Post Last Edit by shamsadis at 2-1-2012 19:13
sesuatu yang boleh dikongsi....
Written by Fatimi Nadiah Zainudeen (KOSMO) |
Pakar tempatan temui bukti fosil, fauna, flora dan batuan berkaitan. Disebalik kepercayaan umum bahawa dinosour tidak pernah menghuni Malaysia beratus-ratus juta tahun dahulu, beberapa pakar tempatan membuktikan sebaliknya.
Menurut mereka, berdasarkan jenis batuan, haiwan yang telah pupus itu sebenarnya pernah hidup di Taman Negara Pahang, berjuta-juta tahun dahulu. Bukti-bukti fosil dinosaur herbivor di Thailand pada Februari tahun ini menambah keyakinan bahawa haiwan itu pernah mendiami Banjaran Titiwangsa. Bagi pakar geologi, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, kewujudan flora daripada era dinosaur di Malaysia ketika ini iaitu paku pakis gajah mengukuhkan lagi hujah tersebut. "Beberapa penemuan setakat ini menunjukkan Malaysia mungkin pernah menjadi daratan yang ditinggalkan dinosaur," katanya kepada Kosmo! Ahad.
Banyak bukti dinosaur wujud Usaha untuk membuktikan kewujudan fosil memerlukan sejumlah besar dana. | | | | | Mohd. Shafeea | | Mohamad Ali | | Ibrahim |
KUALA LUMPUR - Beberapa pakar tempatan dalam bidang paleontologi dan geologi yakin haiwan dinosaur yang sudah pupus ditelan zaman sebenarnya pernah hidup di negara ini beratus-ratus juta tahun dahulu.
Pakar Paleontologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman berkata, penemuan fosil dinosaur di Thailand pada Februari tahun ini memungkinkan kewujudan mamalia purba itu di hegara ini.
Berdasarkan kajiannya sendiri sejak 30 tahun lalu, beliau percaya terdapat fosil dinosaur di sekitar Banjaran Titiwangsa. "Bukan mustahil lapisan batu negara kita menyimpan fosil haiwan itu sama seperti di Thailand, China, Laos dan Vietnam yang pernah menjumpai fosil itu sebelum ini, lagipun negara kita berjiran dengan mereka," katanya kepada Kosmol Ahad.
Dunia penyelidikan dinosaur pada Februari lalu gempar dengan penemuan fosil dinosaur terbesar berusia 150 juta tahun di Phu Noi Kham Muang, Thailand.
Bekas Ketua Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Mohamad All Hassan berkata, kewujudan paku pakis gajah di Malaysia ketika ini membuktikan dinosaur memang pernah wujud. "Berdasarkan bukti, negara kita sebenarnya mungkin daratan yang ditinggalkan dinosaur," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, fosil dinosaur amat sukar ditemui kerana ia sudah tertanam dalam batu dan tanah begitu lama. Seorang pakar geologi UKM, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo turut yakin fosil dinosaur ada di Malaysia tetapi belum dijumpai.
Beliau berkata, fosil dinosaur hanya dapat ditemui pada batuan yang berusia antara 65 juta dan 130 juta tahun dan ia mesti terbentuk di permukaan tanah, bukan dalam lautan. Pakar tersebut menegaskan, batuan jenis itu terdapat di Taman Negara Pahang.
"Saintis ada melakukan ekspedisi di sana kira-kira lapan tahun lalu tetapi gagal menemui fosil kerana kawasannya sangat luas dan kekurangan petunjuk,'' katanya.
Ibrahim berkata, lazimnya fosil ditemui penduduk tempatan terlebih dahulu sarna ada berada di permukaan tanah setelah berlaku hakisan atau ratusan meter di bawah tanah.
Dinosaur diami Taman Negara Fosil flora dan fauna dari era sebelum era dinosaur sudah direkodkan wujud di Malaysia. Jadi, pakar percaya cicak gergasi itu pernah hidup di negara ini.
| | Jaafar | |
Satu-satunya pengumpul tahi bintang atau batu meteor secara serius di Malaysia, Datuk Jaafar Jamaluddin, 65, masih belum luntur minatnya terhadap batu dari ruang angkasa itu.
Terlibat dengan Pameran Batu-Batuan Pelik di Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya yang sedang berlangsung sekarang, Jaafar bersama isteri, Datin Nor Bahriah Ibrahim, 59, tampak berkobar-kobar bercerita tatkala ada pengunjung menyapa.
Namun, di celah ribuan meteor yang disimpan Jaafar, tersisip 'batu' aneh berbentuk bulat dan berbiji-biji. Ada yang berwarna putih, ada juga yang berwarna hitam.
"Itu fosil telur dinosaur yang berusia 65 juta tahun," ujarnya.
Membeli fosil itu pada harga antara RM2,OOO hingga RM3,000 dari China, Jaafar menjelaskan koleksi sisipan itu ialah bersempena mengenang kesan hentaman meteor pada permukaan bumi.
"Saya kumpul telur-telur ini kerana ia ada kaitan rapat dengan hentaman tahi bintang.
"Ketika sebutir tahi bintang bersaiz kira-kira 1.83 meter lebar menghentam muka bumi, sebahagian besar hidupan musnah sehingga menyebabkan kepupusan.
"Sebagaimana diketahui umum, antara spesies yang pupus itu termasuklah dinosaur," terang Jaafar yang kali terakhir membeli telur dinosaur pada lima tahun lalu.
Tidak dapat menyatakan dengan tepat jumlah telur mamalia itu yang berada dalarn simpanannya sekarang, jelas Jaafar, ada yang dibeli sebiji dan ada yang dibeli segugus pada satu masa.
"Sebahagian besar koleksi telur dinosaur yang saya ada diperogsuleh dengan tukar suka sama suka dengan pengumpul yang lain. Selebihnya dibeli sarma ada melalui lelongan atau secara lanng daripada pemilik lain.
"Sehingga kini terdapat tujuh jenis telur dinosaur yang berlainan bentuk dan saiz yang ditemui di seluruh dunia dan dalarn simpanan saya ada kesemua tujuh jenis itu," ceritanya yang merupakan ahli profesional Royal Institute of Chartered Surveys (RICS) United Kingdom itu. Menariknya, apabila diteliti dari jarak dekat, struktur telur itu sudah begitu hampir dengan struktur batuan. |