|
bersiap sedia le kau Zain.. |
|
|
|
|
|
|
|
RCW Meniti Momen Bahagia
Kecantikan yang dimiliki anak seni bernama Rozita Che Wan cukup mengagumkan. Biarpun sudah bergelar ibu kepada dua orang anak, namun beliau bijak menjaga penampilan diri. Berkesempatan mendekati Rozita ketika pembikinan penghias muka depan majalah Nona Edisi Rumah Terbuka kali ini merupakan peluang terbaik untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bertemu dengan wanita yang memiliki ukur lilit pinggang 23 inci ini nyata beliau adalah seorang yang mudah mesra. Selain petah berbicara, aktres yang pernah membintangi drama Annissa ini juga memiliki sense of humor yang sentiasa membuatkan suasana penggambaran gamat mendengar gurauannya.
Sesekali, kedengaran hilai tawa Rozita dan krew Nona memecah kesunyian ruang legar Hotel Renaissance Kuala Lumpur dek kenakalan personaliti ini. Di sebalik keceriaan dan sikap happy go lucky, Rozita Che Wan yang lebih selesa bertutur dalam loghat utara tampak sangat professional dan komited ketika sesi pemotretan wajahnya berlangsung. Berilah apa gaya sekalipun, jelitawan ini pasti akan lakukan yang terbaik sehabis mungkin. Hasilnya, setiap gaya dan pesona yang dilemparkan di hadapan lensa kamera kelihatan amat cantik dan versatil.
Sepanjang penglibatan Rozita dalam industri hiburan tanah air, dirinya pasti tidak terlepas dilanda kontroversi. Daripada kisah cinta sehinggalah kehidupan anak-anak, ada sahaja khabar angin yang tidak enak di dengar. Sebagai figura yang berpengalaman dalam dunia seni, beliau nyata tidak cepat melatah dan mengganggap situasi tersebut merupakan asam garam bergelar selebriti. Ditebak persoalan berkaitan dirinya yang gemar mencari pucuk muda, Rozita hanya mampu tersenyum sebelum memulakan bicara.
“Saya melihat semua lelaki sama sahaja. Lagipun bukan saya yang mengejar mereka. Mereka yang mula mendampingi saya. Kemudian barulah saya sedar, lelaki yang mendekati saya kebanyakannya berusia muda. Nak cari yang elok memang ramai, tapi yang baik hati dan benar-benar mahu terima diri kita seadanya bukan senang,” jelas Rozita sambil berseloroh.
Tambah Rozita, “Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menjalinkan hubungan bersama suami orang kerana saya percaya akan karma dunia. Sekiranya hari ini saya meragut kebahagiaan orang lain, tidak mustahil perkara sama akan turut terjadi kepada saya kelak.”
Sikap rendah diri dan sentiasa mensyukuri limpahan rezeki yang dikurniakan Illahi membuatkan Rozita tidak putus-putus menerima tawaran daripada penerbit dan penggiat seni tanah air. Dakwa beliau, kesenangan yang dinikmati hari ini punya harga tersendiri yang perlu dilunaskan. “Sudah pasti keterbatasan waktu untuk merehatkan minda dan jiwa sering berlumba bersama kepadatan waktu bekerja. Itulah harga yang perlu saya bayar.”
Siapa sangka wanita yang dahulunya pernah bekerja di awan biru kini menjadi perhatian khalayak ramai yang sentiasa mahu mengikuti gerak geri dan perkembangan seni beliau. Walaupun sering dilimpahi saat kegemilangan, namun Rozita sudah bersedia untuk berundur dari dunia lakonan andai rezeki yang dikecapi kini tidak lagi diraih di kemudian hari.
Layari episod bahagia yang kian membaluti kehidupan primadona ini menjelang perkahwinannya bersama jejaka idaman dalam NONA September ini. Selain memaparkan kisah cinta beliau, keluaran kali ini turut diselitkan dengan ceritera Rumah Terbuka dan sifat keibuan selebriti bernama Rozita Che Wan.
|
|
|
|
|
|
|
|
nie mesti abis puluhan ribu nie semata2 tuk baju raya jer...aku nak beli sehelai pon duk pening pala tak tau nak pilih yg mana satu...dah ler tak nak membazir...nak yg cantik...kain kualiti bgs tp harga yg murah... |
|
|
|
|
|
|
|
che ta kata termasuk baju berbuka puasa sepanjang ramadan |
|
|
|
|
|
|
|
satu hari, satu pasang... Curlast sangat ! |
|
|
|
|
|
|
|
saiz pinggang 23 inci, cikta makan gapo cikta share laaa |
|
|
|
|
|
|
|
ada i kesah |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha....ko ingat2 la sikit jain chidin...tu baru baju raya dio tu...lum kira lagi make up yg berkilo2, bulu mata lagi..kasut, heng beg segala; belanja anak-anak tiri lagi...sapa nak tanggung tu? ekauuuuuuu jugak....agak2 kalau tak larat, ko ado masa lagi nak tarik diri tu jain oii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelas kau cik ta baju raya 30 psg, puasa cukup ke 30 hari? |
|
|
|
|
|
|
|
cik ta mmg tiap tahun 30 pasang baju..banyak sgt function kata nyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
pet_ayut posted on 5-8-2013 03:19 PM
ish..ish..pembaziran gile mak orang ni
orang banyak duitlah katakan, membazir adalah hobi bagi golongan kaya raya
|
|
|
|
|
|
|
|
Retis kan manyak event nak kene attend
Mana buleh pakai baju sama .. Kang kene kutuk
Tu yg baju sampai 30 pasang |
|
|
|
|
|
|
|
20-30 psg? lps raya blh buat jual blk. kemain banyaknya |
|
|
|
|
|
|
|
esbok posted on 5-8-2013 02:47 PM
huhuhu 30 pasang ko che ta. huhu aku sepasang pun tak beli lagi
sama la kita..Rasanya nak pakai yg tahun lepas je..Malas nak membazir2 dalam keadaan ekonomi yg tak best ni..
30 pasang dia beli. Menangis almari dia!!
|
|
|
|
|
|
|
|
maintenance tinggi tu yg zin kena jual kueh rayaggi |
|
|
|
|
|
|
|
nasib kaulah zain... tahun depan get ready je la..
harap nanti kalau tak pakai dah baju-baju yang banyak tu, sila buat lelongan amal. |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki tukang jahit dan pereka fesyen
|
|
|
|
|
|
|
|
cik ta pinggang 23inci ? mkn apa tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|