedikit sahaja, then, yang banyak sikit pun tahu, orang2 yang mempunyai keturunan yang ada di malaysia.
contohnye, daeng salili, merupakan kerabat diraja bugis, datang ke kerajaan perak dan menurunkan dato' maharajalela yang berjaya membunuh JWW birch secara terang-terangan. then, keturunan mereka yang ada di sulawesi, akan tahu sedikit sebanyak mengenai sejarah tersebut.

pengkaji2 indonesia, sememangnya, ada yang mengikut pengaruh Sukarno, Presiden Pertama Indonesia. sbb nye, org2 jawa Indonesia, sememang-memangnye berhasrat mahukan Semenanjung Tanah Melayu untuk keselamatan Indonesia.
kenyataan ini sendiri dinyatakan oleh orang2 jawa di indonesia time konfrontasi. Profesor Yamin. then dipersetujui oleh Presiden Sukarno.
then, menurut pandangan org2 indonesia, menyatakan bahawa Presiden Sukarno sebenarnya dikambing hitamkan oleh PKI.
ada juge, menurut pandangan orang2 indonesia, menyatakan bahawa Presiden Sukarno memang nak ambil Malaysia.
di sini, kita leh lihat, bahawa, pengkaji di Malaysia, melihat sudut konfrontasi dr kedua2 belah pihak.

orang2 jawa, hanya menulis karya mereka di sebelah mereka sahaja, kalau berkaitan ngan Malaysia, memang mereka akan menghentam orang2 malaysia.
ya, kami di sini, rata2, tahu, hasrat indonesia untuk megambil semenanjung tanah melayu sebagai Indonesia.
so, dari sini, kita dah boleh lihat dan boleh fikir logik, betapa hebatnye dan betapa istimewa nye semenanjung tanah melayu tersebut.
so, mereka, selepas tidak mencapai hasrat mereka, mereka akan cube menggunakan pelbagai cara sehinggalah semenanjung tanah melayu sebagai Indonesia.
tapi, bagi pendapat saya, ini hanyalah kebanyakan dilakukan oleh politik2, penduduk di Indonesia, tidak lah begitu memberi respon mengenai perkara tersebut. tapi, ini tetap dijadikan sebagai satu kesalahan, kerana menerapkan, sifat yang begitu negatif terhadap Malaysia.
kami, di Malaysia, kami langsung tidak diterapkan begitu.
kami, memberi tanggapan bahawa, Malaysia dan Indonesia adalah sama.
cume, sejarah yang membezakan kite.

lagi satu, menurut pemerhatian saya, orang Melayu Malaysia, mengamalkan sifat keserdahanaan dan tidak bermegah diri. (jangan melibatkan politik).
then, pengkaji Malaysia, kalau menulis, tidak begitu Emosional or mengikut perasaan, tapi, mengikut bukti rekod2, pandangan2, dua2 belah pihak, or pihak2 lain juge.
so, renung2kan lah.


saya dah tak tahu apa nak tulis, sebab tersangkut, sebab tadi ada kerja lain kene buat.
ehehehee..
sorry banyak melalut.
hhihih..

sorry btm09me, kalu saya ada menyinggungkan anda.
tapi, ini hanya pendapat saya sahaja, then, pendapat kamu saya tetap terima. kite berdikusi sesama antara satu sama lain untuk mengisi kekosongan yang ada.

then, mengenai perkara ini tidak semua yang begitu.

apapun, kite tetap peace!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 09:30 PM | Show all posts
Reply 12# btm09me


saya memohon maaf kalu anda tersinggung or terkasar bahasa.

saya, hanya memberi pandangan untuk tujuan berdedikusi.

salam perkenalan btm09me.

chop,
adakah btm09me beragama Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 19# thessailly

Memanglah kalau yang putih tue putih..hitam tue hitam..yang coklat maintain coklat..Akan lebih berwarna-warnilah dunia niey..Ya aku faham bahawa Tuhan menciptakan kita dalam pelbagai kalangan kaum dan rupa..

Untuk kita saling berkenal-kenalan dan mengambil tahu apa yang tidak kita tahu..
Maksud aku tadi tue,kita semua daripada leluhur teratas yang sama..
Tiada beza antara kita semua..Semua punya hak asasi..
Hak untuk bersuara,hak untuk mempunyai harta,hak untuk mendapatkan keadilan,dll..

Maaflah kalau apa yang aku cakap sebelum nie tak sesuai..
Aku tak bermaksud untuk me"melayu"kan semua bangsa yang ada di Malaysia nie,,
cuma sekadar beranggapan bukankah lebih baik sekiranya soal bangsa dan keturunan itu tidak terlalu diobseskan oleh individu..
Kita memang kena tahu sejarah dan siapa generasi di atas kita..Tapi,tak bermakna kita perlu pertikaikan sesuatu bangsa dan keturunan yang lain kan?

Sekadar pandangan aku yang tak belum cukup umur untuk mengundi nie..Maaf yerk?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 05:25 PM | Show all posts
bukan majapahit dah wujud dulu ke sebelum kesultanan melaka??? err maaf, kalau salah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 06:58 PM | Show all posts
Reply 23# 7teen


    tak perlu minta maaf..tak salah apa pun..nama pun forum/prbincangan..mcm ni laa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 03:51 PM | Show all posts
Reply 26# thessailly

ade org post gambar ko dalam thread ni.     

http://mforum1.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2011 04:33 PM | Show all posts
Reply 25# edy137

kalu nk ikot skrg,
melaka dh ada 1262.
lg awal dr kerajaan majapahit, 1293.


tp, allah swt yg maha mengetahui.
hikhikhihkihik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 05:10 PM | Show all posts
Reply 27# winamp05


    tekejut mak..igt gamba betul..rupanya avatar je.. ..aku men taruk je avatar tu..king arthur ropa-ropanya..kekeke

p/s - sepah menang maharaja lawak oi..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 12:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 12:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 07:27 PM | Show all posts
Marilah tengok ni! Lobang dan keuntungan untuk semua!
http://goo.gl/zpgSg
http://goo.gl/zpgSg
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:39 PM | Show all posts
Perang Propaganda...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.055558 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list