CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: InspekterZ

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)

[Copy link]
 Author| Post time 28-4-2012 10:00 PM | Show all posts
Reply 15# ariapersanta


    kisah2 ini hanyalah santapan rohani. membaca dan fahami maksud tersirat.

bukan ilmu mereka yg harus digah. tetapi bagaimana Allah sampaikan sesuatu melalui insan yg dikasihiNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2012 10:09 PM | Show all posts
Wow, cte pertama tu. Kuasa syed. Sang sufi mursyid dah menyamai kekuasaan penciptanya. Bravo
letter2 Post at 28-4-2012 19:12



    Allah lebih berkuasa. jangan memandang perbuatan atau kejadian. tetapi memandang siapa pemiliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 10:20 PM | Show all posts
Reply 18# annehuda


    terima kasih. moga anda tidak terus menangkap cerita2 ini sebagai hiburan. ambillah ia sebagai separuh dari jawapan yg anda cari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 10:23 PM | Show all posts
Reply  annehuda


    terima kasih. moga anda tidak terus menangkap cerita2 ini sebagai hiburan. ...
InspekterZ Post at 28-4-2012 22:20



    tuan tanah saya nak tanya...dulu saya penah terbaca ttg kisah ahli sufi berkahwin dgn pelacur..boleh tolong carikan utk saya? saya ingat2 lupe la citer tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 03:24 PM | Show all posts
TT taip dan reka sendiri ke apa? Kisah yang menarik untuk dikongsikan. Banyak manfaatnya. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 03:33 PM | Show all posts
lagi lagi lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2012 10:06 PM | Show all posts
cerita 6,

SANTAPAN DARI SYURGA


Yunus, anak Adam, pada suatu masa memutuskan untuk tidak sekadar menyerahkan hidupnya pada nasib, tetapi mencari cara dan alasan penyediaan keperluan manusia.

"Aku manusia," katanya kepada dirinya sendiri. "Sebagai manusia aku mendapat sebahagian dari keperluan dunia, setiap hari. Bahagian itu aku dapat kerana usahaku sendiri, disokong oleh usaha orang lain juga. Dengan memudahkan proses ini, aku akan mencari tahu bagaimana cara makanan mencapai manusia, dan belajar sesuatu mengenai bagaimana dan mengapanya.


Daripada hidup di dunia kacau-bilau ini, di mana makanan dan keperluan lain jelas datang melalui masyarakat, aku akan menyerahkan diriku kepada Penguasa langsung yang  memerintah segalanya.
Pengemis hidup lewat perantara Lelaki dan wanita yang pemurah, yang merelakan sebahagian hartanya mengikut desakan hati yang tidak sepenuh-penuhnya. Mereka melakukan itu kerana telah dididik berbuat demikian. Aku tidak mahu menerima sumbangan yang tidak langsung itu. "


Selesai berbicara sendiri, ia pun berjalan ke tempat terpencil, menyerahkan dirinya kepada bantuan kekuatan ghaib dengan keyakinan yang sama seperti ketika ia menyerahkan dirinya kepada bantuan yang kasat mata, yakni ketika ia dulu menjadi guru di sebuah sekolah.


Ia pun jatuh tertidur, yakin bahawa Allah akan mengurus keperluannya sebaik-baiknya, sama seperti burung-burung dan binatang lain mendapatkan keperluannya di dunia mereka sendiri.


Waktu subuh, kicau burung membangunkannya, dan anak Adam itu mula-mula berbaring saja, menanti munculnya makanan. Walaupun ia mula-mula sepenuhnya menyerahkan dirinya kepada kekuatan ghaib dan yakin bahawa ia akan mampu memahaminya kalau kekuatan ghaib itu mula bekerja di tempat itu, Yunus akan menyedari bahawa renungan sahaja tidak akan banyak membantunya di medan yang tidak biasa ini.


Ia berbaring di tepi sungai, dan menghabiskan seluruh hari memperhatikan alam, mengintai ikan di sungai, dan bersembahyang. Satu demi satu lewatlah orang-orang kaya dan berkuasa, disertai pengiring yang naik kuda bagus-bagus, terdengar kelinting pakaian kuda menandakan keyakinan jalan yang ditempuhnya, dan mendengar salam orang-orang itu kerana mereka melihat ikat kepala yang dikenakannya.


