CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: beta_carotene

Forecast Anugerah Skrin 2011

[Copy link]
 Author| Post time 4-8-2011 12:57 PM | Show all posts
Yup .. biar ASK ni fokus pada drama je ..Kalau nak diwujudkan kategori bagi drama rantaian .. masa ...
haiku Post at 4-8-2011 08:44


jika dibuang kategori filem insyaAllah tidak overrun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 12:25 AM | Show all posts
kan bagus kalu ada pencalonan utk pelakun kanak2 terbaik...hrmmmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2011 12:32 AM | Show all posts
Shahrulezad Mohammeddin dah mengesahkan bahawa Syurgamu Ramadhan masuk senarai calon drama rantaian terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2011 03:18 AM | Show all posts
I nak predict utk kategori filem

PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM

1. Aaron Aziz - KL Gangster
2. Stephen Rahman Hughes - Merong Mahawangsa
3. Remy Ishak - Nur Kasih The Movie
4. Shaheizy Sam - Sekali Lagi
5. Ady Putra - KL Gangster

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM

1. Sofi Jikan - KL Gangster
2. Khir Rahman - Merong Mahawangsa
3. Fizz Fairuz - Nur Kasih The Movie
4. Bront Palarae - Sekali Lagi
5. Sidek Hussein - Karak

PELAKON WANITA TERBAIK FILEM

1. Tiz Zaqyah - Nur Kasih The Movie
2. Sabrina Ali - Khurafat
3. Ummi Nazeera - Merong Mahawangsa
4. Lisa Surihani - Sekali Lagi
5. Fauziah Hj. Ahmad Daud - ...Dalam Botol

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM

1. Ummi Aida - Merong Mahawangsa
2. ?
3. ?
4. ?
5. ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2011 03:20 AM | Show all posts
Pelakon Wanita terbaik Telemovie:

- SHARIFAH AMANI - Kashaf Imani
- UMIE AIDA - Air Mata Salina
- EJA - Sejadah Kaabah
- SARIYANTI - Dia Bukan Ibuku


- IZREEN AZMINDA - Berselindung di Sebalik Kaabah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 02:20 PM | Show all posts
boleh tak nak calonkan pelakon azma atau isma (tak pasti namanya) sebagai pelakon lelaki terbaik untuk lakonan dalam telefilem "di tangga usang"?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2011 11:33 PM | Show all posts
boleh tak nak calonkan pelakon azma atau isma (tak pasti namanya) sebagai pelakon lelaki terbaik unt ...

kaorukamiya Post at 4-9-2011 13:20



tahun depan mungkin bolih.. anugerah skrin tahun ini hanya utk drama yg ditayangkan sebelum 30 Jun 2011
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 02:01 AM | Show all posts
dah stat tayang drama utk pencalonan...stat ahad nih 10 malam...mula2 tayang berkalung noda...lakonan fasha ngan laki tu aku tak tau nama...huhuhuhu...

tak dek ke sapa2 tau apa lg drama yg tercalon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 02:20 PM | Show all posts
dis week drama 'sudu dan garpu' kan... fauzi nawawi ngan siti saleha... aku suka dialog2 dlm drama nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 04:22 PM | Show all posts
dah stat tayang drama utk pencalonan...stat ahad nih 10 malam...mula2 tayang berkalung noda...lakona ...
piot Post at 10-9-2011 01:01



Berkalung Noda: 11 September 201, 10.00malam
BERKALUNG NODA mengisahkan tentang seorang wanita bernama Karina, isteri kepada Azrai dan mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 8 dan 7 tahun. Azrai yang bekerja sebagai jurutera eksplorasi petroleum & gas sering bertugas di luar Negara. Karina tidak bekerja dan banyak menghabiskan masa bersosial dengan rakan-rakannya kerana bosan ketiadaan Azrai di sisi. Suatu hari Karina berkenalan dengan lelaki bernama Ray di sebuah restoran. Ray hanya mahu memperdayakan Karina. Hubungan Ray dan Karina berlanjutan sehingga mereka ditangkap oleh Jabatan Agama Islam di apartment milik Karina. Apakah yang berlaku selepas itu?
Pelakon: Fasha Sandha, Roy Azman, Riz Ainuddin, Elyana, Aripah Damanhuri, Julia Ziegler


