CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zaralove

Pengalaman semasa TTC / merancang kehamilan

[Copy link]
 Author| Post time 1-5-2013 03:27 PM | Show all posts
dynaz_zhalia posted on 20-3-2013 04:04 PM
dynaz 5 tahun TTC dan akhirnya Alhamdulillah berjaya pregnant...

mcm dah makan...

Tahniah...erm, apa brand habbatus sauda yg dinaz mkn tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 04:03 PM | Show all posts
salam sume..
saya pun tengah berusaha ni nak dptkan zuriat.. cume lum ade rezeki je lagi.. lagipun PJJ ssh sgt nak jmpe..

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 05:45 PM | Show all posts
zaralove, yg psal HSG tu zara dah buat ke? ni sy just nak share pgalaman sy.. sy pnah buat HSG tu dkt klinik dana Xray bsebelahan dngan DBKL... doc hnya sembur ccair untuk clearkan blocking2 kt tiub...smbil tu dia akan xray...tp bg mrs_dee, sakit sikit...pedih...sbb mrs_dee xsmpat nak ready...heheheh....zara dah lama ke kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 01:46 AM | Show all posts
saya pundah ada anak 5 tahun..try conceive 2 tahun lps tapi tak penah berjaya..penah amalkan clomid stil tak lekat gak..then tukar pada biodex..tak tau lagi lekat ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 01:47 AM | Show all posts
pakar biodex tu kata kemungkinan husband yg ada masalah sbb die perokok tegar and ada diabetic..tu kut yg sukar nak lekat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 11:18 AM | Show all posts
saya nak share sket...
klo niat nak anak... fokus bukan pada isteri sahaja.. suami jugak main peranan penting dan utama....sbb sperm die yg bertindak...
1st suami kena la sihat... (xde sakit jantung, kencing manis atau darah tinggi) kalo boley.. sbb 3 penyakit ni akan melemahkan sperm dgn ubat2an yg mereka amik... x semestinya sihat luaran menggambarkan sihat dalaman... perokok tegar kenala kurangkan rokok, jaga pemknan dan kerapkan bersama lps 2 minggu period berakhir... pemakanan, emosi dan faktor kewangan kena amik kira gaktu..

utk isteri... mcm saya.. saya memang merancang nak anak dlm tempoh 6 bulan lps kawen.. memandangkan sy bukanla muda lagi.. dah 32 pun... lps duduk diskas ngan hubby... alhamdulillah.. 3 bln pertama kami enjoy sakan... dan masuk bulan ke4.. baru kami bebetul usaha nak baby... suami saya keje x menentu.. sanggup amik cuti 2 weeks after saya abis period...

alhamdulillah.. bln ni period saya x dtg dah sbb saya disahkan hamil 5 minggu... syukur...
ape yg suami saya buat ialah.. kurangkan rokok ( die perokok tegar).. mkn makanan bekhasiat, amik supplement.. jus delima gulshan  dan sentiasa amalkan solat sunat, doa dan usaha kenala dabel triple...

saya pun hanya amalkan jus delima gulshan.. x lupa.. saya beli kit ovulasi... di mana kita boley detect hari subur... bila da naik dabel line kat strip tu... boley la gandakan usaha sambil niat dan berdoa agar bertambah khalifah di muka bumi Allah ni...insyaAllah... kena usaha bebetul, baru ade hasilnya... cuba ye kekwn.. saya doakan utk kwn2 jugak... doakan agar kandungan saya selamat sihat dan membesar sempurna hingga lahir ke dunia ya


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2013 02:56 PM | Show all posts
to be honest, aku x penah merancang pun.. jenis kalau ada rezeki, adalah..

