CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tykarib

Scarlett Si Kucing Yang Berhati Mulia

[Copy link]
 Author| Post time 20-6-2013 10:02 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 11:15 AM | Show all posts
wlpn pnah bace dlu...tp nk sedih jgak....die sgt pandai....
sbg manusia sy malu dgn haiwan nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 12:49 PM | Show all posts
nicuya posted on 20-6-2013 11:15 AM
wlpn pnah bace dlu...tp nk sedih jgak....die sgt pandai....
sbg manusia sy malu dgn haiwan ni ...

cerita scarlet xpnah pudar.. klu di beri peluang saya nk peluk dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 12:50 PM | Show all posts
MissNigga posted on 19-6-2013 10:55 PM
... touchingnya

Sayang giler dia kat anak dia ....

miss nigga awak pun emak yg selamat kn anak ke? hitam terbakaq! nmpak hehe gurau je ok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 12:53 PM | Show all posts
memang terharu sangat dengan kasih sayangnya pada anak-anak dia............
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 01:04 PM | Show all posts
terharunya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2013 02:24 PM | Show all posts
still comel..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 02:28 PM | Show all posts
i love u scarlettt!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 02:43 PM | Show all posts

kisah yg sgt mengharukan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 02:51 PM | Show all posts
sedihnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 03:02 PM | Show all posts
hatiluka posted on 20-6-2013 12:53 PM
memang terharu sangat dengan kasih sayangnya pada anak-anak dia............


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 03:03 PM | Show all posts
liza_shariza posted on 20-6-2013 02:51 PM
sedihnya...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 03:04 PM | Show all posts


Part 5 ni korang tgk la vid ni ada suara si scarlet ni!!! waahh aku plak yg sedih.. mcm kucing aku.. rinndduuunya!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 03:06 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 03:14 PM | Show all posts
touchinggnyerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 03:22 PM | Show all posts
i cried...
Scarlet, you are more human than human being..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2013 03:35 PM | Show all posts
1145k view? only 35 comment for scarlett...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 03:37 PM | Show all posts
shakirajefrydin posted on 20-6-2013 03:22 PM
i cried...
Scarlet, you are more human than human being..


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 04:13 PM | Show all posts
kucing yg bijak... scarlet kau sentiasa di kenang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 04:29 PM | Show all posts
Kejadian Kebakaran

Scarlett dianggarkan berusia 9 bulan ketika kejadian berlaku. Melahirkan 5 ekor anak-anak yang comel di salah sebuah bangunan usang (abandoned) di Brooklyn, New York pada tahun 1996. Pada 30 Mac, bangunan tersebut terbakar atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Bomba telah dihubungi untuk memadam kebakaran tersebut dari merebak ke bangunan berhampiran.


Ketika api mula berjaya dikawal, salah seorang ahli bomba, David Giannelli terdengar bunyi suara kucing yang halus berdekatan dengan bangunan yang runtuh. David terpandang Scarlett yang terbaring bersama 2 ekor anak kucing berpelukan. Manakala 3 ekor lagi dijumpai di seberang jalan kawasan tersebut.

Scarlett dipercayai membawa anak-anaknya seekor demi seekor keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan panas dan asap tebal. Scarlett berada dalam keadaan agak parah dengan matanya luka, telinga terbakar, tapak kaki melecur dan badannya berasap, dalam cubaan menyelamat anak-anaknya dari kebakaran. Bulunya juga mempunyai banyak kesan hangus terbakar. Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu menggonggong anak seekor demi seekor keluar masuk bangunan? Demi kasihnya terhadap anak-anaknya yang baru berusia 4 minggu.

David memasukkan Scarlett dan anak-anaknya ke dalam kotak. Scarlett dalam keadaan matanya yang luka dan kabur menghidu anak-anaknya seekor demi seekor bagi memastikan mereka semua masih hidup dan ada bersamanya sebelum jatuh pengsan


Mereka di bawa ke klinik haiwan di North Shore Animal League, iaitu sebuah organisasi tidak membunuh dan menyelamat haiwan terbesar dunia, untuk rawatan. Mereka ditempatkan di oxygen chamber di bawah jagaan rapi.


