|
Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan
[Copy link]
|
|
Projek Lynas Selamat Jika Dipantau - Ahli Parlimen PAS
SHAH ALAM: Projek pembinaan loji nadir oleh Kumpulan Lynas di Gebeng, Pahang adalah selamat selagi operasinya dipantau dengan baik, kata Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.
Beliau yang juga pakar sains nuklear berkata, pemantauan berterusan terhadap operasi kilang berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan.
"Ia selamat sekiranya ada pemantauan yang baik," katanya sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung tahap keselamatam pembinaan projek berkenaan.
Che Rosli menerusi laporan Buletin Utama TV3 pada 24 Ogos tahun lalu, mempertikaikan sikap pembangkang berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh Lynas yang sering dimomokkan sebagai membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.
Tegas beliau kilang itu bukan loji nuklear sebagaimana gambaran yang sering diberi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melainkan hanya kilang memproses nadir bumi yang kandungan radiasinya jauh lebih rendah berbanding kandungan bijih. |
|
|
|
|
|
|
|
MKP nafi perlawanan akhir ragbi di tapak Himpunan Hijau esok
Majlis Bandaraya Kuantan (MPK) telah menafikan bahawa ia telah meluluskan perlawanan akhir ragbi di padang MPK4 - tempat yHimpunan Hijau anti-Lynas akan diadakan esok.
Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan mengesahkan bahawa perlawanan ragbi itu sedang berlangsung di padang itu hari ini. Ia bermula semalam.
Tetapi katanya, perlawanan akhirnya esok, telah dipindahkan ke
"padang MPK 2.
"Perlawanan akhir ragbi kita aturkan ke tempat lain - di Padang MPK 2," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack mengesahkan perlawanan ragbi sedang diadakan padang tersebut, dan pihaknya sedang memantau perkembangan itu.
Beliau mengingatkan bahawa peserta himpunan tersebut akan membanjiri jalan raya sekiranya padang alternatif - MPK-4 - digunakan esok.
Katanya, sebarang usaha sabotaj akan bermakna perhimpunan itu bukan setakat berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari tetapi "dari matahari terbit hingga matahari terbenam". |
|
|
|
|
|
|
|
Menelah motif penganjur Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan
HERMAN HAMID ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Pahang
TIDAK siapa boleh menidakkan hak setiap rakyat untuk memastikan ahli keluarga mereka selamat daripada sebarang bentuk aktiviti di sekeliling yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.
Ini termasuk warga Pahang khususnya Kuantan dalam konteks pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng.
Apatah lagi ada pihak yang cuba memberi maklumat salah dengan menggambarkan Lynas akan mengakibatkan tragedi kebocoran nuklear seperti di Chernobyl dan Fukushima malah ada poster yang mengambil latar belakang seperti yang berlaku di Hiroshima 60 tahun lalu.
Malah ada penceramah Pas walaupun berkopiah putih, dengan sewenang-wenangnya menakutkan orang ramai bahawa operasi kilang Lynas akan menyebabkan tragedi nuklear seperti di Fukushima sedangkan ia dua perkara yang jauh berbeza. Lynas bukan loji jana kuasa nuklear ia memproses nadir bumi.
Dan bagi mereka yang berilmu dalam bidang ini, radiasi dan radioaktif diketahui sememangnya wujud sama ada secara semula jadi atau pun akibat aktiviti manusia. Namun yang penting adalah untuk memastikan ia diuruskan agar tidak melebihi paras yang memudaratkan kesihatan bagi membolehkan kita mengambil manfaat daripada aktiviti tersebut seperti x-ray.
Ini sama seperti ubat Panadol. Jika diambil mengikut sukatan, ia adalah penawar sakit kepala tetapi jika berlebihan maka ia memudaratkan. Begitu juga radiasi dan radioaktif.
Sebab itu, pengurusan Lynas telah melakukan pelbagai usaha menerangkan kepada umum termasuk melalui media menjelaskan fakta sebenar mengenai kilang di Gebeng itu yang tidak pun memudaratkan kesihatan seperti mana dimomokkan pembangkang.
Radiasi yang terhasil akibat operasi syarikat itu adalah cukup minimum iaitu 0.002mSv (milisieverts) iaitu lebih rendah daripada banyak aktiviti lain termasuk menonton televisyen.
Diterangkan juga bagaimana sisa operasi kilang itu akan diguna semula bagi memproses bahan lain dan dalam kes senario terburuk sekalipun jika tidak dapat digunakan semula ia akan diubah menjadi bahan yang tidak mengandungi radioaktif seperti mana piawaian antarabangsa.
