CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sajali

WANITA ITU INDAH

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2013 03:21 PM | Show all posts
Mandi awal pagi seeloknya menggunakan air sejuk - salah satu petua utk awet muda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 03:22 PM | Show all posts
Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.Selamat mencuba.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:24 PM | Show all posts
Mencantikkan Payudara

Petua 1
Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu danurutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. BAsahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih.

Petua 2
Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Sapukan disekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkanselama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:25 PM | Show all posts
MENGHARUMKAN BADAN
Petua 1
Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusdaun pandan untuk dujadikan sebagai mandian. Campurkan dengan airbiasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.

Petua 2
Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yg telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 04:04 PM | Show all posts
Berikut merupakan beberapa DOA dan Surah Al-Quran yang elok diamalkan
sewaktu mengandung:

DOA.

(1) Doa memohon rahmat - Surah Ali 'Imran, 3: 8-9.

(2) Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali 'Imran, 3: 38.

(3) Doa agar anak mengerjakan solat - Surah Ibrahim, 14: 40-41.

SURAH AL-QURAN.

(1) Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati & kuat ingatan.

(2) Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin.

(3) Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & akhlak.

(4) Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwa.

(5) Surah Yasin - Untuk ketenangan hati & anak tidak mudah terpengaruh
dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

(6) Surah Toha - Semoga bayi lembut hati.

(7) Surah An-Nahl - Untuk memperoleh anak yang berdisiplin.

(8) Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.

(9) Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat
hati-hati.

Jangan lupa untuk menjaga amalan yang wajib juga (solat 5 waktu!) dan
sebaik-baiknya untuk cuba khatam Al-Quran walau sekali. Banyakkanlah
membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan sepanjang
mengandung dan dipermudahkan bersalin. Insya Allah... (^_-)


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 04:04 PM | Show all posts
srabut jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2013 04:57 PM | Show all posts
30 Fakta Menarik Tentang Wanita



1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

kredit: penpatah


Salam Ukhuwah..~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 05:01 PM | Show all posts
10 Fakta Tentang Wanita

1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan  setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih  penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita  mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu  bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah  ibu dan isteri anda ♥

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal,  lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk  menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih  kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi.  Sebab itu wanita lebih sensitif.

7. Naluri wanita lebih kuat  dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi  bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak  sebelum sedar akan bahaya.

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2013 07:12 AM | Show all posts
WANITA yang BAIK :

~> Solat fardhu cukup 5 waktu.
~> Menutup aurat dengan sempurna.
~> Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan yang keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dsb.
~> Mempunyai sifat keibuan dan penyayang.
~> Boleh melahirkan ramai zuriat.
~> Mahar perkahwinan yang rendah.
~> Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri.
~> Mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
~> Pandai memasak.
~> Menghormati ibubapa.
~> Sentiasa berusaha menjadi solehah dari sehari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja..❤

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 08:06 AM | Show all posts
Duhai sayangku..

Bismillahirahmanirahim..~

Wahai Gadisku..
Disaat penciptaanmu..
Kau terjadi begitu indah sekali..
Tutur gaya langkahmu..
Lenggok lembut budi bahasamu..
Semuanya indah dan tenang sesempurna kejadiaanmu...

Wahai sayangku..
Sebelum hadirnya Muhammad nabi kita..
Kita bagaikan tidak diiktiraf..
Kaum kita bagaikan terpinggir sepi..
terpinggir jauh..
Namun,kehadiran Muhammad membawa cahaya kepada kita..
Kita adalah disebalik kejayaan Imam-Iman didunia..

Duhai kasihku..
Bukan sukar untuk kita ke Syurga-Nya..
Bukan payah untuk kita menggapai redha-Nya..
Cukup dengan Taat pada-Nya, Taat pada Suami, Solat 5 waktu dan Puasa dibulan Ramadhan..
Sudah mampu kaki kita melangkah ke mana-mana pintu Syurga-Nya..

Duhai kesayanganku..
Sudah diakui kita adalah kaum yang lemah..
Kita seringkali lemah dengan emosi..
Tetapi, Allah ciptakan kita kaya dengan air mata..
Gunalah air itu untuk mengubati luka-luka kita..
Gunalah ia untuk membaluti hati-hati kita yang tercedera...

Duhai manjaku..
Auratmu untuk yang halal sahaja..
Usaplah tubuhmu dengan pakaian-pakaian islam..
Stokinmu..labuh tudungmu..sarung tanganmu.. Bisa menjadi saksi diakhirat nanti..
Jadikanlah ia sahabat muliamu didunia ini....
  
Kerana dirimu bernama wanita dan aku sayangkanmu..

-Atul Sha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 08:10 AM | Show all posts
LEMBUT bukan bererti LEMAH... TANGISAN bukan bererti KALAH... Impian menjadi setulus Khadijah, sesuci Aisyah, setegar Asiah... Mereka adalah sumber inspirasi wanita hari ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 08:23 AM | Show all posts
♥ WAHAI WANITA ~~~

~> JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang.. Ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak...

~> Jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu...

