Orang Melayu yang sokong British semua digelarkan hero, wira, pejuang kemerdekaan tetapi nama yang tercatat kat tugu negara nama orang putih bukan nama orang Melayu. Ahahaha. Orang yang menentang British dipanggil pemberontak dan pengkhianat negara seperti Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Mat Indera.
Orang Melayu membodek British tapi British dapat nama kat tugu negara. Sejak dulu memang pencacai UMNO ni balaci British ke? Kesian betul laa. Hahaha.. Patutlah UMNO cakap "Dulu, Kini dan Selamanya".. Baru aku faham maksudnya.. Wakaka..
04/09/2011 Video bukti upacara mengagungkan askar-askar penjajah!
SEBELUM ini ada disiarkan di MiLo SuaM, bagaimana rakyat selama ini ditipu hidup-hidup agar mengagungkan askar-askar British melalui pembinaan Tugu Negara dan Tugu Peringatan [Sejarah Malaysia].
Askar-askar British diberi penghormatan setiap tahun, dengan kalungan bunga oleh pemimpin-pemimpin Melayu di Tugu Negara.
Kali ini ReJaM© kongsikan kepada anda sebuah video yang dirakamkan pada 10 Nov 2010. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana askar-askar British ini diagung-agungkan setiap tahun di negara ini dengan upacara khas Hari Pahlawan. Apa maknanya semua ini?
Tugu peringatan ini terletak berhampiran dan sangat sinonim dengan Tugu Negara. Nama-nama askar British yang dicatatkan di Tugu Peringatan ini adalah nama mereka-mereka yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama.
Persoalannya, apa kena mengena perang dunia pertama dengan Tanah Melayu? Perang dunia pertama berlaku di Eropah, kenapa pemimpin-pemimpin Melayu pulak terhegeh-hegeh memperingati askar-askar British yang terkorban?
Begitu taksubnya pemimpin Melayu dengan British, sampaikan askar-askar British yang terkorban perang dunia pertama pun nak diagung-agungkan. Inilah dakyah yang cuba diserap di dalam fikiran rakyat. Siapa tak terima dakyah ini, maka dia komunis!
ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu British itu penjajah!"
Setakat masuk.. copy n paste.. selepas tu nak hasut orang.. nak buat orang panas hati.. baik tak payah.. kami bukan lembu la.. kalau ko nak jadi lembu itu suka hati ko.. lagipun bod ini bukan bod politik.. kalau kau nak jual fahaman politik kau.. jual kat tempat lain laa.. kita boleh decide sendiri.. sakit.. sakit.. adeh..
Kau ni Acong kalau orang kata kau cetek ilmu dan buta sejarah nanti kau marah tapi itulah hakikatnya.
Taksub sangat dengan fahaman politik sampai buta tuli dengan basic fact. Baca je blog yang fit into your political thinking, terus kau percaya bulat2. Ada mata tapi buta jugak kalau tak guna akal yang Tuhan bagi. Jangan pasal nak fit cerita dengan fahaman politik, terus kita disengage brain from our body.
Tajuk thread kau lain, kau cite pasal lain. Tajuk macam nak flame cite komunis yang hangat sekarang tapi isi thread cite pasal Tugu Negara. Dua benda berbeza kot kalau kau tahu dengan sebenarnya apa purpose Tugu Negara dibina. Penah jejak kaki kat Tugu negara ke tak ni sebenarnya?
Ada berapa tugu? Ada 2. Satu panggil Cenotaph (yang tinggi satu bongkah tu), satu lagi Tugu Negara (yg ada figures tu).
Cenotaph ni kerajaan British yang bina SEBELUM kita merdeka, masa kita still bawah pemerintahan British. Cenotaph ni not even in the present location pun masa dibina dulu. Original location dia dekat simpang nak naik flyover ke Parlimen tu. Sebelum Merdeka, kat situ ada roundabout. Tahun 60an, bila nak buat flyover dari Jalan Parlimen direct ke bangunan Parlimen, kerajaan alihkan Cenotaph ni dari tengah2 roundabout tu pegi ke lokasi sekarang. Design Cenotaph ni sama macam design Cenotaph dekat Whitehall, London. More-or-less the same design.
Apa purpose Cenotaph ni? Kalau kau kata Cenotaph ni untuk memperingati pejuang kemerdekaan kau salah la. Clue dia ada kat Cenotaph tu sendiri. FMS 1914-1918. Tau ke apa maksud "FMS" tu. Ke setakat copy paste je? "FMS" - Federated Malay States = Negeri2 Melayu Berseketu.
Apasal 1914-1918? Cenotaph ni utk memperingati askar2 British dari FMS yang pergi berjuang dan terkorban dalam WW1. Datang dari FMS, naik kapal ke apa pegi Europe, join tentera British kat sana sebagai askar British dari FM, mati.
So, kerajaan British bina la Cenotaph ni utk memperingati mereka dari FMS yang terkorban dalam WW1. Itu purpose Cenotaph ni dibina. Since Malaysia masa tu still bawah jajahan British, nama yang dia letak semua nama pegawai2 British yang terkorban.
Bila ada WW2, abis perang , kerajaan British tambah la inscription tentang mereka yang mati dalam WW2 pulak samada di Malaysia sendiri atau di mana2 dalam dunia tapi berasal dari Malaysia.
