|
EMPAYAR SUCI ISLAM TEMIR (THE HIDDEN STATE)
[Copy link]
|
|
Reply cmf_BeachBoys
aku skeptikal..
1st..Sultanye.. bername 'al baghdadi'.. i assumed.. arab yang berasal dari Baghdad.. but, name 'tuhan' sendiri dipanggil "Dewata Raya Mulia"
any explaination?
unekspekted_XII Post at 13-8-2011 16:31
Memang dia orang arab pun.Dewata mulia Raya ni mungkin istilah yang sama maksud dengan "Tuhan".Sama macam perkataan "samudera" yang sekarang ni orang gunapakai istilah "lautan". |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jugak.
Tak jugak.
Johor hantar 3 orang ke majlis persidangan ulamak mase zaman uthmaniah, 1880's, ungku ahmad, Raja ali Kelana.. dan sorang dari Al-Attas family (jadik mufti lepas tu)
- in return, Sultan Hamid mengurniakan darjah, bendera, pingat dan gelaran Sultan
- and.. rombongan khalifah Turky, berjumpe Albert Baker dengan menaiki kapal Etegrul (yg tenggelam di Jepun) untuk menghantar 'hadiah'.. berupe 2 orang puteri dari kerabat turki (satu diperisterikan Sultan Abu Bakar, satu diperisterikan Dato' Jaafar.. - emak kpd Dato' Onn)
and.. - TIADA wakil khalifah dari 'timur' seperti yang didakwa
unekspekted_XII Post at 13-8-2011 16:39
Persidangan 2 Khalifah ni bukan berlaku pada tahun 1880 kot...emmmm. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dia orang arab pun.Dewata mulia Raya ni mungkin istilah yang sama maksud dengan "Tuhan".S ...
cmf_BeachBoys Post at 13-8-2011 16:44
ku masih skeptikal.. sebab... name Rasullulah disebut dengan jelas menggunakan bahase arab yg nyata.. tapi, name Allah. disebut "Dewata Raya Mulia"..
Test subject : orang terengganu zaman tu mengucap dua kalimah ishahadah mcmane? : =
"Tiada tuhan disembah melainkan Allah".. or.. "Tiada tuhan disembah melainkan Dewata Raya Mulia"
sebab.. maknenye dah terang2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
Persidangan 2 Khalifah ni bukan berlaku pada tahun 1880 kot...emmmm.
cmf_BeachBoys Post at 13-8-2011 16:48
itu je yg ko boleh explain??
king albert baker pergi jumpe sultan hamid pada tahun 1866, 1879 dan 1893.
Then... sultan johor hantar pulak 'wakil' dari timur sebanyak 5 kali.. 1883, 1895, 1899 dan 1913 dan persidangan besar pada tahun 1926.
and.. wakil dari 'timur' tu.. dari johor.. dan orang yang pergi pulak.. name dia Raja Ali Kelana.
and dia pun memang pulak, berasal dari darah raja dan khalifah Lingga.
takde connection dgn terengganu wt Uthmaniah so far.. tak de jumpe. |
|
|
|
|
|
|
|
ku masih skeptikal.. sebab... name Rasullulah disebut dengan jelas menggunakan bahase arab yg nyata.. tapi, name Allah. disebut "Dewata Raya Mulia"..
Test subject : orang terengganu zaman tu mengucap dua kalimah ishahadah mcmane? : =
"Tiada tuhan disembah melainkan Allah".. or.. "Tiada tuhan disembah melainkan Dewata Raya Mulia"
sebab.. maknenye dah terang2 lain
unekspekted_XII Post at 13-8-2011 16:49
Betul jugak tu.Tapi boleh jadi cara penulisan pada waktu tu memang begitu.berbeza dengan cara sebutan..
sama macam kita niat nak sembahyang.Dari segi lafaz kita guna istilah "solat" tapi dari segi penulisan kita guna istilah "sembahyang". |
|
|
|
|
|
|
|
itu je yg ko boleh explain??