Sudu & Garpu: 18 September 2011, 10.00malam
Mengisahkan tentang Alya, 25 tahun, seorang lepasan Universiti dan masih mencari pekerjaan. Alya yang kerap menghabiskan masa berbual di laman sosial langsung tidak membantu ibunya, Puan Kamariah. Suatu hari, Alya mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur sebagai Eksekutif Pentadbiran di sebuah syarikat insuran. Di Kuala Lumpur, Alya tinggal bersama Farah, rakan sekerjanya. Mereka berjiran dengan Andy dan Rosli. Alya sering bertikam lidah dengan Andy manakala Farah semakin hari semakin rapat dengan Rosli. Tanpa pengetahuan Alya dan Andy, mereka sebenarnya teman rapat di laman sosial, Alya menggunakan nama samaran “Jelita”, Andy pula menggunakan nama “Handsome”. Apakah yang berlaku selepas itu?
Pelakon: Fauzi Nawawi, Siti Saleha, Kat Mentor, Saiful Apek, Alana Amir, Fadhilah Mansor, Munir.

Korban Kasih Abah: 25 September 2011, 10.00malam
Selepas kematian isterinya, impian Adnan adalah untuk membahagiakan dan menunaikan apa sahaja yang dikehendaki oleh Jamilah, satu satunya cahaya mata belahan jiwanya. Impian Jamilah juga satu, ingin menjadi penyanyi nombor satu yang tersohor di Malaysia. Untuk mengejar impian anaknya, Adnan sanggup membuat beberapa kerja sampingan dan bekerja keras demi Jamilah. Jamilah berjaya menjadi artis dan kian tenggelam dalam dunia glamor. Dia semakin meminggirkan ayahnya. Adnan terlantar sakit di hospital juga tidak diketahui oleh Jamilah. Masih sempatkah Jamilah memohon kemaafan dari ayahnya?
Pelakon: Diana Amir, Esma Danial, Mia Sara, Shajiry, Pekin

Yang Terpuji: 2 Oktober 2011, 10.00malam
Ahmad Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal. Walaupun baru berusia 10 tahun, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, mencuri buah-buahan, menyakat orang-orang tua dan kanak-kanak serta sebagainya bersama kawan baiknya, Amir. Ibunya Aminah puas menasihati anaknya agar berubah, namun tidak diendahkan malah dia akan berpura-pura menjadi baik untuk seketika. Ayahnya Wak Ben, merupakan seorang yang garang namun Mamat tidak pernah gentar sehinggalah kehadiran Ustaz Mokhtar untuk menggantikan guru kelasnya, Ustazah Noreha yang cuti bersalin. Bagaimanakah Ustaz Mokhtar dapat mengubah sikap nakal Mamat dan Amir?
Pelakon: Fazli Daniel Ali, Zul Yahya, Fauzi Nawawi, Aida Aris

Jangan Hantar Aku Ke Neraka: 9 Oktober 2011, 10.00malam
Mak Jah sudah kematian suami dan mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan sejak kecil lagi. Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya dan mengugut untuk tarik balik duit belanja jika Mak Jah tidak mahu menghalau Zai dari rumah. Akhirnya Zai membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari sehingga jatuh sakit. Dia sering menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.
Pelakon: Faizal Yusop, Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.


Iqra: 16 Oktober 2011. 10:00malam
Sebuah kisah mengenai Arman yang berjaya di dalam kerjayanya namun mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Arman berpindah ke rumah banglo lebih besar dan mewah selepas kejayaan syarikatnya. Sejak berpindah ke rumah tersebut, Arman sering didatangi oleh seorang lelaki misteri yang membaca Al-Quran. Lelaki tersebut muncul di hadapan rumahnya dan memperkenalkan diri sebagai Pak Kudus ketika Arman menganjurkan parti sempena berpindah rumah baru. Pak Kudus menghadiahkannya sebuah Al-Quran baru tetapi Arman hanya menyimpannya dalam bilik stor. Suatu malam Arman termimpi tentang Pak Kudus yang menyuruhnya membaca Al Quran. Arman cuba mencampak Al-Quran tersebut tetapi muncul pula bayang hitam yang datang dan terus menampar muka Arman. Arman tersedar dan terkejut melihat mukanya yang merah. Arman terdengar lagi bacaan Pak Kudus. Puas Arman mencari Al- Quran di dalam bilik stor tetapi tidak dijumpai. Arman masuk ke biliknya dan terkejut melihat Al Quran itu di atas rehal yang sudah terbuka…
Pelakon: Eman Manan, Jasmin Hamid, Aeril Zafril, Nelydia

Airmata Nur Salina: 23 Oktober 2011, 10:00malam
Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand. Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.
Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah.


Kemaafan Yang Tertangguh: 30 Oktober 2011, 10:00malam
Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu. Ibu Hartina, Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat kali pertama Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah untuk beraya tetapi dengan beberapa syarat. Hartina yang sibuk melayan karenah ibu mertuanya akhirnya tidak sempat pulang ke rumah Khadijah pada hari Raya pertama. Khadijah tidak jemu menunggu walaupun sudah jam 12 tengah malam. Akibat terlalu mengantuk, Khadijah pitam dan terjatuh. Kasmah yang menjawab panggilan telefon daripada keluarga Khadijah tetapi tidak memberitahu Hartina. Apakah yang akan berlaku kemudian?
Pelakon: Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor, Ana Dahlia, Amanda Misbun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 04:23 PM | Show all posts
iols suka kemaafan yang tertangguh.. lakonan eira syazira best..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:03 AM | Show all posts
sejadah kaabah tak dek...naper cam sket jek pencalonan dia???
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:04 AM | Show all posts
jgn hantar aku ke neraka....best
mungkinkah arwah faizal yusuf akan dapat pelakon pembantu lelaki....maklum la bila dah tak dek selalunye anugerh dapat kat org tu...huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:45 PM | Show all posts
Walaupun aku tak minat sorang pun pelakon dalam cerita tu tapi Kemaafan Yang Tertangguh tu memang best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 08:35 AM | Show all posts
Biarlah sangkut satu award kat fadhilah mansor.. 3 drama dia tercalon...

Iols nk dia menang pelakon pembantu terbaik melalui watak ibu mertua yang hati kering, Kasmah dalam Kemaafan yang Tertangguh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 03:33 PM | Show all posts
Fadilah Mansor dah menang thn lepas pelakon pembantu drama Sebelum Akhirat. bagi pelakon len plak..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 03:40 PM | Show all posts
Fadilah Mansor dah menang thn lepas pelakon pembantu drama Sebelum Akhirat. bagi pelakon len plak..h ...
Rhyno Post at 30-9-2011 15:33



yupp..akak ni boley join trip g LA lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2011 06:42 PM | Show all posts
Fadilah Mansor dah menang thn lepas pelakon pembantu drama Sebelum Akhirat. bagi pelakon len plak..h ...
Rhyno Post at 30-9-2011 14:33



nk buat camane dah lakonan dia mantopp dan sentiasa mantopp..


macam fasha sandha la, tetiap tahun tercalon best actress

nak makcik fadhilah tercalon utk drama Kemaafan Yang Tertangguh, mmg keji gile watak mak mertua gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 10:55 AM | Show all posts
Aku suka sejadah kaabah... first time aku suka lakonan eja...mmg superb..x payah kerut2 dahi menangis tapi feel dia masa anak dia meninggal mmg menusuk kolbu.  pastu bdk yg jadi anak dia yg mati tu pun bagus.

Aku suka kasyaf imani jgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 11:49 PM | Show all posts
x der lagi ke calon2 top 5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.091649 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list