InsyaAllah..~~

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 08:25 AM | Show all posts
Jika seseorang tetap tabah menghadapi kepahitan hidup yang hanya dalam waktu singkat, ia akan memperoleh kebahagiaan dalam waktu yang panjang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 08:29 AM | Show all posts
DOA UNTUK IBUNDA

YA ALLAH... Engkau telah menurunkan kasih terbesarMu, kasih yang diwakilkan oleh seorang Ibu yang hingga kini kasihnya tiada berhenti mengalir.

HambaMu ini hanya bisa bersyukur memiliki seorang Ibu yang sangat baik ini. Ibu selalu memperhatikan aku, selalu menyayangi aku, selalu memberikan yang terbaik padaku.

Tapi balas jasa yang telah kuberi pada kasih yang tak tehingganya itu hanyalah sesuatu yang terkadang hanya menyakitkan hatinya,
Begitu besar dosaku padamu, Ibu. Tapi tetap saja Ibu memaafkanku ditengah pedih yang kau alami.

Sungguh besar pengorbanan ibu sepanjang hidupku ini sungguhlah sangat berarti dari hal kecil dan hingga hal yang hampir merenggut nyawanya saat memperjuangkan anaknya untuk lahir...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 08:31 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 08:49 AM | Show all posts
" RESEP MENJADI ISTRI IDAMAN "

❥ Suami pergi & pulang kerja jangan lupa salam tangannya ..
  doakan suami moga selamat dan senatiasa mencari rezeki yg halal untuk keluarga..
  
❥ Bersikap manja dengan suami tapi jangan sampai mengada-ngada .... (lelaki paling tidak suka dgn sikap mengada-ngada tapi akan lemah jika isteri bermanja-manja)

❥ Sentiasa perhatian bila suami berbicara ,pandang matanya dan bagi senyuman termanis anda biarpun tanpa gula...

❥ Senatiasa menghargai apa pun, sekecil apa pun bantuan yang suami lakukan di rumah.. ringankan mulut untuk ucapkan -terima kasih ..

❥Jaga keharmonian rumah tangga , senatiasa utamakan kepentingan suami & anak2 sebelum keperluan diri..

  Semoga menjadi keluarga yang harmonis, sakinah, mawadah,warahmah bartabur berkah.

  ♥ Aamiin Ya Rabbal'alamiin ♥

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2013 08:50 AM | Show all posts
RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 09:15 AM | Show all posts
Petua Untuk Memahami Hati Wanita

1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.

2. Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3. Dia amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

4. Dia suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

5. Dia berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara  hatinya berbanding akalnya.

6. Dia cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 09:23 AM | Show all posts
♥ PENGORBANAN SEORANG ISTRI YANG SERING TIDAK DISADARI SUAMI ♥

Wanita adalah karunia terindah yang ada dan penting di dunia, tapi banyak perjuangan dan pengorbanan wanita yang tidak di ketahui Pria.

1. Ketika suami menikah lagi, dan
perempuan berusaha menerima (karena alasan ekonomi atau agama atau alasan apapun), ia akan duduk sendiri di setiap malam dalam gelap kamar saat suaminya tengah mendekap mesra seorang perempuan lain di ranjang lain. Ia akan (mungkin) menangis karena terluka, tapi demi anak-anak ia akan berusaha menerimanya dengan sabar.

2. Sebagai istri ia siap mengorbankan impian-impianny a demi mengurus suami
(yang kadang bersifat kekanak-kanakan dan minta diurus) dan anak-anak yang bandel.

3. Ketika suami mencela masakannya, ia akan bersusah payah belajar masak dari
siapapun untuk bisa menghidangkan makanan dengan rasa terbaik pada suami dan anak-anaknya.

4. Ia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. ia bangun ketika
siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami
sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran ia akan mengangkatnya, dan menyetrika dengan rapi.

5. Kemudian setelah begitu capek mengurus rumah tangga, malam giliran memenuhi ini itu suaminya.
Mulianya seorang istri adalah : tukang masak, tukang cuci, cleaning service, babu dan wanita penghibur digabung jadi satu.

6. Ketika suaminya menginginkan punya anak 4, 5, 6 atau 9 orang, ia sebagai istri harus siap menderita mengandung anak dan bertarung nyawa melahirkannya. Suami kadang gak terlalu paham penderitaan
macam begini, karena mereka tidak
mengalaminya.

7. Meski laki-laki tak paham benar,tapi Allah Maha Mengerti, karena itulah ia memberi reward pada pengorbanan perempuan.
Bagi yang meninggal karena melahirkan anak : Tuhan langsung memberinya surga.

"Bagi istri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silahkan lah ia masuk surga dari pintu mana saja ia suka."

SubahanAllah...

***

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 09:32 AM | Show all posts
Si isteri rindukan suami. lalu, dia berniat untuk menghantar mesej kepada suaminya yang sedang bekerja. Setelah cuba untuk menaip, dia meletakkan semula handphonenya di atas meja tanpa menghantar mesej yang telah ditaip sebentar tadi.

''sayang rindu abang, tapi tak mungkin sayang ganggu abang bekerja. abang, jangan lupa sayang tau'' bisik hatinya.'tut tut, tut tut' tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam handphone. si isteri membacanya dan tersenyum.

''sayang, abang dapat mesej dari hati yang sayang rindukan abang. sayang jangan risau ya, abang pun rindukan sayang''

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.085118 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list