Bila kita Merdeka, tahun 60an, kerajaan decide since kita nak pindah Cenotaph ni ke satu location baru, kita bina satu tugu baru untuk couplekan dengan Cenotaph ni untuk memperingati askar yang gugur masa darurat. Tu purpose Tugu Negara. Memperingati askar yang terkorban masa darurat. Bukan memperingati perjuangan kemerdekaan. Salah parking dah kalau nak kata Tugu Negara untuk memperingati kemerdekaan dari British. Kita tak berperang senjata dengan British untuk capai kemerdekaan. Kita berunding. hence why takde tugu kemerdekaan unlike Rizal Monument di Filipina or Independent Monument in Mexico City. To commemorate our independence kita ada Muzium Kemerdekaan di Melaka, as we have no armed struggle to commemorate of except zaman darurat tentang komunis.
So, that's why kita bina Tugu Negara. Kalau baca inscirption kat Tugu Negara pun dia tulis untuk memperingati mereka yang gugur masa darurat dan masa2 lain mempertahankan negara, bukan memperingati kemerdekaan dari British.
So, in short, artikel yang kau tempek ni bukan saja salah fakta tapi salah arah. And you my friend would be better off going around doing your own research to get the fact straight than swallowing all in. Engage sikit gray matter above yr head tu before copy paste anything. Parti, parti jugak, tapi fact is fact.
Maybe blog owner and you should go and learn MORE on English-Malay translation sebelum spill lies macam ni. That way, you can save yourselves from being exposed as fool with limited grasp of English language.
tukar tiub tu sometime boleh pakai, tapi some time tak bleh blah langsung. org yg baca pon hangguk a ...
lucid_lynx Post at 6-9-2011 10:05
aku plak paling tak suka gaya penulisan tukartiub..taula dia suka guna bahasa sindiran...tapi sikit2 kahh kahh kahh kahh kahh
asyik ketawa je ilang selera aku nak baca
buat acong, gi la google tugu negara tu apa..
kalo malas sangat google, aku bagi la sikit website untuk ko selak2 yer..pastu gi balik kat blog guru ko tu, tenyeh baik2 kat ruangan komen artikel dia tu ye..
siannya si acong ni...alaaaa dah2 jangan nangis k? kesat air mata tu..sikat rambut...
Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British.
PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British.
04/09/2011
Video bukti upacara mengagungkan askar-askar penjajah!
SEBELUM ini ada disiarkan di ...
Acong Post at 6-9-2011 00:49
Ni lah kalau orang tak tau sejarah...
Hari Pahlawan disambut 31 Julai setiap tahun...yang dalam video tu pada 10 /11...11 November sebenarnya Armistice Day bagi memperingati berakhirnya Perang Dunia pertama ...askar kita cuma jadi hos aje...kang kalau askar omputih dok tiup bugle kat cenotaph tu, kang kata dijajah lagi.....soldiery sebenarnya takde batasan....
Persoalannya, apa kena mengena perang dunia pertama dengan Tanah Melayu? Perang dunia pertama berlaku di Eropah, kenapa pemimpin-pemimpin Melayu pulak terhegeh-hegeh memperingati askar-askar British yang terkorban?
Acong Post at 6-9-2011 00:49
Cuba baca pasal serangan kapal Emden tentera laut Jerman di penang pada 1914...atau Dahagi Singapura 1915 yang secara tak langsung berkait denga Perang Dunia Pertama
Cuba baca pasal serangan kapal Emden tentera laut Jerman di penang pada 1914...atau Dahagi Singa ...
alphawolf Post at 6-9-2011 14:58
ko jgn Lembu Gila tu wei...org tak ambik tau pasal sejarah mmg mcm tu...bila ada isu baru sibuk menangguk di air yg keruh...tin kosong jer tu...main copy paste..tapi dari sumber rujukan yg meragukan
kesian acong.... tapi bagus jugak korang betulkan dan bagi fakta yg sebenar... aku pun yg betulnye tak tahu pasal tugu ni.. info yg bagus dari anda semua...
British lebih melayu dari melayu UMNO..??
TUESDAY, SEPTEMBER 06, 2011 TUGU NEGARA MENGENANG SIAPA..?
Sila lihat nama-nama yang terukir sebagai pejuang di Tugu Negara,ada anda lihat nama-nama yang kemelayuan? Adakah tiada askar melayu yang berjuang di dalam mempertahankan negara?
Adakah semua orang melayu ketika itu bersembunyi...takut? Atau hanya tentera Brittish yang berjuang dalam mempertahankan Tanah Melayu dari serangan atau tawanan Jepun?
KLIK IMEJ UNTUK BESAR
Semua ini adalah propaganda Brittish semata-mata...oleh kerana tugu ini di bina oleh mereka maka hanya nama-nama tentera Brittish yang terukir di sini.
The Naval War Memorial juga adalah sebuah tugu yang di bina untuk menghargai jasa semua askar yang terkorban di dalam peperangan.Memorial ini terletak di Plymouth Hole yang terletak di Bandar Plymouth,United Kingdom.
Apa perbezaannya?
Lihat pula nama-nama yang tercatat.... Nama-nama tentera Melayu yang turut terkorban turut tercatat di sini sebagai tanda mengingati perjuangan mereka.
Kebanyakkan tentera dari Tanah Melayu ini adalah tentera laut yang berjuang bersama-sama tentera Brittish yang lain.
Sempena bulan kemerdekaan tahun ini kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua tentera Tanah Melayu yang terkorban. Al -Fatihah.
Gambar diatas jelas menunjukkan British lebih melayu dari melayu itu sendiri. Di England, nama melayu terpahat ditugu memorial tetapi ditanah air sendiri, melayu diabaikan.
Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka.