|
LAGENDA BUDAK SETAN "KATERINA" 29 NOV 2012 [trailer/poster/sinopsis]
[Copy link]
|
|
awat font dalam poster LBS 2 ni aku rasa macam tak kena jah... heheh |
|
|
|
|
|
|
|
btw, aku ske sgt part katerina ni.. coz dy girl yg sgt brani lo.. hahah mst bes part dy tglkan hisham tu.. then hisham jd gile jap.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ada maya sure aku pergi tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jadi fenomena nih.........! filem2 maya karin bukan calang-calang |
|
|
|
|
|
|
|
shanew3stgalz posted on 19-9-2012 08:26 AM
btw, aku ske sgt part katerina ni.. coz dy girl yg sgt brani lo.. hahah mst bes part dy tglkan hisha ...
best x novel dia? antara fazura or maya yg mana lg sesuai?
|
|
|
|
|
|
|
|
soul_iela posted on 16-10-2012 03:35 PM
best x novel dia? antara fazura or maya yg mana lg sesuai?
Maya lg seswai kot..
mase bace balik dah boleh sgt nampak maya dalam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik, kan
|
|
|
|
|
|
|
|
dunkin^donuts posted on 14-6-2012 10:23 PM
Reply 2# mijot
aku harap SS betul² dpt tebus balik kesilapan besar dia ubah 60% jalan citer LBS 1 dulu...
~ tgk preview...not bad bront palare kat sini...huhuhu memang cam idup charector dia...aku sukeee...
tuk maya as katerina...aku harap best cam dlm novel....
|
|
|
|
|
|
|
|
x de rase nak tgk cite nie wlpn dah penah baca novelnye..
agaknye sb dah serik sngat bile tgk LBS 1 dulu kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
sinematografi nmpk cantik sgt |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah cieter LBS nie kesian kat kashah,penulis AA tu x nak wat ke LBS4 manala tau tiba2 dtg seorang awek yg menyerupai wajah ayu lak ke hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bace buku je dh cukup ok utk aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu ada tnjk kt astro preview cite ni setengah jam....
So far nmpk menarik....
Oh my, bront sgt tasty dlm citer ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
aritu tertengok preview kat astro, menangih2 aku part bb tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada special screening di gsc pavi 26hb ni pkl 9 mlm...
ticket rm30 with all the actors... |
|
|
|
|
|
|
|
Review ringkas tentang filem ini di Twitter oleh beberapa orang wartawan nampak kurang memberansangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
haiku posted on 23-11-2012 03:23 PM
Review ringkas tentang filem ini di Twitter oleh beberapa orang wartawan nampak kurang memberansangk ...
ce tepek skit reviewnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bercinta pun tak sempat!
Maya Karin
WATAK Maya Karin sebagai Izzah dalam filem Ombak Rindu begitu menggetarkan perasaan penonton sehingga filem itu berjaya mencapai kutipan pecah panggung, sekali gus berjaya menutup segala kritikan terhadap lakonannya yang sebelum ini dikatakan kaku.
Dek kerana keberkesanan lakonannya itu, Maya menang trofi Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) serta Anugerah Skrin (ASK), baru-baru ini.
Apakah Maya akan mengulangi kejayaan sama dalam filem lakonan terbarunya, Lagenda Budak Setan 2 - Katerina (LBS2), arahan Sharad Sharan? Filem melankolik itu bakal menemui penonton mulai 29 November ini.
Sekali lagi menerusi syarikat sama yang menerbitkan filem Ombak Rindu, Tarantella Pictures dan Astro Shaw, Maya diberi watak sarat dengan emosi dalam memburu cinta abadi bersama Kasyah, lakonan Farid Kamil. Pada masa sama, dia berusaha melarikan diri daripada ‘cinta psiko’ Hisyam (Bront Palarae).
Cabaran Maya menerusi LBS2, kali pertama dia bekerja dengan Sharad dan langkah pertama mereka terpaksa melalui proses suai kenal untuk mencari kesefahaman dan keserasian.
“Untuk LBS2, kami berdua mencari keserasian dalam watak kami manakala dalam LBS3 - Kasyah yang akan ditayangkan tahun depan, kami sudah cukup saling memahami.
“Bagaimanapun, agak malang dalam LBS2 kerana saya dapat skrip lagi seminggu penggambaran akan dimulakan kerana penulis skrip sakit dan dimasukkan ke hospital sedangkan jadual produksi sudahpun siap.
“Saya sebenarnya lebih suka dapat skrip awal untuk menghayati jalan cerita dan mengenali watak. Apabila dapat skrip lambat, sukar untuk saya membuat persediaan. Apabila skrip sudah berada di tangan, masih ada babak yang tidak lengkap kerana penulisnya masih tak sihat. Dalam situasi sebegitu, saya masih cuba juga melakukan yang terbaik,” katanya.
Maya akui tiada masalah langsung berlakon dengan Farid kerana mereka pernah berlakon bersama dalam filem Anak Halal pada 2007.