king albert baker pergi jumpe sultan hamid pada tahun 1866, 1879 ...
unekspekted_XII Post at 13-8-2011 16:56
nak tau lebih lanjut,ko tanya tokey "Benua Terengganu" di facebook. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi,orang-orang Lingga ni ada connection dengan Terengganu.Begitu jugak dengan orang-orang Johor Timur. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# cmf_BeachBoys
a..ku ade satu explaination :
Assimilation
Dalam mane2 agame or budaya.. biasenye dorang assimilate agama asal dgn agama baru
Melayu sendiri pernah jadik mcm ni = adat bersanding, merafak sembah raja2 etc.
Same thing for bende ni.
Unknown to us, sebelum "islam" sampai.. ade satu agama pan-islamic buddha... campur adukkan kedua2 dlm satu.
but, this matter still debatable at USM dan UKM.
Aku tak bleh ckp banyak sebab blum ade concrete finding to clarify this matter. |
|
|
|
|
|
|
|
infomasi yg menarik yang x pernah kite tahu selama ini, negara kte masih banyak lagi sejarah yg belum diterokai |
|
|
|
|
|
|
|
Kata Sahibul Hikayat
“BENUA Terengganu?”
"Ya "
“Tanah segi tiga itu?”
“Ya”
“Kerajaannya besar, rakyatnya banyak, rajanya adil pedagannya bertaburan di seluruh dunia dan bahasanya terpakai di mana-mana”
“Ya, Melayu bangsanya, Islam anutan mereka”
“Merekalah orang Ajam yang disebut-sebut itu”
“Orang Ajam dari Timur, panji-panjinya hitam, tanahnya putih.” |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Muhammad I
Sultan Muhammad I @ Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu.
Di Hulu Terengganu, beliau menjalankan kerja-kerja dakwah Islam dengan gigih kepada masyarakat dan dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Sri Wijaya. Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu[1], beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam[2] dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Temir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.
Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad @ Tok Paloh (Makamnya di Pulau Besar, Melaka), kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh)[3] dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan batu bersurat tersebut adalah seperti berikut:
RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Catatan yang terdapat pada batu itu juga turut meliputi bidang falak (astronomi). Unsur falak ditemui didalam catatan tersebut berdasarkan kepada frasa ``adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua''. Ramai pengkaji cuba menyelidik maksud frasa ini tetapi gagal sehinggalah seorang pemikir besar Islam dirantau ini berjaya memecahkan kebuntuan tersebut. Beliau ialah Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa maksud frasa diatas ialah Jumaat pertama dalam bulan Rejab tahun 702 Hijrah serentak dengan timbulnya buruj Saratan, tatkala perintah agama (sasanakala) yang mengisytiharkan pemahatan hukum Islam di atas Batu Bersurat itu oleh pemerintah Terengganu pada waktu itu. Satu kajian menarik tentang perkara tersebut seperti yang dicatat oleh Nor Azam Mat Noor ialah kaitan frasa tersebut dengan peristiwa falak.