Kelompok-kelompok penziarah berehat dan mengunyah kuih kering dan keju, dan air liurnya pun semakin mengalir membayangkan makanan yang paling mudah.


"Ini hanya ujian, dan semua akan segera berlalu," pikir Yunus, ketika ia selesai mengerjakan sembahyang Isyak, dan memulakan tafakurnya menurut cara yang pernah diajarkan kepadanya oleh seorang darwis yang mempunyai pandangan tajam dan luhur dalam mencapai tujuan.


Malam pun berlalu. Dan Yunus sedang duduk menatap sinar matahari yang patah-patah terpantul di Sungai Tigris yang agung, ketika lima jam sesudah subuh, pada hari kedua, tampak olehnya sesuatu menyembul-nyembul di antara alang-alang.


Barang itu ternyata sebuah bungkusan daun yang diikat dengan serabut kelapa.


Yunus, anak Adam, terjun ke sungai dan mengambil benda aneh itu. Beratnya sekitar setengah kilogram. Ketika dibukanya pengikat itu, bau yang sedap menyerang lubang hidungnya.


Yunus mendapat halwa Baghdad. Halwa makanan itu, dibuat dari cecair buah badam, air  mawar madu, dan kacang dan pelbagai bahan lain yang berharga oleh kerana itu sangat digemari kerana rasanya yang enak dan khasiatnya yang tinggi bagi kesihatan. Puteri cantik penghuni harem menggigit-gigitnya kerana rasanya yang enak, para prajurit membawanya ke medan perang kerana boleh menimbulkan ketahanan tubuh. Ia pun boleh dipergunakan untuk mengubati seratus penyakit.


"Keyakinanku terbukti!" kata Yunus. "Dan kini tinggal mengujinya. Jika ada halwa yang sebesar ini, atau makanan yang sama, dihantar kepadaku lewat sungai ini setiap hari, atau pada waktu-waktu yang teratur, aku akan mengetahui cara yang ditempuh oleh Sang Pemelihara untuk memberi makanan padaku. Dan sesudah itu aku boleh menggunakan akalku untuk mencari sumbernya. "


Tiga hari berturut-turut sesudah itu, pada jam-jam yang tepat sama, sebungkus halwa terapung menuju ke tempat Yunus.


Ia berkeyakinan kuat bahawa hal itu merupakan penemuan yang sangat penting. Kita sederhanakan saja keadaan kita, dan Alam terus menjalankan tugasnya dengan cara yang kira-kira sama.


Hal itu saja melupakan penemuan yang dirasanya harus disebarkan ke seluruh dunia. Bukankah sudah dikatakan, "Kalau kau mengetahui sesuatu, ajarkan itu." Namun kemudian disedarinya bahawa ia tidak mengetahui, ia baru mengalami.


Langkah seterusnya yang harus ditempuh adalah mengikuti jalan halwa itu mudik sampai ia mencapai sumbernya. Tentu ia nanti tidak hanya mengetahui asal usulnya, tetapi juga cara bagaimana makanan itu sengaja disediakan untuk dimakannya.


Berhari-hari lamanya Yunus mengikuti alur sungai setiap hari secara teratur tetapi pada waktu yang semakin lama semakin awal halwa itu muncul, dan Yunus memakannya.


Akhirnya Yunus melihat bahawa sungai itu bukannya tambah sempit di udik, tetapi malah melebar. Di tengah-tengah sungai yang luas itu terdapat sebidang tanah yang amat subur. Di tanah itu berdiri sebuah istana yang kukuh namun indah. Dari sanalah, pikirnya, makanan itu berasal.


Ketika ia sedang memikirkan langkah seterusnya Yunus melihat seorang darwis yang tinggi dan kusut, yang rambutnya kusut bagaikan pertapa dan pakaiannya bertampal warna-warni, berdiri dihadapannya.


"Salam, Bapak," kata Yunus.

"Salam, huuu!" jawab pertapa itu keras. "Apa pula urusanmu disini? "

"Saya melakukan suatu penyelidikan suci," anak Adam itu menjelaskan.

