|
check in dengan bunga mexico!
credit to BCDF
p/s: shiota dah retired..
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 29-10-2012 08:41 AM
tahniah daren... semoga menang lagi tournament2 lepas ni...
nasib baik kaka tak tengok..
tahniah daren liew! keep the momentumooo
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 29-10-2012 08:41 AM
tahniah daren... semoga menang lagi tournament2 lepas ni...
congrats daren ....
semuga makin bertambah improved setanding ngan datuk ...
|
|
|
|
|
|
|
|
peacock.bass posted on 29-10-2012 08:05 PM
check in dengan bunga mexico!
kemain lagi hadek pikok ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 29-10-2012 08:39 PM
congrats daren ....
semuga makin bertambah improved setanding ngan datuk ...
kayyyyyy... camane ni... asal aku tak tgk aje, baru players kita menang... adakah aku takleh nak tgk live slps ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei, Mew Choo cuba baju pengantin
Gambar pra perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Pasangan tersebut akan melangsungkan perkahwinan pada 9 November ini.
KUALA LUMPUR - Pasangan selebriti sukan, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo yang sedang menghitung hari bahagia bakal mencuba busana perkahwinan mereka pada Jumaat ini.
Pemain No. 1 dunia itu juga mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk menemui pihak media buat kali pertama sejak berita perkahwinannya diumumkan secara rasmi, minggu lalu.
Kesibukan Chong Wei, 30, yang sering berada di luar negara untuk menyertai pertandingan antarabangsa, menyebabkan dia dan Mew Choo belum berkesempatan membuat penampilan bersama.
Abang sulung Chong Wei, Lee Chong Hoon menjadi wakil pemain itu dalam kedua-dua sidang akhbar pra-perkahwinan yang diadakan pada 22 dan 26 Oktober lalu. Mew Choo pula 'tidak diizinkan' menyertai sidang berkenaan kerana mengikut tradisi masyarakat Cina, bakal pengantin tidak boleh menghadiri sesuatu majlis tanpa pasangan mereka.
Sembilan hari menjelang perkahwinan yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November ini, Chong Wei akan memberi sepenuh tumpuan kepada urusan persiapan.
Walaupun cuma mencuba busana pengantin, ia cukup mencabar buat Chong Wei, yang sebelum ini 'didera' tiga jam untuk sesi penggambaran pra-perkahwinan di Gold Coast, Sepang.
"Anda tidak tahu betapa susahnya hendak menguruskan perkahwinan Chong Wei. Dia sangat sibuk, jadi semua perkara perlu mengikut jadualnya.
"Hari perkahwinan semakin hampir, saya pasti mereka berdebar-debar menantikan hari tersebut. Saya cuma berharap semua akan berjalan lancar dan mereka akan bahagia selamanya,'' ujar Chong Hoon, orang yang paling dipercayai Chong Wei untuk menguruskan kehidupannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Chong Wei Binajaya, Sachi Choo berkata, juara Olimpik 2004 dan juara dunia 2005, Taufik Hidayat dari Indonesia antara pemain ternama dunia yang terawal mengesahkan kehadirannya pada hari bersejarah Chong Wei.
"Ramai lagi tetamu kenamaan, pemain-pemain badminton ternama dunia, rakan-rakan rapat dan keluarganya telah dijemput, namun saya setakat ini saya belum pasti siapa yang mengesahkan kedatangan. Taufik sudah pasti hadir, begitu juga sebahagian besar pemain badminton negara ini.
"Lin Dan dan pemain-pemain China mungkin tidak dapat datang kerana mereka ada pertandingan pada hari yang sama. Peter (Hoeg) Gade (Denmark) memberitahu dia akan mengesahkan kehadirannya dalam masa terdekat,'' ujar Sachi.
Yang di-pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir pada majlis 9 November ini.
CREDITS TO UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 29-10-2012 08:54 PM
kayyyyyy... camane ni... asal aku tak tgk aje, baru players kita menang... adakah aku takleh nak t ...
aku pun tak tengok gak ..... tengah bersiar2 kat highway time tu hehehehe
tengok je wawa ...tak yah la kita nak percaya bende2 camni ....
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 31-10-2012 09:18 AM
BWF World Junior Championships 2012
draw, schedule, result, live score kat sini ==> http://www. ...
junior kita tahun ni lemau sikit la .....
soong joo ven yg diharap2 tu kalah dah semalam ... tak sempat pun jumpa victor exelsen ....
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 1-11-2012 08:57 PM
aku pun tak tengok gak ..... tengah bersiar2 kat highway time tu hehehehe
mmg tak arr aku nak percaya... mcm la diaorg tak penah menang depan mata aku... msia open 2010 tu kan KKK/TBH menang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kien Keat and Peng Soon looking forward to new line technology
KUALA LUMPUR: National doubles shuttlers Koo Kien Keat and Chan Peng Soon are looking forward to a new technology to challenge line calls after being victims of “biased” judging.