bagi aku kalau main rancang2 ni, nanti kalau x berjaya rasa mcm down la pulak.. kalau kerap stress pun x elok jugak utk concieve. ada certain couple yg aku kenal, kalau duk kat mesia ni payah sgt nak concieve. so they decided to go for a holiday.. balik2 holiday je, melekat. so utk sesiapa yg still tgh merancang tu, why don't u guys try..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 11:11 PM | Show all posts
Oho..thread ttc ni kt mana2 ada yer..bgslah.naina pon tgh ttc ni.bulan ni genap setahun kawen.waaaaa cepatnya mse berlalu tp lom ada bby.alhamdulillah dikurniakan suami yg cool jer.skng naina tgh period..period kali ni naina happy sgt sebab kluar natural dan byk ketul2 mcm darah beku kaler hitam.naina puas hati..ni mungkin amalan naina consume pati delima gulsan.selain tu ada juga minum hi goat bland ngn kurma and susu anmum materna pg dan mlm.kali ni nekad..disamping doa dan usaha bersama suami,harap berjaya.ameen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2013 11:12 PM | Show all posts
babyzam81 posted on 8-5-2013 11:18 AM
saya nak share sket...
klo niat nak anak... fokus bukan pada isteri sahaja.. suami jugak main peran ...

zam dh bpe lme amalkan gulsan sebelum pregnant yer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 01:45 PM | Show all posts
naina posted on 9-5-2013 11:12 PM
zam dh bpe lme amalkan gulsan sebelum pregnant yer..

saya da minum 1 botol setgh... lepas confirm peknen... sy x minum dah..
amalkan jus kurma dan mkn kurma bdm je pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:06 PM | Show all posts
harapnye husband TT berusaha la kurangkan rokok, ksian baby nnt kene asap rokok.. tahniah n good luck TT
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 03:31 PM | Show all posts
babyzam81 posted on 13-5-2013 01:45 PM
saya da minum 1 botol setgh... lepas confirm peknen... sy x minum dah..
amalkan jus kurma dan mkn ...

alhamdulillah dan tahniah, cepat jugak u pregnant.  I dah minum jus nie masuk botol ke-4, tapi tiada aper2 lagi la setakat ini... namun i tidak laa nak salahkan jus pulak kan??? heheheheh.... yg betulnya belum rezeki, lagipun hubby kerja jauh... kebetulan period pulak tak teratur, dpt stabilkan period/hormon pun dah cukup baik... syukur... InsyaAllah akan continue minum jus delima nie , tapi kalau pregnant kena stop ke??? xleh continue ke?  bagi pencerahan yer...tq.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 12:45 AM | Show all posts
INGIN HAMIL..DAPATKAN WAKTU SUBUR TEPAT - MELEKAT!!![size=12.727272033691406px]

[size=12.727272033691406px]

Kalau subur pastinya melekat hamil atau bunting pelamin kan...KEJAYAAN MENDAPAT ZURIAT DENGAN SET INGIN HAMIL DARI SHAKLEE RAMAI SUAMI ISTERI TELAH BERJAYAANDA BILA LAGI...
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


.rujukan lanjut sila klik [size=12.727272033691406px]sini



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 11:22 AM | Show all posts
Mamason posted on 14-5-2013 03:31 PM
alhamdulillah dan tahniah, cepat jugak u pregnant.  I dah minum jus nie masuk botol ke-4, tapi tia ...

tq eh mamason...
alhamdulillah, rezki cepat... mmg kami usaha bebetul.. disebabkan period sy teratur, jadi boley agak time subur tu... suami sy cuti 2 minggu time saya subur semata2 nak dptkan zuriat... syukurla, next period.... sy tgu lewat 3days, terus wat upt... dan hasilnya 2 lines...
saya stop sekejap je jus delima sbb sebelum ni sy makan gitu je 2 sudu dan segelas air bercampo madu... suami saya ckp jus tu masam jadi x baik utk diambil awal kehamilan... saya akan amik semula lps habis 1st trimester nanti... lain org, lain ragamnya.. ade yg kuat, ade yg lemah... saya hanya ikut kata suami.... jadi, utk lebih jelas, cuba tanya yg lebih pakar ya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 03:36 PM | Show all posts
babyzam81 posted on 15-5-2013 11:22 AM
tq eh mamason...
alhamdulillah, rezki cepat... mmg kami usaha bebetul.. disebabkan period sy tera ...

heheeh itu laa... saya nie memang rancang nak anak lagi, since yg no. 2 dah umur 6 tahun. Hari2 mintak adik macamkan boleh beli kat tesco! hahahah tapi kesian pulak main sorang2... anak no. 2 mama nie girl, yang sulung dah darjah 5 boy... So, memang nak tambah anak lagi, cuma memang xde rezeki.... insyaAllah, moga dengan keizinan Allah dan usaha, ada laa tu nanti... semua tu kerja Allah, kita rancang ajer.