“Kami sudah lama berkawan baik, jadi saya memang suka apabila dapat berlakon bersama dalam Anak Halal. Untuk filem Cun! pilihan pertama untuk watak hero adalah Farid tetapi ketika itu dia sedang sibuk dengan projek lain lalu digantikan dengan Remy Ishak. Lama saya tunggu filem yang sesuai untuk kami berlakon bersama semula.
“Bront pula antara kawan saya yang paling rapat dalam industri. Kalau tiada penggambaran pun, kami selalu berjumpa dan apabila Sharad mahu ambil Bront berlakon dalam LBS2, saya suka sangat! Terus saya pujuk Bront supaya terima tawaran itu.
“Sebelum ini kami berdua pernah berlakon dalam filem Anak Halal, Hati Malaya, Ombak Rindu dan paling terbaru, LBS3 - Kasyah serta Jwanita. Saya suka berlakon dengan Bront kerana dia bukan saja kawan baik saya, tetapi dia adalah pelakon yang hebat, katanya.
Sebagai Katerina, Maya berasakan watak itu sangat menarik. Masih berlegar dalam kehidupan wanita moden seperti yang pernah dibawakan dalam filem Pisau Cukur tetapi watak Katerina dan Bella sebenarnya berbeza.
“Watak saya sebagai Bella dalam Pisau Cukur mengada-ngada dan gedik tetapi Katerina watak wanita moden dalam genre drama yang lebih banyak bermain dengan emosi apabila cintanya dengan Kasyah mendapat halangan Hisyam yang begitu obses dengannya dan juga ibu bapa Katerina yang ada muslihat tersendiri.
“Saya menerima tawaran Sharad kerana kelainan yang terdapat pada watak Katerina iaitu wanita moden yang derita. Untuk setiap tawaran, saya akan pastikan ia bukanlah karakter yang sama. Saya sudah berusaha yang terbaik untuk Katerina, namun tidak berani mengharapkan apa-apa. Kita tunggu saja reaksi penonton nanti,” katanya.
Dalam sekuel LBS3, jelas Maya, Katerina dan Kasyah berkahwin tetapi Hisyam tetap tidak mahu ‘melepaskan’ Katerina.
“Ada watak lain yang akan muncul dan LBS3 lebih dramatik. Jangan lupa tengok” pintanya.
Pada Disember ini, Maya akan berlakon dalam filem baru tetapi ia dia belum boleh menceritakannya dengan lebih lanjut.
“Saya sangat sibuk sekarang, banyak tawaran seperti berlakon filem, duta produk, menyanyi dan sebagainya. Kalau filem baru itu tak jadi, mungkin saya akan mengisi masa lapang itu pergi bercuti dengan kawan-kawan ke Finland atau Jepun,” katanya.
Menyentuh persoalan cinta, menurut Maya, belum ada cinta baru yang singgah di hatinya. Digosip rapat semula dengan Remy Ishak, jelasnya, usah percaya semua itu kerana ia sekadar gosip.
“Remy itu kawan saya. Saya masih solo sejak berpisah dan tidak tergesa-gesa mencari pasangan hidup. Jadual saya semakin sibuk, nak bercinta pun tak sempat!” katanya yang baru pulang bercuti dengan ayahnya di Nepal, baru-baru ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
abbey posted on 23-11-2012 11:39 AM
ce tepek skit reviewnya...
cer search kat google 'tontonfilem' .. ada reviewnya..
ni review dari kawan aku:
sama mcm ombak rindu.bnyk kritikan. sana sini xkene dan annoying. tp masih ada yg buatkan org bertaut dan igt filem tu. OR masih fenomena dan diiktiraf di mata penonton walaupun xjauh pergi dalam anugerah-anugerah. org akan tgk filem LBS2 dari banyak sisi. kepada yang fanatik fazura, pasti akan digali sehabis baik apa-apa yg bisa di-kondem. dan kepada fanatik maya karin, pastinya filem ini akan di sukai seadanya. kepada yang menyukai ceritanya, mereka pasti sukakan ceritanya dan cabarannya. filem bergenre berat dan emosi bukan mudah. seperti juga ombak rindu, rasanya gabungan beberapa elemen dalam filem ini boleh mencetuskan fenomena yang sama. ini termasuk gabungan pelakonnya (farid-maya-bront), kuaiti pembikinananya (xsetaraf filem mig), runut bunyi (yg menyentuh perasaan). LBS2 lebih 'dewasa' dan tolonglah jgn dibandingkan dgn LBS1. sekali lagi sama seperti ombak rindu..kedewasaan LBS2 dan ombak rindu buatkan org boleh dan akan sukakannya kerana tiada cintan cintun budak sekolah yg sememangnya annoying. banyak kelemahan tapi itu tidak menjanjikan kutipan yg rendah. kesimpulan dari aku...dengan izin Tuhan, LBS2 dapat pergi sejauh ombak rindu.
p/s: masih musykil dgn fenomena OR..jd trending tiap kali mncul kat TV .. walaupun bnyk org kritik filem tu, review sana sini dari bloggers pon sumenye kata tak best..tp tetap fenomena. tggu juga apakah nasib LBS2 ni..hoho
|
|
|
|
|
|
|
| |
|