"dan saya perlu mencapai benteng di seberang itu untuk menyempurnakannya. Barangkali Bapak mengetahui cara agar saya boleh ke sana? "

"Kerana nampaknya kau tak mengetahui apa-apa tentang benda itu, walaupun aku sendiri menaruh minat padanya, "kata pertapa itu, "akanku beritahu juga kau tentangya.''

''Pertama sekali, puteri seorang raja tinggal di sana, dalam tawanan dan pembuangan, dijaga oleh sejumlah dayang-dayang jelita, memang enak, tetapi terhad juga geraknya. Sang Puteri tidak boleh melarikan diri sebab lelaki yang menangkap dan memenjarakannya disana, kerana Sang Puteri menolak lamarannya, maka didirikan rintangan-rintangan yang kukuh tak terlampaui, yang tak nampak oleh mata. Kau harus melalui rintangan-rintangan itu agar boleh memasuki benteng dan mencapai tujuanmu. "

"Bapak boleh menolong saya?"

"Aku sendiri sedang akan memulakan perjalanan khusus demi pengabdian. Tetapi, kukatakan padamu rahsia sepatah kata, ''Wazifa'', yang-kalau memang sesuai untuk itu akan membantumu mengumpul kekuatan ghaib para Jin berbudi, makhluk api, yakni satu-satunya makhluk yang dapat mengatasi kekuatan sihir yang telah mengunci benteng tersebut. Semoga kau selamat. "

bersambung,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2012 10:12 PM | Show all posts
sambungan,


Dan pertapa itu pun pergi, setelah mengucapkan suara-suara aneh berulang-ulang dan bergerak tangkas dan cekap, sangat mengagumkan mengingat sosoknya yang patut dimuliakan itu.


Berhari-hari lamanya Yunus duduk latihan dan memperhatikan munculnya halwa. Kemudian, pada suatu malam ketika sedang disaksikannya matahari bersinar-sinar di menara benteng, terlihat olehnya pemandangan yang aneh.


Disana, berkilauan dalam keindahan syurgawi, berdirilah seorang gadis yang tentunya tuan puteri yang dikisahkan itu. Beberapa saat lamanya ia berdiri menyaksikan matahari, dan kemudian menjatuhkan sesuatu ke ombak yang mengalun jauh di bawah kakinya yang dijatuhkannya itu adalah halwa. Nah, ternyata itulah sumber langsung pemberian itu.


"Sumber Makanan Syurga!" teriak Yunus. Kini ia merasa berada diambang kebenaran. Bila-bila masa nanti, Pemimpin Jin, yang dipanggil-panggilnya lewat Wazifa darwis, tentu datang, dan akan dapatlah ia mencapai benteng, puteri, dan kebenaran itu.


Tidak berapa lama sesudah fikiran itu melintas di benaknya, ia merasa dirinya terbawa terbang melewati langit yang nampaknya seperti kerajaan dongeng, penuh dengan rumah-rumah yang indah mengagumkan.
Ia memasuki salah satu diantaranya, dan disana berdiri seorang makhluk semacam manusia, yang sebenarnya bukan manusia, nampaknya masih muda, namun bijaksana, dan jelas sudah sangat tua.


"Hamba," kata makhluk itu, "adalah Pemimpin Jin, dan hamba telah membawa Tuan kemari sesuai dengan permintaan Tuan melalui Nama Agung yang telah diberikan kepada Tuan oleh Sang Darwis Agung. Apa yang boleh hamba lakukan untuk Tuan? "


"Oo Pemimpin Jin yang perkasa," kata Yunus gementar, "aku Pencari Kebenaran, dan jawapan bagi pencarianku itu hanya boleh aku dapatkan di dalam benteng yang mempesona di dekat tempatku berdiri ketika kau memanggilku ke mari. Berilah aku kekuatan untuk memasuki benteng itu dan untuk berbicara kepada puteri yang terkurung di sana. "


"Permohonan dikabulkan!" kata Sang Pemimpin Jin. "Tetapi ketahuilah, orang mendapatkan jawapan bagi pertanyaannya sesuai dengan kemampuannya memahami dan persiapannya sendiri. "


"Kebenaran tetap kebenaran," kata Yunus, "dan aku akan  mendapatkannya, apa pun juga wujudnya nanti. Berikan anugerah itu. "


Segera Yunus dihantar cepat-cepat dalam keadaan tak kelihatan (dengan kekuatan sihir Jin), dikawal oleh sekumpulan Jin kecil-kecil sebagai pembantunya, yang oleh Pemimpinnya diberi tugas mempergunakan kepandaian khususnya untuk membantu manusia yang sedang mencari kebenaran itu.