Seperti yang dinyata oleh Nor Azam Mat Nor,
Persoalan yang timbul ialah alasan apakah yang digunakan oleh pemahat, yang memahat tulisan pada Batu Bersurat untuk mensabitkan Buruj Sarathan[4] ketika diarahkan oleh pemerintah (raja mandalika) di tempat berkenaan, padahal terdapat banyak lagi buruj-buruj lain yang terkenal turut muncul pada waktu itu, iaitu Buruj Leo (Asad), Gemini (Virgo), Taurus (Saur), Aries (Hamal) dan Pisces (Hut)? Bulan pada ketika ini belum lagi terserlah kerana masih berupa sabit muda di ufuk barat dengan fasa kecerahan 20 peratus dan berada di Buruj Aries. Ini bermakna bahawa Bulan bukanlah alasan utama untuk dikaitkan dengan Buruj Sarathan. Mungkin Buruj Sarathan yang dikaitkan dalam Batu Bersurat itu, adalah disebabkan oleh planet Musytari sedang berada di buruj ini sebagai objek yang terpaling cerah ketika itu, dan menjadi ikon langit malam sebermula matahari terbenam. Namun pada jam 10.11 malam, planet Marikh dan Zuhal yang berada di Buruj Virgo (Sunbulah), turut bersama-sama Musytari yang ketika ini tepat berkulminasi, turut menjadi ikon-ikon langit malam dengan ketiga-tiganya mempunyai kecerahan 99 dan 100 peratus masing-masing. Menurut simulasi perisian Starry Night Pro, adalah didapati bahawa Bulan dan planet Musytari adalah benar-benar berada di Buruj Sarathan pada hari Khamis, 28 Februari 1303 MJ bermula terbenam matahari. Fenomena serentak Bulan dan planet Musytari dalam Buruj Sarathan ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Khamis, 28 Februari (10 Rejab) dan hari Jumaat, 1 Mac 1303 MJ (11 Rejab 702 H) bilamana Bulan telah bergerak ke sempadan buruj tersebut. Ini bermakna bahawa peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat minggu kedua dan bukannya pada Jumaat pertama bulan Rejab 702 H.[5]
Hasil kajian tersebut sangat menakjubkan kerana ia jelas menunjukkan betapa Syarif Muhammad al-Baghdadi bukan sahaja alim dalam hukum-hakam Islam tetapi juga ilmu falak. Baginda juga dengan jelas telah meramalkan Islam akan bangkit di akhir zaman di bumi penentuan itu, negeri Panji Hitam, Terengganu Darul Iman. Dari susur galur keturunannyalah yang akan menjadi pencetus kebangkitan akhir zaman nanti.
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)
[1] Ada juga yang menyatakan kerajaan Buddha
[2] Ada yang menyebut kerajaan ini dengan nama Dinasti al-Kamil. Pemerintah kerajaan Pasai iaitu Sultan al-Malikul Salleh bersama dengan seorang wali Allah bernama Syeikh Ismail (makamnya di Terengganu) dikatakan pernah menghadap seorang khalifah dari dinasti al-kamil pada tahun 1290. Kemungkinan besar Khalifah yang dimaksudkan adalah Syarif Muhammad al-Baghdadi. Kerajaan Dinasti al-Kamil ini dkatakan menaungi kerajaan Islam lain seperti kerajaan Cirebon, Banten, Mataram dan Pagar Ruyung.
[3] Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.
[4] Catatan Nor Azam Mat Nor menyebut bahawa peristiwa falak yang dinyatakan pada Batu Bersurat Terengganu boleh disimulasikan dengan menggunakan satu perisian khas Starry Night Pro 4.5.2 yang boleh menjejak kembali peristiwa kulminasi Buruj Sarathan (Ketam: Cancer) pada tarikh 22 Februari 1303 MJ
[5] Nor Azam Mat Noor. 2004. Isyarat Astronomi - Batu Bersurat Terengganu. Utusan Malaysia. Terbit pada 21 Oktober 2004.
|
|
|
|
|
|
|
|
USUL BANGSA
Sejarah Melayu kesah dahulu
Untuk kita tahu sangatlah perlu
Berlambang perahu mula dari ulu
Suratan di batu adinya di Terengganu
Terengganu Darul Iman tempat berkelan
Kedah Darul Aman gunungnya tempat beriman
Bawah naungan bulan wajah jadi tilikan
Susul ke bawah berjalan Perak Darul Ridzuan
Perak Darul Ridzuan tiga saudara usahakan
Buat penempatan membina pengkalan
Jalan membawa teman susul ke selatan
Membawa impian mengidamkan gabungan
Gabungan Ledang merasmikan bangsa
Laungan Ledang menyatukan bangsa
Dendangan Ledang hai budaya bangsa
Titisan Ledang mendaulatkan bangsa
Mengagong Ilahi menjunjung duli
Bumi menari di tanah Jawi
Negeri tempat sumpah disaksi
Negeri tempat darah di paksi
Negeri Melaka , Acheh dan Jawa
Bugis melata agih dan bawa
Benua Terengganu maka tercipta
Bila Melayu duduk bertakhta…
Petikan lirik dari Kumpulan Dendang Anak Terengganu
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 14-8-2011 16:11
Khalifah Terakhir di Rantau Nusantara
Pada tahun 1650, Sheikh Abdul Malik telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu. Beliau diberi nama Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.