Jaringan komunikasi tersebut bukan sekadar melibatkan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tetapi turut meliputi taklimat kepada pemimpin parti politik kerajaan dan pembangkang.
Dan pada ketika serangan ke atas Lynas memuncak sebelum ini, pihak pengurusan syarikat itu meminta pihak yang membangkang menampilkan kajian saintifik bagi menyanggah bukti di pihak syarikat itu bahawa operasi Lynas tidak akan menjejaskan kesihatan penduduk.
Namun hingga ke saat ini, pembangkang tidak pernah pun menampilkan kajian saintifik malah sebaliknya tamparan hebat diterima mereka apabila seorang Ahli Parlimen Pas, Dr. Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar sains nuklear menempelak tindakan pihak memburukkan Lynas.
Temu bual Dr. Che Rosli bersama sebuah media tahun lalu ternyata membuka tembelang pembangkang dalam isu ini apatah lagi bekas pensyarah itu mendakwa usahanya untuk menyatakan kebenaran dalam soal ini dihalang termasuk oleh pemimpin parti yang berkelulusan agama.
Maka bertebaranlah fitnah jahat bagi memburukkan Lynas dan kerajaan yang membenarkan operasi syarikat itu digambarkan tidak mempedulikan kesihatan rakyat sedangkan jika benar ia memudaratkan, maka semua tidak terkecuali termasuk pembesar juga akan menerima kesan.
Namun sejak pendedahan Dr. Che Rosli itu, kemarahan orang Melayu di Kuantan telah banyak diredakan dan mereka kembali sedar bahawa isu ini telah terlebih bancuh yang tidak lain hanyalah bermotifkan keuntungan politik.
Malah siri kempen anti-Lynas selepas pendedahan wakil rakyat Pas dari Hulu Langat itu mengakibatkan penyertaan lebih terarah kepada satu kaum sahaja yang diketahui umum ketika ini penolakan mereka kepada Barisan Nasional (BN).
Dan penulis sendiri pernah melalui satu situasi yang janggal apabila melihat pelekat anti-Lynas dipasang di pintu cermin di ruang menunggu pelanggan di sebuah pusat servis kereta di bandar Kuantan.
Ini kerana tidak lama kemudian pemiliknya seorang lelaki dalam pertengahan umur keluar dari pejabatnya dan mengeluarkan rokok seterusnya menyalakan api yang mana dia menyedut lebih 4,000 bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya termasuk kanser.
Sedangkan Lynas yang diuar-uarkan bahaya adalah sebaliknya, kerana kajian menunjukkan pendedahan radiasi kepada paru-paru apabila merokok sekotak sehari setiap hari selama setahun adalah 150 mSv atau 75,000 kali ganda lebih tinggi berbanding pendedahan radiasi daripada operasi Lynas.
Dan apabila disapa tauke pusat servis itu, pelbagai topik dibuka lelaki tersebut termasuklah isu politik semasa yang jelas menunjukkan kecenderungannya kepada pembangkang.
Maka Himpunan Hijau 2.0 Ahad ini di Kuantan yang mana antara penggeraknya adalah muka-muka yang sama menggerakkan Himpunan Bersih tahun lalu di ibu negara maka orang ramai sudah boleh menduga motifnya.
Maka esok (Ahad) di Padang MPK 4, Kuantan jika berlaku apa dirancang, hanya menyaksikan suatu lagi himpunan politik yang berakhir dengan pelbagai hasutan untuk membenci BN.
Walaupun modalnya lain tetapi sasaran sama iaitu untuk meraih keuntungan politik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 biarpun maklumat yang disampaikan adalah salah dan berunsur fitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ikenra at 25-2-2012 20:08
Betul ke hanya Kuantan tercemar?
|
|
|
|
|
|
|
|
mana itu karam singh walia baiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Unit Udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berlegar-legar di udara sekitar Padang Majlis Perbandaran Kuantan Empat (MPK4) yang menjadi tempat Perhimpunan Hijau ketika tinjauan fotoBERNAMA jam enam petang tadi, di Kuantan, Pahang, Sabtu. Perhimpunan Hijau ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa dan keselamatan bermula jam 10 pagi esok sehingga 12 tengahari. Pihak berkuasa dan keselamatan mengingatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan berkenaan kerana menganggu tenteraman awam. -fotoBERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Isu kilang Lynas: 'Lawak jenaka' di sidang akhbar Khalid Samad PAS...