Ditangan Yunus ada sebuah batu cermin khusus yang menurut penggunaan Pemimpinnya diberikan tugas mempergunakan kepandaian khususnya untuk membantu manusia yang sedang mencari kebenaran itu.
Di tangan Yunus ada sebuah batu cermin khusus yang menurut petunjuk Pemimpin Jin harus diarahkan ke benteng untuk melihat rintangan-rintangan yang tak kelihatan.


Lewat batu itulah anak Adam mengetahui bahawa benteng tersebut di jaga oleh sederet raksasa, tak tampak tetapi mengerikan, yang menghentam sesiapa yang mendekat. Jin-jin pembantu yang ahli dalam tugas khusus berjaya menyingkirkan mereka. Kemudian Yunus melihat ada semacam jala atau jaring yang tak kelihatan, yang menutupi seluruh benteng itu.


Itu pun boleh disingkirkan oleh Jin-jin yang mempunyai kecerdikan untuk melaksanakan tugasnya. Akhirnya ada selonggok batu besar yang tak kelihatan yang ternyata memenuhi jarak antara benteng dan tepi sungai. Batu-batu itu dibongkar semua oleh kumpulan Jin tersebut, yang setelah menjalankan tugas-tugasnya, memberi salam lalu pergi secepat kilat ke tempat asalnya.


Yunus menyaksikan ada sebuah jambatan yang dengan kekuatan ghaib, muncul dari dasar sungai sehingga ia boleh berjalan sampai ke benteng itu dengan tetap kaki kering. Seorang pengawal gerbang langsung membawanya menghadap Sang Puteri, yang kini bahkan lebih elok lagi dari pada dulu ketika pertama kali dilihatnya.


"Kami amat berterima kasih pada Tuan kerana telah menghancurkan rintangan yang mengurus benteng ini, "kata puteri itu.

"Dan sekarang saya boleh pulang ke pangkuan ayahanda dan ingin sekali memberi hadiah Tuan yang telah bersusah-payah selama ini. Katakan, sebut apa saja, dan saya akan memberikannya kepada Tuan. "

"Mutiara tiada tara," kata Yunus, "hanya ada satu hal yang saya cari, yakni kebenaran. Kerana sudah merupakan kewajipan siapa pun yang mempunyai kebenaran untuk memberikan kepada sesiapa yang boleh memanfaatkannya, saya memohon dengan sangat, Yang Mulia, agar memberikan kebenaran yang sangat saya perlukan. "


"Katakan, dan kebenaran yang boleh saya berikan, akan sepenuhnya menjadi milik Tuan. "

"Baiklah, Yang Mulia. Bagaimana, dan atas perintah apa Makanan Syurga, yakni halwa yang setiap harinya Tuan Puteri berikan kepada saya itu, diatur pengirimannya secara demikian? "

"Yunus, anak-anak Adam," kata Sang Putri, "halwa, begitu nama yang kau berikan, yang saya lemparkan setiap hari itu sebenarnya tak lain sisa-sisa bahan perias yang saya gosok setelah saya mandi air susu keldai. "

"Akhirnya saya memahami," kata Yunus, "bahawa pengertian manusia sesuai dengan syarat kemampuannya untuk mengerti.

Bagi Tuan Putri, itu merupakan sisa bahan perias. Bagi saya, Makanan Syurga. "


Tamat.


Catatan

Menurut Halqawi (penulis kisah ini), hanya beberapa kisah Sufi yang boleh dibaca oleh sesiapa waktu bila-bila masa, dan tetap boleh memberikan perbaikan "kesedaran batin."