Kehidupan Sheikh Abdul Malik di istana adalah juga merupakan tempat umat Islam menerima ilmu, tarbiyyah dan menjadi pusat pertadbiran kerajaan. Dalam meniti usianya di istana, beliau banyak memerhati dengan penuh teliti setiap butir perkataan dan gerak-geri ayahandanya yang merupakan sebagai gurunya yang pertama. Dari sehari ke sehari, beliau membesar di dalam suasana yang penuh seimbang antara agama dan politik yang memungkinkan beliau menjadi matang melebihi usianya. Malahan begitu, beliau juga tidak begitu berminat untuk bermain sebagaimana kanak-kanak yang seusia dengannya. Akan tetapi, beliau lebih berminat untuk mentelaah kitab, mendampingi ayahandanya dan melakukan ibadat. Hasil dari sifat-sifatnya yang mulia dan daya intelektualnya yang bijak itu telah memperlihatkan yang beliau akan menjadi seorang pemimpin yang hebat pada suatu masa nanti. Ia bukan sahaja terlihat dalam bidang agama dan kerohanian tetapi juga dalam soal pentadbiran dan kepimpinan.
Atas didikan dan pengawasan yang penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya, tambahan pula dengan perihal dirinya yang amat menarik, dengan tubuhnya yang sederhana dan wajahnya yang menarik membuatkannya menjadi sanjungan dan perbualan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, beliau mempunyai perwatakan yang halus budi pekerti, amat kuat ingatan, cintakan ibadah dan suka bersendirian yang menjadikannya lebih dipandang tinggi oleh penduduk setempat. Apabila beliau semakin menginjak dewasa, beliau disuruh pula oleh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya yang bernama Ismail untuk sama-sama pergi berniaga. Ia bertujuan agar beliau dapat meluaskan pandangannya melalui pemerhatian dan pengalaman yang dilaluinya.
Setelah sekelian lama menuntut ilmu dengan ayahandanya dan juga ulama tempatan, Sheikh Abdul Malik disuruh pula oleh ayahandanya belayar ke Aceh untuk menuntut ilmu di sana yang juga lebih dikenali sebagai Serambi Mekah, merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu di Nusantara bahkan juga tempat pengajian pertama sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mekah. Dalam usianya seawal 20-an, beliau telah meninggalkan tanah airnya dan belayar ke Aceh bersama dengan sahabat-sahbatnya. Di sana, Sheikh Abdul Malik telah berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri yang juga dikenali sebagai Tok Shaikh Kuala yang merupakan ulama besar di Nusantara pada waktu itu.
Apabila Shaikh Abdul Rauf melihat keadaan beliau yang telah dapat menguasai beberapa ilmu seperti hadith, tafsir, nahu, saraf, fiqh dan tasawuf dengan baik, beliau pun dibaiah oleh Sheikh Abdul Malik dengan tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk melakukan suluk bersama dengan tiga muridnya yang lain iaitu Shaikh Yusuf Khalawati al-Mankatsi dari Bugis Makasar, Shaikh Abdul Muhyi Pamijihan dari Cerebon Tegal dan Shaikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai beberapa maqam padanya. Akhirnya, Sheikh Abdul Malik telah dilantik sebagai khalifah tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk mengembangkannya di Terengganu apabila pulang ke negerinya.
