MistrezHermanaz posted on 26-9-2012 05:23 PM
rakan duet dia tu mase zaman muda mudi suara dia sedap..teringat lagi lagu I will still love you d ...
yes, saya pun suka lagu duet tu Lepas je tengok scene diorang jumpa, terus je terasa nak layan album Baby One More Time Btw, suara Don Phillip sekarang memang tak sedap pon...drama sangat nak nangis2 bagai...
Aku excited tengok Lyric 145 tu, bagus juga diorang kena combine barulah ceria tapi aku rasa Da Queen lebih menyerlah suaranya jadi sesuai jadi rapper utama dan 2 orang laki tu backup supaya lebih harmoni.
chaoyunjie posted on 24-10-2012 10:04 PM
owhhh...group reid tu...yg pompuan tu x dpt ek...
wow x sangka cc & paige tu dpt ke show
Aku pun hairan macam mana Cece dan Paige tu boleh lepas, bagi aku diorang tu tak ada keunikkan kalau nak dibandingkan dengan beberapa orang yang disingkirkan masa bootcamp tu. Cece tu suaranya di buat-buat, suaranya biasa saja tapi di paksa tekan supaya keluar lebih besar dan tinggi. Peige tu beberapa lagu dia bawa sangatlah mendatar dan tak ada jiwa, macam syok sendiri pun ada kononnya Rihanna wannabe. Jesicca Espinoza tu jauh lebih baik, pemilihan lagu masa bootcamp tu mencacatkan sedikit tapi kalau banding dengan Cece dan Peige bawa lagu I Have Nothing tu aku rasa dia lebih menyerlah.
Aku baru tengok konsert 1 malam tadi, bosan gila konsert tu dengan pemilihan lagu yang tak mesra kat telinga dan langsung ttak menguji vokal peserta. Kalau yang menonjol pun David Correy tu kot, aku boleh rasa macam suara diorang tenggelam dengan muzik yang kuat. Berbanding masa musim pertama dulu, 1st konsert je boleh tengok persaingan sengit den persembahan memukau dari Drew, Astro, Melanie dan Crajic tu.