The World Badminton Federation (BWF) events committee, headed by Paisan Rangsikitpho, have proposed the introduction of new technology – similar to the Hawk-Eye in tennis – to curb poor line calls.
A decision will be made at the world body’s council meeting next month.
If approved, a player will be given a limited number of challenges and the umpire will decide after viewing instant replays on the screen.
Kien Keat and Peng Soon, who are training for the China Open in Shanghai from Nov 13-18, said it was high time that such a technology is used.
Kien Keat will partner Tan Boon Heong in the men’s doubles while Peng Soon will be on double duty – combining with Goh Liu Ying in the mixed doubles and with Lim Khim Wah in the men’s doubles.
Kien Keat, who still remembers the questionable line calls and poor umpiring at this year’s All-England, said the introduction of the new technology would enable the match to be fairly judged.
“This is the fastest racquet sport and, sometimes, the shuttle travels so fast that it could deceive the eyes. So naturally, the new technology will help us judge the line calls accurately. I am all for it,” said Kien Keat.
“Our sport has evolved and come a long way. I hope that with this new technology, human errors can be minimised.”
Peng Soon is happy that the BWF are finally looking into ways to arrest the problem of poor line calls.
“I was so upset during the German Open this year. The shuttle clearly landed out but was called in. I made a big fuss and was shown a yellow card. Things like this can disrupt a player’s concentration,” said Peng Soon.
In the German Open, Peng Soon-Liu Ying lost to Indonesians Mohd Rijal-Debby Susanto 21-19, 18-21, 18-21 in the opening round.
CREDITS TO THE STAR ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Lord's Tailor taja sut Chong Wei
PEMILIK Lord's Tailor, Robert Loh (kiri) dibantu isterinya, Lee Lee membetulkan kot yang dipakai oleh Chong Wei di Kuala Lumpur semalam.
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menggayakan sut rekaan butik pakaian formal lelaki terkemuka tanah air, Lord's Tailor sempena majlis perkahwinannya pada 9 dan 10 November ini.Pengarah Urusan Lord's Tailor, Liew Lee Lee berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana dapat menaja sut perkahwinan buat Chong Wei yang telah menjadi pelanggan mereka sejak beberapa tahun lalu.
"Ia merupakan satu penghormatan buat kami (Lord's Tailor) kerana diberi peluang menaja sut buat Chong Wei.
"Kami juga menaja sut untuk ahli keluarga Chong Wei pada majlis resepsi yang bakal berlangsung selama dua hari nanti," kata Lee Lee kepada pemberita ketika Chong Wei hadir pada sesi mencuba sut tersebut di butik mereka di Kompleks Beli Belah Bangsar semalam.
Antara nama-nama besar yang pernah menggayakan rekaan Lord's Tailor ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pereka kasut terkenal negara, Datuk Jimmy Choo selain selebriti Hollywood, Mel Gibson.
Chong Wei yang hadir tanpa ditemani bakal isterinya yang merupakan bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo semalam mencuba beberapa sut yang direka khas untuk dirinya.
Menurut Lee Lee, Chong Wei akan menggayakan empat pasang sut rekaan Lord's Tailor yang menggunakan fabrik berjenama Dormeuil dari Perancis.
"Kami memilih jenama Dormeuil kerana fabriknya sangat unik dan jenama-jenama antarabangsa yang lain tidak memiliki fabrik seperti ini. Ia dibuat daripada bulu (wool) dan gabungan kain sutera.
"Chong Wei telah memilih empat warna untuk sut yang akan dipakainya iaitu putih, perak, kelabu dan biru," kata Lee Lee yang mendedahkan bahawa sepasang sut tersebut berharga kira-kira RM5,000.
Tambah beliau, Chong Wei juga akan menggayakan baju tradisional masyarakat Cina (Tong Chong) rekaan butik tersebut bagi majlis minum teh.
"Adalah suatu yang menyeronokkan apabila dapat bekerjasama dengan Chong Wei.
"Dia tahu apa yang dimahukannya. Dia memberitahu bahawa dia mahu sut yang menampakkan dirinya muda dan dinamik," tambah Lee Lee yang yakin ke semua sut Chong Wei akan siap pada 6 atau 7 November ini.
Majlis resepsi perkahwinan Chong Wei berlangsung dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
kemain lagi dato nak kawen ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
untung mew choo ni kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sweetnya Dato' & Datin
Happy for them. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga Darren menang super series. Nasib baik aku tengok live! Very good performance. Tahniah Darren. Keep it coming. |
|
|
|
|
|
|
| |
|