Setelah sekian lama menuntut ilmu dengan Shaikh Abdul Rauf dan telah selesai dalam pengajiannya di bawah bimbingan gurunya itu, Sheikh Abdul Malik diperintahkan oleh gurunya itu untuk menyambung pengajiannya di Mekah dan Madinah. Pada usia sekitar 30-an, beliau dan beberapa orang sahabatnya telah belayar ke Mekah setelah mendapat keizinan dari gurunya. Di Mekah, Sheikh Abdul Malik telah berguru dengan ulama-ulama yang besar dan salah seorang darinya ialah Shaikh Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada Shaikh Abdul Rauf Singkel dan pengganti kepada Shaikh Ahmad Qusyasyi.
Pada tahun 1690 M, gurunya iaitu Shaikh Ibrahim al-Kurani telah kembali ke RahmatuLlah. Pemergian gurunya yang dikasihi itu amat dirasai tambahan pula gurunya itu juga amat kasih kepada dirinya selama beliau menuntut bersamanya. Pada usianya menjangkau 40 tahun, Syeikh Abdul Malik kembali ke tanah airnya. Setibanya beliau di pelabuhan di Kuala Berang, Sheikh Abdul Malik telah disambut oleh ahli keluarganya dan rakyat jelata. Apabila melihat keadaan diri ayahandanya yang telah uzur, beliau menyedari bahawa tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya makin hampir.
Setelah beberapa bulan pulang dari Mekah, ayahandanya telah menjodohkan Sheikh Abdul Malik dengan Puteri Mahpuri, anak kepada seorang pembesar yang berasal dari kerabat Diraja Johor yang kemudiannya telah menetap di Terengganu, iaitu di Kampung Batu Hampar. Mertuanya bergelar Tok Raja Lila.
Selepas berkahwin, beliau telah membawa isterinya ke istananya di Kota Tamir. Perkahwinan mereka adalah berdasarkan iman dan kasih sayang. Mereka dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Dari perkahwinan yang dalam suasana iman, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu tiga lelaki iaitu Badaruddin, Imam Yusuf, dan Haji Yaakob (Tok Bongkok) serta seorang anak perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Tok Pulau Manis tiada anak perempuan. Walhal, yang berkahwin dengan Sultan Zainal Abidin 1 itu adalah anak angkat Tok Pulau Manis yang dipelihara selepas kematian ayahnya, Wan Ismail Datu.
Setelah ayahandanya mangkat, Sheikh Abdul Malik telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Beliau menerima tanggungjawab itu dengan perasaan yang amat berat. Bebanan tanggungjawab yang diterimanya itu membuatkannya menjadi semakin sibuk. Banyak urusan yang terpaksa dilakukannya telah memungkinkan beliau merasa tidak senang duduk. Jiwanya yang lebih cenderung kepada mengajar, berdakwah, mengarang dan beruzlah telah meresahkan lagi hatinya. Setelah beliau bermunajat kepada Allah dan memohon petunjuk daripadaNya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk mencari pengganti dirinya.
Setelah itu, Sheikh Abdul Malik pun bermesyuarat dengan para pembesarnya dan menyatakan hasratnya yang ingin turun takhta dan menggantikannya dengan Tun Jenal yang merupakan anak seorang pembesar Johor pada ketika itu dan juga muridnya sendiri. Para pembesar menerima permintaan Sheikh Abdul Malik. Namun, mereka telah meletakkan dua syarat kepada beliau. Pertama, Sheikh Abdul Malik mesti tetap menjadi penasihat dan guru kepada istana. Kedua, Tun Jenal dikehendaki mengahwini puterinya Siti Zubaidah untuk memastikan keturunannya terus memerintah di Terengganu.
Dalam usia sekitar 80-an, Tok Pulau Manis banyak menumpukan kepada mengajar, mengarang kitab dan menyebarkan tarekat Shatariah. Anaknya yang bernama Badaruddin telah diangkat menjadi Shaikh tarekat Shatariah dan telah diizinkan untuk membaiah dan membimbing suluk para muridnya.