"Hampir semua orang berbeza," katanya, "bergantung pada di mana, bila, dan bagaimana kisah-kisah itu dipelajari. Demikianlah, kebanyakan orang akan mencari hal-hal yang mereka harapkan hiburan, teka-teki, ibarat. "

Yunus, anak Adam, adalah orang Syria, meninggal tahun 1670. Ia mempunyai kekuatan penyembuhan yang luar biasa dan juga seorang penemu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2012 10:18 PM | Show all posts
Reply 24# annehuda


    ok. saya cuba cari. tapi saya tak berjanji ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2012 10:22 PM | Show all posts
Reply 25# arrowtotheknee


    tak, ini adalah cerita-cerita ahli sufi. mereka menceritakan ia seperti nampak dongeng. tetapi dongengan mereka ada intipati dan pemahaman yg sangat kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2012 10:37 PM | Show all posts

ORANG-ORANG BUTA DAN GAJAH

Di seberang Ghor ada sebuah kota. Semua penduduknya buta. Seorang raja dengan pengikutnya lewat dekat kota itu. Ia membawa tentera dan memasang khemah di gurun.  Ia mempunyai seekor gajah perkasa, yang mahu berperang dan menimbulkan ketakjuban rakyat.

Penduduk bandar itu ingin sekali mengetahui hal gajah tersebut, dan beberapa di antara orang-orang yang buta itu pun berlari-lari berusaha mendekatinya.

Kerana sama sekali tidak mengetahui bentuk dan wujud gajah, merekapun meraba-raba sambil lewa, cuba membayangkan gajah dengan menyentuh bahagian tubuhnya.

Masing-masing berfikir telah mengetahui sesuatu, sebab telah menyentuh bahagian tubuh tertentu.
Ketika mereka kembali ke tengah-tengah kaumnya, orang-orang pun berkerumun di sekeliling mereka. Orang-orang itu keliru mencari tahu tentang kebenaran daripada rakan-rakannya sendiri yang sebenarnya telah ''tersesat''.

Kerumunan orang itu bertanya tentang bentuk dan wujud gajah dan mendengar segala yang diberikan kepada mereka.

Orang yang tangannya menyentuh telinga gajah ditanya tentang bentuk gajah. Jawabnya, "Gajah itu lebar, kasar dan besar, seperti babut. "

Dan orang yang meraba belalainya berkata, "Saya tahu keadaan sebenarnya! Gajah itu bagai paip lurus dan kosong, dahsyat dan suka menghancurkan. "

Orang yang menyentuh kakinya berkata, "Gajah itu perkasa, kukuh, bagaikan tiang. "

Masing-masing telah meraba satu bahagian saja. Masing-masing telah keliru menangkapnya. Tidak ada fikiran yang mengetahui segala pengetahuan sahabat Si Buta.  Semuanya membayangkan sesuatu, yang sama sekali keliru.

pengajaran; Makhluk tidak mengetahui perihal ketuhanan. Tak ada Jalan dalam pengetahuan ini yang boleh ditempuh dengan kemampuan biasa.

Catatan

Kisah ini terkenal dalam versi Rumi "Gajah dalam Rumah Gelap" yang terkandung dalam Matsnawi. Guru Rumi, hakim Sanai, menyodorkan versi ini dalam buku pertama yang dianggap klasik di kalangan Sufi, Taman Kebenaran yang Berpagar. Ia meninggal tahun 1150.

Kedua-dua kisah itu merupakan penyampaian cara pemikiran yang sama, yang menurut tradisi, telah dipergunakan oleh guru-guru Sufi selama berabad-abad.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 12:33 AM | Show all posts
hebat. tapi kena baca byk kali utk memahaminya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 07:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by bca at 30-4-2012 07:47

Reply 1# InspekterZ
dapat pengajaran dari citer nie..
http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=nurulsyamil
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 08:00 AM | Show all posts
...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 10:43 AM | Show all posts
hebat. tapi kena baca byk kali utk memahaminya
allyhasana Post at 30-4-2012 00:33

setuju.. yg smp sekarang tak faham pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 11:05 AM | Show all posts
teruskan bercerita yea TT...kt suke bahase2 mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2012 12:11 PM | Show all posts
teruskan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2012 11:36 PM | Show all posts
Salam kepada semua pembaca di ruangan ini.

Cerita2 ini telah saya ambil dari laman lain umumnya.

