AQUARIUS: YANG RASIONAL
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakanbernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Andameminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak,bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,adakalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah,memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurangkaedah, dan mendatangkan bencana.
Kualiti Astrologi
Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasukkestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baikuntuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasukdalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.
AQUARIUS: GELAGAT PERHUBUNGAN Anda yang dilahirkan berzodiakAquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilihkawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka danbentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdampingdengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikananda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur'. Walaupun semacam dingin danindividu, namun Aquarius setia orangnya !
Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun). Walaubagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn (21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).
Aries merupakan pendamping yang sesuaibagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatianAquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pulamempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektualbukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburukerjaya turut disenangi oleh Gemini.
Oleh sebab Aquarius bersikap dingin,
anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namunbegitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, andamungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku danmendatar apabila berpasangan denganVirgoyang serius.
AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN Kelahiran Aquarius ini biasanyatekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran ituAquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan ,kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.
Aquariuscepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri danorganisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjayake matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi,perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.
Darisegi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dankemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politiktetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquariusmemerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau oranglain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.
AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA Dalamkeluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil.Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dankawan. Demikeharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-cirikestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , andasebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.
Last edited by adabintang on 5-2-2013 09:58 AM
|