Jumaat, 24 Februari 2012 21:23
ROSLI ISMAIL
Bila mengambilkira hidup mati politiknya para pemimpin PAS boleh jadi ' professor serba tahu' sekelip mata.Pandangan pakar 'boleh belah'.
Terbaru isu kilang Lynas dimana pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat ,Dr Rosli Che Mat,seorang saintis nuklear tidak dipedulikan kerana terkinja-kinja hendak mengekor puak-puak PKR dan DAP memekak di Perhimpunan Hijau di Kuantan Ahad ini.
Sebelum ini satu dunia tahu Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang 'pandai-pandai' tolak analisa pakar luar negara yang dapati video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim 99.9 peratus tulin - dengan isytihar video besi,tak boleh jadi bukti.
Kerana politik puak yang pakai topeng agama ini sanggup pusing segala macam termasuk memperbodohkan ahli mereka sendiri.
Kesian Dr Rosli yang belajar tinggi-tinggi diperlekehkan begitu sekali.Mungkin beliau terpaksa memendam rasa kerana ada 'bai'ah' yang mengikatnya.
Jumaat keadaan yang melucukan berlaku di depan semua wartawan yang menghadiri sidang akhbar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk mencabar Datuk Dr Hasan Ali beritahu siapa yang taja NGO Jati pimpinannya.
PAS memang dah 'geli' habis dengan Dr Hasan kerana mendapati ceramah-ceramahnya di seluruh negara yang membongkar kongkalikong PAS dihadiri ribuan orangramai.
Dalam usaha untuk menjejaskan kredibiliti Dr Hasan beliau cuba nasib bangkitkan soal sponsor.
Kalau anak jantan sangat dan pejuang Islam tulin ..Khalid sepatutnya juga kena berani tanya Timbalan Presiden PAS Mat Sabu : ' betul ke bang Mat ...itu suara bang Mat dalam rakaman perbualan berahi gile dengan Normah".
Beliau juga kena berani tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ," betul ke bang...yang dok berentap dengan China doll itu...abang Nuar ke."
Namun Khalid cuma takat berani usik Dr Hasan saja.
Sepatutnya Khalid peduli apa kalau ada pihak yang percaya pada perjuangan Dr Hasan nak sponsor beliau.
Ada juga pihak yang bertanya siapa yang sponsor PAS beli bangunan ibupejabatnya di Jalan Raja Laut ,Kuala Lumpur.
Cakap-cakap berlegar di kedai-kedai kopi mengatakan ada orang korprat yang sponsor PAS beli bangunan itu.
Soalnya kalau orang korprat itu sponsor PAS beli bangunan itu apa salahnya kalau ada orang korprat lain yang sponsor Dr Hasan kerana yakin pada perjuangannya.
Taktik Khalid...itu saja modal yang PAS ada.
Namun kejadian Jumaat membuat ada wartawan yang gelak keras perut.
Ianya berlaku tidak terancang.
Hadir sama di situ Dr Rosli.
Di celah sidang akhbarnya itu ada wartawan yang bertanya Dr Rosli apa pandangannya tentang kilang Lynas.
Ini ekoran kehangatan akan berlangsungnya Perhimpunan Hijau dimana PAS sedang sibuk menghasut ahlinya menyertainya.
Dr Rosli telah buat PAS ' angin' pada Ogos tahun lalu bila beliau membuat kenyataan menyuarakan pendapatnya bahawa kilang itu selamat.
Mungkin di luar dugaan Khalid...rakan Ahli Parlimennya itu tidak teragak-agak langsung ulangi pandangannya bahawa kilang itu selamat.
Katanya kilang itu selamat jika diawasi dengan betul.
Dr Rosli juga memberitahu beliau tidak akan turut serta dalam perhimpunan di Kuantan itu.
Apapun katanya terserahlah pada orang Kuantan membuat penentuan mengenai kilang di Gebeng itu yang didakwa oleh Ahli Parlimen PKR Fuziah Saleh tidak selamat.
Cukup melucukan Khalid yang mungkin panas telinga mendengar komen Dr Rosli betul-betul di depannya itu terus kata pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat itu adalah pandangan peribadinya bukan pandangan PAS atau pakatan pembangkang.
"Bagi PAS dan PKR...ia tidak selamat," kata mulut Khalid yang tidak ada kepakaran langsung dalam bidang itu.