Cerita2 ini adalah utk santapan ruhani agar kita selang seli dgn cerita2 yg terlalu moden dan mengkhayalkan.

Kebaikan buat semua penulis dan penceritaan. Salam Warahmatullahhi Wabarokatuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2012 11:41 PM | Show all posts
Kisah Zun Nun dengan Muridnya yang Soleh.


Zun Nun mempunyai seorang murid yang telah bersuluk selama 40 kali dan setiap kali suluk selama 40 hari.

40 kali dia telah berdiri di Padang Arafah dan selama 40 tahun dia telah mengekang hawa nafsunya. Suatu hari, muridnya datang menemui Zun Nun dan berkata:

"Semua telah kulakukan. Tetapi semua susah payahku tidak dipandang oleh-Nya sedikitpun. Dia tidak mempedulikan dan tidak mahu menunjukkan keghaiban-keghaiban Nya kepada ku. Semua itu kukatakan bukan untuk memuji diriku sendiri, tetapi semata-mata menyatakan hal yang sebenarnya. Aku telah melakukan segala yang dapat dilakukan oleh diriku yang malang ini. Aku tidak mengeluh kepada Allah.


Aku hanya menyatakan hal yang sebenarnya bahawa aku telah mengabdikan jiwa ragaku untuk berbakti kepada Nya. Aku hanya menyampaikan kisah sedih dari nasibku yang malang ini. Semua itu kuceritakan bukan kerana hatiku telah jemu untuk beribadah kepada Allah. Aku khuatir jika masa-masa yang akan datang aku mengalami hal yang sama.


Seumur hidupku sentiasa berharap, namun tidak ada jawapan. Sangat berat bagiku untuk lebih lama menanggungnya. Kerana engkau adalah penasihat bagi orang-orang yang sedang berduka dan penasihat tertinggi bagi orang-orang soleh, sembuhkanlah dukacitaku ini"


"Malam ini makanlah sepuas hatimu," kata Zun Nun.

"Tinggalkanlah solat Isya' dan tidurlah dengan nyenyak sepanjang malam. Dengan demikian jika Allah yang selama ini tidak memperlihatkan diri Nya dengan kebajikan, maka setidak-tidaknya Dia akan memperlihatkan diri Nya dengan penyesalan terhadapmu. Jika selama ini Dia tidak mahu memandangmu dengan kasih sayang maka Dia kan memandangmu dengan kemurkaan"


Murid itupun pergi dan pada malam itu dia makan dengan sepuas-puasnya. Tetapi untuk meninggalkan solat Isya' terasa berat di hatinya. Dia tetap melakukan solat dan setelah itu dia pun tidur. Malam itu dia bermimpi bertemu dengan Nabi SAW dan berkata kepadanya:

"Allah telah mengucapkan salam kepadamu. Dia berkata:"Hanya seorang yang malang yang lemah serta bukan manusia sejatilah yang datang kepada-Ku dan cepat merasa jemu. Punca permasalahan adalah hidup lurus tanpa keluhan" Allah Yang Maha Besar menyatakan:

"Telah Kuberikan kepadamu 40 tahun keinginan beribadah kepada Ku dan Aku jamin engkau akan mendapat segala yang engkau harapkan dan memenuhi segala keinginanmu itu. Tetapi sampaikan salam Ku kepada Zun Nun, manusia yang ''buruk akhlaknya'' dan suka ''berpura-pura''.

Katakanlah kepadanya, wahai manusia pendusta, yang suka berpura-pura, jika tidak Aku bukakan keaibanmu kepada seluruh penduduk kota, maka Aku bukanlah Tuhanmu. Ingat, janganlah engkau sesatkan kekasih-kekasih yang malang dan janganlah engkau jauhkan mereka dari Ku"


Murid itu terjaga dari tidurnya lalu menangis. Kemudian dia pergi kepada Zun Nun dan menceritakan segala yang dilihat dan didengarnya dalam mimpi itu. Ketika Zun Nun mendengar kata-kata Tuhan memberi salam dan menyatakan dia adalah pendusta yang suka berpura-pura, ia pun berguling-guling kegirangan dan menangis kebahagiaan.

Tamat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 03:37 AM | Show all posts
Reply 3# InspekterZ


    thanks for sharing this story
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.451761 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list