Dari sehari ke sehari, kesihatannya mula terjejas dan menjadi semakin tenat dan uzur. Beliau banyak menghabiskan usianya yang ada dengan berkhalwat dengan Allah Taala. Setelah dirasakan kesihatannya semakin bertambah buruk, beliau pun telah menghimpunkan ahli keluarganya, murid-muridnya serta penduduk tempatan, beliau telah berpesan agar mereka kuat berpegang dengan ajaran agama dan hendaklah menyebarkan segala ilmu yang ada serta dipesan agar menjaga negeri Terengganu dengan cara memberi ilmu kepada rakyat dan jangan dijauhi orang-orang yang jahil.
Pada pagi Jumaat di tahun 1736 M/ 1149 H, Tok Pulau Manis telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 86 tahun. Berita kematian Tok Pulau Manis itu telah tersebar ke pengetahuan istana raja, maka bergegaslah Sultan Zainal Abidin 1 dan para pembesarnya ke kampung Pulau Manis untuk menziarahi jenazah ulama dan wali Allah itu buat kali terakhir. Selepas jenazahnya disembahyangkan, jasadnya disemadikan kemudian jenazahnya dibawa ke makan dengan diiringi sultan, para pembesar dan rakyat jelata. Setelah itu, Sultan Zainal Abidin 1 telah memerintahkan agar pembinaan makam Tok Pulau Manis dengan diletakkan batu bereluk di sekelilingnya. Makamnya juga hendaklah ditutupi dengan kain kelambu berwarna kuning.
http://benuaterengganu.blogspot.com/2010/08/khalifah-terakhir-di-rantau-nusantara.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 14-8-2011 17:04
Sabda Rasullulah:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.(Al-Hafiz Abu Naim)
Perkataan Temir di dalam salah satu bahasa di asia tengah membawa maksud 'besi'
Pengkajian mengenai Empayar ini mungkin akan membantu para sejarawan untuk menjawab beberapa persoalan yang sebelum ini tiada jawapannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 14-8-2011 17:22
IF YOU DARE,COME AND FIGHT ALONG SIDE WITH US
{:1_125:}{:1_125:} |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_BeachBoys
aku skeptikal..
1st..Sultanye.. bername 'al baghdadi'.. i assumed.. ar ...
unekspekted_XII Post at 13-8-2011 16:31
Bahasa Melayu lama....
sama macam kes
Sembahyang dengan Solat.... |
|
|
|
|
|
|
|
terengganu memang negeri yg lama, tak mcm johor, segalanya bermula dari tahun 1880 |
|
|
|
|
|
|
|
Syarif Muhammad al-Baghdadi atau Muhammad bin Abdullah, penulis batu bersurat itu telah meramalkan lebihkurang 700 tahun yang lalu (melalui kasyafnya) akan kebangkitan Islam akhir zaman sebagaimana tertulis di batu itu:
….Tuhan mendudukkan tamra (piagam) ini di benua Terengganu adipertama ada….
Ada 3 Muammad bin Abdullah:
Muhammad bin Abdullah atau Rasulullah, Muhammad yang pertama. (700 th pertama)
Muhammad bin Abdulah atau Syarif Muhammad al-Baghdadi, Muhammad yang kedua (700 th (H). Muhammad bin Abdullah atau seumpamanya ‘coming soon’, Muhammad yang ketiga. (700 th (H) ketiga atau 1400 H keatas, tapi Muhammad yang kedua tu digelapkan oleh sejarah dunia sebab itulah Israel berkata dia tidak takut akan sesiapa pun melainkan dia takut akan Muhammad yang kedua.
Setiap satu mewakili 700 tahun (Hijrah). Sekarang dah masuk part 3 (1400 th (H) keatas.
Imam Mahdi atau Muhammad bin Abdullah itu sudah ada tapi di alam ghaib akan kembali kealam nyata ini bila sampai masanya. Wllahua’llam |
|
|
|
|
|
|
| |
|