Ada kalangan wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu kedengaran berkata," ini adalah salah satu jenaka politik yang boleh masuk buku sejarah."-24/2/2012 |
|
|
|
|
|
|
|
Polis tetapkan 12 syarat untuk Himpunan Hijau
Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 esok, hari ini menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut.
Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.
Berbanding dengan syarat-syarat yang dikenakan sewaktu perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di Kuala Lumpur bulan lalu - yang melarang semua jenis risalah dan kain rentang serta pembesar suara - polis Kuantan nampaknya lebih lembut.
Manakala risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.
Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.
Syarat-syarat lain ialah:
- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
- Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
- Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
- Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.
Sasterawan negara deklamasi sajak
Dalam perkembangan berkaitan, jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau telah mengeluarkan program sementara untuk perhimpunan esok.
Ia akan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 9 pagi dan diikuti dengan bacaan doa.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan mendeklamasikan sebuah sajak sebelum sesi 20 minit yang dipanggil 'The Power of Silence'.
Perhimpunan tersebut akan berakhir pada waktu tengah hari dengan
deklarasi yang dikenali sebagai 'Aspirasi Rakyat'.
Selepas perhimpunan tersebut, pihak penganjur merancang mengadakan satu sidang akhbar pada jam 1 tengah hari di sebuah hotel berdekatan.
Kira-kira 20,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan tersebut untuk membantah loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by iza_yuss at 26-2-2012 00:21
Adakah perhimpunan ini MOTIF UTAMA nya ialah politik, bukan kesedaran alam sekitar?
Susah betul l ...
RedDevils Post at 24-2-2012 16:01
begitu lah nmpk nya.....nk kata i sokong 100%....x jugak....nk bangkang x jugak.....nuclear ni kalo handle elok2, lg bersih dan efisien kalo nk compare gas n hydro....but yet. the worry is still there.....huhu....i baru je nk try2 idup kat kontan....tp rase cam x nak plak...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
td kat dungun..ramai yg pakai tshirt ijau.....derang naik motor....aku igt treasurehunt...agaknya psl benda ni la kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Rujukan daripada Wikipedia.
Environmental considerations
Mining, refining, and recycling of rare earths have serious environmental consequences if not properly managed. A particular hazard is mildly radioactive slurry tailings resulting from the common occurrence of thorium and uranium in rare earth element ores.[45] Additionally, toxic acids are required during the refining process.[14] Improper handling of these substances can result in extensive environmental damage. In May 2010, China announced a major, five-month crackdown on illegal mining in order to protect the environment and its resources. This campaign is expected to be concentrated in the South,[46] where mines – commonly small, rural, and illegal operations – are particularly prone to releasing toxic wastes into the general water supply.[13][47] However, even the major operation in Baotou, in Inner Mongolia, where much of the world's rare earth supply is refined, has caused major environmental damage.[14]
The Bukit Merah mine in Malaysia has been the focus of a US$100 million cleanup which is proceeding in 2011. "Residents blamed a rare earth refinery for birth defects and eight leukemia cases within five years in a community of 11,000 — after many years with no leukemia cases." Seven of the leukemia victims died. After having accomplished the hilltop entombment of 11,000 truckloads of radioactively contaminated material, the project is expected to entail in summer, 2011, the removal of "more than 80,000 steel barrels of radioactive waste to the hilltop repository." One of Mitsubishi's contractors for the cleanup is GeoSyntec, an Atlanta-based firm.[37] Osamu Shimizu, a director of Asian Rare Earth, "said the company might have sold a few bags of calcium phosphate fertilizer on a trial basis as it sought to market byproducts" in reply to a former resident of Bukit Merah who said, "The cows that ate the grass [grown with the fertilizer] all died."[48]
In May 2011, after the Fukushima Daiichi nuclear disaster, widespread protests took place in Kuantan over the Lynas refinery and radioactive waste from it. The ore to be processed has very low levels of thorium, and Lynas founder and chief executive Nicholas Curtis said "There is absolutely no risk to public health." T. Jayabalan, a doctor who says he has been monitoring and treating patients affected by the Mitsubishi plant, "is wary of Lynas's assurances. The argument that low levels of thorium in the ore make it safer doesn't make sense, he says, because radiation exposure is cumulative."[48] Construction of the facility has been halted until an independent United Nations IAEA panel investigation is completed, which is expected by the end of June 2011.[49] New restrictions were announced by the Malaysian government in late June.[38]
IAEA panel investigation is completed and no construction has been halted. Lynas is on budget and on schedule to start producing 2011. The IAEA report has concluded in a report issued on Thursday June 2011 said it did not find any instance of "any non-compliance with international radiation safety standards" in the project. [50] |
|
|
|
|
|
|
|
fuziah tu pakar radioaktif ker? kalau PR memerintah sure ker lynas ni ditutup? sedangkan ianya pendapatan baru kepada negara dan boleh membaiki hubungan malaysia australia yang agak dingin sebelum ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap penduduk Pahang terus mengundi barisang pada pilihanraya akan datang kerana hanya barisang sahajalah yang dapat menjamin keselamatan kilang rare earth di sana.
