Kapal Pelantar milik Tentera Laut Amerika
Memang ciptaan kejuruteraan yang amat menakjubkan bila tengok kapal pelantar nie. Instrumen FLIP atau pelantar terapung ini merupakan hak milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang direka menyerupai kayu pemukul bola lisut. Ia pertama kali dilancarkan 50 tahun dahulu dan merupakan kapal penyelidikan yang agak pelik bagi kita kerana keupayaan kapal nie untuk berada dalam keadaan mendatar dan menegak sambil mengekalkan keapungan dan stabil dilaut walaupun dalam gelombang setinggi 80kaki. Kapal nie sebenarnya ditugaskan untuk melaksanakan ukuran penyelidikan oseanografi dengan ketepatan yang tepat. Di dalam kapal nie jugak direka dengan semua peralatan yang sesuai untuk keadaan mendatar dan menegak. Jom kita tengok gambar mengenai kapal nie.
p/s:canggih betul teknologi ni... |