Jus delima tu memang agak2 masam, tapi mama minum dengan air suam buat cair jerk.... hehehe..insyaallah sbb suka, tu yg minum jerk tuuu... hahahah

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 10:17 AM | Show all posts
sama lah..sy masa nk dpt 1st pn mkn masa 6 bln kawin baru dpt..
ank ke 2 pn jarak 4 thn baru si abg dpt si adik..
skrg si adik sebok nk adik..tp nk kembar laki perempuan katanye..
huhuhu...
da berusaha hmpir sthn tp belom ada rezeki lg..
skrg tngah oder softgel VCO catalyst...nk try cuba mkn yg neh pulak.
pati delima gulshan da try minum tp bukan darah kotor period yg keluar,jerawat membiak kt dagu n dahi yg bnyk keluar..huhu
sy problem kt period..period 1-3(keluar period),4-5(stop),6-12(keluar period balik)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2013 01:07 PM | Show all posts
Still menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 05:40 PM | Show all posts
eh eh.. dah lama tak jenguk thread nie.. bulan 3 aritu ada post pasal tgh TTC.. Alhamdulillah.. lepas raya aritu tergerak lak hati ttbe nk wat UPT test.. tgk2 postive.. xpuas hati, bli lagi 1 yg clearblue siap ade weeks skali tu.. die tulis 'pregnant' '3weeks++' ..Ya Allah.. terus jatuh air mata nie.. xtau camne nk gambarkn perasaan masa tu..bakal2 ibu yg tgh menunggu je la tau..

G wat first check up, doc trus scan.. tgk2 fetus dah agk besa.. 11weeks! Syukur Ya Allah... mengalir air mata.. dah xde nak malu dah depan doc. hehehe.. skrg nie dah masuk 17 weeks. Ptg nie pas keje nak g check up yg ke-3.. mintak2 semuanya ok.. baby pn ok..

Kepada yg still menunggu, jangan putus asa..terus2 mintak pada Allah.. kadang2 kita terlupa, tanpa izin dia, usaha macam mana pun takkan jadi.. saya doakan tuk semua..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 03:31 PM | Show all posts
zuliana29 posted on 4-10-2012 03:44 PM
Saja nk hapdate..

Saya telah disahkan PCOS.. Berat badan ideal tp period je x regular..

hai wak..biasanya kalau telur tu 18mm ke atas consider matang, kalau size kecil dari tu atau almost 18mm ikut advice doc gak nk bagi suntikan pregnyl ke tak.

tp kalau kecik sgt die x kan bagi la..sbb telur x matang.pregnyl tu utk induce telur tu pecah dan awak dpt bersama suami dlm tempoh 24jam lepas tu. so awak boleh planning utk bersama di waktu yg ditetapkan.

btw gud luck yer.

now sy tgh rest dr buat treatment dengan doc. tgh berurut ngan mak bidan pulak sbb doctor penah kata rahim saya senget. dan mak bidan tu setuju peranakan sy sebelah terlalu tinggi. fyi, this is my 4th year of marriage dan masih menunggu..apepun, tiap kejadian ade hikmah kan..

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 06:09 PM | Show all posts
saya pun masih menunggu..
mgkin belum rezeki..yg penting jgn putus asa..
mgkin Allah nak bg yg terbaik..

insya-Allah smoga Allah kurniakan saya dan para forummer zuriat cepat2...dpt zuriat yg ramai, sihat dan comel.. ameen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.383271 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list