Nasi Goreng Cina Simple
Bahan-bahan nak masak Nasi goreng Cina simple, yang mudah dan tak remeh nak cari kan
Bawang putih di cincang
Fillet ayam – Udang tak de so ganti ayam je.
Mixed Veggie – so ada lah sayur dan colour sket kan
3 biji telur – sedap letak bebanyak ni
Cara nak masak :
Tumis bawang putih yang cincang sampai nak bau keharumannya. Kemudian masukan ayam untuk di masak. Letak lah perasa ikut tekak korang. Nak masin ke manis ke, masam ke ka
Masukkan mixed veggie dan seterusnya masukkan telur dan kacau hingga nampak cam nak masak kan.
Masukkan nasi dan kacau hingga sebati dan masak.
Dah siap pun. Senang mudah dan ringkas. Cuma kurang warna sket lah sebab aku tumis tak de letak cili kan. Dah nama pun nasi goreng cina mesti lah warnanya putih keperangan gitu lah.
Nak pesan sket masa tumis tu aku guna minyak bijan so memang ada bau-bau masakan cina lah. Sedap ooo.
|