Minta dijauhkan jika berlaku perkara yg tidak diingini puak-puak PR akan membiarkan sahaja ustaz-ustaz PAH untuk memerbersihkan sisa radioaktif. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 la 'membuahcaturkan' orang2 kite..Berapa ramai pakar nuklear kat mesia nie y leh kita rujuk. Wat pe nak terus bodohkan orang kita. Pakar nuklear dlm PR pon malu ngan statement bodo kawan2 dia nie... |
|
|
|
|
|
|
|
LAPORAN LANGSUNG
11:20am: Langit mulai gelap, awam hitam mula kelihatan. Peserta yang membawa anggota keluarga dilihat mula memasuki restoran bagi menghadapi kemungkinan hujan turun.
11:11am: Penganjur membacakan tiga resolusi:
membatalkan projek nadir bumi.
membatalkan atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia.
pastikan bahawa semua projek-projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi.
11:04am: Presiden Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur meminta orang ramai turut mengambil kira nasib Jalan Sultan di ibu negara yang menurutnya akan menjadi korban pembangunan untuk projek MRT.
"Jalan Sultan untuk semua rakyat Malaysia," kata pengerusi bersama jawatankuasa selamatkan Jalan Sultan.
10:50am Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu.
"Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya.
Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi.
Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini.
"Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat
11:57am: Pengerusi BERSIH S Ambiga berucap menyatakan sokongan BERSIH kepada penduduk Kuantan.
"Hari ini, warna kuning berdiri bersama-sama warna hijau," katanya.
Menyentuh isu Lynas, Ambiga berkata keputusan menerima projek nadir bumi itu dibuat oleh orang yang berada jauh darpada Gebeng, tempat ia akan dibina.
Beliau meggesa orang ramai menolak calon pilihan raya yang menyokong projek itu.
10:57am Di Kuantan, sistem audio bertambah baik di MPK4 membolehkan orang ramai mendengar ucapan yang diberikan. Yang tidak dapat mendengar, mereka terus berpesta, antaranya dengan menyanyi.
10:55am Di Kuala Lumpur, perhimpunan sama berlangsung di Maju Junction dengan kehadiran kira-kira 500 orang.
10:40am Aktivis alam sekitar mula merucap kepada peserta, termasuk aktivis anti-insinerator dari  Cameron Highlands dan kumpulan penentang pembinaan tiang kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang.
10:40am Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4.
10:30am Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.
Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya".  |
|
|
|
|
|
|
|
ada nampak tok nan tak?
takkan nyorok dlm bilik... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ada nampak tok nan tak?
takkan nyorok dlm bilik... hehe
petola Post at 26-2-2012 11:59
abg pet...takde ker pakar pakar radioaktif datang perhimpunan tersebut....ni semua org politik ajer ni....cmon laa...semua yang datang tu adalah peserta import dari parti2 politik.... |
|
|
|
|
|
|
|
abg pet...takde ker pakar pakar radioaktif datang perhimpunan tersebut....ni semua org pol ...
abgboroi Post at 26-2-2012 12:10
hari2 sebelum inipun ribu2 gak org tempatan himpun
ini kira besar punya seme boleh dtg kasik sokongan...
lynas ni ada banyak muka
muka ekonomi ada muka teknikal ada muka politik ada muka sosial ada muka tak tau malu pun ada hehe
sapa yg luluskan lynas kenalah bersihkan semua muka tu kalau nak berjaya..
cikai ler kalau org2 bodoh pun tak boleh nak diconvince untuk terima lynas... |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 sebelum inipun ribu2 gak org tempatan himpun
ini kira besar punya seme boleh dtg kasik ...
petola Post at 26-2-2012 12:17
saya rasa bawak pakar radioaktif...tu yang betulnya...bukannya ahli politik yang bercakap... |
|
|
|
|
|
|
| |
|