Kematian Anak scarlet
Sebulan selepas kejadian kebakaran berlaku, anaknya yang paling lemah bernama Toasty berbulu putih mati diserang virus. Sementara itu, penglihatan Scarlett juga hampir sembuh dan ketika itu pembedahan perlu dilakukan bagi menggantikan kelopak matanya.

Selepas 3 bulan, Scarlett dan 4 lagi anak-anaknya bertambah sihat dan bersedia dihantar untuk adoption.

Selepas kejadian kebakaran

Kisah Scarlett menyelamatkan anak-anaknya mendapat liputan luas pihak media. Klinik tersebut menerima lebih kurang 7,000 pucuk surat daripada orang ramai yang menawarkan diri untuk memelihara Scarlett dan anak-anaknya!


Sepasang anak Scarlett, dinamakan Smokey dan Oreo oleh pihak klinik diserahkan kepada Debbie Palmarozzo dari Miller Place, Long Island.

Manakala sepasang lagi bernama Samsara dan Panuki diserahkan kepada Corinne dan Ginette Vercillo dari Port Washington, Long Island.

Manakala Scarlett pula berjaya dimilikki oleh Karen Wellen. Surat yang dikirim oleh beliau menarik perhatian komiti. Karen dilaporkan pernah kehilangan kucingnya 7 tahun dahulu sejurus selepas dia sendiri terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kata beliau - "Penderitaan emosi dan fizikal yang saya alami menjadikan saya seorang yang lebih belas kasihan dan saya berjanji jika ada kucing yang akan saya pelihara biarlah haiwan tersebut yang memerlukan penjagaan khas.


Kematian

Selama hampir 12 tahun Scarlett melalui kehidupan normal dan dijaga dengan penuh perhatian. Dia kemudiannya mula mengalami sakit tua Scarlett memerlukan penjagaan khas dan berterusan akibat kecederaan yang pernah dialaminya. Pada tahun 2007, selain dari sakit heart murmur, gigi dan buah pinggangnya juga bermasalah.

Pada April 2008, Scarlett menderita sakit hyperthyroidism. Dia dimasukkan ke pusat kemudahan dipanggil Thyro-Cat, yang menyediakan kemudahan radioactive iodine. Sepanjang berada di sini, Scarlett tidak boleh dilawati kerana bahaya radiasi radioaktif. Setelah seminggu, Scarlett dibenarkan pulang. Walaupun hati dan buah pinggangnya kembali pulih, sel kanser masih aktif.

Beberapa kali dia dimasukkan ke hospital dan kali terakhir dia tidak mampu berdiri. Ketika itulah setelah berbincang dengan vetnya, Karen mengambil keputusan menidurkannya pada 11 Oktober 2008. Scarlett mati dipangkuan Karen.


Anugerah Scarlett

Nama Scarlett diilhamkan sempena filem Gone with the Wind yang mengisahkan seorang wanita bernama Scarlett O’Hara berjuang menyelamatkan rumahtangganya; dan juga kerana tompokan merah yang nyata kelihatan pada kulitnya akibat kesan terbakar.

Organisasi The North Shore Animal League telah mewujudkan anugerah khas (award) - Scarlett Award for Animal Heroism untuk haiwan-haiwan yang menjadi wira kerana jasa-jasa kepada manusia mahupun terhadap haiwan yang lain. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan terhadap kucing bernama Scarlett kerana pengorbanan dan keberaniannya.

Anda juga boleh menikmati puisi mengenai kisah Scarlett yang diwujudkan khas di dalam sebuah website --> http://www.moggies.co.uk/html/heroine.html bertajuk "Why is Everybody So Surprised That I Saved My Furry Five?"


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.221661 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list